Perak Jatuh ke BN ? ~ Malaysiakini

Wednesday, February 04, 2009

[update]Daulat Tuanku.

Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, sudah tentu keputusan baginda dalam krisis politik Perak ini akan menggambarkan sesuatu yang baik untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, anakanda baginda, Raja Nazrin juga banyak kali bercakap mengenai pentingnya kerajaan yang baik dan berdemokrasi.

Dilaporkan melalui radio RTM pukul 8 malam tadi, Tok Jib dikhabarkan ingin menghadap Sultan Perak di Istana Kinta malam ini juga.

MB Nizar telah menghadap Tuanku Sultan pada petang tadi dan telah melaporkan dan memohon kepada baginda mengenai apa yang perlu.

Tetapi nampaknya Sultan Azlan Shah akan hanya membuat keputusan pada esok hari.

Dan sementara itu, MB Nizar akan terus kekal sebagai MB Perak sehinggalah Sultan Azlan Shah membuat sebarang keputusan yang boleh menyebabkan MB Nizar hilang jawatannya.

Sementara ingin menunggu filem sensasi 2009 ini berakhir, tuan puan boleh baca pandangan peribadi saya mengenai usaha DS Anwar Ibrahim yang juga berhasrat membuat mass defection BN ke PR pada 16 September 2008 lalu dalam artikel bertajuk Uhud atau Fathu Makkah

[update]Tok Jib gelak besar. Dua bekas exco PKR pula senyum senang hati. Walaupun kes rasuah akan didengar minggu depan, Tok Jib sudah bersama mereka. Sedangkan Razak Baginda pun boleh lepas, setakat kes rasuah RM 180 juta, AG boleh bantu. Dapat jadi jutawan segera lagi.

1. Dato Nasarudin Hashim - Bota
2. Kapten (B) Mohd Osman Jailu - Changkat Jering
3. Jamaluddin Mohd Radzi - Behrang
4. Hee Yit Foong - Jelapang

Saja letak gambar. Kot-kot terjumpa di mana-mana boleh antara mereka ni, boleh "hadiahkan" kasut macam George Bush dapat tu.

Lompat si Katak Lompat,
Lompat lah Tinggi-tinggi,
Apa si Katak Dapat,
Lepas Lompat Parti ?

[update]
1. MB Nizar kata belum ada keputusan dari Sultan Perak.

2. Alangkah bagusnya kalau Sultan Perak bertitah:

"Beta mahu Sidang DUN tergempar diadakan dan beta mahu dengar & tengok sendiri gelagat pembesar-pembesar negeri beta berpolitik dengan mata kepala beta sendiri."

[update]


1. Tok Jib kata BN ada 28 kerusi. Sebab Datuk Nasarudin - Bota telah kembali ke UMNO.

2. 3 ADUN lagi, Hee Yit Foong - Jelapang, Jamaluddin Mohd Radzi - Behrang dan Mohd Osman Mohd Jailu - Changkat Jering telah menjadi ADUN Bebas dan menyokong BN.

3. Jadi 28 + 3 = 31 BN dan PR pula 31 - 3 = 28.

4. Tapi kan, nak pilih ketua kelas pun kena tunggu cikgu ada. Ada prosedurnya. Kalau Sultan Perak tak perkenan bubar DUN dan mahukan MB Nizar terus kekal pun boleh. Sultan bentuk kerajaan Perpaduan. DAP yang menang banyak dulu, tetapi Sultan terus pilih MB Nizar dari PAS.

5. Apa pun tahniah juga la kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Ketua UMNO Bahagian Pengerusi SPR kerana berjaya menghalang pilihanraya kecil diadakan di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

6. Tidak lupa kepada Datuk Nasarudin - Bota, yang mewarnai filem sensasi 2009 ini sebagai pelakon lelaki tambahan.

7. Juga penghargaan kepada Hee Yit Foong - Jelapang, yang dalam senyap pun mengkhianati DAP & PR. Boleh menang watak pelakon wanita tambahan gitu.

[Post asal]

1. Dari sumber yang kuat... BN akan memerintah Perak kembali.

2. Kerajaan PR membentuk kerajaan Perak dengan memenangi 31 buah kerusi berbanding BN 28 kerusi.

3. 5 orang DUN PR (2 PKR, speaker, timbalan speaker dan satu tidak diketahui) dikhabarkan telah melompat ke BN.

4. Ini menjadikan BN 33 kerusi dan PR 26 kerusi.

5. Kehadiran Datuk Nasarudin dalam PR pun akan menjadikan BN 32 kerusi dan PR 26 kerusi.

6. Tok Jib akan buat sidang media pada pukul 4.

7. MB Nizar pula dijangka dapat menghadap Sultan Perak hanya pada pukul 5 untuk tujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

8. Terima kasih kepada semua yang percaya bulat-bulat kepada Anwar Ibrahim dan menyerang PAS 24/7 kononnya PAS langsung tidak mahu memperkuatkan Pakatan Rakyat. Ya. Satu ADUN PAS pun tidak lompat parti!

9. Berdoalah agar Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN untuk membolehkan snap election diadakan.

21 comments:

fryshadow 4:40 pm  

lawan tetap lawan.. go PAS

-WaN-® 4:57 pm  

bior betol..??

Anonymous 8:29 pm  

PASai org cam ngko ni ler fryshadow yg wat PR nih x-relevan. sembang maut abeshh, hasil tarak. amik contoh snang le, bisnes hosting pekelancau nko tuh, sudahnye lingkup PAStuh nyusahkan kastemer. sama jer cam PR tuh, cakap berapi, hasil tarak. wat lingkup negeri jer, mengabeskan resource negeri. the same thing happen to always-talk-bullshit perak "PR" government. finally they go down because they are useless & hopeless. MB pun cam boneka. kah kah. angan² mat jenin nak rampas federal government, sudahnya negeri perak tak berjaga. kah kah

Anonymous 10:23 am  

Sekor lagi anjing BN menyalak kat sini.. Kah kah kah.. tgk je laa apa yg berlaku. kuasa rakyat tu lagi kuat dr anjing2 BN eh silap patut Babi Negara ops i did again. My bad. :D

Anonymous 1:15 pm  

jgn sorak awai.. anjing bn. klau pas tumbang pun, pru13 mmg umno lg tak selamat.. rakyat makin benci.. adun je lompat.. rakyat yang undi adunn tidakkkkkk

Anonymous 2:27 pm  

Bila adun umno nak melompat masuk pr,takda maslah takpayah buat by election,bila adun pakatan lompat,takda integriti la,mcm lagi la,ingat siapa yg start bab2 lompat-melompat parti ni,ingat 16september,Next KEdah pulak.

Anonymous 2:28 pm  
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous 2:28 pm  
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous 2:29 pm  
This comment has been removed by a blog administrator.
adli azamin 4:08 pm  

Tuanku Sultan telah bertitah. hukum telah sampai. masa utk muhasabah & bina kekuatan kembali.

tiada apa yg mahu dikesalkan. kerajaan Islam terdahulu turun & naik. namun apa yg penting, Istiqamah para pejuang. memerintah bukan segalanya, namun syiar Islam itulah yg paling utama.
Wallahu'alam.

Anonymous 5:16 pm  

no 6, i like your comment.

anyway, sapa yang mempopularkan konsep "LOMPAT SI KATAK LOMPAT" nih erk? kehkehkehkeh. suka main jalan belakang yer? (in other words: suka main BELAKANG. kehkehkeh)

yang dikejar (federal government) tak dapat, yang dikendong (state government) berciciran.

bawak-bawaklah muhasabah diri wahai fanatik-fanatik pembangkang sekalian. doa anda takkan makbul kalau 2x5 je dengan orang yang dicaci maki tuh :P pakatan pembangkang yang salah satunya dianggotai oleh parti suci murni takkan berjaya didunia & akhirat kalau tak reti muhasabah diri, dan kalau mempunyai barisan penyokong & pengundi yang suka menggelarkan manusia lain seperti "anjing" dan sebagainya.

renung²kan lah yer? :) just my 10cents' opinion.

kingzul 8:21 pm  

Ada tambahan sikit. Apa si malaun UMNO kata waktu si Adun Bota lompat parti.So sekarang ni tgk pulak apa mereka kata tentang malaun dari PKR lompat masuk UMNO.
Tu lah ruma malaun UMNO cakap tak serupa bikin lagi nak memerintah negeri perak. Sekarang boleh ambik perak. Kita tunggu PRU13 nanti UMNO akan terkubur dalam kubur yg dipenuhi rasuah.

Tak habis2 rasuah apa nak jadi orang malaysia ni. Sedih

Anonymous 8:56 pm  

tak pelik pasal PKR = ex-BN.. jadi tak pelik kalau diorg ni berperangai sama. PAS jugak bagus.. :)

Anonymous 10:35 pm  

Segala ape yg berlaku adalah ketentuan Ilahi.

Alhamdulillah with Gods willing semua ini terlah terjad dan ini adalah tanda2 positif terhadap kepimpinan baru di Perak.

Namun ape yg harus dipertegaskan kepada semua ahli politik jangan hanya bermain politik terlampau sangat. Kalau asyik nak lompat2 mcm cadangan DSAI, lepas lompat nak pulak buat perhimpunan resakser utk membantah, lepas tuh mintak pilihanraya, mintak undi mintak mandat.. bila pulak kerja2 pembangunan insan dan masyarakat dapat dijalankan? kalau asyik nak bermain politik saje?

March dulu dah rakyat bg mandat, Habis nak main lompat2, skang nak mintak mandat lagi? Pilihanraya yg terlampau kerap hanya membazir wang, masa serta nasib dan masa depan kita sebagai rakyat.

So marilah kita bersama2 bekerja keras ke arah pembangunan dan perpaduan dari terus hidup segan mati tidak mahu.

Ada pepatah melayu yg sesuai digunakan untuk senario ini.

"yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran"

wallahualam

Anonymous 4:33 pm  

ada hikmah jd cmni. hikmah dia pr13 amno qhuyubbbb dari malaysia

Anonymous 8:30 pm  

siannyerrrrrrrrrr!!! lepaih solat jumaat, maka bertebaranlah manusia ke seluruh pelosok muka bumi untuk mencari rezeki.

malangnya jadik: bertebaran untuk tunjuk perasaan, maki hamun (part of 'em). bagus sungguh cara mereka "berwirid" lepas solat jumaat.

suruh muhasabah diri taknak, sebaliknya melenting. solat tu ntah kusyuk ke tak, pasal dalam kepala dok pikir nak wat rusuhan jek. wakakakak..

semoga Allah merahmati kita (better say like this rather than: semoga Allah melaknat mereka)

guttea 8:54 pm  

ingin aku nak tanya, islam ke kamu bila dengan mudah memanggil orang lain itu anjing. belajar agama balik, adakah islam mengajar untuk memnggil orang macam tu.

Anonymous 9:54 pm  

Yeop semua,

1. Jangan la kita di-permainkan oleh rhetorik saudara Anwar Ibrahim.

2. Dia yang mula-kan semua ini dgn memujuk ahli BN melompat. Sekarang ADUN dari parti dia yg melompat pulak - melatah tak tentu pasal.

3. Dan BN pulak kena sedar diri dari kesilapan2 masa yg sebelum ini, iaitu perbuatan melampau sangat masa berkuasa.
Sekarang ini guna la kuasa dgn ikhlas kepada Allah sahaja, iaitu sebagai Khalifah (deputy Allah di bumi ini). PAS sure sokong.

4. PKR tak relevant dah. Jangan lupa nasib saudara Islam kita di S'pore dan Siam yg di pijak2 oleh orang kafir bila mereka berkuasa.

5. Kita sebagai org Islam mesti adil terhadap org kafir akan hak2 meraka.

Anonymous 5:32 am  

Nak sangat main lompat2 kan..
dari tahun lepas tak habis2 nak suh org lompat2 kan..
haa skang ni org dah lompat apsal tak puas hati?

Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, "Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru" Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada' n qadar ketentuan ilahi.
Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

P/s: Kenapa tak puas hati? kenapa lawan sultan? kenapa salahkan org lain? padahal sendiri yg nak main lompat2 dari tahun lepas.

Anonymous 6:08 pm  

assalamualaikum pembuka bicara..
wahai umat-umat islam yang separuh tak sedar diri..buka lah mata dan minda anda..ape nak jadi ngan orang melayu sekarang??orang kita dah ramai yang pandai-pandai,tapi bodohnya makin jelas daripada pandai..tak sedar lagi ke dalam negara dan negeri sendiri kita dipermainkan??sejarah telah melakarkan peristiwa yang menjadi rahsia sebab isu itu isu perkauman..bukan niat nak bangkitkan semangat perkauman tapi nak bagi buka mata sikit.tak sedar-sedar lagi ke kita sebenarnya diperalatkan??sebelum ini jadi rusuhan dan mereka tetap ingat peristiwa tu sampai sekarang..memang melayu mudah lupa..kita bangsa melayu di kucar-kacir dan digunakan untuk kepentingan orang(bangsa lain).bila jadi penderhakaan dan pencabulan kedaulatan orang melayu(raja-raja melayu) siapa yang buat??orang kita..BANGSA MELAYU!!!!!bodohnya kita baring atas jalan sebab nak halang YAM sultan perak..iman dan kepercayaan kita pada tuhan kuat ke??macam tak je..tak percaya qada' dan kadar tuhan ke?tak jadikan rasulullah sebagai idola ke??semua orang wat salah dan silap,sedar dan taubat la..tepuk dada tanyalah iman,taksub ke tidak anda sekarang terhadap parti??jangan la nak 'membabi','mengAnjingkan',orang yang sembahyangnya satu kiblat yang sama..babi dan anjing tu haram..bukan hukum saya tapi hukum Allah SWT..betullah dunia dah semakin hampir dengan kiamat..fikir-fikirkanlah..

Anonymous 6:23 pm  

ape-ape pun teruskan perjuangan UMNO mentadbir negara ini..

saya akan tetap beri sokongan dan usaha saya selagi mampu..

pendirian saya kuat pada umno untuk pembangunan negara dan saya TIDAK lagi meletakkan kepercayaan saya pada PAS, KEADILAAN seterusnya PR.

saya telah membuat kesilapan kerana pernah percaya pada PR,sesiapa yang menyokong KEADILAN dan PR tidak ubah seperti MUNAFIK..

sekali anda sedar, selamanya anda akan serik dengan PR..

parti pun sudah nama keadilan,maka tidak adalah lagi selepas ini hak keistimewaan orang melayu sekiranya mereka memerintah..

fikirkan..

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP