Aku Malas

Saturday, August 29, 2009

Macam-macam cerita politik berlaku sekarang.

Tapi malas nak mengulas apa-apa.

Sebabnya keadaan politik di Malaysia ini entah apa-apa. Baik dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Saya tidak nampak perbezaan ketara. 90% ahli politik cuma nak menang undi.

Satu pihak semua salahkan Melayu. Hanya Melayu yang ekstrem.

Satu pihak semua salahkan orang bukan Melayu.

Tidak ada pihak yang ingin berlaku adil.

Kalau dah memang orang tu protect kongsi gelap, buat apa kita nak defend dia ? Dah memang dia yang lindung bapak-bapak ayam, tokey vcd haram, tokey dadah dan sebagainya.

Kalau dah memang orang tu kaki rasuah, buat apa nak defend dia? Dah sah-sah dia yang menyebabkan rakyat marhaen teraniaya.

Saya rasa ada Melayu bodoh, zalim, bahlol.

Saya pun rasa ada Cina bodoh, zalim, bahlol.

Saya pun rasa ada India bodoh, zalim, bahlol.

Tapi malangnya, hanya sedikit yang melihat dengan mata hati.

Ramai yang cuma terikut-ikut dengan sentimen. Tak ramai cuba melihat kebenaran.

Read more...

Kerajaan Perpaduan mematangkan PAS

Wednesday, June 24, 2009


1. Isu kerajaan perpaduan adalah isu yang mematangkan PAS.

2. Ia juga adalah pembersihan semulajadi untuk membuang anasir-anasir khianat dalam jemaah.

3. Didoakan agar TG Nik Aziz akan terus sihat untuk terus dapat hadir dalam mesyuarat-mesyuarat agar tidak lagi termakan dengan khabar-khabar angin, dan penasihat-penasihat yang melaga-lagakan pimpinan kerana agenda peribadi.

Read more...

Kerajaan Perpaduan

Wednesday, June 10, 2009

1. Tidak dinafikan, konsepnya kabur.

2. Tetapi adalah satu prinsip Islam untuk kita, sebagai pendakwah, untuk buat engagement dengan mana-mana pihak tanpa ada halangan. Nabi saw pun berutus surat, bersua muka, memeterai perjanjian dengan pelbagai pihak.

3. Maka, sekadar nak jumpa, bincang, muzakarah, muqabalah antara pemimpin PAS dengan UMNO seharusnya bukan lah satu isu besar. Ia adalah kewajipan.

4. Cumanya, ia haruslah diasingkan dengan isu penggabungan UMNO-PAS. Dan saya tidak fikir pimpinan PAS akan bergabung dengan UMNO secara mutlak selagi mana dasar utamanya tidak berubah.

5. Tetapi adalah tidak mustahil untuk PAS dan UMNO berpadu suara dalam isu-isu tertentu.

6. Kenapa bila DAP, Gerakan dan MCA berpadu suara dalam isu tertentu tiada siapa mahu komplen ?

7. DAP, Gerakan, MCA boleh mintak hapuskan kuota. Ok. Takpa. Itu demokrasi.

8. Tapi PAS bila nak bincang pasal isu kuota, oh itu tidak boleh. Itu mengkhianati amanah rakyat namanya.

Apa punya turr...

Read more...

Waheeda Ingin Bersara ?

Friday, May 29, 2009

Kebenaran akan terungkai 2 Jun ini - Waheeda

Nekad undur diri daripada industri seni

Waheeda ingin bersara?

Oleh WAHIDA ASRANI (Via MStar)

NADA suaranya kedengaran cukup ceria, tetapi adakalanya, penyanyi dan pelakon Waheeda ini jelas gagal menyembunyikan perasaan sedihnya berdepan dengan kontroversi yang amat hebat dalam dirinya ketika ini.

Benar kata penyanyi yang popular dengan lagu Wassini ini, bukan mudah untuk menjadi 'dirinya'...apa yang ditanggung selama ini cukup berat. Dikecam sebagai perampas suami orang serta pemusnah rumahtangga adalah label yang amat dahsyat diberikan sesetengah pihak yang belum tahu hujung pangkal kebenarannya.

Tetapi, luah wanita berusia 30 tahun ini, biarlah apa saja tanggapan yang singgah terhadap dirinya. Asalkan keluarga dan kenalan rapat mengetahui kisah sebenarnya, itu sudah cukup memadai buat Waheeda walaupun tohmahan buruk akan terus berselingkar di dalam dirinya.

Pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu juga nampaknya semakin 'panas' apatah lagi bila Maizawati dilihat semakin 'berani' mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.
"Saya sudah bosan. Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya."

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Dengan keadaan sekarang yang dilihat semakin 'berapi' ini, tutur Waheeda, biarlah dia terus bersabar dengan apa yang berlaku. Apapun, kesabaran itu tetap ada hadnya, cuma katanya, biarlah masa saja yang menentukan.

Namun, luah Waheeda, dia menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya amat tertekan dengan tindakan Maizawati itu yang terus-menerus mengeluarkan kenyataan. Malah, khabar angin itu turut mengatakan Waheeda juga turut kesal dengan tindakan Akhil yang masih terus mendiamkan diri.

Akibat terlalu tertekan dengan hal ini, Waheeda dikatakan menjerit-jerit seperti orang gila sehinggakan beberapa barang di rumahnya juga habis dihempaskan kerana terlalu geram.

"Tak mengapalah. Biar mereka (Akhil dan Maiza) selesaikan. Kita tunggu saja 2 Jun ini...kebenaran akan terungkai juga," luah Waheeda dalam nada perlahan, sambil enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Katanya, buat masa ini dia lebih memberikan perhatian kepada kesihatannya yang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.

"Sekarang ini saya tengah berubat...penyakit yang sudah lama sebenarnya saya alami. Cuma sekarang ini semakin teruk pula," ujarnya yang tidak mahu bercerita lanjut tentangnya.

Nekad tinggalkan dunia seni

Lebih setahun yang lalu, Waheeda pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan karier seninya sebagai penyanyi dan pelakon. Ketika itu, ramai yang merasakan keputusan tersebut dibuat oleh Waheeda gara-gara isu kononnya penyanyi ini telah berkahwin dengan Akhil.

Namun, Waheeda masih lagi dilihat terus aktif dengan aktiviti seninya sehingga hari ini. Katanya ketika itu, dia menunggu album terbarunya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum terus berundur. Dan memandangkan pada waktu itu semakin banyak tawaran yang datang, dia tidak menolaknya sementara menantikan albumnya itu siap.

Tetapi, tegasnya, dia tetap menyimpan hasratnya untuk tinggalkan bidang seni satu masa nanti.

Namun, dengan kontroversi hebat yang melanda dirinya ketika ini, kata Waheeda, dia memang nekad untuk 'bersara' dan kemungkinan besar akan terus menghentikan projek penghasilan album terbarunya itu.

"Saya sudah bosan. Dari dulu sampai sekarang macam-macam orang bercakap tentang saya. Kontroversi seperti inilah sebenarnya yang membuatkan saya ingin berhenti ketika itu. Untuk apa saya terus berada di sini sedangkan reputasi dan kredibiliti saya sudah tiada.

"Mungkin dulu saya bercakap seperti ini juga, tetapi saya tetap terus berada di dalam industri. Tetapi kini, saya rasa cukuplah apa yang saya lalui. Saya nekad untuk berhenti terus.

"Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya. Ibubapa saya juga menyarankan perkara yang sama kerana mereka tak sanggup melihat saya terus dilanda benda-benda macam ni.

"Sekarang ini saya tengah tunggu untuk selesaikan dulu projek-projek lakonan termasuklah program Cafe Akhil Hayy," kata Waheeda.

Walaupun sedar tindakannya itu tidak bermaksud akan mengakhirkan segala kontroversi yang melanda, namun kata Waheeda, 'at least' kehidupannya selepas ini mungkin akan lebih 'tenang'.

"Saya masih ada banyak benda yang boleh dibuat. Saya ingin terus lakukan kerja-kerja kebajikan. Ketika ini pun saya bertugas sebagai 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID).

"Mungkin jika saya ingin siapkan juga album tersebut, saya akan buat 'senyap-senyap' saja tanpa sebarang publisiti. Siapa yang nampak album saya itu di pasaran, itu sajalah...tidak akan ada majlis pelancaran atau sebagainya," kata Waheeda yang akui dia telah merakamkan semua lagu dalam album terbarunya itu

Read more...

Tahun Depan SPM cuma 10 subjek

Thursday, May 28, 2009

Pakdi: Aku ingat ada orang tak paham sistem SPM terbuka ni. Aku pun tak tahu siapa yang bagi pemahaman tak betul pada budak-budak yang nak ambik SPM ni.

SPM ni tiket masuk universiti je. Tak lebih dari itu.

Kalau score, bagus. Senang dapat biasiswa. JPA hantar luar negara.

Tapi biasiswa boleh dapat lagi kalau score masa matrikulasi, STPM, 1st year di universiti dan even kalau score baik punya sepanjang buat degree boleh apply lagi masa final year.

Ini SPM jadi tempat nak tunjuk power pulak ambik banyak gilerrrrrrrrrrr subject.

Bagi aku student yang score 7 1A straight out of 7 subjects is better (100% 1A) than student yang ambik 15 subjek tapi cuma dapat 10 1A (66% 1A).

Mungkin jugak sistem biasiswa tu ada flaw dan boleh dimanipulasi. Menyebabkan ada student yang tidak dapat biasasiwa walaupun dapat 100% 1A.

10-subject cap for SPM from next year
By SARBAN SINGH

NILAI: Beginning next year, students sitting for SPM will only be allowed to take a maximum of 10 subjects.

Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said this was because 90% of all students took a maximum of 10 subjects or less.

“We want to streamline and also make it easier when it comes to giving out scholarships,” he told reporters on Thursday after laying the foundation stone for the new Tunku Kurshiah College.

He added the grading system for the examination will also be improvised to better reflect the academic achievements of students.

(The Star)

Read more...

Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS

Tuesday, April 28, 2009

1. Saya fikir Ustaz Nik Abduh membuat satu pendedahan yang berani.

2. Pendedahan itu menyebabkan ada yang melatah dan geram dan menyerang Ustaz Nik Abduh bertubi-tubi.

3. Saya juga berpendapat, pendedahan ini dapat sedikit sebanyak memberikan panduan yang lebih jelas kepada ahli di peringkat bawah. Apa yang menyebabkan TG Hadi Awang dan TG Nik Aziz kelihatan berselisih.

4. Saya melihat kemelut PAS akhir-akhir ini sebagai satu pembersihan yang natural.

5. Maklumlah, tengah "kuat" dan ada "potensi".

6. Masa lemah siapa pun tak sudi.

7. Sudah tentulah Allah swt lebih tahu dan lebih layak siapa yang akan terus memimpin organisasi Islam seperti PAS.

Baca: Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS

Read more...

Anak-Anak Kita

Thursday, April 23, 2009


Anak-Anak Kita - M Nasir

Lirik + Lagu : M. Nasir

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Read more...

Bodoh lagi Bahlol

Monday, April 20, 2009

Rasanya inilah antara kenyataan terbodoh yang lahir dari sistem PTD.

Ada sesiapa mahu saman Datuk Dr Abd Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ini biar dia sedar yang EKSEKUTIF tidak ada kuasa dalam DUN.

IPOH 18 April - Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.

Ini kerana, jelas beliau, jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan ditandatangani Menteri Besar Perak.

Sehubungan itu, katanya, proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Selepas itu, selaku Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Abdul Rahman, sehubungan itu, Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan termasuklah sebagai Setiausaha DUN Perak.

Beliau berkata, ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah oleh Sivakumar hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Tambahnya, mana-mana pihak selain JPA, kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri tiada kuasa dan tidak berhak mempersoal atau mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah selaku Setiausaha DUN.

Maksudnya, PTD adalah orang paling berkuasa di atas bumi Malaysia ini kerana YDP Kerajaan Tempatan pun dilantik oleh JPA, walaupun Kerajaan Negeri yang berkuasa melaksanakan sesuatu mengikut undang-undang.

Macam kes curi pasir. Nak serbu kena ada orang Pejabat Tanah dan Galian. Kalau PTG tu diketuai oleh seorang PTD, dan MB dan exco-nya dapat tahu ada orang curi pasir, adakah PTD tu boleh tolak arahan MB supaya dibuat serbuan ke atas lokasi pencurian pasir tersebut ?

Sekarang aku dah PAHAM kenapa kes curi pasir di belakang rumah aku tu susah bebenor nak dihapuskan. Walaupun dah ramai report kepada majlis. Ada orang-orang bodoh dan bahlol yang menjadi ketua dalam sesuatu agensi kerajaan. Khabarnya yang curi pasir di belakang rumah aku tuh adalah orang-orang UMNO yang mana UMNO adalah kerajaan Persekutuan yang boleh memerintahkan PTD ni buat apa sahaja! Mengikut cakap dan amalan SUK Perak yang berlagak itulah.

Maka kalau JPA / SPA kata ok maka, PTD tu berhak buat apa sahaja dan sesiapa sahaja, termasuk SPEAKER DUN kena ikut cakap PTD. Sedangkan Setiausaha Dewan bekerja dan berkhidmat untuk DUN yang diketuai oleh seorang speaker.

Kepala hotak dia berjambul.

Baik JPA / SPA je lantik speaker DUN kalau macam tu. BODOH!

Pemahaman dan amalan yang sungguh berbahaya ke atas konsep pengasingan kuasa.

Selamat aku bukan orang Perak.

Read more...

Rakyat Malaysia Meneroka Federalisma

Tuesday, April 14, 2009

Asas negara Malaysia adalah federalisma.

Maksudnya, ada kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang bersetuju untuk bernaung di bawah 1 kerajaan persekutuan.

Ada kuasa kerajaan persekutuan, ada kuasa kerajaan negeri, ada kuasa bersama.

Dewan Rakyat jaga kuasa persekutuan, Dewan Negara jaga kepentingan Negeri.

Kalau Dewan Rakyat bentang undang-undang yang merugikan sesuatu negeri, Senator di Dewan Negara yang dilantik oleh negeri berkenaan, patut bangkit dan lawan undang-undang tersebut.

Tetapi itu semua tidak pernah berlaku. Sebab Malaysia diperintah sepenuhnya oleh BN selama lebih 50 tahun. Baik di peringkat persekutuan mahupun peringkat negeri.

Adalah 1,2 kes dulu yang sebegini. Macam kes di Sarawak.

Walaupun Kelantan diperintah oleh PAS sejak 1990, tapi ia tidak membawa kesan sangat. Maklumlah, baru satu negeri. Negeri yang agak miskin pula. Di Sabah pun tidak lama orang lain memerintah.

Tetapi apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS pada 1999, rakyat Malaysia sebenarnya telah mula meneroka Federalisma dengan lebih jauh. DUN Terengganu kata nak buat hudud. Zaid Ibrahim cabar. Isunya isu perlembagaan.

Begitu juga royalti minyak. Macam mana duit royalti minyak yang berbilion itu boleh dapat ke tangan UMNO Terengganu dan bukan kerajaan negeri ? Sedangkan perjanjian adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan persekutuan dengan UMNO negeri!

Tetapi konsep federalisma itu tidak dapat diteroka jauh kerana BN menang Terengganu semula pada 2004. Kes-kes itu senyap.

Mac 2008, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Pelbagai masalah mula timbul. SUK Negeri datang dari SPA. SUK warning EXCO, MB. Pengerusi Jabatan Agama dok tunjuk lagak. Ketua Polis negeri tak mahu ikut cakap MB. JKR ikut cakap Menteri Kerja Raya. JKKK ada bawah MB dan ada di bawah Kementerian Luar Bandar. Dan macam-macam lagi.

Selama ini UMNO seronok guna balai raya dan dewan orang ramai, tiba-tiba balai raya dikawal oleh Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Dengan jahil undang-undangnya mereka menuduh, kerajaan negeri baru memecah belahkan rakyat.

Majlis Daerah / Majlis Perbandaran adalah dibawah kuasa Negeri. Begitu juga JKKK. Tetapi ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan campur tangan. Ada Kementerian Luar Bandar campur tangan. Dulu ok, dua-dua BN. Sekarang tidak, sebab politik tidak sekepala. Duit bajet negeri orang PR nak jugak. Tapi dapat ke orang BN. Menteri Federal campur tangan.

Dalam undang-undang ada disebut perihal mahkamah Penghulu. Tetapi Penghulu / Ketua Kampung tidak dilantik oleh kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan negeri. Menteri Luar Bandar yang dahulu memang bongok. Tidak faham federalisma.

Ini semua menunjukkan mahkamah negeri boleh diwujudkan dengan asas ini. JKKK sebenarnya mempunyai kuasa polis untuk tangkap orang masuk ke mahkamah Penghulu. Kiranya boleh ada polis persekutuan dan polis negeri. Cuma ia tidak dan belum pernah diteroka.

Belum kira kes-kes curi pasir. Itu kuasa negeri. Tapi negeri tidak ada polis yang terus boleh tangkap. Yang ada cuma penguatkuasa majlis daerah / majlis perbandaran dan JKKK. Mahu tak mahu kena mintak bantuan polis juga. Buat report polis pasal kes curi pasir pun apa Polis boleh buat ? Kena rujuk majlis jugak.

Krisis Perak, dan kini gelagat ADUN Terengganu boleh membawa kepada satu lagi penerokaan baru dalam konteks federalisme.

ADUN Terengganu memang ramai tidak sebulu dengan MB yang baru. ADUN Terengganu yang boikot sidang DUN ini cuba rampas kuasa DUN Negeri dengan bantuan federal yang dikuasai Tok Jib.

Krisis Perak memang semua orang maklum. Tok Jib rupanya suka main pintu belakang. DSAI baru acah. Tok Jib buat betul. Seronok Tok Zambry bila Najib main pintu belakang.

Tidak ketahuan kalau Perlis cuba masuk gelanggang pula lepas ini.

Sebab Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor tempoh hari, Sultan selaku de jure kerajaan negeri ada kuasa tersendiri dalam perlantikan MB. Menyebabkan apa yang ahli politik nak disanggah oleh Sultan.

Perdana Menteri tidak ada hak suruh mana-mana Sultan terima atau tolak calon MB.

Itu kuasa dari DUN. Sultan seharusnya mengesahkan kuasa DUN. Prerogative Sultan kena ikut kehendak Perlembagaan Negeri / Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Tapi kerabat Sultan sekarang banyak buat bisnes. Bisnes mereka ini dianugerahi oleh kerajaan Persekutuan. Maka, federalisme tolak tepi.

Amalan dari dulu, Perdana Menteri itu Presiden UMNO dan MB ini pula sama ada Naib Presiden atau MT UMNO. Jadi arahan PM dianggap mutlak. Sebab MB ini ikut arahan ikut kapasiti kuasa parti politik.

Sedangkan PM tidak boleh masuk campur urusan negeri. Ada had kuasa federal dan negeri.

Bagi kamu negeri kamu. Bagi kamu federal kamu. Cuma ada bidang kamu dan kamu kena kongsi kuasa.

Saya fikir kalau 2012 keadaan paling tidak, kekal seperti sekarang, kita akan lihat konsep federalisme diterokai lebih jauh.

Mungkin waktu itu kerajaan Negeri akan mula saman Kerajaan Persekutan dalam isu yang lebih banyak.

Read more...

MB Nizar Pemimpin Baru PR

Wednesday, April 08, 2009

Perjanjian Hudaibiyah, pada mata kasar dilihat sebagai satu perjanjian yang berat sebelah.

Tetapi perancangan Allah swt Maha Hebat. Perancangan-Nya mengatasi perancangan semua pihak.

Quraisy Mekah dan orang Yahudi semakin lemah selepas itu. Seterusnya berlakulah Fath al-Makkah.

Rampasan kuasa di Perak pada mata kasar dilihat sebagai sesuatu yang merugikan Pakatan Rakyat. Dalam sekelip mata, Perak kembali diperintah oleh Barisan Nasional melalui pintu belakang.

Tetapi dengan adanya rampasan kuasa di Perak ini, hikmahnya bagi saya, MB Nizar telah menonjol sebagai seorang pemimpin yang diterima masyarakat berbilang kaum yang sangat sesuai untuk memimpin Malaysia.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai individu yang menonjol sebagai pemimpin sebegitu, melainkan DS Anwar Ibrahim. Tetapi DS Anwar Ibrahim juga kini telah mencecah usia 62 tahun dan adakah dia masih mampu memimpin Malaysia untuk 10 tahun lagi ?

Lim Kit Siang, Karpal Singh sudah pasti tidak diterima oleh sebahagian besar masyarakat Melayu untuk menjadi PM.

TG Abdul Hadi Awang juga tidak begitu diterima oleh sebahagian besar masyarakat yang lain untuk menjadi PM.

Ust Nasharuddin, YB Azmin Ali, YB Lim Guan Eng pula tidak begitu menokoh, atau karisma yang diperlukan, untuk menjadi pemimpin selepas DS Anwar.

YB Husam pula tidak menonjol di peringkat nasional kerana kekangannya mentadbir Kelantan, barangkali sekiranya dia berada di Parlimen, mungkin lain ceritanya.

TG Nik Abdul Aziz juga menghadapi kekangan usia.

Saya tidak fikir rampasan kuasa yang berlaku di Perak itu adalah sesuatu yang sia-sia.

There is no accident.

Saya berharap Muktamar Tahunan PAS akan datang akan mengangkat MB Nizar ke peringkat yang lebih tinggi untuk menjadi bakal pemimpin negara.

Saya fikir PAS masih mencari pemimpin untuk mengisi kekosongan watak Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Yang mampu memimpin massa sementara DS Anwar berada di dalam penjara.

Krisis politik Perak telah melahirkan seorang pemimpin baru untuk Pakatan Rakyat.

Itulah hikmah yang lebih bermakna.

Read more...

Bukit Gantang P059: Keputusan Pilihanraya Kecil

Tuesday, April 07, 2009




Berikut adalah keputusan P059.

1. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS- PR) 21,860

2. Ismail Saffian (UMNO - BN) 19,071

3. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62

Majoriti: 2,789

Mai Pakat Klik:
>> Ketahui Mana Pi Hilang Duit Anda Setiap Bulan ?

Read more...

Kami Bantah Krematorium Kajang (3)

Friday, April 03, 2009

1. Tahniah diucapkan kepada MPKJ kerana turun padang berjumpa dengan penduduk Sg Sekamat dan sekitarnya malam tadi.

2. Ini merupakan budaya baru yang tidak pernah dipraktikkan dalam kerajaan terdahulu. Kesediaan mereka untuk berdialog, dimarahi dll amatlah dihargai.

3. Namun, sampai ke hari ini individu yang rajin memfotostatkan blog PSM Semenyih dan meletakkannya ke dalam post box rumah-rumah di sekitar Sg Sekamat masih belum diketahui. Tak tahu nak ucap terima kasih kepada siapa.

4. Setelah Arul, mewakili PSM Semenyih menerangkan tujuan dia membuat post tersebut dalam blog PSM Semenyih, barulah saya faham. Barangkali Arul perlu membaiki struktur dan penggunaan bahasa nya agar mesej tersebut lebih tepat dan jelas terus ke sasaran. Selamat berkempen di Bukit Selambau. Makhal Sakti!

5. Seharusnya perjumpaan malam tadi, dihadiri juga oleh Ketua Kampung yang lama, ahli majlis yang lama dan bukan sahaja barisan kepimpinan baru yang hanya mewarisi masalah sebegini.

6. Projek perkuburan bersepadu ini sudah dirancang sejak 1997, dan beberapa siri notis awam telah dikeluarkan untuk mendengar dan mendapatkan sebarang bantahan dari penduduk sekitar.

7. Ini sepatutnya kerja Ketua Kampung yang lama dan ahli Majlis yang lama yang bertanggungjawab menjaga kawasan Sg Sekamat dan sekitar. Adakah mereka tahu dan buat-buat tak tahu ? Atau adakah mereka sendiri mempunyai kepentingan apabila pusara bersepadu tersebut perlu mengambil sejumlah tanah yang besar ?

8. Kesediaan Ketua Kampung, dan ahli Majlis yang baru untuk berhadapan dengan masalah ini amat-amat kami hargai.

9. Dengan ini saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ketua Kampung dan ahli Majlis yang lama kerana bersifat lepas tangan. Buduh. Makan gaji dan elaun buta.

10. Seperti biasa, dalam majlis sebegini akan ada pihak tertentu cuba ambil kesempatan melepaskan amarah dan dendam yang dipendam sejak Mac 2008.

11. Melihatkan kesediaan pihak MPKJ untuk bersama penduduk menukar terus status tanah yang berkenaan, maka tidak perlu lah orang kampung meyertai demo yang tidak tahu dirancang oleh pihak siapa, pada esok hari. Lainlah malam tadi, MPKJ berkeras juga dan tak mahu dengar bantahan.

12. Maka, diharapkan jawatankuasa kampung, taman sekitar, surau, masjid, parti-parti politik sedia ada akan membuat tindakan seterusnya yang lebih tersusun untuk meneruskan bantahan ini dalam prosedur yang seterusnya. Projek kerajaan ada prosedurnya, nak buat pun ikut prosedur, nak bantah pun kena ikut prosedur. Ini lah birokrasi. Tetapi kesediaan Pengarah Perancang MPKJ untuk membatalkan projek tersebut setelah semua prosedur dipenuhi, itulah yang paling penting.

13. Terima kasih sekali lagi.

Read more...

Apa Itu PPSMI ?

Thursday, April 02, 2009

Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dibuat kerana sikap prihatin kerajaan untuk melihat anak Malaysia pandai dan boleh bersaing di peringkat global. Iyelah, kebanyakan sumber sains dan matematik adalah dalam Bahasa Inggeris.

Jadi, mana mungkin Bahasa Melayu boleh menjadikan Malaysia bersaing di peringkat global, kerana hari ini semuanya English. English. English.

Cakap Melayu is kolot you know, Datuk...

Maka dengan ini saya juga mencadangkan agar dibuat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Arab. Sekiranya pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dinamakan PPSMI, maka kita namakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam Bahasa Arab sebagai PPPIA.

Rasionalnya berdasarkan dasar keprihatinan kerajaan terhadap kebejatan sosial yang semakin berleluasa di kalangan pelajar akhir-akhir ini. Para pelajar Muslim semakin jauh dari ajaran agama Islam. Pembangunan sumber tenaga manusia yang berakhlak dan bermoral adalah penting untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber utama dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan seseorang individu Muslim. Pelbagai inovasi dan penemuan baru boleh berlaku dengan pantas dengan mengkaji terus al-Quran & Al-Sunnah dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Arab.

Selain itu, Bahasa Arab adalah bahasa hubungan antarabangsa di kalangan ulama dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Apatah lagi penulisan para ulama terdahulu banyak ditulis dalam Bahasa Arab dan Nabi Muhammad saw sendiri bertutur dalam Bahasa Arab.

Malaikat Munkar Nakir juga dijangka mengeluarkan soalan-soalan dalam Bahasa Arab apabila kita semua dimasukkan ke dalam kubur kelak.

Ma rabbuka. Ma imamuka. Dan seterusnya.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPPIA bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam Pendidikan Islam di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Arab. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPPIA diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan murid.

Maka saya mohon cadangan dasar baru ini diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Read more...

Kami Bantah Krematorium Kajang (2)

Alhamdulillah MPKJ akan membuat dialog dengan penduduk Sg Sekamat pasal isu ini.

Khamis. 2 April 2009.
Dewan Orang Ramai Sg Sekamat
9:00 malam

Saya harap semuanya berjalan dengan baik.

Dialog ini untuk menyelesaikan masalah, bukan sebaliknya.

Saya tidak berhasrat untuk bersuara dalam dialog tersebut. Cumanya sekiranya saya melihat "sesuatu" yang tidak kena, saya akan bersuara.

Orang Sg Sekamat mudah sahaja.

JANGAN BINA KREMATORIUM DI SG SEKAMAT.

Pasal kubur bersepadu pula, Kg Sg Sekamat DAH MEMPUNYAI TAPAK KUBUR untuk orang-orang ISLAM.

Tapak tanah waqaf kubur tu belakang rumah aku!

APA GUNANYA ADA KUBUR LAIN YANG BERDEKATAN ?

Saya bukan orang UMNO.

Saya undi Cikgu Lee dan Dr Che Rosli dalam PRU lalu.

Tapi saya tidak menyokong PR membuta tuli.

Saya pelopor dan penyokong K-Politics.

Saya akan pastikan Nik Nazmi tahu perkembangan kes ini.

Read more...

Khairy Jamaluddin Menang !

Thursday, March 26, 2009

Sebetulnya saya tidak kisah siapa akan memimpin Pemuda UMNO pun. Saya bukan ahli parti. Lantak lah mereka nak siapa pun jadi ketua mereka. Pondan pun tidak mengapa. Ops.

Kalau ikut rasa suku kaum, mungkin saya memilih Dr Khir Toyo. Hehe. Hidup wong jowo!

Secara peribadi saya melihat Mukhriz tidak ada aura kepimpinan. Bak kata panelis-panelis UMNO yang acap kali disebut di RTM, Astro Awani ... persepsi. Ya, itulah persepsi saya.

Khairy, hmm... susah nak cakap. Mungkin terlalu banyak fitnah yang kena terhadap beliau menyebabkan susah juga nak mengadili beliau secara adil.

Tapi disebabkan Presiden baru adalah Najib Tun Razak, maka saya rasa wajar Pemuda UMNO memilih selain Mukhriz.

Tetapi sekiraya Pak Lah kekal Presiden, maka saya rasa wajar Pemuda UMNO memilih selain dari Khairy.

Itu sahaja harapan saya. Maklumlah, selalunya Ketua Pemuda akan jadi Menteri penuh. Dan bagi saya sayap pemuda mana-mana parti memerintah mestilah menjadi ejen check and balance.

Dan Pergerakan Pemuda UMNO nampaknya memilih Khairy, Khir dan Mukhriz (ikut turutan undi)

Cuma apabila saya menonton ucapan kemenangan Khairy malam tadi ...

1. Dia sedar dia bukan pilihan majoriti
2. Dia pandai bermain kata-kata
3. Dia bijak
4. Dia mempunyai "sesuatu". Maklumlah, bukan senang mahu menang apabila ditembak kiri kanan depan belakang. Orang mungkin kata kuasa politik wang, tetapi wang tak boleh memberikan kekuatan moral apabila digasak sebegitu. Bukan semua orang boleh tahan. Lebih-lebih lagi dia pun hanya layak bertanding pun last minute.

Melihat apa yang telah dia lalui, memang patut Khairy diberikan ucapan tahniah.

Adakah dia mampu dan boleh mengubah pendekatan Pemuda UMNO ? Tunggu dan lihat. Khairy ada 3 tahun untuk melakukannya sebelum dicabar (mungkin) sekali lagi selepas itu.

Read more...

PPSMI: Pendirian Saya

Wednesday, March 25, 2009

Sebenarnya, kalau nak didebatkan isu pendidikan, memang tak habis.

Contohnya, saya adalah individu yang menentang idea masuk universiti untuk ada degree dan lepas tu dapat kerja. Itu namanya kilang melahirkan pekerja. Seperti apa yang berlaku sekarang.

Menyebabkan kita ada peguam, tetapi peguam yang tidak faham keadilan. Kita ada arkitek, perancang bandar, tetapi arkitek, perancang bandar yang menghancurkan alam sekitar. Kita ada orang ekonomi, tetapi orang ekonomi yang amalkan riba. Kita melahirkan ustaz, tetapi ustaz yang tidak berani bercakap kebenaran yang pahit itu. Dan seterusnya.

Ok. Isu PPSMI.

Saya ni orang Islam. Sudah tentu pendirian saya adalah berdasarkan apa yang Allah swt dan Rasul beritahu kepada saya.

1. Para Rasul & Nabi bercakap dalam bahasa kaum mereka sendiri

"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka" (Surah Ibrahim, ayat 4)

Kenapa agaknya Allah swt mengutuskan para rasul dari kalangan kaum mereka sendiri, dan dakwah itu akan disampaikan dalam bahasa kaum mereka sendiri ?

Nabi Musa a.s dengan bahasa Hebrew - Ibrani kuno.
Nabi Isa a.s dengan bahasa Ibrani.
Nabi Muhammad dengan bahasa Arab.

Dan berdasarkan ayat di atas, sudah tentulah jika ada Nabi yang diturunkan di benua India, akan bercakap bahasa India. Nabi yang diturunkan di benua Melayu, akan bercakap dalam bahasa Melayu.

2. Tidak berlaku penolakan terhadap bahasa lain

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(al-Hujurat : 13)

Jadi, menolak PPSMI tidak bermaksud menolak bahasa Inggeris. Itu tanggapan yang silap.

Bahasa Inggeris perlu dipelajari, tetapi dengan cara bahasa.

Malah, Nabi saw memerintahkan Setiausaha baginda, Zaid b Tsabit, mempelajari bahasa Yahudi untuk memboleh baginda menulis surat dakwah kepada ketua-ketua kaum Yahudi.

Kenapa agaknya Nabi saw tidak menulis sahaja dalam bahasa Arab ?

Kenapa agaknya Nabi meminta surat dakwah ditulis dalam bahasa Yahudi juga ?

Cukuplah 2 dalil ini sebagai pegangan saya terhadap isu PPSMI.

Maklumlah, ada pihak yang ekstrem. Pro sangat bahasa Melayu nya sampai mengeluarkan tuduhan yang bukan-bukan kepada pihak satu lagi. Pro sangat PPSMI sampai terlupa kepentingan bahasa sendiri.

Susah sangat nak bawak berbincang. Keras kepala. Degil.

Bagi saya, isu ini ada kepentingan bisnes yang perlu dipertahankan. Contract has been awarded. Bukan sebab nak memartabatkan bangsa sangat pun. Saya tau lah. Saya dah terlibat dengan tender menender ni.

Tapi ramai yang tak tahu. Mereka terperangkap dengan hujah politik. Pastu bergaduh dan berhujah macam orang bodoh.

Macam contoh mangkuk di bawah ini, kot ye pun pro PPSMI, janganlah jadi bodoh. Mana ada orang buat terjemahan bulat-bulat. Suruh lah penterjemah profesional buat kerja mereka. Bukan anda yang membangangkan diri.

Connect your joy stick into the server port, you should find little problem with the joy stick as the server has plug and play mode

Masukkan kayu ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi masuk dan main.
Tahu tak, pendeta Zaaba menterjemahkan triple jump kepada lompat kijang dan juga tank kepada kereta kebal ? Pendeta Zaaba tidak bodoh menterjemahkan triple jump kepada lompat tiga kali atau tank menjadi bekas.

Cuba terjemah bulat-bulat sikit tengok, nak tengok ...

Saya berasal dari Nilai. Saya sekarang tinggal di Hartamas. Isteri saya berasal dari Kota Sarang Semut. Saya bekerja sebagai seorang Qadhi di Subang Jaya. Dulu saya belajar usuluddin di Pondok Pasir Tumbuh, ambil 4 thanawi dan kemudian menyambung pelajaran pula dalam subjek syariah di Jordan. Kemudian, saya sambung lagi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang dakwah. Setiap hari saya menghantar isteri saya dahulu yang bekerja sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah Petaling Jaya.

Tak ke bingung kalau semua perkataan PERLU dialih bahasa ?

Mana yang tidak ada dalam perbendaharaan sesuatu bahasa tu, kita boleh pinjam. Macam amuk. Macam bank. Macam komputer. Macam basikal.

Orang Amerika, orang England bila makan nasik lemak, dia akan pesan jugak nasik lemak, bukan fat rice. Teh tarik akan pesan jugak teh tarik, bukan pull tea. Roti canai ? Capati ? Tosai ? Sambal tumis ?

"Oh, Indian people who live in Malaysia and also a Muslim, can I have fat rice and pull tea please ? Put more condiment sautee okay."

"Oh, "Mamak, nasik lemak dan teh tarik satu. Letak sambal tumis lebih ok."

Aduyai ... Puyeng aku dibuatnya.

Bagi saya, sekolah rendah dan sekolah menengah, ajarlah pelajar di Malaysia ini dalam bahasa ibunda (mother tounge) masing-masing. Bahasa kaum. Macam Allah swt dah sebut dalam surah Ibrahim di atas tu.

Masuk universiti, itu dah lain cerita. Sebab mereka dah mula buat pengkhususan. Tapi asas yang pertama telah diajar dalam bahasa yang mereka mudah faham. Takkanlah nak ada degree dalam English Literature dalam bahasa Melayu ? Dan betullah tu, nak ada Syariah degree kena pandai bahasa Arab. Baru lebih sempurna.

Nak sangat BI, lepas SPM masukkan je dalam British Council. Tak pandai jugak BI, memang tak tau lah nak cakap apa.

Macam student lepasan SPM nak ke Jepun, Rusia. Buat kejuruteraan, buat perubatan. Boleh je ambil masa 6-12 bulan belajar dulu bahasa Jepun, bahasa Rusia.

Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Nabi saw bercakap juga dalam bahasa Arab dan percakap dan perintah Nabi disebut sebagai hadis dan sunnah. Al-Quran dan al-hadis adalah sumber utama untuk memahami Islam.

Tetapi kenapa Kementerian Pendidikan tidak memerintahkan pembelajaran pendidikan Islam dalam bahasa Arab ?

Kalau ikut logik PPSMI (kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa utama sains dan matematik), patutnya begitulah, bukan begitu ?

Saya yakin dengan keupayaan Bahasa Melayu. Walaupun saya habiskan degree dalam medium Bahasa Inggeris. Pensyarah yang killer itu boleh terkejut yang saya ini dari sekolah agama sebab entah ... adakah ... ?

Walaupun saya boleh menulis, membaca dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, tetapi saya tetap memilih untuk menulis blog dalam Bahasa Melayu.

Khususnya blog Pakdi.my. Ebook percuma saya pasal cashflow. Sebab saya sedar kedudukan bangsa saya dalam dunia kewangan, bisnes dan pelaburan ini di tahap mana. Itu kerja fardhu kifayah saya.

Sedangkan, kalau letak iklan google adsense dalam blog topik finance, fuhhh... dah jutawan adsense tuuu ... tapi buat apa kaya sorang-sorang tapi bangsa sendiri tertinggal bukan ?

Baik tak aku ? Punyalah fikir bangsa sendiri sampai menolak peluang buat duit dari Google Inc, antara syarikat terbesar di dunia tu ?

Sebab tu aku tak jadi Menteri Pendidikan. Hahahahaha...

Read more...

Kami Bantah Krematorium Kajang

Saturday, March 21, 2009

Balik dari pejabat, terbaca 2 helaian kertas. Abang kata ada orang masukkan dalam mailbox.

Terkejut.

Krematorium Kajang. Tempat bakar mayat, tempat simpan abu. Sudah tentu Muslim tidak ada bakar mayat.

Aku tak kisah. Agama kamu, agama kamu. Agama aku, agama aku. Aku faham bab tu. Aku tak halang cara ibadat orang lain.

Klik untuk besarkan

Yang aku kisah, krematorium itu dekat dengan Kampung Sungai Sekamat. Ikut peta googlemaps yang dapat dalam mailbox tu, betul-betul belakang Taman Kasih. Bawah DUN Kajang (PKR), bawah Parlimen Hulu Langat (PAS).

Setahu aku Kampung Sungai Sekamat ni majoriti penduduk Melayu. Bila Melayu sudah tentu Islam. Bila Islam sudah tentu tak bakar mayat, tapi TANAM. Sudah tentu penduduk Kg Sg Sekamat tak guna menatang krematorium tu.

Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam betul-betul belakang rumah aku. Apa kejadahnya nak ada satu lagi kubur orang Islam di kawasan yang SANGAT dekat ?

Baca punya baca, ahli Majlis Perbadanran Kajang (MPKJ) yang terlibat adalah Sdr S.Arutchelvan atau lebih dikenali sebagai Arul.

Oh... dulu masa kes insinerator Broga Arul adalah antara yang lantang membantah. Bagus.

Tapi awat Arul yang kalah di DUN Semenyih hari tu nak bawak krematorium ke Kajang, lebih spesifik lagi Kg Sg Sekamat di mana majoriti adalah orang Muslim?

Aku dah sms no 014-3404563, no PSM Semenyih. Aku dah SMS Presiden PSM, Dr Nasir Hashim. BANTAH.

Lepas ni aku nak emel diorang. psmsemenyih@gmail.com.

Esok-esok aku nak jumpa PAS Sg Sekamat, PAS Hulu Langat, DUN Kajang Cikgu Lee, MP Hulu Langat Dr Che Rosli, ahli Majlis / MPP yang jaga kawasan Kg Sg Sekamat, aku lupa nama dia. MPKJ aku akan hubungi juga hari Isnin nanti. Sdr Nik Nazmi, SU MB Selangor pun aku ada access.

Aku harap hal ni aku tak payah ajukan kepada top gun PAS di peringkat pusat. Isu lokal, kita selesai cara lokal.

Aku dah dapat no wartawan Harakah, wartawan Sinar Harian. Kalau respon mengikut saluran yang betul, diorang sampahkan, masuk media lah. Utusan, Berita Harian confirm suka berita macam ni. Dr Khir Toyo pun suka je.

Jiran aku orang kuat UMNO. Orang masjid semua orang kuat UMNO. Aku tak mahu jumpa diorang lagi. Tapi kalau saluran Pakatan Rakyat TAK MAHU dengar BANTAHAN penduduk Kg Sg Sekamat, memang UMNO lah jalannya.

Jangan sampai ada DEMO.

BINCANG lah brader.

Orang Kg Sg Sekamat yang akan mengalami pencemaran bau, orang Semenyih dah selamat dari insinerator Broga. Yang lu ni brader nak bawah krematorium ni ke Kg Sg Sekamat apahal brader ?

BINCANG la dengan orang kampung brader.

Kawan aku yang orang kuat Taman Kasih pun tak tau apa-apa. Nampak sangat TIDAK diberitahu. TIDAK ada perbincangan dengan penduduk setempat.

BINCANG lah brader.

Ahli MPKJ tu orang PR. Takkan buat kerja tak tau maksud berbincang dengan orang setempat dalam isu-isu yang ada kesan terhadap mereka ? Dulu marah sangat dengan insinerator broga, sekarang nak tiru style diorang pulak ?

Sudah ada kuasa, cakap tak serupa bikin aaa ?

Penduduk Kg Sg Sekamat dan sekitarnya pun ada hati dan perasaan.

KAMI BANTAH KREMATORIUM KAJANG!

Read more...

Penentuan di Bukit Gantang

Friday, March 20, 2009

Parlimen Bukit Gantang bukan lah penentu masa depan kerajaan Persekutuan. Tetapi kehangatan yang berlaku di situ lebih dari biasa.

Kalau BN kalah pun, BN masih memerintah Malaysia, dan mungkin ketika itu Tok Jib telah pun menjadi PM.

Kalau PR menang pun, PR tidak boleh memerintah Malaysia dan DS Anwar tidak akan menjadi PM.

Tetapi kemenangan di Bukit Gantang akan memberikan kemenangan moral akibat krisis di Perak.

Adakah orang Melayu tercabar dengan sikap PR yang menyembah derhaka, Karpal yang didakwa menghina Sultan ?

Atau rakyat lebih melihat sebaliknya ? Coup de'tat yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang memalukan negara ? Atau mungkin protes terhadap Tok Jib yang bakal menjadi PM ?

Read more...

PPSMI: Apabila UMNO menolak cerdik pandai Melayu

Tuesday, March 10, 2009

Sikap dan pendekatan UMNO dari dulu menyebabkan NGO Melayu yang mengkritik polisi dan dasar kerajaan dianggap sebagai penyokong pembangkang.

Entah apa yang difikirkan oleh mereka.

Menyebabkan NGO Melayu mati.

Saya fikir hal ini telah berlaku lama.

Akhirnya sikit-sikit mesti pergi kepada UMNO. Kalau bukan melalui UMNO maka itu namanya pembangkang.

Itulah nasib gerakan anti PPSMI. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Budaya kerajaan dan UMNO menyebabkan orang Melayu bergantung sepenuhnya kepada sistem parti politik. Dalam politik ini, pendekatannya adalah pendekatan perang. Semua orang adalah musuh kecuali disahkan mereka bukan musuh.

Menyebabkan kritikan terhadap DEB dituduh seperti khianat kepada orang Melayu.

Kritikan terhadap kepimpinan UMNO dikata khianat kepada bangsa Melayu.

Penolakan terhadap dasar PPSMI dikatakan penghalang kepada kejayaan orang Melayu.

Walaupun kritikan itu dibuat oleh NGO. UMNO masih mengamalkan sikap perang. UMNO itu payung. Mana-mana yang berada di luar payung, maka mereka musuh.

Apabila UMNO gagal memainkan peranan payung dengan baik, maka bila orang sudah muak dengan UMNO, maka mereka akan mencari payung yang lain, iaitu PAS.

PAS sahajalah antara organisasi Melayu-Islam yang tinggal berdiri kukuh walaupun diasak oleh UMNO. Organisasi lain tidak seampuh PAS. Cuma PAS ini adalah parti politik. Selalunya NGO yang neutral hanya mahu PAS serta sekali apabila sudah tiada jalan lain. Sebab mereka maklum, apabila mereka mula mencari PAS, habis aspirasi mereka dipijak dan dihina semahunya.

Pelik juga apabila kerajaan tidak mengiktiraf peranan pembangkang dalam sistem demokrasi.

Itulah yang berlaku dengan GMP.

Individu-individu yang tidak menerima PPSMI ini sudah tiada jalan lain selain memohon bantuan dan kerjasama PAS dalam hal ini.

PAS memang dari dulu tidak setuju dengan PPSMI. Orang bahasa dan sasterawan juga sama. Cuma baru kebelakangan ini mereka duduk semeja dan yang terbaru, sama-sama disembur air asid dan bom asap.

Kalau UMNO membiarkan NGO Melayu ini kuat, maka tidak timbul hal sebegini.

Kalau UMNO membiarkan payung lain selain UMNO adalah NGO, maka tidak timbul masalah sebegini.

Masalahnya, setelah pelbagai asakan dikenakan kepada NGO yang bebas, mereka terpaksa mengalah. Maklumlah, NGO bukan parti politik.

Sebab itu hanya PAS yang terus bertahan diasak UMNO. Sebab PAS itu wadahnya politik.

Saya sedih melihat orang melihat GMP sebagai alat PAS. Oh tidak. Media-media UMNO memainkan propaganda murah ini. Sasterawan kini sudah dipergunakan PAS. Dan sebagainya.

PAS yang merelakan ahli mereka seperti Unit Amal untuk membantu GMP dalam isu bahasa.

Sebab dalam suasana politik yang dicipta UMNO dari dulu, menyebabkan kalau tidak ke UMNO maka orang Melayu akan pergi kepada PAS.

Orang-orang kuat GMP saya lihat adalah orang akademik dan sasterawan yang ikhlas mahu memperjuangkan bahasa.

Dalam tempoh 6 tahun itu, saya tahu mereka sudah cuba bermacam-macam cara untuk menyatakan bantahan. Dan kali ini mereka sudah tidak boleh tahan lagi.

UMNO tidak mahu dengar cakap. NGO Melayu lain banyak yang hidup segan mati tak mahu. PAS sahaja yang tinggal. PAS sahaja yang masih berani secara terbuka.

Apa boleh buat ?

Apa pun saya harap kalau PAS boleh memerintah negara ini di masa hadapan, PAS akan sedar punca masalah ini. NGO Melayu mesti dibenarkan untuk mengkritik PAS. Jangan halang NGO ini berperanan seperti NGO.

NGO ini ada peranan mereka sendiri.

Jangan lihat mereka sebagai musuh.

Hari ini NGO bersama PAS kerana mereka sudah tidak boleh bersama UMNO. Tapi kalau PAS juga nanti berperangai sama macam UMNO, NGO ini juga yang akan bangkit melawan PAS.

Kepada anda yang lain, mari kita sama-sama berhenti melihat sesuatu isu hanya kepada label.

Sebab kau UMNO, kau tak mahu dengar cakap orang PAS.

Sebab kau PAS, kau tak mahu dengar cakap orang UMNO.

Sebab NGO kritik UMNO, kau kata mereka khianat Melayu.

Sebab NGO kritik PAS, kau kata mereka tak suka Islam.

Kalau mahu terbang tinggi, kita semua mesti tahu melihat kebenaran walau dari siapa pun yang bercakap itu.

Read more...

Nizar & Negeri Pasir Dua Butir

Wednesday, March 04, 2009

"Sungguh kejam Menteri Fasola. Akei takde."

"Kenapa tuanku tak lari bersembunyi?"

"Tuan Laksamana, kalau tuanku melarikan diri bersembunyi bearti negeri ini tidak berkerajaan lagi."



Nak pendekkan, terus tengok video di atas bermula pada 8:00

Read more...

Karpal, Pemuda UMNO, Celaka

Friday, February 27, 2009

Haha.

Encik Reezal Merican, siapa kata Pemuda UMNO tu mewakili suara Melayu yang mutlak ?

Peduli apa aku kalau Karpal ke, Lim Kit Siang ke, Elizabeth Wong ke nak kata UMNO, Pemuda UMNO tu apa pun.

Korang gaduh la sendiri. Lantak pi la.

Melayu itu Melayu.

Melayu bukan semestinya UMNO.

Aku tak terasa satu apa pun Karpal cakap CELAKA pada kau orang.

Pi gi dah!

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Kalau Melayu sangat, pergi nasihat Ketua kau orang tu pasal isu pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Pejuang Melayu kunun. Ptuih.

Malays Hurt By Karpal's Curse - Reezal Merican

SHAH ALAM, Feb 27 (Bernama) -- DAP chairman Karpal Singh has hurt the Malays feeling by uttering the word "celaka" (damn) in reference to Umno Youth during his debate speech in parliament, said Umno Youth executive committee member Datuk Reezal Merican Naina Merican.

"If we were to curse Karpal by saying 'celaka Singh', it would surely anger the Singh community as it had hurt the Malays as Umno Youth is representing the Malays," he said after joining Umno candidates in introducing themselves to Selangor Umno Youth delegates here last night.

Read more...

Tahniah JC Mohamad Ariff

Wednesday, February 25, 2009

Pesuruhjaya Kehakiman (Judicial Commissioner) Mohamad Ariff Md Yusof menarik dari mendengar kes Dato' Seri Ir Nizar dan Dato Zambry, untuk menentukan siapa yang sebenarnya sah menjadi MB Perak.

JC Mohamad Ariff ini menarik diri kerana pernah terlibat dengan PAS sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman.

Tahniah kepada PAS kerana melahirkan ahli-ahli yang berpegang kepada prinsip pengasingan kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Justeru, tindakan Pesuruhjaya Kehakiman ini yang mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan politik yang disokongnya amat wajar dipuji.

Mungkin Tan Sri Zaki Tun Azmi, Ketua Hakim Negara sekarang, akan mencontohi tindakan subordinatenya yang menarik diri dari menjadi hakim yang bersidang apabila membabitkan kepentingan politik UMNO kerana beliau juga pernah terlibat dengan UMNO.

Tahniah sekali lagi.

Read more...

MB Perak tak boleh masuk DUN

Wednesday, February 18, 2009

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"

Titah Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Lanjut:
MB Perak digantung dari menghadiri sidang DUN

Read more...

Gambar Bogel Elizabeth Wong

Monday, February 16, 2009


Hangat-hangat.

Politik Malaysia makin hangat. Hilang. Lompat. Sekarang berbogel pula.

Nude pictures of Elizabeth Wong, PKR - Bukit Lanjan are now circulated to the public.

Aku takde gambar tu.

Sori.

Read more...

Two Cows Joke

Wednesday, February 11, 2009

{Got it from friend}

You have two cows


A SOCIALIST: You have two cows. The government takes one and gives it to your neighbor.

A COMMUNIST: You have two cows. The government seizes both and provides you with milk.

A FASCIST: You have two cows. The government seizes both and sells you the milk. You join the underground and start a campaign of sabotage.

A DEMOCRACY: You have two cows. Your neighbors decide who gets the milk.

A NAJIBIST : You have two cows. Bik Mama takes both cows and share it with CIMB. When Malaysian people ask where are the cows, he answered: Don't eat meat and don't drink milk. Change your lifestyle.

A PERAKIST: You have two cows. Your cows went missing. So chairman of your company's board of directors declare the stables are vacant. But Department of Agriculture refuse to accept that declaration because apparently your cows send a denial latter. A few days later, your cows appear with a new owner and they take over your company.

Read more...

BN Perintah Perak Melayu Selamat ?

Friday, February 06, 2009

Kah Kah Kah.

MB Nizar MB Boneka. Kah Kah Kah.

MB Nizar jual Melayu sebab bagi pegangan tanah 999 tahun. Kah Kah Kah.

Sebab tu MB Nizar layak kena macam ni. Dia tidak bantu Melayu.

Melayu ... Melayu... Melayu. Kau dengar sini ...

Sudah lebih 30 tahun lebih Dasar Ekonomi Baru wujud di Malaysia.

Siapa yang sebenarnya dapat kontrak perniagaan bawah DEB ?

Orang Melayu ke orang UMNO ?

Berapa ramai lagi orang Melayu kat luar tu miskin kaya papa kedana merempat tak cukup makan ?

Berapa ramai orang UMNO yang kaya raya rumah macam istana ?

Dah dapat kontrak, siapa yang jadi kontraktor ali baba ?

Kah Kah Kah.

Siapa yang dapat saham-saham hasil program penswastaan DEB ?

Orang Melayu ke orang UMNO ?

Siapa yang jual saham-saham syarikat tersebut kepada orang asing sewaktu Bursa Saham KL Super bull run sehingga tahun 1997 ?

Siapa yang lari ke luar negara selamatkan diri sebab kegawatan ekonomi 1997 ? Dan biarkan rakyat berkorban untuk selamatkan mereka melalui bailout-bailout syarikat yang dibuat kerajaan ?

Kah Kah Kah.

Siapa yang jual saham-saham syarikat strategik kepada Singapura ?

Kah Kah kah

Siapa yang kurangkan jumlah tanah rizab Melayu ?

Siapa yang beri tauke Cina tanah untuk tujuan pembangunan sana sini sebelum Mac 2008 ?

MB Nizar kah yang buat semua tu ?

Kah Kah Kah.

Siapa yang bawak lari duit tunai cash dan kantoi di lapangan terbang ?

MB Nizar kah ?

Siapa yang seronok tebang balak ?

MB Nizarkah atau ... ?

Siapa yang habiskan duit FELDA ?

MB Nizarkah pengerusi FELDA ?

Siapa yang hapuskan Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik ?

MB Nizarkah ?

Kah Kah Kah.

Iyelah. Itu semua bukan gadai harta orang Melayu. Tapi pembangunan.

Kah Kah Kah.

MB Nizar sahaja yang tidak buat pembangunan dan suka tengok Melayu mati.

Read more...

Setakat RM 50 Juta Belum Cukup Cool

Thursday, February 05, 2009

Aku ingat lagi zaman sekolah dulu.

Ada budak sekolah aku mencuri. Kantoi. Kena tangkap. Sekolah malu.

Kemudian, dalam satu perhimpunan warden sekolah aku marah.

"Bodoh. Bahlol. Lainkali kalau nak mencuri jangan lah curi pen, bateri je. Mangkuk ayun betul. Lain kali kalau korang nak mencuri, tuuu pergi curik peti ais dekat supermarket tu. Korang curi terus junjung bawak keluar. Kalau kena tangkap pun puas hati. Bodoh betul."

Kepada adik-adik ADUN dan adik-adik MP di Malaysia sekalian ...

Moral of the story adalah ...

Alang-alang dah ambik rasuah sampai boleh jatuhkan kerajaan, jangan lupa demand sampai jadi PM, TPM, MB, istana, helikopter, projek mega, private jet, lapangan terbang Labu dan IJN terus.

Tengok macam Iblis tu. Alang-alang dah menderhaka kepada Allah swt, dia mintak nak sesatkan semua umat manusia dan hidup sampai hari akhirat. Baru cool.

Haa.. amacam. Baru berbaloi berpoya-poya di dunia sebelum kena hisab nanti di akhirat.

Read more...

Sultan Azlan Titah MB Nizar Letak Jawatan ?

Laporan dari mStar.

DUN tidak dibubar, Nizar diminta letak jawatan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," menurut kenyataan itu.

Pagi ini, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN

Read more...

Ku Li : BN belum Confirm Dapat Perak

Tengku Razaleigh menulis dalam blognya mengenai premature celebrations by BN people in Perak.

Boleh baca di ...

The Longer Term

Read more...

Perak Jatuh ke BN ? ~ Malaysiakini

Wednesday, February 04, 2009

[update]Daulat Tuanku.

Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, sudah tentu keputusan baginda dalam krisis politik Perak ini akan menggambarkan sesuatu yang baik untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, anakanda baginda, Raja Nazrin juga banyak kali bercakap mengenai pentingnya kerajaan yang baik dan berdemokrasi.

Dilaporkan melalui radio RTM pukul 8 malam tadi, Tok Jib dikhabarkan ingin menghadap Sultan Perak di Istana Kinta malam ini juga.

MB Nizar telah menghadap Tuanku Sultan pada petang tadi dan telah melaporkan dan memohon kepada baginda mengenai apa yang perlu.

Tetapi nampaknya Sultan Azlan Shah akan hanya membuat keputusan pada esok hari.

Dan sementara itu, MB Nizar akan terus kekal sebagai MB Perak sehinggalah Sultan Azlan Shah membuat sebarang keputusan yang boleh menyebabkan MB Nizar hilang jawatannya.

Sementara ingin menunggu filem sensasi 2009 ini berakhir, tuan puan boleh baca pandangan peribadi saya mengenai usaha DS Anwar Ibrahim yang juga berhasrat membuat mass defection BN ke PR pada 16 September 2008 lalu dalam artikel bertajuk Uhud atau Fathu Makkah

[update]Tok Jib gelak besar. Dua bekas exco PKR pula senyum senang hati. Walaupun kes rasuah akan didengar minggu depan, Tok Jib sudah bersama mereka. Sedangkan Razak Baginda pun boleh lepas, setakat kes rasuah RM 180 juta, AG boleh bantu. Dapat jadi jutawan segera lagi.

1. Dato Nasarudin Hashim - Bota
2. Kapten (B) Mohd Osman Jailu - Changkat Jering
3. Jamaluddin Mohd Radzi - Behrang
4. Hee Yit Foong - Jelapang

Saja letak gambar. Kot-kot terjumpa di mana-mana boleh antara mereka ni, boleh "hadiahkan" kasut macam George Bush dapat tu.

Lompat si Katak Lompat,
Lompat lah Tinggi-tinggi,
Apa si Katak Dapat,
Lepas Lompat Parti ?

[update]
1. MB Nizar kata belum ada keputusan dari Sultan Perak.

2. Alangkah bagusnya kalau Sultan Perak bertitah:

"Beta mahu Sidang DUN tergempar diadakan dan beta mahu dengar & tengok sendiri gelagat pembesar-pembesar negeri beta berpolitik dengan mata kepala beta sendiri."

[update]


1. Tok Jib kata BN ada 28 kerusi. Sebab Datuk Nasarudin - Bota telah kembali ke UMNO.

2. 3 ADUN lagi, Hee Yit Foong - Jelapang, Jamaluddin Mohd Radzi - Behrang dan Mohd Osman Mohd Jailu - Changkat Jering telah menjadi ADUN Bebas dan menyokong BN.

3. Jadi 28 + 3 = 31 BN dan PR pula 31 - 3 = 28.

4. Tapi kan, nak pilih ketua kelas pun kena tunggu cikgu ada. Ada prosedurnya. Kalau Sultan Perak tak perkenan bubar DUN dan mahukan MB Nizar terus kekal pun boleh. Sultan bentuk kerajaan Perpaduan. DAP yang menang banyak dulu, tetapi Sultan terus pilih MB Nizar dari PAS.

5. Apa pun tahniah juga la kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Ketua UMNO Bahagian Pengerusi SPR kerana berjaya menghalang pilihanraya kecil diadakan di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

6. Tidak lupa kepada Datuk Nasarudin - Bota, yang mewarnai filem sensasi 2009 ini sebagai pelakon lelaki tambahan.

7. Juga penghargaan kepada Hee Yit Foong - Jelapang, yang dalam senyap pun mengkhianati DAP & PR. Boleh menang watak pelakon wanita tambahan gitu.

[Post asal]

1. Dari sumber yang kuat... BN akan memerintah Perak kembali.

2. Kerajaan PR membentuk kerajaan Perak dengan memenangi 31 buah kerusi berbanding BN 28 kerusi.

3. 5 orang DUN PR (2 PKR, speaker, timbalan speaker dan satu tidak diketahui) dikhabarkan telah melompat ke BN.

4. Ini menjadikan BN 33 kerusi dan PR 26 kerusi.

5. Kehadiran Datuk Nasarudin dalam PR pun akan menjadikan BN 32 kerusi dan PR 26 kerusi.

6. Tok Jib akan buat sidang media pada pukul 4.

7. MB Nizar pula dijangka dapat menghadap Sultan Perak hanya pada pukul 5 untuk tujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

8. Terima kasih kepada semua yang percaya bulat-bulat kepada Anwar Ibrahim dan menyerang PAS 24/7 kononnya PAS langsung tidak mahu memperkuatkan Pakatan Rakyat. Ya. Satu ADUN PAS pun tidak lompat parti!

9. Berdoalah agar Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN untuk membolehkan snap election diadakan.

Read more...

Bubarkan DUN Perak ~ Malaysiakini

Tuesday, February 03, 2009

Mungkin MB Perak Dato Seri Nizar, dan Pakatan Rakyat boleh berkira-kira membubarkan DUN Perak dan membuat pilihanraya negeri yang baru.

Saya fikir UMNO lebih takut kalau ada pilihanraya sekarang.

EC Decides Changkat Jering And Behrang Not Vacant

PUTRAJAYA, Feb 3 (Bernama) -- The Election Commission today decided that the Perak State Legislative Assembly seats for Changkat Jering (N14) and Behrang (N58) are not vacant as they are still held by the incumbent Assemblymen.

Its Chairman, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, said this was because the EC found that there were doubts over the letters of resignation from Mohd Osman Jailu as the Assemblyman for Changkat Jering and Jamaluddin Mohd Radzi as the Assemblyman for Behrang.

"The EC had looked into the matter thoroughly from the various legal aspects and hereby inform that there are doubts over the resignation letters by the incumbent Assemblymen for the two seats.

"It is also in view of the fact that both Assemblymen have consciously confirmed that both letters are not authorised," he told reporters here.

As such, he said, the EC could not exercise the power under Article 36 (5) of the Perak State Constitution in determining that there were casual vacancies.

Read more...

The day I stand proud to be an 'Erdogan'

Saturday, January 31, 2009

This is NOT my writing. It belongs to my friend and it is worth to share with all of you.

Erdogan melangkah keluar dari forum ekonomi dunia di Davos setelah Peres mempertahankan tindakan Israel membunuh ribuan Muslim Gaza

The day I stand proud to be an 'Erdogan'

The chairperson of that eventful forum in Davos must be constantly thinking the consequences of his actions to the middle east peace initiative. America is certainly hot on his tails.

Recep Teyyep Erdogan the Turkish prime minister, furious for not given equal speaking time by the chairperson as compared to Shimon Peres the president of Israel who had more than 25minutes to himself, walked out of the forum. Ban Kin Moon was left speechless.

The scene of Erdogan walking out of the forum was shown live across all major channels worldwide. Back in Ankara and Istandul, he returned home as a national hero.

I was not captivated by his walk-out, more than I was with the way Erdogan dealt with the whole situation, and how calm he was through out. Yes, he was certainly incensed by the way he felt the forum was being manipulated, but certain he knew that such was possible anyways.

He knows that Israel, of all nations, cannot afford to make an enemy out of Turkey. As a matter of fact, technically, Turkey is a friend of Israel as it is one of only a few Muslim countries in the world, who recocnise Israel and has an Israeli ambassador residing in Ankara. This is in spite of the fact that the islamist party won convincingly in the last few elections in Turkey.

Erdogan chose his words well. He even made peres rose his voice, of which he reminded the israeli president that by raising his voice, peres was trying to evade the truth. It is the art of such masterful debate and mind game that amazes me. Erdogan reminds us that when it matters most, it how we convince the world, that counts.

Erdogan was merely trying to make a simple point. Israel is unable to hide the fact that its insurgent into Gaza merely a few weeks ago, was a bloody,unlawful act of war. But Peres, mindful that all eyes and ears are now convinced of Erdogan's argument, tried his best to describe how militant Hamas is and that Israel is merely trying to defend itself.

Israel for the past few weeks realises that the global perception are against them. Day in and day out, Peres as president of israels now appears in many television series defending the act of IDF, the army of Israel. Ironically, or rather more as propaganda, even its army IDF, means the Israeli Defence Force.

But for all the rabbit that israel can pull out of hat to trick the world and cajole america, it now has a worthy opponent. And it is to their annoyance, that this new enemy in the form Erdogan and his bright savvy young 'armies', is also considered a dear friend by the mighty United States of America.

Erdogan, is the embodiment of the perfect Islamist. A brilliant man, an extraordinary strategist, savvy and diplomatic, he is the worse opponent that Israel or any enemy of islam can expect. How do israel make a devil out of someone who is even willing to sit and debate with israel and host israel in their own homeland?

Israel loaths Turkey, and even more so the islamist in Erdogan and in Turkey. But why are they unable to demonise Turkey the way they do of iran or even hamas?

America for one, needs turkey on their side in the strategic alliance of nato against the emergence of mother russia north of the black sea. And they found the islamist leadership in turkey an unseeming 'friend' as they try to manouver themselves in between the blacksea and the war in iraq. Israel in return must tow the line.

But it is Erdogan's longsightedness in all things strategic that has allowed the Islamist to rule thus far in Turkey, albeit the support by America. The secularist in turkey has been unable to secure the support of their friends in the cia, simply because Erdogan, unlike the former leaders in Rafah, are much more sophisticated. To put it simply, Erdogan is playing the mind games at a totally different level, at which his enemies do not even understand.

When the secularist (or even america and israel) thought that by taking government erdogan would send off the israeli ambassador, he did not do so. When the constitution disallowed erdogan's wife to enter the official prime minister's residence, he merely said "ok, I ll stay at my own house". Erdogan was openly pro EU and pro market, pushing strongly for Turkey's entrance into Brussels, and thus finding new friends in the likes of britain, italy and spain. As members of Nato, it was a strong ally of america in the so called war on terror.

Secularist has almost given up in turkey.israel is trying their best to understand and read his next move.while america now owes turkey, more than otherwise.

Erdogan knew that he is in a much stronger position to walk out of that forum more than he would have 10 years ago, or even 5 years ago. America needs him more than he needs America.

At the same time, by leveraging on unprecedented moves unexpected of a true islamist in dealing with israel, he makes it obvious that the act of israel, is not an act of self defence, nor is it an action by the "jewish people who are devils" as many people in malaysia like to say, but it is simply an act of unlawful war and terror by the zionist government itself.

As erdogan said it himself in the rally today upon his return from davos. " We must be reminded that the enemy of palestine are not the jewish people, or the israeli citizens, but it is the zionist government".

Of course some islamist would like to equate the 3 as the same, but one has to realise that Erdogan was merely trying to remind us, that by having less enemy, you actually move forward faster and more effectively. Why make unnecessary enemies, well at least, why make them all at the same time?

There is an abundance of thinking that the islamist in malaysia must learn from this drama of erdogan in davos.

To start with, shame on those malay islamist who freely make derogatory terms out of the name Erdogan, to subscribe scournfully those with supposed 'reformist' agenda in the islamic movement, and especially, in the so called islamic party.

As a matter of fact, it is downright patronising to equate 'Erdoganism' with any particular individual political leadership in malaysia. Obviously, Erdogan is way beyond our Malay mentality league or any individual politician who may or may not be erdogan's friend. We the islamist in malaysia, has yet reached that level of thinking, well hopefully not for long.

If anything, the islamist in malaysia, cross cultures,race, mazhab,movement and political party affiliation, must realise that as much as we like to hate the zionist army by boycotting mcdonalds and drinking less starbucks, we will go nowhere in saving palestine, as would like to, unless we start moving to the next level of strategizing and thinking.

It is shameful that even as chairman of the oic, the best we could do to save palestine is eat less mcdonalds and feel less guilty by sparing some change in that donation box. And of course, holding concerts, in the name of palestine. Utterly ridiculous.

Paradigm change is what the islamist need in malaysia. And to embrace erdogan and the islamist movement ideals in turkey is abt shifting our strategy towards mastering the mind games, that is much more effective and powerful but certainly more difficult too.

The islamist in malaysia must shift our gear towards learning the more global issues affecting islam, and learning to strategize for islam in a more global view. Many of us talk abt winning the war for palestine, and yet little amongst us the islamist are aware of essential reading materials such as the haaretz, or the jerusalem post.

But it is not just abt palestine. The islamist in malaysia must learn to be global, in the most real sense, the way erdogan is. We need not to talk abt negara islam and scaremongering others with words like hudud, when in reality an islamic world in malaysia shall be achieve in its truest sense when the islamist in malaysia are more sophisticated and intellectual in thinking, leaving behind elements of racism, tribalism, factionalism and all the ism which has divided us islamist and malaysia for so long.

In a more micro level, Usrah systems must be liberated from mere studies of the same books and materials thought for almost 2 generations. Not disregarding the old books by authors fathi yakan and the likes, young islamist must be exposed to literatures written by karen amstrong or even to strategy books by lou tzu.

The liberation of islam and islamist in malaysia shall draw closer each day. The old will die, and with them, old ideas and old cultures. The young must be brave to bring change, for we do not want to be just mere followers in the global agenda of islam.

islam is a beautiful religion that has been at the end of much fitnah by the act of its own followers.islam is a religion, whose truth can defend itself. And we the young islamist, must rise to the occasion of change, for the rise of islam shall not wait for us.

WMFirdaus Sent via StrawBerry from Maxis Mobile

Read more...

Tony Fernandes & Airport Labu ~ Malaysiakini

Wednesday, January 28, 2009

Blog dan internet membolehkan kita mendengar kedua-dua pihak bersuara secara adil, telus dan direct to the point tanpa perlu kepada sebarang tapisan editorial seperti dalam akhbar dan televisyen.

Anda sebagai pembaca dan pencari pelbagai maklumat di internet perlu menilai sendiri maklumat pro dan cons sebegini.

Dan dalam isu pembinaan KLIA East @ Labu Airport, CEO Air Asia Tony Fernandes akhirnya telah bersuara ...


When AirAsia started, we had two major handicaps. We were competing against a subsidised airline that receives subsidies on their domestic (routes) which range from RM400 million to RM600 million a year. It’s very hard to compete. In the early days, (the global) oil price was US$30, so it was okay. But (the) oil (price) began to creep up. I fought for a level playing-field - remove the domestic subsidies.

In August, it was removed. We had gone to see everybody and all cabinet members and a lot of MPs. We did briefing sessions with MPs to show our situation. Part of that deal was that they gave us the rural air services, which was not (what) we wanted.

I don’t see how anyone can say that (removal of subsidies) is wrong for the country. Taxpayers (now) don’t subsidise MAS. In fact, MAS has become profitable since the subsidy was removed and is competing with us on everything. That’s fair.

Baca selanjutnya di blog Amal

Untuk membaca blog yang menentang idea ini, saya fikir sudah banyak ditulis dalam blog-blog lain yang lebih popular.

Read more...

Puteri Putera UMNO perlu bubar

Kalau Cikgu Disiplin UMNO sendiri dah cakap macam tu, apa kata anak-anak murid yang lain?

Apa kata Guru Besar dan bakal Guru Besar yang nampak dah tak sabar sangat dah tuuu ... Bik Mama dah macam 1st lady.

Hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, mencadangkan sayap parti, Puteri dan biro Putera dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang.

Sambil menyifatkan Umno perlu distrukturkan semula, beliau berkata, kewujudan Putera dan Puteri melemahkan Umno kerana lebih banyak pemilihan, lebih banyak gejala terutama politik wang melanda parti.

Beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.

Read more...

Penghijrahan cerdik pandai perkara biasa - IBBM

Adakah Malaysia telah menjadikan tempat yang baik untuk bekerja ?

Teringat kepada kawan-kawan yang kini mencari makan di luar negara kerana tawaran yang lebih menarik untuk bekerja di sana.

Dari Utusan Malaysia ...

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Masalah penghijrahan cerdik pandai berlaku di mana-mana sahaja, termasuk Malaysia dan negara-negara maju, berikutan permintaan global yang tinggi ke atas tenaga mahir dan profesional, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Bank-bank Malaysia (IBBM), Dr. Mohd Kamal Khir.

Beliau berkata, penghijrahan modal insan adalah perkara biasa dan sering berlaku kerana para pekerja mempunyai pilihan untuk berkhidmat dengan syarikat di mana-mana negara yang menawarkan insentif terbaik.

''Saya rasa sesiapa pun tidak boleh menghalang seseorang individu beralih ke tempat lain, apa yang boleh kita buat ialah menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih menarik untuk bekerja dan mempunyai kerjaya.

''Salah satu langkah terbaik ialah memupuk tenaga mahir berkualiti iaitu yang terdiri daripada bakat tempatan dan juga asing, sekali gus menghasilkan prestasi bagus," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd Kamal menjelaskan, kebanyakan orang mempunyai salah anggapan bahawa tenaga kerja profesional dan pekerja asing yang mahir 'menguasai' sektor-sektor tempatan.

Tambahnya, mereka (pekerja asing) diambil kerana terdapat kekurangan tenaga tempatan mahir atau ketidakcukupan tenaga kerja profesional dalam sesuatu bidang.

Dalam pada itu, Mohd Kamal berkata, pihaknya telah menyediakan Program Meningkatkan Tenaga Mahir dalam Sektor Kewangan (FSTEP) pada September 2007 yang dipacu oleh industri perkhidmatan kewangan dengan objektif untuk melatih dan menyediakan graduan berkelayakan untuk bekerja dalam institusi perkhidmatan kewangan.

Menurutnya, masih terdapat kekurangan tenaga mahir dalam industri perkhidmatan kewangan terutamanya dalam sektor perbankan Islam.

''Kami amat memerlukan kakitangan yang terlatih untuk kerja-kerja mahir supaya dapat menangani masalah kekurangan tenaga mahir memandangkan rantau Asia Barat yang kian berkembang mungkin menjadi satu ancaman.

''Sebenarnya terdapat bakat-bakat tempatan tetapi kebanyakannya telah beralih dari sektor kewangan ke sektor bukan kewangan seperti pembuatan, komunikasi dan swasta manakala yang lain masih belum digilap supaya menjadi cemerlang," katanya.

Beliau berharap dengan penekanan terhadap aspek kualiti dalam graduan yang dipilih, pihaknya pasti dapat mencapai objektif dalam membantu kekurangan tenaga mahir dalam industri perkhidmatan kewangan.

Program FSTEP disasarkan kepada pelajar yang baru menerima ijazah dari institusi pengajian tempatan dan luar negara serta mereka yang bekerja dalam sektor bukan kewangan tetapi mempunyai minat untuk melanjutkan kerjaya dalam industri perkhidmatan kewangan.

Kata Mohd Kamal, setakat ini, sebanyak 90 peratus peserta FSTEP terdiri daripada graduan tempatan manakala bakinya dari universiti luar negara.

Bagaimanapun ujar beliau, graduan yang ingin menyertai program itu perlu memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) sekurang-kurangnya 3.25 dan ke atas bagi memastikan kualiti graduan dikekalkan.

''Peserta program ini akan menerima elaun biasiswa berjumlah RM2,200 sebulan dan juga perlindungan insurans dan faedah perubatan asas.

''Program setahun ini merangkumi empat teras aliran perbankan dan insurans iaitu perbankan konvensional, perbankan pelaburan, perbankan Islam serta insurans dan takaful," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya bercadang untuk mengeksport program FSTEP ke pasaran antarabangsa, Mohd Kamal berkata, mereka akan memberi tumpuan dalam negara terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

''Ini kerana, objektif utama FSTEP adalah untuk memenuhi keperluan perkhidmatan perbankan dan kewangan tempatan. Sekiranya ada keperluan, kami mungkin akan menimbang untuk berbuat demikian tetapi buat masa ini, kami tidak akan terburu-buru," jelasnya.

Menurut beliau, maklumat lanjut mengenai program itu boleh diperoleh dengan menghantar sebarang pertanyaan kepada enquiry@fstep.org.my ataupun melayari www.fstep.org.my di mana mereka boleh memuat turun borang permohonan.

''Pada masa yang sama, mereka boleh menghantar permohonan dengan menggunakan alamat e-mel berkenaan," katanya.

Read more...

Emel Untuk Zahid Hamidi ~ Malaysiakini

Thursday, January 22, 2009

Teman tak mahu kome semua pegi meeting dengan wakil Tok MB Peghok. Tandatangan & cop JKKK (N) itu harommm hukumnye disisi urusan kerajaan Persekutuan!

Subject: Tahniah Atas Kenyataan Anda
From: Hakimi Shaari
Date: Wednesday, 21 January, 2009 17:37
To: YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi

Saya sebagai seorang rakyat negeri perak ingin mengucapkan Tahniah kepada anda kerana dengan kenyataan anda, tidak mengiktiraf cop JKK lantikan negeri perak dan juga tidak membenarkan Agensi kerajaan persekutuan untuk menghadiri mesyuarat kerajaan negeri perak, telah menunjukkan dengan jelas KEBODOHAN anda tentang konsep demokrasi dan juga KEBEBALAN anda untuk menerima isyarat dari rakyat.

Sebagai menteri anda sepatutnya menggalas amanah untuk menbantu dan mempermudahkan Rakyat yang sudah terhimpit dengan pelbagai bebanan. Bukan lagi menyusahkan rakyat.

dengan tidak mengiktiraf cop JKKK negeri, urusan rakyat bertambah rumit. Dan TAHNIAH!. ini akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO dan BN yang BEBAL dan tak tahu malu .

akhir kata, Sahabat Rasullullah, Abdul Rahman bin Auf, akan disoal di akhirat selama lapan puluh tahun akhirat... bayangkan kita umat akhir zaman ini...apatah lagi mereka yang kononnya Pemimpin..

Fikir-fikirkan lah.

TAHNIAH dan Terima KASIH.

*Telah diubah suai dan dicantikkan dari post asal di http://bicaramanis.blogspot.com

Read more...

Konsert Alam Muzik M Nasir

Wednesday, January 21, 2009

Konsert Solo M. Nasir ini akan di adakan ...

Tarikh : 27, 28 Februari & 1 Mac 2009
Masa : 8:30 malam
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Harga Tiket : RM 45, RM 85, RM 150, RM 200, RM 250

Tempahan tiket boleh dibuat melalui ticket2u.biz atau hubungi 03-41498600



Saksikan persembahan M.Nasir menyanyikan lagu Andalusia bersama siapa ntah peserta Bintang Kecil tu dalam final Juara Lagu.

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Read more...

Barack Obama Presiden US ke 44

Obama Inauguration Pictures

Presiden Barack Obama menandatangi surat perlantikannya sebagai Presiden US ke 44 di President's Room of the U.S. Capitol

President Barack Obama, first lady Michelle Obama, dan anak-anak mereka Sasha, (kiri), and Malia melambai ke khalayak selepas Obama mengangkat sumpah di Capitol Hill, Washington

Obama bersama Biden, Vice President, dan pasangan masing-masing melangkah keluar dari Capitol Hill

Sasha Obama melambai menerusi tingkap limosin semasa meninggal Capitol Hill

Bekas President US, George W. Bush berjabat tangan bersama Presiden Obama sebelum menaiki helikopter tentera.

Barack Obama dan Michelle Obama menari bersama dalam Neighborhood Inaugural Ballin Washington

Barack Obama dan isteri, Michelle berjalan beriringan sambil melambai tangan dari Pennsylvania Avenue menuju ke Rumah Putih selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.

Read more...

TNB Rugi RM 944.1 Juta

Tuesday, January 20, 2009

Diorang ni ada speculate dalam forex ke ?

Kalau bisnes monopoli sebegini pun boleh rugi hampir RM 1 bilion, apa nak jadi ?

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Hasrat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) meraih untung dalam suku pertama tahun kewangan semasa gagal apabila kerugian dalam pertukaran asing berjumlah RM1.43 bilion menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian bersih RM944.1 juta.

Tanpa mengambil kira kerugian pertukaran mata wang asing itu, TNB mampu mencapai keuntungan bersih sebanyak RM495.6 juta.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, perolehan TNB meningkat kepada RM7.89 bilion berbanding RM6.20 bilion, pada tempoh yang sama tahun lalu.

Moggie yang dilanjut tempoh pegangan jawatannya selama dua tahun mulai 12 Mac ini berkata, prestasi kewangan kumpulan mencerminkan kesan daripada penurunan pertumbuhan permintaan, peningkatan harga bahan api dan kelemahan Ringgit berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Yen Jepun.

(Utusan Malaysia)

Read more...

Faizal Tahir Bersara dari Dunia Nyanyian

"Saya jatuh cinta dengan suara Faizal Tahir," itulah antara komen peminat dalam radio Hot FM pagi tadi apabila DJ Faizal Ismail membuka topik perihal Faizal Tahir yang diberitakan ingin bersara dari dunia muzik.

"Kalau boleh saya tak mahu anak-anak saya membesar dalam keadaan saya seperti ini"

Berhasrat tinggal dunia muzik untuk beri perhatian kepada keluarga

MUNGKIN khabar yang akan disampaikan ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan buat peminat penyanyi Faizal Tahir.

Ketika ditemubual sekumpulan media sejurus selepas acara penuh gilang gemilang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 berakhir, penyanyi itu membuat kejutan apabila mengumumkan dia ingin bersara seketika dalam bidang nyanyian bagi menumpukan perhatian terhadap kehidupan peribadinya.

Tegas Faizal yang mencatat sejarah peribadi dalam AJL ke-23 apabila dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan kategori Vokal Terbaik untuk lagu Sampai Syurga, keputusannya itu dibuat dengan kerelaannya sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa.

“Saya sudah lama memikirkan perkara ini. Rasanya inilah masa terbaik untuk saya berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga saya. Saya pun bukan muda lagi.Sudah mencecah 31 tahun pun.

“Lagipun anak-anak saya sedang membesar dan tak lama lagi saya bakal menerima anggota baru. Kalau boleh saya tak mahu anak-anak saya membesar dalam keadaan saya seperti ini."

(Berita Harian)

Read more...

Pelajar Pondok Dipenjara 2 Hari kerana Tidak Pakai Helmet ~ Malaysiakini

Monday, January 19, 2009

Seorang pelajar sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 28 (kiri), melaungkan takbir pada 100 pelajar pondok yang hadir perbicaraannya setelah pihak majistret menolak penangguhan perlaksanaan hukuman terhadapnya yang disaman menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar kerana berserban di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Beliau memilih hukuman dipenjarakan 2 hari atas alasan mengikut sunnah.

Wajah Ahmad Nasir Darus, 28

*Foto-foto oleh Zaman Huri Isa / NST

Read more...

Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P 36)

Saturday, January 17, 2009

Keputusan Rasmi

Jumlah keseluruhan pengundi: 80, 299
Pengundi biasa: 79,194
Pengundi pos: 1,035

Peratusan Keluar Mengundi: 79.73 %
Jumlah Keluar Mengundi: 63,967

1. Mohd Abdul Wahid Endut (Pakatan Rakyat) : 32,883

2. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Barisan Nasional) : 30,252

3. Azharudin Mamat @ Adam (Bebas) : 193

Undi Rosak : 665

Pemenang: Mohd Abdul Wahid Endut (Pakatan Rakyat)

Majoriti : 2,631

Ahli Parlimen Baru PAS - Pakatan Rakyat yang sudah mendapat mandat untuk mewakili Parlimen Kuala Terengganu

Keputusan Pilihanraya Umum Parlimen Kuala Terengganu 2008

Jumlah Pengundi: 80,325

Peratusan Kaum:
Melayu: 88.14%
China: 10.94%
India: 0.65%
Lain-lain: 0.27%

1. Datuk Razali Ismail (BN) : 32,562
2. Maimun Yusuf (Bebas) : 685
3. Mohamad Sabu (Pas) : 31,934

Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931

Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN) (Majoriti: 1,933 undi)

Pemikir
http://pemikir.blogspot.com

Advertensi:
Jom Belajar Cara Menambah Pendapatan Sampingan di Bengkel Pasaran Hadapan FKLI & FCPO

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP