Rakyat Malaysia Meneroka Federalisma

Tuesday, April 14, 2009

Asas negara Malaysia adalah federalisma.

Maksudnya, ada kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang bersetuju untuk bernaung di bawah 1 kerajaan persekutuan.

Ada kuasa kerajaan persekutuan, ada kuasa kerajaan negeri, ada kuasa bersama.

Dewan Rakyat jaga kuasa persekutuan, Dewan Negara jaga kepentingan Negeri.

Kalau Dewan Rakyat bentang undang-undang yang merugikan sesuatu negeri, Senator di Dewan Negara yang dilantik oleh negeri berkenaan, patut bangkit dan lawan undang-undang tersebut.

Tetapi itu semua tidak pernah berlaku. Sebab Malaysia diperintah sepenuhnya oleh BN selama lebih 50 tahun. Baik di peringkat persekutuan mahupun peringkat negeri.

Adalah 1,2 kes dulu yang sebegini. Macam kes di Sarawak.

Walaupun Kelantan diperintah oleh PAS sejak 1990, tapi ia tidak membawa kesan sangat. Maklumlah, baru satu negeri. Negeri yang agak miskin pula. Di Sabah pun tidak lama orang lain memerintah.

Tetapi apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS pada 1999, rakyat Malaysia sebenarnya telah mula meneroka Federalisma dengan lebih jauh. DUN Terengganu kata nak buat hudud. Zaid Ibrahim cabar. Isunya isu perlembagaan.

Begitu juga royalti minyak. Macam mana duit royalti minyak yang berbilion itu boleh dapat ke tangan UMNO Terengganu dan bukan kerajaan negeri ? Sedangkan perjanjian adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan persekutuan dengan UMNO negeri!

Tetapi konsep federalisma itu tidak dapat diteroka jauh kerana BN menang Terengganu semula pada 2004. Kes-kes itu senyap.

Mac 2008, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Pelbagai masalah mula timbul. SUK Negeri datang dari SPA. SUK warning EXCO, MB. Pengerusi Jabatan Agama dok tunjuk lagak. Ketua Polis negeri tak mahu ikut cakap MB. JKR ikut cakap Menteri Kerja Raya. JKKK ada bawah MB dan ada di bawah Kementerian Luar Bandar. Dan macam-macam lagi.

Selama ini UMNO seronok guna balai raya dan dewan orang ramai, tiba-tiba balai raya dikawal oleh Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Dengan jahil undang-undangnya mereka menuduh, kerajaan negeri baru memecah belahkan rakyat.

Majlis Daerah / Majlis Perbandaran adalah dibawah kuasa Negeri. Begitu juga JKKK. Tetapi ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan campur tangan. Ada Kementerian Luar Bandar campur tangan. Dulu ok, dua-dua BN. Sekarang tidak, sebab politik tidak sekepala. Duit bajet negeri orang PR nak jugak. Tapi dapat ke orang BN. Menteri Federal campur tangan.

Dalam undang-undang ada disebut perihal mahkamah Penghulu. Tetapi Penghulu / Ketua Kampung tidak dilantik oleh kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan negeri. Menteri Luar Bandar yang dahulu memang bongok. Tidak faham federalisma.

Ini semua menunjukkan mahkamah negeri boleh diwujudkan dengan asas ini. JKKK sebenarnya mempunyai kuasa polis untuk tangkap orang masuk ke mahkamah Penghulu. Kiranya boleh ada polis persekutuan dan polis negeri. Cuma ia tidak dan belum pernah diteroka.

Belum kira kes-kes curi pasir. Itu kuasa negeri. Tapi negeri tidak ada polis yang terus boleh tangkap. Yang ada cuma penguatkuasa majlis daerah / majlis perbandaran dan JKKK. Mahu tak mahu kena mintak bantuan polis juga. Buat report polis pasal kes curi pasir pun apa Polis boleh buat ? Kena rujuk majlis jugak.

Krisis Perak, dan kini gelagat ADUN Terengganu boleh membawa kepada satu lagi penerokaan baru dalam konteks federalisme.

ADUN Terengganu memang ramai tidak sebulu dengan MB yang baru. ADUN Terengganu yang boikot sidang DUN ini cuba rampas kuasa DUN Negeri dengan bantuan federal yang dikuasai Tok Jib.

Krisis Perak memang semua orang maklum. Tok Jib rupanya suka main pintu belakang. DSAI baru acah. Tok Jib buat betul. Seronok Tok Zambry bila Najib main pintu belakang.

Tidak ketahuan kalau Perlis cuba masuk gelanggang pula lepas ini.

Sebab Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor tempoh hari, Sultan selaku de jure kerajaan negeri ada kuasa tersendiri dalam perlantikan MB. Menyebabkan apa yang ahli politik nak disanggah oleh Sultan.

Perdana Menteri tidak ada hak suruh mana-mana Sultan terima atau tolak calon MB.

Itu kuasa dari DUN. Sultan seharusnya mengesahkan kuasa DUN. Prerogative Sultan kena ikut kehendak Perlembagaan Negeri / Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tapi kerabat Sultan sekarang banyak buat bisnes. Bisnes mereka ini dianugerahi oleh kerajaan Persekutuan. Maka, federalisme tolak tepi.

Amalan dari dulu, Perdana Menteri itu Presiden UMNO dan MB ini pula sama ada Naib Presiden atau MT UMNO. Jadi arahan PM dianggap mutlak. Sebab MB ini ikut arahan ikut kapasiti kuasa parti politik.

Sedangkan PM tidak boleh masuk campur urusan negeri. Ada had kuasa federal dan negeri.

Bagi kamu negeri kamu. Bagi kamu federal kamu. Cuma ada bidang kamu dan kamu kena kongsi kuasa.

Saya fikir kalau 2012 keadaan paling tidak, kekal seperti sekarang, kita akan lihat konsep federalisme diterokai lebih jauh.

Mungkin waktu itu kerajaan Negeri akan mula saman Kerajaan Persekutan dalam isu yang lebih banyak.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP