Tragedi Bukit Antarabangsa Salah Semua Pihak! - Ref Malaysiakini

Wednesday, December 10, 2008

Seperti biasa amalan di Malaysia, selepas berlaku krisis, kemalangan dan sebagainya, blame game akan berlaku.

Maka selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini, maka semua pihak menyalahkan semua orang kecuali diri sendiri.

Kerajaan PR menyalahkan kerajaan BN yang lama.

Kerajaan BN yang lama menyalahkan kerajaan PR yang baru.

Orang ramai menyalahkan pemaju dan kerajaan.

Pemaju menyalahkan kerajaan.

Kerajaan menyalahkan pemaju.

Orang ramai menyalahkan undang-undang.

Dan semua orang kata adalah mereka semua bersalah kecuali diri sendiri.

Dalam kes ini, ada 3 pihak yang terlibat.

Kerajaan yang memberi kelulusan.

Pemaju yang melobi pihak kerajaan untuk pembangunan tanah.

Orang ramai atau pengguna yang ingin membeli rumah untuk diduduki atau tujuan pelaburan.

Secara umumnya, kerajaan memang pening kepala isu perumahan untuk rakyat. Baik projek perumahan high-class atau low-class. Apa yang penting kepada kerajaan adalah meluluskan sebanyak mungkin projek rumah agar rakyat cukup rumah untuk mereka beli. Iyelah, kalau tidak lulus, rumah tidak cukup, rakyat marah dan mengamuk kata tidak pandai urus negeri.

Kalau tak suka polisi kerajaan yang membenarkan pembangunan tanah tinggi, kita ada tempoh 4-5 tahun sekali sahaja untuk mengubahnya.

Pemaju, walaupun mereka inginkan keuntungan, tetapi asasnya kalau tiada siapa yang berminat mahu duduk di kawasan lereng bukit dan tanah tinggi, mereka tak mungkin nak membangunkan kawasan tersebut. Adalah bodoh mereka melaburkan sesuatu yang tidak boleh dijual dan seterusnya membuat pulangan pelaburan.

Kita lah, pengguna yang dok demand nak duduk di kawasan berbukit yang mewah dan elit dan lereng bukit yang kononnya menawarkan pemandangan yang cantik. Jadi, secara tak langsung kita memberitahu para pemaju, "Saya mahu rumah di lereng bukit."

Kita boleh terus menyalahkan semua orang.

Tiada masalah. Terus kan lah salah semua orang.

Tetapi kita terlupa nak salahkan diri sendiri. Salahkan diri sendiri yang mempunyai impian dan kehendak mempunyai mahligai, rumah di lereng-lereng bukit.

Anda mempunyai ruang yang sedikit untuk mengawal kerajaan.

Anda juga mempunyai kuasa yang sedikit untuk mengawal pemaju.

Tetapi anda mempunyai pilihan yang tak terbatas untuk berkata "Saya tidak mahu beli rumah, bina banglo di kawasan lereng bukit."

Mana agaknya yang lebih mudah untuk anda mula membuat perubahan ?

Siapa yang lebih mudah untuk belajar dari tragedi-tragedi yang lepas ?

Saman. Tukar kerajaan. Pinda undang-undang. Atau berjanji kepada diri sendiri tidak mahu lagi menjadi sebahagian suara yang membentuk demand perumahan di lereng bukit?

Lu fikir lah sendiri!

5 comments:

Hasbullah Pit 9:26 pm  

Kesemua akan selesai kalau tanah yang mengaku bersalah.

Atau mungkin tanah pun tak mengaku salah dan salahkan hujan?

groupict form4 smkr 9:52 pm  

katak o katak.
itu gunanya pemimpin, nak pimpin orang lain.kurang ilmu puca malapetaka ini. al quran ada tak mahu guna..

ww 10:01 pm  

the most beautiful words you all can describe, what's the problem if i buy a house based on the government approvals?

Dr Azwan 8:49 pm  

Betul betul betul...

Itulah kapitalisme... kena ada supply dan demand. Kalau ada demand akan adalah supply.. vice versa.

Tapi masa saya beli kondo kat situ, saya tak tahu langsung pasal tanah runtuh kat kawasan bukit antarabangsa (kecuali higland tower lah). Kebetulan pula hanya ada satu je yang vacant kat situ.

Kalau tahu.. sumpah tak nak beli!

Kalau semua orang yang jahil cam saya tahu apa akan jadi cam ni sekarang... diorang pun sumpah tak nak beli...

...termasuklah segala macam millionaire, billionaire, bijak pandai dan ahli2 perniagaan yang beli kat kawasan situ.

semuanya jahil.... menyesal dahulu pendapatan.. (sedang menyalahkan diri sendiri..)

Cikgu Chun 6:04 pm  

No commen... Bila kena semua orang bising, semasa buat, tak ada orang pantau!

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP