Khairy Jamaluddin Menang !

Thursday, March 26, 2009

Sebetulnya saya tidak kisah siapa akan memimpin Pemuda UMNO pun. Saya bukan ahli parti. Lantak lah mereka nak siapa pun jadi ketua mereka. Pondan pun tidak mengapa. Ops.

Kalau ikut rasa suku kaum, mungkin saya memilih Dr Khir Toyo. Hehe. Hidup wong jowo!

Secara peribadi saya melihat Mukhriz tidak ada aura kepimpinan. Bak kata panelis-panelis UMNO yang acap kali disebut di RTM, Astro Awani ... persepsi. Ya, itulah persepsi saya.

Khairy, hmm... susah nak cakap. Mungkin terlalu banyak fitnah yang kena terhadap beliau menyebabkan susah juga nak mengadili beliau secara adil.

Tapi disebabkan Presiden baru adalah Najib Tun Razak, maka saya rasa wajar Pemuda UMNO memilih selain Mukhriz.

Tetapi sekiraya Pak Lah kekal Presiden, maka saya rasa wajar Pemuda UMNO memilih selain dari Khairy.

Itu sahaja harapan saya. Maklumlah, selalunya Ketua Pemuda akan jadi Menteri penuh. Dan bagi saya sayap pemuda mana-mana parti memerintah mestilah menjadi ejen check and balance.

Dan Pergerakan Pemuda UMNO nampaknya memilih Khairy, Khir dan Mukhriz (ikut turutan undi)

Cuma apabila saya menonton ucapan kemenangan Khairy malam tadi ...

1. Dia sedar dia bukan pilihan majoriti
2. Dia pandai bermain kata-kata
3. Dia bijak
4. Dia mempunyai "sesuatu". Maklumlah, bukan senang mahu menang apabila ditembak kiri kanan depan belakang. Orang mungkin kata kuasa politik wang, tetapi wang tak boleh memberikan kekuatan moral apabila digasak sebegitu. Bukan semua orang boleh tahan. Lebih-lebih lagi dia pun hanya layak bertanding pun last minute.

Melihat apa yang telah dia lalui, memang patut Khairy diberikan ucapan tahniah.

Adakah dia mampu dan boleh mengubah pendekatan Pemuda UMNO ? Tunggu dan lihat. Khairy ada 3 tahun untuk melakukannya sebelum dicabar (mungkin) sekali lagi selepas itu.

6 comments:

Anonymous 11:42 am  

kita tunggu dan lihat, suara akar umbi sekali lagi dikianati, yang pasti akar umbi dah menolat yang menanag tu. tapi tak tahu lah mcm mana boleh menanag, apa sudah jadi pada perwakilan umno. berdoalah pada Allah agar panjangkan usia umno.

kanot 12:06 pm  

in other way... aku "agak kagum" dgn ucapan dia mlm td...balance... walaupun penuh dgn penipuan dan kepura-puraan hahaha

eda 12:14 pm  

KJ ckp pe mlm td? Sy tidur ;) penat tengok org tua nyanyi lagu wonderpets. Hohoho.

Apa yang penting?!

kanot 4:21 pm  

selalunya ucapan org2 umno ni stereotype... takde isi... dan asyik nak hentam pembangkang

sempat tgk kejap je ucapan kj. walaupun tak suka dia, tp bila dgr dia berucap mmg ada kelainan skit la... lebih berdiplomasi... bukan poyo memanjang

amal 7:58 pm  

i've been to one of KJ's talk. he's a bloody good speaker and a damn witty one :)

his points are carefully thought of, he's eloquent and he has that sorta 'charismatic' value.

he's a smart politician.

it's too bad he has got too much of bad reputation with him. can't really judge what kind of person he is because of that. that, i have to agree with u pemikir.

iskandar zulkarnain 6:57 am  

Itulah produk Oxford University yang dibanggakan sebagai anak muda yang brilliant katanya. Apapun tunggu dan lihat. 3 PR kecil sbg kayu ukurnya.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP