Bila Ada Orang Tidak Buat Kerja - Malaysiakini

Monday, January 12, 2009

Kadang-kadang saya berasa geram, kecewa dan lucu apabila ahli Parlimen sibuk-sibuk pasal longkang, jalan, lif rosak dan hal sebegitu.

Sedangkan ahli Parlimen tanggungjawab dan tugas mereka bukan pasal hal sedemikian.

Ia adalah tugas majlis daerah atau majlis perbandaran - pihak berkuasa tempatan - iaitu mereka yang bertanggungjawab dalam urusan ini secara langsung.

Barangkali orang ramai tidak begitu faham perbezaan ahli Majlis PBT, ADUN dan ahli Parlimen.

Menyebabkan bila mengadu masalah di tempat yang salah, masalah tersebut tidak dapat diselesaikan segera.

Mungkin dari satu sudut lain orang politik pun terlalu mempolitikkan kerja sebegini.

Iyelah, kalau kerja belakang tabir seperti merangka dasar negara (tugas ahli Parlimen) mana mungkin mereka senang nak jadi popular di kalangan ehem ... akar umbi.

Sebab budaya rakyat kebanyakan adalah wakil rakyat mesti ada dalam majlis orang ramai, kenduri kendara, tengok longkang pecah, jalan tidak berturap, lif rosak dan seterusnya. Benda sebegitulah yang orang rasa tugas seorang tok wakil.

Bila ramai dah fikir begitu, maka ramai yang lupa perbezaan tugas seorang eksekutif dan ahli majlis perundangan (DUN & Parlimen)

Maka jadi lah masalah sebegini ...

Legal systems struggle to keep up with Islamic finance

The issue is that Islamic economics have a different premise from conventional banking and applying the same legal principles to decide disputes for both markets does not work.


MALAYSIA launched the world’s first syariah interbank money market and popularised interest-free bonds to establish itself as a leading centre for Islamic finance, but its legal system is struggling to keep up.

Malaysia is not alone. Rival Middle East centres in the US$1 trillion sector are also finding that their legal systems are ill equipped to deal with Islamic finance cases as the market grows at a furious pace.

The issue, bankers and lawyers say, is that Islamic economics have a different premise from conventional banking and applying the same legal principles to decide disputes for both markets does not work.

Unlike conventional banking’s capitalist conviction that winner takes all, Islam argues for a fair distribution of profit and loss and bans purely speculative activity.


“Strong legal systems give birth to strong banking, strong corporate markets and that will then be able to attract more foreign direct investment (FDI),” Rafe Haneef, managing director of Fajr Capital in Kuala Lumpur, said.

“FDI will come to markets where there is strong corporate governance and therefore a strong legal system is required.”

To be sure, few legal disputes have reached Malaysia’s high courts. In fact, only 20 cases have come before them in as many years, estimates Megat Hizaini Hassan, a Kuala Lumpur-based lawyer.

The government has not announced any specific steps to deal with the issue, but there are signs it is rising up the political agenda.

“Dispute resolution mechanisms should also be more accommodative to the application of Islamic legal rules and methods in order to avoid embarrassment to Islamic banking cases as a result of incoherent and anomalous legal judgments,” Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak told an industry forum in November, making him the highest ranking government official to sound an alarm over the problem.

Malaysia has carved out a position as the world’s largest Islamic bond market, with US$66 billion, or 62.6 per cent, of global outstanding sukuk issuance as of the end of June.

CONTEXT

Islamic finance is based on the syariah, or Islamic law.

It avoids the interest-based formula of conventional banking and argues that gains must be derived from ethical investing and for profits and losses to be shared between venture partners.

Most Middle East Islamic financial centres use the syariah as one element of their law. They also use other sources of law, such as French law.

But Malaysian law does not draw on syariah. Islamic banking matters are heard in civil law courts staffed by judges who are not formally trained in syariah.

Jal Othman, a Kuala Lumpur-based Islamic banking lawyer, estimates that no more than 10 of Malaysia’s 12,000 or so lawyers are experts in Islamic finance. Fewer than 10 judges, or less than a tenth, are skilled in the subject.

“You don’t have sufficient precedent which means there may be time bombs ticking,” Jal said.

A 2006 mortgage case, the outcome of which was reaffirmed in a recent judgment, highlights the clash between two sets of legal principals confronting Malaysia’s court system.

A Malaysian court ruled that if an Islamic home mortgage is terminated prematurely, the lender cannot claim for the unaccrued instalments because they have not fallen due yet.

The loan was given based on a popular Islamic finance structure in Malaysia called bai bithaman ajil in which a bank first purchases a house before selling it to the client at a profit.

Islamic finance experts argue the civil court decision did not reflect the principles of the Islamic finance agreement, which created a contract from the outset where the customer has to repay the bank the entire sum, including the cost of the asset and the profit margin.

“This bai bithaman ajil concept is very heavily used in the housing loan market,” said Rasheed Khan, a lawyer. “The sooner this is resolved the better because otherwise it creates a bit of uncertainty.”

But reflecting the fractured nature of the Islamic finance market, the bai bithaman ajil structure is not used in the Middle East because it is viewed as too closely resembling interest-based financing.

WHAT SHOULD BE DONE?

Lawyers and academics have suggested Malaysia employ judges skilled in syariah banking law or create special courts to hear Islamic finance cases.

Some Islamic bankers suggest courts should be required to seek the guidance of Malaysian central bank syariah advisers when deciding Islamic finance matters. The central bank has not commented.

“Decisions of the civil court, however powerful they may be, must consider the fact that the underlying basis of the Islamic banking raison d’etre is to observe the syariah,” Ahmad Hidayat Buang, an Islamic law expert wrote in a law journal.

Even in the Middle East, where the legal system is much more sensitive to syariah, other issues arise.

In Saudi Arabia, which uses syariah as the only basis for its legal system, Islamic banking disputes are dealt with by a central bank panel, not a syariah court.

This was because of a view that the court may be expert in syariah, but judges are often not expert enough in banking, said Ayman Khaleq, a Dubai-based Islamic finance lawyer.

“Syariah knowledge alone is not the answer. Civil and commercial law knowledge is not the answer. A combination of the two is,” he said. - Reuters
Saya sudah sebut pentingnya buat kerja. Bukan bercakap tunjuk hebat dan jadi populis.

Mana ahli Parlimen yang sepatutnya duduk berbincang membuat satu komiti pasal kekeliruan mahkamah sivil dalam urusan kewangan Islam seterusnya meningkatkan status mahkamah Syariah agar boleh mendengar kes-kes muamalah ?

Oh. Benda ini terlaku teknikal. Biarlah "pakar" yang buat.

Masalahnya, "pakar" tersebut tidak ada kuasa untuk mengubah. Dia hanya boleh bagi nasihat dan cadangan kepada kerajaan atau pihak yang berkenaan.

Ahli Parlimen lah yang boleh menggesa orang kerajaan (eksekutif) untuk perbetulkan keadaan dan seterusnya membolehkan orang kehakiman menjalankan kerja mereka pula.

Inilah hal ehwal kerajaan (eksekutif, perundangan kehakiman) Malaysia.

Tidak tahu buat kerja sendiri dan suka campur kerja orang lain.

Kita perlukan ramai orang macam almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim. Buat kerja sahaja dan tak perlu berpolitik sangat macam sesetengah pihak dalam isu Islam (macam hudud) dan tahu-tahu dia dah berjaya lobi kerajaan untuk pinda Artikel 121 (1A) untuk meningkatkan status mahkamah syariah.

1 comments:

saji 8:30 pm  

Dalam dua rencana saya bertajuk; "Bina segera tatacara pemuliharaan UMNO" dan "Aspek DEB yang boleh diubah" tersiar di MINGGUAN WASILAH, saya ada bincangkan mengenai pentingnya pihak yang ingin memberikan pandangan tentang isu masyarakat yang ditimbulkan oleh ahli dalam sesebuah organisai masyarakat tersebut seperti organisasi orang Melayu melihatnya dari sudut konsep dan ciri pengurusan organisasi moden (K&CPOM),iaitu sebuah konsep pengurusan moden Barat yang membahagi dan mencirikan pengurusan organisasi kepada aspek kemanusiaan dan aspek teknikal seperti berikut:

Aspek teknikal merangkumi persoalan struktur (carta organisasi, pembahagian tugas, saiz dan sebagainya), peralatan dan kemudahan, sistem dan tatacara.

Manakala, aspek kemanusiaan meliputi hal-hal seperti interaksi dan komunikasi, kepimpinan dan kepengikutan, dorongan, resolusi konflik, pengetahuan dan kemahiran, sistem nilai dan fahaman ahli.

Di mana, dalam rencana kedua tersebut, saya telah bincangkan dengan menyeluruh mengenai pembahagian skop tanggungjawab di antara golongan kemanusiaan -ahli politik, ahli agama, ahli ekonomi, ahli undang-undang, ahli sains sosial, ahli sejarah dsb. dengan golongan teknikal -arkitek, jururancang, jurutera, jurukur bahan, jurubina dsb. dan ahli sains seperti doktor, ahli farmasi dsb. dalam sesebuah organisasi seperti berikut:

- Golongan kemanusian bertanggungjawab terhadap aspek kemanusaiaan tersebut yang meliputi tanggungjawab mencetus isu dan membentuk dasar, wawasan, gagasan dsb.

- Golongan teknikal dan sains bertanggungjawab terhadap aspek teknikal tersebut yang diperlukan oleh golongan kemanusiaan untuk menterjemahkan dasar, wawasan dan gagasan kepada matlamatyang disasarkannya.

Tidakkah K&CPOM yang dibincangkan di atas sudah menjelaskan golongan mana yang berkerja dan tidak buat kerja dan tanggungjawab sebenar wakil rakyat?

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP