Faizal Tahir Bersara dari Dunia Nyanyian

Tuesday, January 20, 2009

"Saya jatuh cinta dengan suara Faizal Tahir," itulah antara komen peminat dalam radio Hot FM pagi tadi apabila DJ Faizal Ismail membuka topik perihal Faizal Tahir yang diberitakan ingin bersara dari dunia muzik.

"Kalau boleh saya tak mahu anak-anak saya membesar dalam keadaan saya seperti ini"

Berhasrat tinggal dunia muzik untuk beri perhatian kepada keluarga

MUNGKIN khabar yang akan disampaikan ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan buat peminat penyanyi Faizal Tahir.

Ketika ditemubual sekumpulan media sejurus selepas acara penuh gilang gemilang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 berakhir, penyanyi itu membuat kejutan apabila mengumumkan dia ingin bersara seketika dalam bidang nyanyian bagi menumpukan perhatian terhadap kehidupan peribadinya.

Tegas Faizal yang mencatat sejarah peribadi dalam AJL ke-23 apabila dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan kategori Vokal Terbaik untuk lagu Sampai Syurga, keputusannya itu dibuat dengan kerelaannya sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa.

“Saya sudah lama memikirkan perkara ini. Rasanya inilah masa terbaik untuk saya berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga saya. Saya pun bukan muda lagi.Sudah mencecah 31 tahun pun.

“Lagipun anak-anak saya sedang membesar dan tak lama lagi saya bakal menerima anggota baru. Kalau boleh saya tak mahu anak-anak saya membesar dalam keadaan saya seperti ini."

(Berita Harian)

8 comments:

KNizam 9:55 pm  

bagus bersara masa kat puncak neh kan. hehe :)

Anonymous 10:39 am  

kot yer pn frust sgt xmenang ajl...hurm...melayu~

firefixx 12:04 pm  

mula2 masa faizal tahir dalam 1 in a million dia ni orang yang humble tapi bila dah meningkat boleh nampak btl lah dia ni ada hidung tinggi sket.... maybe dia nak bersara sbb merajuk kot tak menang AJL untuk overall.....

Adha H.M 12:06 pm  

Terlalu awal si Faizal ni umumkan persaraannya. Bukan apa, anugerah bintang popular (ABP) nanti pasti dia semua yg bolot. maklumlah, org kita kan suka simpati dgn benda2 cmni.

Taktik kot..jgn mare.sekadar di pinggiran. Tp apa2 pun gd luck to you. jaga keluarga elok2. bila dh bersara nanti jgn aktif lak ke facebook..karang sapa susah. Hasilkan penciptaan lagu yang bermutu ok..

shah 4:26 pm  

Saya tak fikir ni taktik F.T. F.T sblm nyanyi solo, dia dari kumpulan nasyid. Dia ni ada faham sikit ttg imej akhlak seorang muslim. Budak ni tahu gaya persembahannya di atas pentas dgn imej yg dia bawa skrg bukanlah contoh akhlak muslim yang baik. Sebab itu, dia tak mahu anak dia nampak persembahannya di atas pentas. Maybe, dia tak nak anak dia ikut jejak jd penyanyi.

F.T menyanyi ni sy rasa nak kumpul duit. Ada modal bukak bisnes sendiri. Tak payah terkinja-kinja atas pentas hingga mengundang maksiat. Dia pun tahu banyak dosa yg dia dah buat masa jd penyanyi.

mira 9:38 am  

shah macam faham benar tentang faizal tahir :)

apa², memang tak baik buruk sangka pada orang. agaknya memang dia tau dah tak elok kerjaya dia ni. cuma, dia nak kalau berdosa pun sendiri² je, tak libatkan orang lain, apatah lagi anak yang akan doakan dia nanti.

baguslah jika begitu :)

Anonymous 1:18 am  

Lagu sampai syurga tu general interpretation die mmg bagus..
ade unsur hamba-Tuhan jugak la..

sama gak la ngan mahakaryacinta..

faizal sore sedap, lagu best, lirik best..nyanyi je la cam biasa.. buang yang terkinja2 tuh je.. ok nyer..

-joe-

d 1:08 pm  

ish.. kenapa lah manusia sering salah tafsir. perlu ke statement, "bersara sebab frust tak menang" "bersara sebab minta simpati" tak patut ada rasa dengki macam tu. bersara sebab keluarga pun dipandang serong. tak faham. i feel sorry for those who hate him like hell for a good reason, 'cuz it shows your true colour (that you are so "konon² hebat", but totally lame). sorry.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP