Tahniah JC Mohamad Ariff

Wednesday, February 25, 2009

Pesuruhjaya Kehakiman (Judicial Commissioner) Mohamad Ariff Md Yusof menarik dari mendengar kes Dato' Seri Ir Nizar dan Dato Zambry, untuk menentukan siapa yang sebenarnya sah menjadi MB Perak.

JC Mohamad Ariff ini menarik diri kerana pernah terlibat dengan PAS sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman.

Tahniah kepada PAS kerana melahirkan ahli-ahli yang berpegang kepada prinsip pengasingan kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Justeru, tindakan Pesuruhjaya Kehakiman ini yang mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan politik yang disokongnya amat wajar dipuji.

Mungkin Tan Sri Zaki Tun Azmi, Ketua Hakim Negara sekarang, akan mencontohi tindakan subordinatenya yang menarik diri dari menjadi hakim yang bersidang apabila membabitkan kepentingan politik UMNO kerana beliau juga pernah terlibat dengan UMNO.

Tahniah sekali lagi.

2 comments:

Hasbullah Pit 11:56 am  

Kalau sudah cerita berkaitan Nizar, Kenapa kau tak taruk "Nizar" pada tajuk?

weber 11:08 am  

saya tak setuju sangat pasal JC M Ariff nak tarik diri... dia pernah terlibat.. bukan sedang melibatkan diri..
kita ni semua sedara.. lain pemahaman politik je.. takde sebab politik boleh jadi bias plak..

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP