Fatwa Yoga ~ Majlis Fatwa perlu berubah

Sunday, November 23, 2008

Bagi seorang pelajar undang-undang, selain membaca buku teks yang bercerita tentang teori undang dan statute, iaitu undang-undang bertulis sesebuah negara, dia juga perlu membaca case law, iaitu penghakim bertulis para hakim dalam sesuatu kes.

Buku teks undang-undang adalah teori dan idea penulis buku tersebut.

Statut pula adalah undang-undang yang diterima pakai di sesebuah negara setelah diluluskan Parlimen.

Case law pula adalah undang-undang yang ditafsirkan oleh para hakim.

Adalah satu kebiasaan bagi seorang pelajar undang-undang untuk membaca pelbagai pandangan dalam sesuatu kes. Buku teks kata A, statut kata B dan case law kata C.

Walaupun begitu, setiap pelajar undang-undang memahami, hujah-hujah tersebut akan disokong dengan pelbagai authority. Justeru, selagi mana ia berlandaskan authority maka, ia boleh dijadikan hujah.

Perbezaan pendapat dalam bidang undang-undang bukanlah perbezaan pendapat suka-suka. Siapa (pelajar) yang beri pendapat sekadar suka-suka, tanpa disandarkan dengan apa-apa authority maka dia akan mendapat markah 0 dalam peperiksaan.

Semalam, Majlis Fatwa memutuskan amalan Yoga haram.

Majlis Fatwa ini sebenarnya kedudukannya sama seperti para hakim dalam Islam. Cuma Majlis Fatwa ini, sekiranya dilantik oleh pemerintah, maka ia menjadi sebahagian dalam cabang Eksekutif.

Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa. Memberitahu dan membimbing umat Islam mengenai isu-isu tertentu yang memerlukan pendapat dari segi agama secara kolektif.

Sekiranya fatwa tersebut digazetkan, ia akan menjadi undang-undang yang boleh dilaksanakan dalam sesebuah negeri / negara.

Ia boleh dikatakan sebagai satu institusi yang penting, kerana perbincangan telah berlaku di kalangan para mufti. Ia bukan sekadar satu pendapat peribadi.

Berlainan dengan hakim, penghakimannya tidak terus digazetkan sehingga boleh menjadi undang-undang negara. Prosesnya tidak berapa nak sama.

Malangnya, keputusan-keputusan Majlis Fatwa yang dikeluarkan selalu tidak disertakan dengan penghujahan yang bertulis dan lengkap yang boleh dijadikan rujukan semua orang.

Ahli Parlimen.
Menteri.
Korporat.
Peguam biasa mahupun peguam syari'e
Jabatan Agama
Persatuan-persatuan dakwah
Pelajar undang-undang Syariah
dan juga orang awam

Ramai juga ingin tahu.

Apakah hujah Quran yang digunaka pakai ?
Apakah hujah Hadis yang ada ?
Apakah hujah Ijma' sekiranya ada ?
Sekiranya Qiyas, apakah pula 'illah (ratio decidendi) yang dapat diaplikasikan ?
Apakah rujukan ulama, buku, dan majlis fatwa di tempat lain ?

Inilah antara sebab orang jadi tak berapa nak suka dengan Majlis Fatwa.

Orang yang pertahankan Majlis Fatwa pun susah nak tolong.

Sebab umum tidak tahu penghujahan yang terperinci oleh Majlis Fatwa.

Bila umum tidak tahu hujah naqli dan aqli yang digunakan, maka wujudlah pelbagai spekulasi dan fitnah.

Tetapi sekiranya Majlis Fatwa boleh mengeluarkan satu koleksi fatwa, yang bukan sekadar menerbitkan "hukum" tetapi juga penghujahan-penghujahannya sekali yang membawa kepada sesuatu hukum, maka ia adalah jauh lebih baik.

Orang yang suka buat spekulasi membabi buta, seperti menyatakan ia "Stupid Fatwa" maka kita tahu orang itu sebenarnya malas nak buat rujukan yang betul.

Dan seterusnya ia boleh mewujudkan budaya intelectual discourse yang lebih baik dari sekadar apa yang berlaku hari ini. Kecam mengecam. Kutuk mengutuk. Fitnah memfitnah. Demo.

Kerana semua orang tahu hujah Majlis Fatwa adalah X, Y, Z.

Jadi orang yang setuju dengan Majlis Fatwa akan sebut X,Y,Z.

Orang yang tidak setuju, perlu keluarkan hujah A,B,C yang sama kuatnya dengan X,Y,Z.

Kalau hujah A,B,C itu lebih kuat hujahnya dari X,Y,Z maka baru lah kita tahu mereka yang tidak setuju dengan Majlis Fatwa ini jenis orang bagaimana.

Orang alim kah.
Orang bodoh kah.
Orang ikut-ikut kah.
atau memang dia anti Islam kah.

Justeru, Majlis Fatwa perlu berubah dan bersedia menerbitkan fatwa-fatwa mereka dengan lebih terperinci sama seperti para hakim di mahkamah menyediakan penghakiman mereka.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP