Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS

Tuesday, April 28, 2009

1. Saya fikir Ustaz Nik Abduh membuat satu pendedahan yang berani.

2. Pendedahan itu menyebabkan ada yang melatah dan geram dan menyerang Ustaz Nik Abduh bertubi-tubi.

3. Saya juga berpendapat, pendedahan ini dapat sedikit sebanyak memberikan panduan yang lebih jelas kepada ahli di peringkat bawah. Apa yang menyebabkan TG Hadi Awang dan TG Nik Aziz kelihatan berselisih.

4. Saya melihat kemelut PAS akhir-akhir ini sebagai satu pembersihan yang natural.

5. Maklumlah, tengah "kuat" dan ada "potensi".

6. Masa lemah siapa pun tak sudi.

7. Sudah tentulah Allah swt lebih tahu dan lebih layak siapa yang akan terus memimpin organisasi Islam seperti PAS.

Baca: Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS

Read more...

Anak-Anak Kita

Thursday, April 23, 2009


Anak-Anak Kita - M Nasir

Lirik + Lagu : M. Nasir

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Read more...

Bodoh lagi Bahlol

Monday, April 20, 2009

Rasanya inilah antara kenyataan terbodoh yang lahir dari sistem PTD.

Ada sesiapa mahu saman Datuk Dr Abd Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ini biar dia sedar yang EKSEKUTIF tidak ada kuasa dalam DUN.

IPOH 18 April - Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.

Ini kerana, jelas beliau, jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan ditandatangani Menteri Besar Perak.

Sehubungan itu, katanya, proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Selepas itu, selaku Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Abdul Rahman, sehubungan itu, Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan termasuklah sebagai Setiausaha DUN Perak.

Beliau berkata, ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah oleh Sivakumar hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Tambahnya, mana-mana pihak selain JPA, kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri tiada kuasa dan tidak berhak mempersoal atau mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah selaku Setiausaha DUN.

Maksudnya, PTD adalah orang paling berkuasa di atas bumi Malaysia ini kerana YDP Kerajaan Tempatan pun dilantik oleh JPA, walaupun Kerajaan Negeri yang berkuasa melaksanakan sesuatu mengikut undang-undang.

Macam kes curi pasir. Nak serbu kena ada orang Pejabat Tanah dan Galian. Kalau PTG tu diketuai oleh seorang PTD, dan MB dan exco-nya dapat tahu ada orang curi pasir, adakah PTD tu boleh tolak arahan MB supaya dibuat serbuan ke atas lokasi pencurian pasir tersebut ?

Sekarang aku dah PAHAM kenapa kes curi pasir di belakang rumah aku tu susah bebenor nak dihapuskan. Walaupun dah ramai report kepada majlis. Ada orang-orang bodoh dan bahlol yang menjadi ketua dalam sesuatu agensi kerajaan. Khabarnya yang curi pasir di belakang rumah aku tuh adalah orang-orang UMNO yang mana UMNO adalah kerajaan Persekutuan yang boleh memerintahkan PTD ni buat apa sahaja! Mengikut cakap dan amalan SUK Perak yang berlagak itulah.

Maka kalau JPA / SPA kata ok maka, PTD tu berhak buat apa sahaja dan sesiapa sahaja, termasuk SPEAKER DUN kena ikut cakap PTD. Sedangkan Setiausaha Dewan bekerja dan berkhidmat untuk DUN yang diketuai oleh seorang speaker.

Kepala hotak dia berjambul.

Baik JPA / SPA je lantik speaker DUN kalau macam tu. BODOH!

Pemahaman dan amalan yang sungguh berbahaya ke atas konsep pengasingan kuasa.

Selamat aku bukan orang Perak.

Read more...

Rakyat Malaysia Meneroka Federalisma

Tuesday, April 14, 2009

Asas negara Malaysia adalah federalisma.

Maksudnya, ada kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang bersetuju untuk bernaung di bawah 1 kerajaan persekutuan.

Ada kuasa kerajaan persekutuan, ada kuasa kerajaan negeri, ada kuasa bersama.

Dewan Rakyat jaga kuasa persekutuan, Dewan Negara jaga kepentingan Negeri.

Kalau Dewan Rakyat bentang undang-undang yang merugikan sesuatu negeri, Senator di Dewan Negara yang dilantik oleh negeri berkenaan, patut bangkit dan lawan undang-undang tersebut.

Tetapi itu semua tidak pernah berlaku. Sebab Malaysia diperintah sepenuhnya oleh BN selama lebih 50 tahun. Baik di peringkat persekutuan mahupun peringkat negeri.

Adalah 1,2 kes dulu yang sebegini. Macam kes di Sarawak.

Walaupun Kelantan diperintah oleh PAS sejak 1990, tapi ia tidak membawa kesan sangat. Maklumlah, baru satu negeri. Negeri yang agak miskin pula. Di Sabah pun tidak lama orang lain memerintah.

Tetapi apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS pada 1999, rakyat Malaysia sebenarnya telah mula meneroka Federalisma dengan lebih jauh. DUN Terengganu kata nak buat hudud. Zaid Ibrahim cabar. Isunya isu perlembagaan.

Begitu juga royalti minyak. Macam mana duit royalti minyak yang berbilion itu boleh dapat ke tangan UMNO Terengganu dan bukan kerajaan negeri ? Sedangkan perjanjian adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan persekutuan dengan UMNO negeri!

Tetapi konsep federalisma itu tidak dapat diteroka jauh kerana BN menang Terengganu semula pada 2004. Kes-kes itu senyap.

Mac 2008, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Pelbagai masalah mula timbul. SUK Negeri datang dari SPA. SUK warning EXCO, MB. Pengerusi Jabatan Agama dok tunjuk lagak. Ketua Polis negeri tak mahu ikut cakap MB. JKR ikut cakap Menteri Kerja Raya. JKKK ada bawah MB dan ada di bawah Kementerian Luar Bandar. Dan macam-macam lagi.

Selama ini UMNO seronok guna balai raya dan dewan orang ramai, tiba-tiba balai raya dikawal oleh Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Dengan jahil undang-undangnya mereka menuduh, kerajaan negeri baru memecah belahkan rakyat.

Majlis Daerah / Majlis Perbandaran adalah dibawah kuasa Negeri. Begitu juga JKKK. Tetapi ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan campur tangan. Ada Kementerian Luar Bandar campur tangan. Dulu ok, dua-dua BN. Sekarang tidak, sebab politik tidak sekepala. Duit bajet negeri orang PR nak jugak. Tapi dapat ke orang BN. Menteri Federal campur tangan.

Dalam undang-undang ada disebut perihal mahkamah Penghulu. Tetapi Penghulu / Ketua Kampung tidak dilantik oleh kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan negeri. Menteri Luar Bandar yang dahulu memang bongok. Tidak faham federalisma.

Ini semua menunjukkan mahkamah negeri boleh diwujudkan dengan asas ini. JKKK sebenarnya mempunyai kuasa polis untuk tangkap orang masuk ke mahkamah Penghulu. Kiranya boleh ada polis persekutuan dan polis negeri. Cuma ia tidak dan belum pernah diteroka.

Belum kira kes-kes curi pasir. Itu kuasa negeri. Tapi negeri tidak ada polis yang terus boleh tangkap. Yang ada cuma penguatkuasa majlis daerah / majlis perbandaran dan JKKK. Mahu tak mahu kena mintak bantuan polis juga. Buat report polis pasal kes curi pasir pun apa Polis boleh buat ? Kena rujuk majlis jugak.

Krisis Perak, dan kini gelagat ADUN Terengganu boleh membawa kepada satu lagi penerokaan baru dalam konteks federalisme.

ADUN Terengganu memang ramai tidak sebulu dengan MB yang baru. ADUN Terengganu yang boikot sidang DUN ini cuba rampas kuasa DUN Negeri dengan bantuan federal yang dikuasai Tok Jib.

Krisis Perak memang semua orang maklum. Tok Jib rupanya suka main pintu belakang. DSAI baru acah. Tok Jib buat betul. Seronok Tok Zambry bila Najib main pintu belakang.

Tidak ketahuan kalau Perlis cuba masuk gelanggang pula lepas ini.

Sebab Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor tempoh hari, Sultan selaku de jure kerajaan negeri ada kuasa tersendiri dalam perlantikan MB. Menyebabkan apa yang ahli politik nak disanggah oleh Sultan.

Perdana Menteri tidak ada hak suruh mana-mana Sultan terima atau tolak calon MB.

Itu kuasa dari DUN. Sultan seharusnya mengesahkan kuasa DUN. Prerogative Sultan kena ikut kehendak Perlembagaan Negeri / Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tapi kerabat Sultan sekarang banyak buat bisnes. Bisnes mereka ini dianugerahi oleh kerajaan Persekutuan. Maka, federalisme tolak tepi.

Amalan dari dulu, Perdana Menteri itu Presiden UMNO dan MB ini pula sama ada Naib Presiden atau MT UMNO. Jadi arahan PM dianggap mutlak. Sebab MB ini ikut arahan ikut kapasiti kuasa parti politik.

Sedangkan PM tidak boleh masuk campur urusan negeri. Ada had kuasa federal dan negeri.

Bagi kamu negeri kamu. Bagi kamu federal kamu. Cuma ada bidang kamu dan kamu kena kongsi kuasa.

Saya fikir kalau 2012 keadaan paling tidak, kekal seperti sekarang, kita akan lihat konsep federalisme diterokai lebih jauh.

Mungkin waktu itu kerajaan Negeri akan mula saman Kerajaan Persekutan dalam isu yang lebih banyak.

Read more...

MB Nizar Pemimpin Baru PR

Wednesday, April 08, 2009

Perjanjian Hudaibiyah, pada mata kasar dilihat sebagai satu perjanjian yang berat sebelah.

Tetapi perancangan Allah swt Maha Hebat. Perancangan-Nya mengatasi perancangan semua pihak.

Quraisy Mekah dan orang Yahudi semakin lemah selepas itu. Seterusnya berlakulah Fath al-Makkah.

Rampasan kuasa di Perak pada mata kasar dilihat sebagai sesuatu yang merugikan Pakatan Rakyat. Dalam sekelip mata, Perak kembali diperintah oleh Barisan Nasional melalui pintu belakang.

Tetapi dengan adanya rampasan kuasa di Perak ini, hikmahnya bagi saya, MB Nizar telah menonjol sebagai seorang pemimpin yang diterima masyarakat berbilang kaum yang sangat sesuai untuk memimpin Malaysia.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai individu yang menonjol sebagai pemimpin sebegitu, melainkan DS Anwar Ibrahim. Tetapi DS Anwar Ibrahim juga kini telah mencecah usia 62 tahun dan adakah dia masih mampu memimpin Malaysia untuk 10 tahun lagi ?

Lim Kit Siang, Karpal Singh sudah pasti tidak diterima oleh sebahagian besar masyarakat Melayu untuk menjadi PM.

TG Abdul Hadi Awang juga tidak begitu diterima oleh sebahagian besar masyarakat yang lain untuk menjadi PM.

Ust Nasharuddin, YB Azmin Ali, YB Lim Guan Eng pula tidak begitu menokoh, atau karisma yang diperlukan, untuk menjadi pemimpin selepas DS Anwar.

YB Husam pula tidak menonjol di peringkat nasional kerana kekangannya mentadbir Kelantan, barangkali sekiranya dia berada di Parlimen, mungkin lain ceritanya.

TG Nik Abdul Aziz juga menghadapi kekangan usia.

Saya tidak fikir rampasan kuasa yang berlaku di Perak itu adalah sesuatu yang sia-sia.

There is no accident.

Saya berharap Muktamar Tahunan PAS akan datang akan mengangkat MB Nizar ke peringkat yang lebih tinggi untuk menjadi bakal pemimpin negara.

Saya fikir PAS masih mencari pemimpin untuk mengisi kekosongan watak Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Yang mampu memimpin massa sementara DS Anwar berada di dalam penjara.

Krisis politik Perak telah melahirkan seorang pemimpin baru untuk Pakatan Rakyat.

Itulah hikmah yang lebih bermakna.

Read more...

Bukit Gantang P059: Keputusan Pilihanraya Kecil

Tuesday, April 07, 2009




Berikut adalah keputusan P059.

1. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS- PR) 21,860

2. Ismail Saffian (UMNO - BN) 19,071

3. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62

Majoriti: 2,789

Mai Pakat Klik:
>> Ketahui Mana Pi Hilang Duit Anda Setiap Bulan ?

Read more...

Kami Bantah Krematorium Kajang (3)

Friday, April 03, 2009

1. Tahniah diucapkan kepada MPKJ kerana turun padang berjumpa dengan penduduk Sg Sekamat dan sekitarnya malam tadi.

2. Ini merupakan budaya baru yang tidak pernah dipraktikkan dalam kerajaan terdahulu. Kesediaan mereka untuk berdialog, dimarahi dll amatlah dihargai.

3. Namun, sampai ke hari ini individu yang rajin memfotostatkan blog PSM Semenyih dan meletakkannya ke dalam post box rumah-rumah di sekitar Sg Sekamat masih belum diketahui. Tak tahu nak ucap terima kasih kepada siapa.

4. Setelah Arul, mewakili PSM Semenyih menerangkan tujuan dia membuat post tersebut dalam blog PSM Semenyih, barulah saya faham. Barangkali Arul perlu membaiki struktur dan penggunaan bahasa nya agar mesej tersebut lebih tepat dan jelas terus ke sasaran. Selamat berkempen di Bukit Selambau. Makhal Sakti!

5. Seharusnya perjumpaan malam tadi, dihadiri juga oleh Ketua Kampung yang lama, ahli majlis yang lama dan bukan sahaja barisan kepimpinan baru yang hanya mewarisi masalah sebegini.

6. Projek perkuburan bersepadu ini sudah dirancang sejak 1997, dan beberapa siri notis awam telah dikeluarkan untuk mendengar dan mendapatkan sebarang bantahan dari penduduk sekitar.

7. Ini sepatutnya kerja Ketua Kampung yang lama dan ahli Majlis yang lama yang bertanggungjawab menjaga kawasan Sg Sekamat dan sekitar. Adakah mereka tahu dan buat-buat tak tahu ? Atau adakah mereka sendiri mempunyai kepentingan apabila pusara bersepadu tersebut perlu mengambil sejumlah tanah yang besar ?

8. Kesediaan Ketua Kampung, dan ahli Majlis yang baru untuk berhadapan dengan masalah ini amat-amat kami hargai.

9. Dengan ini saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ketua Kampung dan ahli Majlis yang lama kerana bersifat lepas tangan. Buduh. Makan gaji dan elaun buta.

10. Seperti biasa, dalam majlis sebegini akan ada pihak tertentu cuba ambil kesempatan melepaskan amarah dan dendam yang dipendam sejak Mac 2008.

11. Melihatkan kesediaan pihak MPKJ untuk bersama penduduk menukar terus status tanah yang berkenaan, maka tidak perlu lah orang kampung meyertai demo yang tidak tahu dirancang oleh pihak siapa, pada esok hari. Lainlah malam tadi, MPKJ berkeras juga dan tak mahu dengar bantahan.

12. Maka, diharapkan jawatankuasa kampung, taman sekitar, surau, masjid, parti-parti politik sedia ada akan membuat tindakan seterusnya yang lebih tersusun untuk meneruskan bantahan ini dalam prosedur yang seterusnya. Projek kerajaan ada prosedurnya, nak buat pun ikut prosedur, nak bantah pun kena ikut prosedur. Ini lah birokrasi. Tetapi kesediaan Pengarah Perancang MPKJ untuk membatalkan projek tersebut setelah semua prosedur dipenuhi, itulah yang paling penting.

13. Terima kasih sekali lagi.

Read more...

Apa Itu PPSMI ?

Thursday, April 02, 2009

Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dibuat kerana sikap prihatin kerajaan untuk melihat anak Malaysia pandai dan boleh bersaing di peringkat global. Iyelah, kebanyakan sumber sains dan matematik adalah dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, mana mungkin Bahasa Melayu boleh menjadikan Malaysia bersaing di peringkat global, kerana hari ini semuanya English. English. English.

Cakap Melayu is kolot you know, Datuk...

Maka dengan ini saya juga mencadangkan agar dibuat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Arab. Sekiranya pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dinamakan PPSMI, maka kita namakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam Bahasa Arab sebagai PPPIA.

Rasionalnya berdasarkan dasar keprihatinan kerajaan terhadap kebejatan sosial yang semakin berleluasa di kalangan pelajar akhir-akhir ini. Para pelajar Muslim semakin jauh dari ajaran agama Islam. Pembangunan sumber tenaga manusia yang berakhlak dan bermoral adalah penting untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber utama dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan seseorang individu Muslim. Pelbagai inovasi dan penemuan baru boleh berlaku dengan pantas dengan mengkaji terus al-Quran & Al-Sunnah dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Arab.

Selain itu, Bahasa Arab adalah bahasa hubungan antarabangsa di kalangan ulama dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Apatah lagi penulisan para ulama terdahulu banyak ditulis dalam Bahasa Arab dan Nabi Muhammad saw sendiri bertutur dalam Bahasa Arab.

Malaikat Munkar Nakir juga dijangka mengeluarkan soalan-soalan dalam Bahasa Arab apabila kita semua dimasukkan ke dalam kubur kelak.

Ma rabbuka. Ma imamuka. Dan seterusnya.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPPIA bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam Pendidikan Islam di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Arab. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPPIA diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan murid.

Maka saya mohon cadangan dasar baru ini diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Read more...

Kami Bantah Krematorium Kajang (2)

Alhamdulillah MPKJ akan membuat dialog dengan penduduk Sg Sekamat pasal isu ini.

Khamis. 2 April 2009.
Dewan Orang Ramai Sg Sekamat
9:00 malam

Saya harap semuanya berjalan dengan baik.

Dialog ini untuk menyelesaikan masalah, bukan sebaliknya.

Saya tidak berhasrat untuk bersuara dalam dialog tersebut. Cumanya sekiranya saya melihat "sesuatu" yang tidak kena, saya akan bersuara.

Orang Sg Sekamat mudah sahaja.

JANGAN BINA KREMATORIUM DI SG SEKAMAT.

Pasal kubur bersepadu pula, Kg Sg Sekamat DAH MEMPUNYAI TAPAK KUBUR untuk orang-orang ISLAM.

Tapak tanah waqaf kubur tu belakang rumah aku!

APA GUNANYA ADA KUBUR LAIN YANG BERDEKATAN ?

Saya bukan orang UMNO.

Saya undi Cikgu Lee dan Dr Che Rosli dalam PRU lalu.

Tapi saya tidak menyokong PR membuta tuli.

Saya pelopor dan penyokong K-Politics.

Saya akan pastikan Nik Nazmi tahu perkembangan kes ini.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP