Sultan Azlan Titah MB Nizar Letak Jawatan ?

Thursday, February 05, 2009

Laporan dari mStar.

DUN tidak dibubar, Nizar diminta letak jawatan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," menurut kenyataan itu.

Pagi ini, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN

7 comments:

Anonymous 4:16 pm  

SULTAN PERAK NI BETOI KE TAK BETOI,TANYA AHLI BN SAJA KA,NAMPAK PELEK,KA ADA HUN SAMA.

Amin 7:25 pm  

dont play play with mr c4. nanti istana perak pun boleh hilang.

Anonymous 8:54 pm  

HAHAHA.. Mr C4 tu mcm kenal jek.. hahaha.. mmg bahaya siot Mr C4 nih.. sengih gile2 kat front page news paper.. tp muka tu sedih time kalah kat Kuala Terengganu.. hahaha.. aku rasa sume org yg join PR ni tak ikhlas.. kecuali ahli2 pas jek.. :) kenapa saya ckp begitu? renung2 kan lah..

sayadahbosan ULTRA 9:49 pm  

Yeah right.. the master -- ancient evil -- telling all the devils it is okay to do harm to others but not when the victims are us..

What goes around comes around brader anwar

Happy dreaming and dream on forever happily ever after

16SEPTEMBER!

Anonymous 3:42 pm  

Alhamdullilah Sultan Perak bijak. Kalau bengap cam Nizar tuh yang nak merosakkn bangsa sendiri alamat, kim salam jerlah Melayu.. masuk hutan balik lah g bercucuk tanam. Melayu tak sedar diri ni yang aku musykil.

Anonymous 10:11 pm  

KENAPA RAYAT PERAK BARU NAK SEDAR. SEBELUM PR BERKUASA PUN MELAYU DAH TERGADAI OLEH BN FIKIR.FIKIR KAN LAH RAYAT PERAK.

Anonymous 10:18 pm  

org bn diperak marilah beramai-ramai masuk pas tinggal kanlah BN dah lama sangat merintah perak sebatu masih lagi ada kawasan yg tiada air haaaaaaaaaaaaaaaaa.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP