Kami Bantah Krematorium Kajang

Saturday, March 21, 2009

Balik dari pejabat, terbaca 2 helaian kertas. Abang kata ada orang masukkan dalam mailbox.

Terkejut.

Krematorium Kajang. Tempat bakar mayat, tempat simpan abu. Sudah tentu Muslim tidak ada bakar mayat.

Aku tak kisah. Agama kamu, agama kamu. Agama aku, agama aku. Aku faham bab tu. Aku tak halang cara ibadat orang lain.

Klik untuk besarkan

Yang aku kisah, krematorium itu dekat dengan Kampung Sungai Sekamat. Ikut peta googlemaps yang dapat dalam mailbox tu, betul-betul belakang Taman Kasih. Bawah DUN Kajang (PKR), bawah Parlimen Hulu Langat (PAS).

Setahu aku Kampung Sungai Sekamat ni majoriti penduduk Melayu. Bila Melayu sudah tentu Islam. Bila Islam sudah tentu tak bakar mayat, tapi TANAM. Sudah tentu penduduk Kg Sg Sekamat tak guna menatang krematorium tu.

Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam betul-betul belakang rumah aku. Apa kejadahnya nak ada satu lagi kubur orang Islam di kawasan yang SANGAT dekat ?

Baca punya baca, ahli Majlis Perbadanran Kajang (MPKJ) yang terlibat adalah Sdr S.Arutchelvan atau lebih dikenali sebagai Arul.

Oh... dulu masa kes insinerator Broga Arul adalah antara yang lantang membantah. Bagus.

Tapi awat Arul yang kalah di DUN Semenyih hari tu nak bawak krematorium ke Kajang, lebih spesifik lagi Kg Sg Sekamat di mana majoriti adalah orang Muslim?

Aku dah sms no 014-3404563, no PSM Semenyih. Aku dah SMS Presiden PSM, Dr Nasir Hashim. BANTAH.

Lepas ni aku nak emel diorang. psmsemenyih@gmail.com.

Esok-esok aku nak jumpa PAS Sg Sekamat, PAS Hulu Langat, DUN Kajang Cikgu Lee, MP Hulu Langat Dr Che Rosli, ahli Majlis / MPP yang jaga kawasan Kg Sg Sekamat, aku lupa nama dia. MPKJ aku akan hubungi juga hari Isnin nanti. Sdr Nik Nazmi, SU MB Selangor pun aku ada access.

Aku harap hal ni aku tak payah ajukan kepada top gun PAS di peringkat pusat. Isu lokal, kita selesai cara lokal.

Aku dah dapat no wartawan Harakah, wartawan Sinar Harian. Kalau respon mengikut saluran yang betul, diorang sampahkan, masuk media lah. Utusan, Berita Harian confirm suka berita macam ni. Dr Khir Toyo pun suka je.

Jiran aku orang kuat UMNO. Orang masjid semua orang kuat UMNO. Aku tak mahu jumpa diorang lagi. Tapi kalau saluran Pakatan Rakyat TAK MAHU dengar BANTAHAN penduduk Kg Sg Sekamat, memang UMNO lah jalannya.

Jangan sampai ada DEMO.

BINCANG lah brader.

Orang Kg Sg Sekamat yang akan mengalami pencemaran bau, orang Semenyih dah selamat dari insinerator Broga. Yang lu ni brader nak bawah krematorium ni ke Kg Sg Sekamat apahal brader ?

BINCANG la dengan orang kampung brader.

Kawan aku yang orang kuat Taman Kasih pun tak tau apa-apa. Nampak sangat TIDAK diberitahu. TIDAK ada perbincangan dengan penduduk setempat.

BINCANG lah brader.

Ahli MPKJ tu orang PR. Takkan buat kerja tak tau maksud berbincang dengan orang setempat dalam isu-isu yang ada kesan terhadap mereka ? Dulu marah sangat dengan insinerator broga, sekarang nak tiru style diorang pulak ?

Sudah ada kuasa, cakap tak serupa bikin aaa ?

Penduduk Kg Sg Sekamat dan sekitarnya pun ada hati dan perasaan.

KAMI BANTAH KREMATORIUM KAJANG!

15 comments:

Abahfateh 2:21 am  

sokong! sudah masukkan dalam blog, colum kanan...

MataBumi 2:41 am  

ye laa.. buat ape bincang. kalau bincang, sah2 laa orang tak setuju. hehe.

mak 4:11 pm  

sangat sokong supaya tidak dibina krematorium tersebut. Carilah tempat lain yang jauh daripada tempat tinggal penduduk.

mak 4:13 pm  

Sangat menyokong agar pembinaan krematorium tidak dibuat di sg. sekamat. Carilah tempat yang jauh daripada kawasan perumahan dan penduduk kampung berdekatan.

Anonymous 11:15 am  

Saya sangat tidak bersetuju Krematorium di bina di hujung Sungai Sekamat, boleh dikatakan kawasan Melayu, apa perlu tempat pembakar di situ

Saya menyokong penuh perjuangan anda

Siapa anda, diperingkat mana perjuangan kita sekarang
Apa perancangan nak teruskan perjuangan ini

Benda ini dibuat agak cara senyap

Ramai orang tak tahu, sehinggalah seorang hamba allah masukkan pamplet dalam kotak surat (jutaan terima kasih), itu pun ada orang tak baca

Kalau dah mula kerja ditapak tu esok mungkin Najib PM baru pun tak boleh nak buat apa

Anonymous 11:16 am  

Saya sangat tidak bersetuju Krematorium di bina di hujung Sungai Sekamat, boleh dikatakan kawasan Melayu, apa perlu tempat pembakar di situ

Saya menyokong penuh perjuangan anda

Siapa anda, diperingkat mana perjuangan kita sekarang
Apa perancangan nak teruskan perjuangan ini

Benda ini dibuat agak cara senyap

Ramai orang tak tahu, sehinggalah seorang hamba allah masukkan pamplet dalam kotak surat (jutaan terima kasih), itu pun ada orang tak baca

Kalau dah mula kerja ditapak tu esok mungkin Najib PM baru pun tak boleh nak buat apa

FunHouse 10:16 am  

sokong jgn buat natang krematorium itu dkt ngan skolah aku

Anonymous 8:58 pm  

woi arul, buat kat klang ke, brickfield ke menatang krematorium ni..tmpat majoriti melayu pun nak bolot..mpkj pun bangang!

weber 9:15 pm  

buat kat bkt selambau la...

Anonymous 2:48 pm  

InsyaAllah, hari Khamis malam Jumaat 2/4/09 ni akan ada dailog dengan MPKJ di Dewan Sg Sekamat mengenai projek perkuburan bersepadu. Jemput semua hadir terutama org tmn kasih. 4info projek ni dah dirancang sejak 2002 masa BN lagi... skrg ni baru puak Ameno Sg sekamat nak kecoh.. masa dulu taknak kecoh.. tak masyukkk la tu...

Anonymous 2:53 pm  

InsyaAllah pada 2/4/09 (khamis malam jumaat) akan ada dailog dengan MPKJ mengenai perkuburan bersepadu. di Dewan Sg Sekamat. semua dijemput hadir

Anonymous 8:26 am  

siapa dalang projek ini? sah orang UMNO! Dulu orang UMNO pun sama-sama nak buat krematorium, maklumlah dulu dia orang yang memerintah... tapi sekarang PR memerintah.... kononnya sekarang UMNO nak jadi hero pulak...... Nasib baik perkara ini tertera DALAM blog Arul kalau tak kita pun tak tahu.... Kita bincang sama-sama... tengok apa yang baik untuk semua

Anonymous 8:32 am  

Siapa dalang projek ini? sudah Sah Orang-orang UMNO.... Dulu dia orang diam diri jugak ... maklumlah dulu BN yang memerintah.... tapi sekarang PR Memerintah, UMNO nak jadi hero... sengaja ungkitkan isu perkauman.. nasib baik ada keluar dalam blog psm kalau tak langsung tak tahu... sama-sama kita bincang untuk kebaikan semua

Pakdi 10:10 am  

hoi, kepada penyibuk dalam blog ni.

Ini bukan soal UMNO ke PR ke.

Kalau UMNO yang buat pun aku akan bising.

Kalau PR yang buat pun aku akan bising.

Ini soal TOLONG HORMATI ORANG MELAYU-ISLAM.

SUNGAI SEKAMAT tu MAJORITI ORANG ISLAM.

tak paham ke?

peduli apa aku yang sokong tu UMNO ke PSM ke apa ke.

yang penting JANGAN BUAT.

Dialog malam ni kalau aku tengok ada MPKJ cuba berdalih, salahkan UMNO 100% dan tidak mengaku kesilapan sendiri, aku akan bangkit.

watch out.

PR please be transparent.

H2O 11:01 pm  

projek yg xder manfaat bg org MELAYU,buat kt kaw melayu..bile bantah ckp racist plak..dr babi,smpi tmpt mati pn melayu jgk kne tolak tepi!
BANTAHAN berasas, Sg Sekamat majoriti penduduk MELAYU,KUBUR ISLAM MMG DH ADER.
yg taksub politik tu..klau dh smua projek BN,PR yg teruskan(alasan klise!)..maksudnye PR hanya meneruskan kesinambungan BN,yg masa jd PEMBANGKANG,smua projek BN nak BANGKANG,sekarang?..same jer..DUIT..
"apa yg penting?,kuasa & duit"(wonderpets).
110% BANTAH-xnmpk faedah pn kt pdduk stmpt!

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP