Setakat RM 50 Juta Belum Cukup Cool

Thursday, February 05, 2009

Aku ingat lagi zaman sekolah dulu.

Ada budak sekolah aku mencuri. Kantoi. Kena tangkap. Sekolah malu.

Kemudian, dalam satu perhimpunan warden sekolah aku marah.

"Bodoh. Bahlol. Lainkali kalau nak mencuri jangan lah curi pen, bateri je. Mangkuk ayun betul. Lain kali kalau korang nak mencuri, tuuu pergi curik peti ais dekat supermarket tu. Korang curi terus junjung bawak keluar. Kalau kena tangkap pun puas hati. Bodoh betul."

Kepada adik-adik ADUN dan adik-adik MP di Malaysia sekalian ...

Moral of the story adalah ...

Alang-alang dah ambik rasuah sampai boleh jatuhkan kerajaan, jangan lupa demand sampai jadi PM, TPM, MB, istana, helikopter, projek mega, private jet, lapangan terbang Labu dan IJN terus.

Tengok macam Iblis tu. Alang-alang dah menderhaka kepada Allah swt, dia mintak nak sesatkan semua umat manusia dan hidup sampai hari akhirat. Baru cool.

Haa.. amacam. Baru berbaloi berpoya-poya di dunia sebelum kena hisab nanti di akhirat.

1 comments:

syamsul 9:54 pm  

..RM50M? phew!! makanya virus yg kunun nya dah di post mortem kan akan bercambah lah semula. that is the way things go about here la bro!
just wonder, why the hurry to take over?

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP