Kami Bantah Krematorium Kajang (3)

Friday, April 03, 2009

1. Tahniah diucapkan kepada MPKJ kerana turun padang berjumpa dengan penduduk Sg Sekamat dan sekitarnya malam tadi.

2. Ini merupakan budaya baru yang tidak pernah dipraktikkan dalam kerajaan terdahulu. Kesediaan mereka untuk berdialog, dimarahi dll amatlah dihargai.

3. Namun, sampai ke hari ini individu yang rajin memfotostatkan blog PSM Semenyih dan meletakkannya ke dalam post box rumah-rumah di sekitar Sg Sekamat masih belum diketahui. Tak tahu nak ucap terima kasih kepada siapa.

4. Setelah Arul, mewakili PSM Semenyih menerangkan tujuan dia membuat post tersebut dalam blog PSM Semenyih, barulah saya faham. Barangkali Arul perlu membaiki struktur dan penggunaan bahasa nya agar mesej tersebut lebih tepat dan jelas terus ke sasaran. Selamat berkempen di Bukit Selambau. Makhal Sakti!

5. Seharusnya perjumpaan malam tadi, dihadiri juga oleh Ketua Kampung yang lama, ahli majlis yang lama dan bukan sahaja barisan kepimpinan baru yang hanya mewarisi masalah sebegini.

6. Projek perkuburan bersepadu ini sudah dirancang sejak 1997, dan beberapa siri notis awam telah dikeluarkan untuk mendengar dan mendapatkan sebarang bantahan dari penduduk sekitar.

7. Ini sepatutnya kerja Ketua Kampung yang lama dan ahli Majlis yang lama yang bertanggungjawab menjaga kawasan Sg Sekamat dan sekitar. Adakah mereka tahu dan buat-buat tak tahu ? Atau adakah mereka sendiri mempunyai kepentingan apabila pusara bersepadu tersebut perlu mengambil sejumlah tanah yang besar ?

8. Kesediaan Ketua Kampung, dan ahli Majlis yang baru untuk berhadapan dengan masalah ini amat-amat kami hargai.

9. Dengan ini saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ketua Kampung dan ahli Majlis yang lama kerana bersifat lepas tangan. Buduh. Makan gaji dan elaun buta.

10. Seperti biasa, dalam majlis sebegini akan ada pihak tertentu cuba ambil kesempatan melepaskan amarah dan dendam yang dipendam sejak Mac 2008.

11. Melihatkan kesediaan pihak MPKJ untuk bersama penduduk menukar terus status tanah yang berkenaan, maka tidak perlu lah orang kampung meyertai demo yang tidak tahu dirancang oleh pihak siapa, pada esok hari. Lainlah malam tadi, MPKJ berkeras juga dan tak mahu dengar bantahan.

12. Maka, diharapkan jawatankuasa kampung, taman sekitar, surau, masjid, parti-parti politik sedia ada akan membuat tindakan seterusnya yang lebih tersusun untuk meneruskan bantahan ini dalam prosedur yang seterusnya. Projek kerajaan ada prosedurnya, nak buat pun ikut prosedur, nak bantah pun kena ikut prosedur. Ini lah birokrasi. Tetapi kesediaan Pengarah Perancang MPKJ untuk membatalkan projek tersebut setelah semua prosedur dipenuhi, itulah yang paling penting.

13. Terima kasih sekali lagi.

1 comments:

Anonymous 2:55 pm  

Tq PakDi sebab hadir mlm tadi dan memberi hujah yg bernas masa sesi dialog.. org seperti anda diperlukan dikampung Sg Sekamat, bukan org yg beremosi seperti makcik tu.. utk info, pihak yg nak berpiket tu diketuai oleh ketua AMENO caw sg sekamat telah bertindak memasang 4 banner "TERIMA KASIH PR KERANA MELULUSKAN PROJEK TMN PUSARA" disekitar kpg dan di simpang balak.. Alhamdulillah Ajk keselamatan JKKK Sg Sekamat telah bertindak menurunkan banner tsbt dan hampir berlaku pergaduhan dan polis telah meleraikan dan laporan telah dibuat..

Ahli PAS Sg Sekamat...

P/S PakDi sekali-sekali dtglah maskaz boleh kita bertaaruf

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP