Kenapa Dunia Islam Mundur ?

Thursday, December 25, 2008

Saya merujuk kepada post motivator Fadzli Yusof.

Dan komen saya:

Pada saya, mungkin umat Islam jatuh sejak pintu ijtihad “ditutup”.

Sedangkan ijtihad itu adalah proses kematangan ilmu.

Saya berpendapat A, dia berpendapat B.

Kita berbahas terhadap teori A dan B, dalam proses itu kita menolak hujah yang lemah dan mengambil hujah yang kuat. Justeru, kesimpulan yang hadir adalah ilmu yang matang.

Adakah ia berlaku dengan baik dalam dunia Islam sekarang?

Adakah dunia Islam bebas dikritik?

Idea ulama A dibahaskan.
Idea pemimpin B dibahaskan.

Benar, dalam proses itu sudah tentu ada seorang dua yang melampau. Tetapi itu adalah cabaran kepada kita untuk mengeluarkan hujah yang lebih baik.

Katakan pada hari ini seseorang itu tidak bersetuju dengan fatwa Qardhawi sebagai contoh, adakah orang itu akan dicop anti-ulama ? Tidak faham Islam? Syiah ? Atau apa?

Karl Marx itu Yahudi. Tetapi Yahudi yang lain bebas melawan, menyanggah, menolak idea Sosialis Karl Marx. dan Yahudi yang bersetuju dengan Karl Marx akan melawan balik hujah anti Karl Marx itu tadi.

Maka perbahasan itu bila dikumpulkan, ia menjadi satu ilmu ekonomi. Sosialis vs Kapitalis.

Salah seorang pemikir Kapitalis yang melawan Karl Marx adalah Milton Friedman yang telah disebutkan sebaris dengan Karl Marx dalam artikel ini.

Adakah umat Islam bersedia membuka ruang sebegitu ?

Hanya renungan.

Read more...

IJN akan diambil alih oleh Sime Darby

Thursday, December 18, 2008

Tok Jib telah mengesahkan kerajaan tiada masalah untuk membenarkan penswastaan Institut Jantung Negara kepada Sime Darby Bhd.

Penswastaan secara dasarnya adalah bagus kerana ia mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Peningkatan kualiti perkhidmatan dan produk. Persaingan yang sihat.

Tetapi yang selalu yang menjadi persoalan adalah wajarkah sektor tertentu, seperti sektor perubatan diswastakan ?

Hujah yang menentang penswastaan sebegini akan menyatakan orang ramai khususnya pesakit yang tidak berduit akan menghadapi masalah kerana pihak swasta cenderung mengenakan caj yang tinggi kepada pesakit.

Tetapi untuk pengetahuan anda, penswastaan bukanlah faktor kenaikan harga caj konsultasi doktor, pembedahan dan perubatan tetapi ia berkait rapat dengan amalan industri perubatan itu sendiri.

Tanpa penswastaan pun, industri perubatan sudah pun sedia tinggi kos operasinya. Cuma kos itu tadi diserap oleh kerajaan melalui subsidi.

Dan dalam hal ini wajar direnung 2 perkara.

1. Amalan Penswastaan di Malaysia

Kerajaan membina pelbagai infrastruktur. Stesen bas, perkhidmatan bas, keretapi, landasan keretapi, hospital, jalan raya dan seterusnya. Ia dibina dengan duit kerajaan iaitu duit cukai orang ramai, dan apabila ingin diswastakan, infrastruktur tersebut seolah-oleh diberikan percuma kepada syarikat tertentu.

Tanpa menanggung sebarang kos awal, syarikat ini mendapat mandat operasi yang sangat-sangat menguntungkan.

Malangnya, syarikat yang mendapat projek sebegini selalunya tidak pernah sedar dek untung.

RapidKL.
KTMB.
SYABAS.
TM.
TNB.

Adakah anda sebagai pengguna sangat berpuashati dengan syarikat yang telah disebutkan di atas ?

Penswastaan di Malaysia tidak mewujudkan persaingan yang sihat. Sebaliknya menghasilkan sistem monopoli yang merugikan pengguna.

Seharusnya penswastaan mewujudkan ruang persaingan yang terbuka dan kerajaan seharusnya tidak mempunyai apa-apa kepentingan bisnes dalam mana-mana syarikat yang telah dianugerahkan sesuatu projek tersebut.

2. Sime Darby Bhd

Sime Darby sebenarnya telah menjadi terlalu besar. Sekiranya ia besar dan hanya menumpukan sektor perladangan sahaja tidak mengapa. Ia adalah sesuatu yang bagus.

Sime Darby kini mempunyai bisnes hartanah, pembuatan, permotoran, tenaga, utitili dan juga kesihatan.

Dan apabila sesuatu syarikat tidak mempunyai niche yang tersendiri, selalunya ia tidak berapa nak berjaya.

Adakah syarikat sebesar ini akan menghasilkan sesuatu yang baik ?

Adakah syarikat sebesar ini apabila ia gagal ia akan menyebabkan kerajan membeli balik syarikat ini atas nama "kepentingan umum" ?

Kenapa Sime Darby yang berhak mendapat IJN ?

Adakah rancangan diversification Sime Darby ini telah menjadi over diversify ?

Ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan bersama.

Read more...

Skuad Bogel Perlukan Penaja ~ Malaysiakini

Tuesday, December 16, 2008

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar masih belum mahu berbogel.

Sedangkan sudah ramai pihak menunggu-nunggu kehadiran skuad berbogel tersebut.

Lantak lah polis nak marah ke. Khalid Ibrahim tak suka. Pakatan Rakyat kata tak betul ke.

Janji tetap janji.

Tetapi sampai ke hari ini, selepas tamat 12 Disember 2008 skuad bogel masih belum muncul di mana-mana ceruk di Selangor.

Adakah Ramlan Abu Bakar sedang mencari penaja dari syarikat yang menjual minyak lintah tapa, pam zakar, ubat membesarkan zakar, minyak urut zakar dan pembekal minuman ginseng tongkat ali?

Maklumlah.

Malu lah nanti kalau berbogel tapi ...

Lawatan Sambil Belajar:
Learn how to Make Money in up and down market

Read more...

Kalau Camry Lebih Jimat, apa masalahnya ? ~ Malaysiakini

Sekiranya (kos pembelian + kos penyelenggaraan) Toyota Camry adalah lebih menjimatkan dari (kos pembelian + kos penyelenggaraan) Proton Perdana untuk jangka masa panjang maka kenapa perlu bercakap perkara yang bukan-bukan ?

Mohon sahajalah angka rasmi dari kerajaan negeri.
Bercakaplah berdasarkan angka dan fakta.

Tidak pakai Proton = tidak patriotik ?

Atau tidak pakai Proton = Tukang jual dan tukang repair yang dapat kontrak melalui kabel sudah tidak ada projek ?

Baca sini:
Kenapa Proton & Perodua terus mengeluarkan kereta tidak berkualiti ?

Read more...

Tragedi Bukit Antarabangsa Salah Semua Pihak! - Ref Malaysiakini

Wednesday, December 10, 2008

Seperti biasa amalan di Malaysia, selepas berlaku krisis, kemalangan dan sebagainya, blame game akan berlaku.

Maka selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini, maka semua pihak menyalahkan semua orang kecuali diri sendiri.

Kerajaan PR menyalahkan kerajaan BN yang lama.

Kerajaan BN yang lama menyalahkan kerajaan PR yang baru.

Orang ramai menyalahkan pemaju dan kerajaan.

Pemaju menyalahkan kerajaan.

Kerajaan menyalahkan pemaju.

Orang ramai menyalahkan undang-undang.

Dan semua orang kata adalah mereka semua bersalah kecuali diri sendiri.

Dalam kes ini, ada 3 pihak yang terlibat.

Kerajaan yang memberi kelulusan.

Pemaju yang melobi pihak kerajaan untuk pembangunan tanah.

Orang ramai atau pengguna yang ingin membeli rumah untuk diduduki atau tujuan pelaburan.

Secara umumnya, kerajaan memang pening kepala isu perumahan untuk rakyat. Baik projek perumahan high-class atau low-class. Apa yang penting kepada kerajaan adalah meluluskan sebanyak mungkin projek rumah agar rakyat cukup rumah untuk mereka beli. Iyelah, kalau tidak lulus, rumah tidak cukup, rakyat marah dan mengamuk kata tidak pandai urus negeri.

Kalau tak suka polisi kerajaan yang membenarkan pembangunan tanah tinggi, kita ada tempoh 4-5 tahun sekali sahaja untuk mengubahnya.

Pemaju, walaupun mereka inginkan keuntungan, tetapi asasnya kalau tiada siapa yang berminat mahu duduk di kawasan lereng bukit dan tanah tinggi, mereka tak mungkin nak membangunkan kawasan tersebut. Adalah bodoh mereka melaburkan sesuatu yang tidak boleh dijual dan seterusnya membuat pulangan pelaburan.

Kita lah, pengguna yang dok demand nak duduk di kawasan berbukit yang mewah dan elit dan lereng bukit yang kononnya menawarkan pemandangan yang cantik. Jadi, secara tak langsung kita memberitahu para pemaju, "Saya mahu rumah di lereng bukit."

Kita boleh terus menyalahkan semua orang.

Tiada masalah. Terus kan lah salah semua orang.

Tetapi kita terlupa nak salahkan diri sendiri. Salahkan diri sendiri yang mempunyai impian dan kehendak mempunyai mahligai, rumah di lereng-lereng bukit.

Anda mempunyai ruang yang sedikit untuk mengawal kerajaan.

Anda juga mempunyai kuasa yang sedikit untuk mengawal pemaju.

Tetapi anda mempunyai pilihan yang tak terbatas untuk berkata "Saya tidak mahu beli rumah, bina banglo di kawasan lereng bukit."

Mana agaknya yang lebih mudah untuk anda mula membuat perubahan ?

Siapa yang lebih mudah untuk belajar dari tragedi-tragedi yang lepas ?

Saman. Tukar kerajaan. Pinda undang-undang. Atau berjanji kepada diri sendiri tidak mahu lagi menjadi sebahagian suara yang membentuk demand perumahan di lereng bukit?

Lu fikir lah sendiri!

Read more...

Tahniah Mukhriz ref Malaysiakini

Wednesday, December 03, 2008

Tahniah.

Anda berjaya membuka topeng orang-orang racist di Malaysia.

Dan orang-orang yang nak menjaga kepentingan diri dan kaum masing-masing sahaja.

Adalah lebih baik kita menilai secara rasional cadangan Mukhriz Mahathir mengenai penutupan sekolah vernacular itu. Untuk kebaikan Bangsa Malaysia.

Sebagaimana kita menilai baik buruk pembahagian kek ekonomi berasaskan kaum yakni DEB.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP