Emel Untuk Zahid Hamidi ~ Malaysiakini

Thursday, January 22, 2009

Teman tak mahu kome semua pegi meeting dengan wakil Tok MB Peghok. Tandatangan & cop JKKK (N) itu harommm hukumnye disisi urusan kerajaan Persekutuan!

Subject: Tahniah Atas Kenyataan Anda
From: Hakimi Shaari
Date: Wednesday, 21 January, 2009 17:37
To: YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi

Saya sebagai seorang rakyat negeri perak ingin mengucapkan Tahniah kepada anda kerana dengan kenyataan anda, tidak mengiktiraf cop JKK lantikan negeri perak dan juga tidak membenarkan Agensi kerajaan persekutuan untuk menghadiri mesyuarat kerajaan negeri perak, telah menunjukkan dengan jelas KEBODOHAN anda tentang konsep demokrasi dan juga KEBEBALAN anda untuk menerima isyarat dari rakyat.

Sebagai menteri anda sepatutnya menggalas amanah untuk menbantu dan mempermudahkan Rakyat yang sudah terhimpit dengan pelbagai bebanan. Bukan lagi menyusahkan rakyat.

dengan tidak mengiktiraf cop JKKK negeri, urusan rakyat bertambah rumit. Dan TAHNIAH!. ini akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO dan BN yang BEBAL dan tak tahu malu .

akhir kata, Sahabat Rasullullah, Abdul Rahman bin Auf, akan disoal di akhirat selama lapan puluh tahun akhirat... bayangkan kita umat akhir zaman ini...apatah lagi mereka yang kononnya Pemimpin..

Fikir-fikirkan lah.

TAHNIAH dan Terima KASIH.

*Telah diubah suai dan dicantikkan dari post asal di http://bicaramanis.blogspot.com

2 comments:

Anonymous 2:06 pm  

Zahid Hamidi bahlul. Go to the hill

saji 2:07 pm  

orang umno sendiri mengakui bahawa mereka kalah PRK KT kerana tersalah pilih calon, tetapi ada yang tidak bersetuju dengannya. begitulah pengakuan lain yang seumpamanya,

juga, orang umno sendiri mengakui bahawa mereka kalah PRK KT kerana umno sudah tidak ada daya penarik, tetapi ada yang tidak bersetuju dengannya.begitulah pengakuan lain seumpamanya.

mengapa keadaan di atas berlaku? maksudnya, mengapa orang umno berpecah pendapat dalam menentukan 'punca' yang menyebabkan mereka kalah PRK KT?

mungkin hujah dari sudut menyelesai masalah cara islam di bawah dapat mencari jawapannya.

a) pengakuan pertama diatas merupakan contoh orang yang menggunakan pandangan mata untuk menilai atau mengenal pasti sesuatu masalah yang ingin diatasinya yang mempunyai kekurangan berikut:

- ia akan hanya menampilkan hal-hal yang tersurat kepada sesuatu masalah.
- ia akan hanya menemui kesan atau akibat pada masalah yang hanya boleh dibuang sahaja.
- lebih jelas lagi, jika orang ini pandang ke laut mereka hanya nampak sampah sarap, ombak, buih dll.

b)pengakuan kedua di atas merupakan orang yang menggunakan pandagan akal untuk menilai atau mengenal pasti sesuatu masalah yang ingin diatasinya yang mempunyai kekurangan berikut:

- ia boleh mengelirukan, kerana akal mentafsir atau menghurai dalam lingkungan yang sangat terbatas.

- ia juga akan menemuai kesan atau akibat pada masalah seperti diatas.

- lebih jelas lagi, jika orang ini pandang ke laut, mereka hanya nampak sotong, ikan, plankton, rumpai dll.

c) setakat ini belum ada orang umno sendiri yang membuat pengakuan bahawa mereka telah menggunakan pandangan 'mata hati' untuk mengenal pasti 'punca' yang menyebabkan umno kalah dalam PRK KT, dengan maksud jika mereka pandang ke laut,mereka akan mengatakan kepada orang umno lain bahawa di bawah laut itu rupa-rupanya ada minyak! apakah agaknya minyak itu?

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP