Abdul Wahid Endut, Calon PAS - Malaysiakini

Friday, January 02, 2009

PAS menamakan Abdul Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu.

Kedudukan Parlimen Kuala Terengganu ini boleh dikira sebagai 50-50. Sebab PAS dan UMNO saling memenangi kerusi ini sejak dahulu.

Menarik untuk dilihat, kenapa 3 DUN dibawah Parlimen Kuala Terengganu ini boleh dimenangi oleh PAS tetapi kerusi Parlimennya dimenangi oleh BN ?

Pilihanraya kali ini berlangsung dalam keadaan Pakatan Rakyat popularitinya agak merudum kerana kegagalan Anwar Ibrahim merealisasikan projek 16 September.

UMNO dan BN pula menyaksikan proses peralihan kuasa Pak Lah - Najib pada Mac 2009.

Adakah para pengundi akan mengambil kira sentimen ini ?

Tetapi sekiranya melihat pengundian orang tempatan di sana, Abdul Wahid Endut merupakan ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990. Itu sudah 5 penggal. Bukan mudah mempertahankan kerusi selama 5 penggal apatah lagi dalam posisi pembangkang untuk 4 penggal.

Ini menunjukkan walaupun orang tempatan mengundi BN untuk kerusi Parlimen, tetapi mereka masih mahukan Abdul Wahid Endut sebagai wakil mereka di DUN.

Adakah faktor personaliti calon benar-benar memainkan peranan ?

Selaku orang PAS, kita yakin ia bukan dibuat sekadar tangkap muat atau untuk memuaskan hati pihak tertentu.

Walaupun sebelum ini kedengaran nama-nama lain yang lebih favourite, tetapi yakin lah dengan keputusan yang dibuat atas dasar musyawarah. Itu adalah ketetapan yang lebih baik.

Nak bergaduh pasal calon sudah habis tempohnya, apabila sudah diumumkan calon yang dipilih maka, kita perlu sokong sepenuhnya.

Itulah adab dan akhlak dalam berorganisasi.

Tahu masa untuk berkhilaf, dan tahu masa untuk bersatu hati.

Tetapi sekiranya ada orang PAS cuba buat khianat terhadap parti sendiri, maka itu adalah sesuatu yang malang.

Kalau pun benci sangat terhadap keputusan ini, berdiam diri adalah lebih baik dari berbuat bising sehingga mengelirukan orang ramai.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP