PPSMI: Apabila UMNO menolak cerdik pandai Melayu

Tuesday, March 10, 2009

Sikap dan pendekatan UMNO dari dulu menyebabkan NGO Melayu yang mengkritik polisi dan dasar kerajaan dianggap sebagai penyokong pembangkang.

Entah apa yang difikirkan oleh mereka.

Menyebabkan NGO Melayu mati.

Saya fikir hal ini telah berlaku lama.

Akhirnya sikit-sikit mesti pergi kepada UMNO. Kalau bukan melalui UMNO maka itu namanya pembangkang.

Itulah nasib gerakan anti PPSMI. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Budaya kerajaan dan UMNO menyebabkan orang Melayu bergantung sepenuhnya kepada sistem parti politik. Dalam politik ini, pendekatannya adalah pendekatan perang. Semua orang adalah musuh kecuali disahkan mereka bukan musuh.

Menyebabkan kritikan terhadap DEB dituduh seperti khianat kepada orang Melayu.

Kritikan terhadap kepimpinan UMNO dikata khianat kepada bangsa Melayu.

Penolakan terhadap dasar PPSMI dikatakan penghalang kepada kejayaan orang Melayu.

Walaupun kritikan itu dibuat oleh NGO. UMNO masih mengamalkan sikap perang. UMNO itu payung. Mana-mana yang berada di luar payung, maka mereka musuh.

Apabila UMNO gagal memainkan peranan payung dengan baik, maka bila orang sudah muak dengan UMNO, maka mereka akan mencari payung yang lain, iaitu PAS.

PAS sahajalah antara organisasi Melayu-Islam yang tinggal berdiri kukuh walaupun diasak oleh UMNO. Organisasi lain tidak seampuh PAS. Cuma PAS ini adalah parti politik. Selalunya NGO yang neutral hanya mahu PAS serta sekali apabila sudah tiada jalan lain. Sebab mereka maklum, apabila mereka mula mencari PAS, habis aspirasi mereka dipijak dan dihina semahunya.

Pelik juga apabila kerajaan tidak mengiktiraf peranan pembangkang dalam sistem demokrasi.

Itulah yang berlaku dengan GMP.

Individu-individu yang tidak menerima PPSMI ini sudah tiada jalan lain selain memohon bantuan dan kerjasama PAS dalam hal ini.

PAS memang dari dulu tidak setuju dengan PPSMI. Orang bahasa dan sasterawan juga sama. Cuma baru kebelakangan ini mereka duduk semeja dan yang terbaru, sama-sama disembur air asid dan bom asap.

Kalau UMNO membiarkan NGO Melayu ini kuat, maka tidak timbul hal sebegini.

Kalau UMNO membiarkan payung lain selain UMNO adalah NGO, maka tidak timbul masalah sebegini.

Masalahnya, setelah pelbagai asakan dikenakan kepada NGO yang bebas, mereka terpaksa mengalah. Maklumlah, NGO bukan parti politik.

Sebab itu hanya PAS yang terus bertahan diasak UMNO. Sebab PAS itu wadahnya politik.

Saya sedih melihat orang melihat GMP sebagai alat PAS. Oh tidak. Media-media UMNO memainkan propaganda murah ini. Sasterawan kini sudah dipergunakan PAS. Dan sebagainya.

PAS yang merelakan ahli mereka seperti Unit Amal untuk membantu GMP dalam isu bahasa.

Sebab dalam suasana politik yang dicipta UMNO dari dulu, menyebabkan kalau tidak ke UMNO maka orang Melayu akan pergi kepada PAS.

Orang-orang kuat GMP saya lihat adalah orang akademik dan sasterawan yang ikhlas mahu memperjuangkan bahasa.

Dalam tempoh 6 tahun itu, saya tahu mereka sudah cuba bermacam-macam cara untuk menyatakan bantahan. Dan kali ini mereka sudah tidak boleh tahan lagi.

UMNO tidak mahu dengar cakap. NGO Melayu lain banyak yang hidup segan mati tak mahu. PAS sahaja yang tinggal. PAS sahaja yang masih berani secara terbuka.

Apa boleh buat ?

Apa pun saya harap kalau PAS boleh memerintah negara ini di masa hadapan, PAS akan sedar punca masalah ini. NGO Melayu mesti dibenarkan untuk mengkritik PAS. Jangan halang NGO ini berperanan seperti NGO.

NGO ini ada peranan mereka sendiri.

Jangan lihat mereka sebagai musuh.

Hari ini NGO bersama PAS kerana mereka sudah tidak boleh bersama UMNO. Tapi kalau PAS juga nanti berperangai sama macam UMNO, NGO ini juga yang akan bangkit melawan PAS.

Kepada anda yang lain, mari kita sama-sama berhenti melihat sesuatu isu hanya kepada label.

Sebab kau UMNO, kau tak mahu dengar cakap orang PAS.

Sebab kau PAS, kau tak mahu dengar cakap orang UMNO.

Sebab NGO kritik UMNO, kau kata mereka khianat Melayu.

Sebab NGO kritik PAS, kau kata mereka tak suka Islam.

Kalau mahu terbang tinggi, kita semua mesti tahu melihat kebenaran walau dari siapa pun yang bercakap itu.

4 comments:

Penggali Kubur 4:59 pm  

Sebab UMNO ni mempromosikan FASCISM macam nazi jugaklah.

Semua kena bernaung bawah dia.

Itulah punca kerosakan kat negara ni. Negara fasis!!!

sufanasrin 2:56 pm  

aku suka entri ni

nmjnh 1:10 pm  

Komen sikit, kenapa perlu mati anak dan nak pertahan kan adat... tak semua peribahasa boleh ikut bro

Pasal PPSMI, sepatutnya UMNO bersama menentang kerana ia untuk memartabatkan bahasa melayu disamping menolong bangsa malaysia yang kurang fasih berbahasa inggeris terutama golongan muda yang baru masuk tahun satu... nampak sangat UMNO hanya mempergunakan parti untuk kepentingan ekonomi sendiri dan bukan seperti yang dilaungkan oleh tujuan sebenar parti.

http://nmjnh.wordpress.com/2009/03/12/isu-disebalik-demonstrasi-ppsmi/

sufanasrin 8:58 pm  

nmjnh: sebab bila anak buat salah.anak juga perlu diadili mengikut prosedur(adat/tatacara) dan dihukum bila diputuskan salah.jgn sbb yg salah tu anak (atau pihak2 berkepentingan) maka dia terlepas dari adat menghukum..

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP