PPSMI: Pendirian Saya

Wednesday, March 25, 2009

Sebenarnya, kalau nak didebatkan isu pendidikan, memang tak habis.

Contohnya, saya adalah individu yang menentang idea masuk universiti untuk ada degree dan lepas tu dapat kerja. Itu namanya kilang melahirkan pekerja. Seperti apa yang berlaku sekarang.

Menyebabkan kita ada peguam, tetapi peguam yang tidak faham keadilan. Kita ada arkitek, perancang bandar, tetapi arkitek, perancang bandar yang menghancurkan alam sekitar. Kita ada orang ekonomi, tetapi orang ekonomi yang amalkan riba. Kita melahirkan ustaz, tetapi ustaz yang tidak berani bercakap kebenaran yang pahit itu. Dan seterusnya.

Ok. Isu PPSMI.

Saya ni orang Islam. Sudah tentu pendirian saya adalah berdasarkan apa yang Allah swt dan Rasul beritahu kepada saya.

1. Para Rasul & Nabi bercakap dalam bahasa kaum mereka sendiri

"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka" (Surah Ibrahim, ayat 4)

Kenapa agaknya Allah swt mengutuskan para rasul dari kalangan kaum mereka sendiri, dan dakwah itu akan disampaikan dalam bahasa kaum mereka sendiri ?

Nabi Musa a.s dengan bahasa Hebrew - Ibrani kuno.
Nabi Isa a.s dengan bahasa Ibrani.
Nabi Muhammad dengan bahasa Arab.

Dan berdasarkan ayat di atas, sudah tentulah jika ada Nabi yang diturunkan di benua India, akan bercakap bahasa India. Nabi yang diturunkan di benua Melayu, akan bercakap dalam bahasa Melayu.

2. Tidak berlaku penolakan terhadap bahasa lain

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(al-Hujurat : 13)

Jadi, menolak PPSMI tidak bermaksud menolak bahasa Inggeris. Itu tanggapan yang silap.

Bahasa Inggeris perlu dipelajari, tetapi dengan cara bahasa.

Malah, Nabi saw memerintahkan Setiausaha baginda, Zaid b Tsabit, mempelajari bahasa Yahudi untuk memboleh baginda menulis surat dakwah kepada ketua-ketua kaum Yahudi.

Kenapa agaknya Nabi saw tidak menulis sahaja dalam bahasa Arab ?

Kenapa agaknya Nabi meminta surat dakwah ditulis dalam bahasa Yahudi juga ?

Cukuplah 2 dalil ini sebagai pegangan saya terhadap isu PPSMI.

Maklumlah, ada pihak yang ekstrem. Pro sangat bahasa Melayu nya sampai mengeluarkan tuduhan yang bukan-bukan kepada pihak satu lagi. Pro sangat PPSMI sampai terlupa kepentingan bahasa sendiri.

Susah sangat nak bawak berbincang. Keras kepala. Degil.

Bagi saya, isu ini ada kepentingan bisnes yang perlu dipertahankan. Contract has been awarded. Bukan sebab nak memartabatkan bangsa sangat pun. Saya tau lah. Saya dah terlibat dengan tender menender ni.

Tapi ramai yang tak tahu. Mereka terperangkap dengan hujah politik. Pastu bergaduh dan berhujah macam orang bodoh.

Macam contoh mangkuk di bawah ini, kot ye pun pro PPSMI, janganlah jadi bodoh. Mana ada orang buat terjemahan bulat-bulat. Suruh lah penterjemah profesional buat kerja mereka. Bukan anda yang membangangkan diri.

Connect your joy stick into the server port, you should find little problem with the joy stick as the server has plug and play mode

Masukkan kayu ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main.
Tahu tak, pendeta Zaaba menterjemahkan triple jump kepada lompat kijang dan juga tank kepada kereta kebal ? Pendeta Zaaba tidak bodoh menterjemahkan triple jump kepada lompat tiga kali atau tank menjadi bekas.

Cuba terjemah bulat-bulat sikit tengok, nak tengok ...

Saya berasal dari Nilai. Saya sekarang tinggal di Hartamas. Isteri saya berasal dari Kota Sarang Semut. Saya bekerja sebagai seorang Qadhi di Subang Jaya. Dulu saya belajar usuluddin di Pondok Pasir Tumbuh, ambil 4 thanawi dan kemudian menyambung pelajaran pula dalam subjek syariah di Jordan. Kemudian, saya sambung lagi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang dakwah. Setiap hari saya menghantar isteri saya dahulu yang bekerja sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah Petaling Jaya.

Tak ke bingung kalau semua perkataan PERLU dialih bahasa ?

Mana yang tidak ada dalam perbendaharaan sesuatu bahasa tu, kita boleh pinjam. Macam amuk. Macam bank. Macam komputer. Macam basikal.

Orang Amerika, orang England bila makan nasik lemak, dia akan pesan jugak nasik lemak, bukan fat rice. Teh tarik akan pesan jugak teh tarik, bukan pull tea. Roti canai ? Capati ? Tosai ? Sambal tumis ?

"Oh, Indian people who live in Malaysia and also a Muslim, can I have fat rice and pull tea please ? Put more condiment sautee okay."

"Oh, "Mamak, nasik lemak dan teh tarik satu. Letak sambal tumis lebih ok."

Aduyai ... Puyeng aku dibuatnya.

Bagi saya, sekolah rendah dan sekolah menengah, ajarlah pelajar di Malaysia ini dalam bahasa ibunda (mother tounge) masing-masing. Bahasa kaum. Macam Allah swt dah sebut dalam surah Ibrahim di atas tu.

Masuk universiti, itu dah lain cerita. Sebab mereka dah mula buat pengkhususan. Tapi asas yang pertama telah diajar dalam bahasa yang mereka mudah faham. Takkanlah nak ada degree dalam English Literature dalam bahasa Melayu ? Dan betullah tu, nak ada Syariah degree kena pandai bahasa Arab. Baru lebih sempurna.

Nak sangat BI, lepas SPM masukkan je dalam British Council. Tak pandai jugak BI, memang tak tau lah nak cakap apa.

Macam student lepasan SPM nak ke Jepun, Rusia. Buat kejuruteraan, buat perubatan. Boleh je ambil masa 6-12 bulan belajar dulu bahasa Jepun, bahasa Rusia.

Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Nabi saw bercakap juga dalam bahasa Arab dan percakap dan perintah Nabi disebut sebagai hadis dan sunnah. Al-Quran dan al-hadis adalah sumber utama untuk memahami Islam.

Tetapi kenapa Kementerian Pendidikan tidak memerintahkan pembelajaran pendidikan Islam dalam bahasa Arab ?

Kalau ikut logik PPSMI (kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa utama sains dan matematik), patutnya begitulah, bukan begitu ?

Saya yakin dengan keupayaan Bahasa Melayu. Walaupun saya habiskan degree dalam medium Bahasa Inggeris. Pensyarah yang killer itu boleh terkejut yang saya ini dari sekolah agama sebab entah ... adakah ... ?

Walaupun saya boleh menulis, membaca dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, tetapi saya tetap memilih untuk menulis blog dalam Bahasa Melayu.

Khususnya blog Pakdi.my. Ebook percuma saya pasal cashflow. Sebab saya sedar kedudukan bangsa saya dalam dunia kewangan, bisnes dan pelaburan ini di tahap mana. Itu kerja fardhu kifayah saya.

Sedangkan, kalau letak iklan google adsense dalam blog topik finance, fuhhh... dah jutawan adsense tuuu ... tapi buat apa kaya sorang-sorang tapi bangsa sendiri tertinggal bukan ?

Baik tak aku ? Punyalah fikir bangsa sendiri sampai menolak peluang buat duit dari Google Inc, antara syarikat terbesar di dunia tu ?

Sebab tu aku tak jadi Menteri Pendidikan. Hahahahaha...

7 comments:

Fuad Latip 1:39 pm  

Salam Pakdi,

Masalah utama adalah kita ini mencari dan disuapkan dengan ilmu IQ sahaja. Ilmu EQ dan SQ nya tidak ada.
IQ = Intelligent Quotient
EQ = Emotional Quotient
SQ = Spiritual Quotient

Cuba bariskan semua kursus dan subjek yang ada di sekolah hingga peringkat universiti. Berapa banyak yang memberikan EQ dan SQ?

Maka sebab itu ramai di kalangan kita menjadi lebih biadap, tidak hormat menghormati, sombong, angkuh, ego, hati keras membatu, hati tertutup, hati gelap gelita etc...etc.

Mereka perlu didikan untuk JIWA POSITIF di dalam HIDUP BERTUHAN yang sebenar.

Kita bukan seharusnya bukan hanya menghapuskan PPSMI tetapi merubah terus dasar pendidikan yang sedia ada lebih-lebih lagi di peringkat universiti.

Menakutkan bila golongan umur yang sama dengan umur mahasiswa dan mahasiswi ini banyak melakukan zina di sana sini. Kerana peringkat inilah waktu percintaan sedang sampai ke tahap keasyikan yang teramat sangat.

Bila tidak ada EQ dan SQ, maka IQ yang ada tidak berguna langsung.

Fuad Latip
JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN
http://www.fuadlatip.com

Kujie 4:48 pm  

Hi Pakdi,

It was indeed a good post and I was very much pleased to have read it.

For that, thank you for the useful words of yours.

Kak Jie bukan produk PPSMI :p

Mohamed Idris 6:19 pm  

Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

Thanks!

Nafastari 10:22 pm  

Suatu penulisan yang sangat bagus. Saya harus bertuju dengan kesemuanya sekali. Terus menulis, semoga bermanfaat kepada khalayak pembaca.

iskandar zulkarnain 11:29 pm  

UMNO terus maju bersama PPSMI. Rakyat pula bakal menghukum mereka dalam PRU ke-13

abahfateh 12:28 am  

alhamdulillah.... tak terlawan dalil tersebut.

anor 2:57 pm  

baru saya tau kenapa blog pakdi kurang iklan

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP