MB Nizar Pemimpin Baru PR

Wednesday, April 08, 2009

Perjanjian Hudaibiyah, pada mata kasar dilihat sebagai satu perjanjian yang berat sebelah.

Tetapi perancangan Allah swt Maha Hebat. Perancangan-Nya mengatasi perancangan semua pihak.

Quraisy Mekah dan orang Yahudi semakin lemah selepas itu. Seterusnya berlakulah Fath al-Makkah.

Rampasan kuasa di Perak pada mata kasar dilihat sebagai sesuatu yang merugikan Pakatan Rakyat. Dalam sekelip mata, Perak kembali diperintah oleh Barisan Nasional melalui pintu belakang.

Tetapi dengan adanya rampasan kuasa di Perak ini, hikmahnya bagi saya, MB Nizar telah menonjol sebagai seorang pemimpin yang diterima masyarakat berbilang kaum yang sangat sesuai untuk memimpin Malaysia.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai individu yang menonjol sebagai pemimpin sebegitu, melainkan DS Anwar Ibrahim. Tetapi DS Anwar Ibrahim juga kini telah mencecah usia 62 tahun dan adakah dia masih mampu memimpin Malaysia untuk 10 tahun lagi ?

Lim Kit Siang, Karpal Singh sudah pasti tidak diterima oleh sebahagian besar masyarakat Melayu untuk menjadi PM.

TG Abdul Hadi Awang juga tidak begitu diterima oleh sebahagian besar masyarakat yang lain untuk menjadi PM.

Ust Nasharuddin, YB Azmin Ali, YB Lim Guan Eng pula tidak begitu menokoh, atau karisma yang diperlukan, untuk menjadi pemimpin selepas DS Anwar.

YB Husam pula tidak menonjol di peringkat nasional kerana kekangannya mentadbir Kelantan, barangkali sekiranya dia berada di Parlimen, mungkin lain ceritanya.

TG Nik Abdul Aziz juga menghadapi kekangan usia.

Saya tidak fikir rampasan kuasa yang berlaku di Perak itu adalah sesuatu yang sia-sia.

There is no accident.

Saya berharap Muktamar Tahunan PAS akan datang akan mengangkat MB Nizar ke peringkat yang lebih tinggi untuk menjadi bakal pemimpin negara.

Saya fikir PAS masih mencari pemimpin untuk mengisi kekosongan watak Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Yang mampu memimpin massa sementara DS Anwar berada di dalam penjara.

Krisis politik Perak telah melahirkan seorang pemimpin baru untuk Pakatan Rakyat.

Itulah hikmah yang lebih bermakna.

2 comments:

weber 11:41 am  

saya tampak bersetuju dengan pakdi.. hikmah yang tersirat disebalik kejadian rampasan kuasa di Perak banyak adalah muncul seorang pemimpin yang dipercayai ramai...
saya harap DS Nizar akan menjadi ahli MP yang baik dan mampu membawa syiar dah roh Islam di Parlimen kelak..

Anonymous 11:16 pm  

Nizar Jamaludin lebih pentingkan kuasa daripada rakyat,nama je pakatan rakyat tapi hampeh..zaman kegemilangan PR diPerak sudah berlalu,.terima je lah qadaq dan qadar..ko kan orang islam,lu pikir la sendiri......

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP