Kerajaan Perpaduan

Wednesday, June 10, 2009

1. Tidak dinafikan, konsepnya kabur.

2. Tetapi adalah satu prinsip Islam untuk kita, sebagai pendakwah, untuk buat engagement dengan mana-mana pihak tanpa ada halangan. Nabi saw pun berutus surat, bersua muka, memeterai perjanjian dengan pelbagai pihak.

3. Maka, sekadar nak jumpa, bincang, muzakarah, muqabalah antara pemimpin PAS dengan UMNO seharusnya bukan lah satu isu besar. Ia adalah kewajipan.

4. Cumanya, ia haruslah diasingkan dengan isu penggabungan UMNO-PAS. Dan saya tidak fikir pimpinan PAS akan bergabung dengan UMNO secara mutlak selagi mana dasar utamanya tidak berubah.

5. Tetapi adalah tidak mustahil untuk PAS dan UMNO berpadu suara dalam isu-isu tertentu.

6. Kenapa bila DAP, Gerakan dan MCA berpadu suara dalam isu tertentu tiada siapa mahu komplen ?

7. DAP, Gerakan, MCA boleh mintak hapuskan kuota. Ok. Takpa. Itu demokrasi.

8. Tapi PAS bila nak bincang pasal isu kuota, oh itu tidak boleh. Itu mengkhianati amanah rakyat namanya.

Apa punya turr...

3 comments:

Hasbullah Pit 11:59 pm  

9. Tak kiralah PAS atau UMNO atau DAP, semuanya sependapat supaya mengusulkan pakdi besarkan tulisan sedikit.

Afyan 10:12 am  

Salam,

Saya amat bersetuju dengan pndapat Pak Di.

Dahulu, kerajaan 916 yang diutarakan oleh Anwar pun begitu kabur dan tidak jelas.

Pun tidak dibawa ke peringkat PR ketika kali pertama Anwar war-warkan.

Malah, agak menjelikkan apabila terpaksa meminta MP melompat parti.

Namun....... tidak pula diperbesarkan oleh media-media pro-Anwar?

weber 5:53 am  

biasa la tu..
cakap pasal melayu je jadi racist...
geng2 hindraf cakap pasal india je..takde plak cakap racist..

biasa la PAS cakap2 dengan UMNO.. isu melayu dan islam.. dah dua2 pun ramai orang melayu islam..

duduk dlm PR pun macam hidup segan mati tak mau je..

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP