IJN akan diambil alih oleh Sime Darby

Thursday, December 18, 2008

Tok Jib telah mengesahkan kerajaan tiada masalah untuk membenarkan penswastaan Institut Jantung Negara kepada Sime Darby Bhd.

Penswastaan secara dasarnya adalah bagus kerana ia mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Peningkatan kualiti perkhidmatan dan produk. Persaingan yang sihat.

Tetapi yang selalu yang menjadi persoalan adalah wajarkah sektor tertentu, seperti sektor perubatan diswastakan ?

Hujah yang menentang penswastaan sebegini akan menyatakan orang ramai khususnya pesakit yang tidak berduit akan menghadapi masalah kerana pihak swasta cenderung mengenakan caj yang tinggi kepada pesakit.

Tetapi untuk pengetahuan anda, penswastaan bukanlah faktor kenaikan harga caj konsultasi doktor, pembedahan dan perubatan tetapi ia berkait rapat dengan amalan industri perubatan itu sendiri.

Tanpa penswastaan pun, industri perubatan sudah pun sedia tinggi kos operasinya. Cuma kos itu tadi diserap oleh kerajaan melalui subsidi.

Dan dalam hal ini wajar direnung 2 perkara.

1. Amalan Penswastaan di Malaysia

Kerajaan membina pelbagai infrastruktur. Stesen bas, perkhidmatan bas, keretapi, landasan keretapi, hospital, jalan raya dan seterusnya. Ia dibina dengan duit kerajaan iaitu duit cukai orang ramai, dan apabila ingin diswastakan, infrastruktur tersebut seolah-oleh diberikan percuma kepada syarikat tertentu.

Tanpa menanggung sebarang kos awal, syarikat ini mendapat mandat operasi yang sangat-sangat menguntungkan.

Malangnya, syarikat yang mendapat projek sebegini selalunya tidak pernah sedar dek untung.

RapidKL.
KTMB.
SYABAS.
TM.
TNB.

Adakah anda sebagai pengguna sangat berpuashati dengan syarikat yang telah disebutkan di atas ?

Penswastaan di Malaysia tidak mewujudkan persaingan yang sihat. Sebaliknya menghasilkan sistem monopoli yang merugikan pengguna.

Seharusnya penswastaan mewujudkan ruang persaingan yang terbuka dan kerajaan seharusnya tidak mempunyai apa-apa kepentingan bisnes dalam mana-mana syarikat yang telah dianugerahkan sesuatu projek tersebut.

2. Sime Darby Bhd

Sime Darby sebenarnya telah menjadi terlalu besar. Sekiranya ia besar dan hanya menumpukan sektor perladangan sahaja tidak mengapa. Ia adalah sesuatu yang bagus.

Sime Darby kini mempunyai bisnes hartanah, pembuatan, permotoran, tenaga, utitili dan juga kesihatan.

Dan apabila sesuatu syarikat tidak mempunyai niche yang tersendiri, selalunya ia tidak berapa nak berjaya.

Adakah syarikat sebesar ini akan menghasilkan sesuatu yang baik ?

Adakah syarikat sebesar ini apabila ia gagal ia akan menyebabkan kerajan membeli balik syarikat ini atas nama "kepentingan umum" ?

Kenapa Sime Darby yang berhak mendapat IJN ?

Adakah rancangan diversification Sime Darby ini telah menjadi over diversify ?

Ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan bersama.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP