TNB Rugi RM 944.1 Juta

Tuesday, January 20, 2009

Diorang ni ada speculate dalam forex ke ?

Kalau bisnes monopoli sebegini pun boleh rugi hampir RM 1 bilion, apa nak jadi ?

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Hasrat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) meraih untung dalam suku pertama tahun kewangan semasa gagal apabila kerugian dalam pertukaran asing berjumlah RM1.43 bilion menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian bersih RM944.1 juta.

Tanpa mengambil kira kerugian pertukaran mata wang asing itu, TNB mampu mencapai keuntungan bersih sebanyak RM495.6 juta.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, perolehan TNB meningkat kepada RM7.89 bilion berbanding RM6.20 bilion, pada tempoh yang sama tahun lalu.

Moggie yang dilanjut tempoh pegangan jawatannya selama dua tahun mulai 12 Mac ini berkata, prestasi kewangan kumpulan mencerminkan kesan daripada penurunan pertumbuhan permintaan, peningkatan harga bahan api dan kelemahan Ringgit berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Yen Jepun.

(Utusan Malaysia)

2 comments:

Zaini 5:15 pm  

"Kalau bisnes monopoli sebegini pun boleh rugi hampir RM 1 bilion, apa nak jadi ?"

fuh!

ya tak ya.

Zaini 5:42 pm  

oh lupa pakdi, ada org kata yg tnb rugi tu salah satu sbbnya sbb ipp tu.

depa kasi power excess sgt, so instead of bayar apa yg sepatutnya (yg consumer pki), tenaga kena bayar lebih.

power berlebihan yg dichannel juga bukn boleh simpan.

macam mana ya?

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP