Apa Itu PPSMI ?

Thursday, April 02, 2009

Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dibuat kerana sikap prihatin kerajaan untuk melihat anak Malaysia pandai dan boleh bersaing di peringkat global. Iyelah, kebanyakan sumber sains dan matematik adalah dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, mana mungkin Bahasa Melayu boleh menjadikan Malaysia bersaing di peringkat global, kerana hari ini semuanya English. English. English.

Cakap Melayu is kolot you know, Datuk...

Maka dengan ini saya juga mencadangkan agar dibuat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Arab. Sekiranya pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dinamakan PPSMI, maka kita namakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam Bahasa Arab sebagai PPPIA.

Rasionalnya berdasarkan dasar keprihatinan kerajaan terhadap kebejatan sosial yang semakin berleluasa di kalangan pelajar akhir-akhir ini. Para pelajar Muslim semakin jauh dari ajaran agama Islam. Pembangunan sumber tenaga manusia yang berakhlak dan bermoral adalah penting untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber utama dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan seseorang individu Muslim. Pelbagai inovasi dan penemuan baru boleh berlaku dengan pantas dengan mengkaji terus al-Quran & Al-Sunnah dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Arab.

Selain itu, Bahasa Arab adalah bahasa hubungan antarabangsa di kalangan ulama dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Apatah lagi penulisan para ulama terdahulu banyak ditulis dalam Bahasa Arab dan Nabi Muhammad saw sendiri bertutur dalam Bahasa Arab.

Malaikat Munkar Nakir juga dijangka mengeluarkan soalan-soalan dalam Bahasa Arab apabila kita semua dimasukkan ke dalam kubur kelak.

Ma rabbuka. Ma imamuka. Dan seterusnya.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPPIA bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam Pendidikan Islam di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Arab. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPPIA diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan murid.

Maka saya mohon cadangan dasar baru ini diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pelajaran.

3 comments:

awangkutera 3:54 pm  

Apakah PPSMI itu agenda memperkasakan bahasa Melayu? Apakah PPSMI itu tidak meminggirkan bahasa kebangsaan?

Anonymous 11:32 am  

hahaha...PPPIA...
saya setuju juga tue..;)

jatjenin.blogspot.com 11:18 pm  

ubjek bahasa melayu pon dihapuskan ke????
xkan........jd xtimbul isu meminggirkan bahsa kebangsaan.......

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP