Tony Pua, kau dengar sini! ref Malaysiakini

Thursday, November 27, 2008

"Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

Menurut Pua, tindakan Pas itu dilihat cuba membelakangkan sentimen sokongan pengundi bukan Islam dan melemahkan kerajaan campuran Selangor."

Wah. Wah.

Dengar sini ...

Jangan ingatkan PAS pasal undi orang bukan Melayu 24 jam lah.

Memang PAS ada menang sebab undi orang bukan Melayu.

TAPI ...

PAS pun menang sebab ada undi orang Melayu.

Habis tu kami yang orang Melayu yang undi PAS ni nak campak mana hak kami ?

Cuba bagitau sikit ?

Macam lah DAP tu menang 100% undi bukan Melayu ?

Orang Melayu yang undi DAP tu nak campak mana hak kami ?

Haa ?

Ahli DAP yang tak mahu pakai songkok waktu angkat sumpah tu tak SOMBONG ke namanya !?

Jawab sikit!

Bantahan Akar Umbi :
1. Toni Gila Todi

Read more...

Apasal Bising Khalid Samad kena gugur ? Ref Malaysiakini

Wednesday, November 26, 2008

Victory, you say?
Master Obi-Wan, not victory.
The shroud of the Dark Side has fallen. Begun the Clone War has.
(Master Yoda in Star Wars III: Attack of The Clones)

PAS ni parti orang kampung.

Tak macam UMNO, parti bangsawan.

Siapa peduli pada PAS dulu ? Dihina. Dikutuk. Dikeji. Tarbiyyah tak hebat tak macam Ikhwan lah. PAS jemaah partisan. Semua ada.

Tapi PAS tak pernah peduli pada cercaan orang yang tidak faham PAS. PAS terus buat kerja.

Sampai lah 1998. Bila Anwar dipecat dari kerajaan. Baru orang sedar PAS ni bagaimana.

Maka berbondong-bondonglah orang masuk PAS.

Pilihanraya 1999 PAS menang. Almarhum Ustaz Fadzil jadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Menang besar di Kelantan dan Terengganu.

Tapi 2004, PAS kalah teruk. Terengganu melepas. Kelantan hampir terlepas.

Orang mula lupa dengan PAS. Tak kisah pun apa nak berlaku dengan PAS. Apa nak jadi pun jadilah. Maklumlah orang kalah. Siapa suka ?

Tapi PAS tak kisah. Kena tinggal dengan DAP dalam Barisan Alternatif pun tak kisah. Perjuangan tetap diteruskan.

2008, PAS menang balik. Kelantan menang. Kedah menang. Perak dapat MB PAS.

Semua orang mula berbondong-bondong menyibuk hal ehwal PAS. Dulu masa PAS susah, pandang pun tidak. Sokong pun tidak. Apatah lagi bertanya khabar. Ikut mengutuk adalah.

Kenen-kenen nak jadi ahli majlis. Ketua kampung. Majlis Perwakilan Penduduk. Pembantu MP itu. Tolong MP ini. Pegawai Khas dia. Pegawai khas situ.

Sebab PAS tengah kuat, maka apabila individu yang dia suka digugurkan dari saf kepimpinan negeri, mula lah jadi tong kosong dan buat bising. Kalau betul ahli PAS, gunakan saluran yang betul. Bukan melalak tak tentu pasal.

Cuba 2008 lalu PAS kalah macam 2004. Rasanya tiada siapa peduli orang ni gugur ke. Orang tu gugur ke.

Sedangkan perkara itu perkara biasa dalam mana-mana organisasi.

Pelik lah manusia ni.

Masa kalah, semua orang lari.

Masa menang semua mahu pujian diberikan kepada diri sendiri.

Ingat, kemenangan ini satu ujian!

"Hang terus pegang dengan Islam, hang jadi macam Jedi. Hang pegang selain Islam, jadi macam Sith."

Read more...

Fatwa Yoga ~ Majlis Fatwa perlu berubah

Sunday, November 23, 2008

Bagi seorang pelajar undang-undang, selain membaca buku teks yang bercerita tentang teori undang dan statute, iaitu undang-undang bertulis sesebuah negara, dia juga perlu membaca case law, iaitu penghakim bertulis para hakim dalam sesuatu kes.

Buku teks undang-undang adalah teori dan idea penulis buku tersebut.

Statut pula adalah undang-undang yang diterima pakai di sesebuah negara setelah diluluskan Parlimen.

Case law pula adalah undang-undang yang ditafsirkan oleh para hakim.

Adalah satu kebiasaan bagi seorang pelajar undang-undang untuk membaca pelbagai pandangan dalam sesuatu kes. Buku teks kata A, statut kata B dan case law kata C.

Walaupun begitu, setiap pelajar undang-undang memahami, hujah-hujah tersebut akan disokong dengan pelbagai authority. Justeru, selagi mana ia berlandaskan authority maka, ia boleh dijadikan hujah.

Perbezaan pendapat dalam bidang undang-undang bukanlah perbezaan pendapat suka-suka. Siapa (pelajar) yang beri pendapat sekadar suka-suka, tanpa disandarkan dengan apa-apa authority maka dia akan mendapat markah 0 dalam peperiksaan.

Semalam, Majlis Fatwa memutuskan amalan Yoga haram.

Majlis Fatwa ini sebenarnya kedudukannya sama seperti para hakim dalam Islam. Cuma Majlis Fatwa ini, sekiranya dilantik oleh pemerintah, maka ia menjadi sebahagian dalam cabang Eksekutif.

Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa. Memberitahu dan membimbing umat Islam mengenai isu-isu tertentu yang memerlukan pendapat dari segi agama secara kolektif.

Sekiranya fatwa tersebut digazetkan, ia akan menjadi undang-undang yang boleh dilaksanakan dalam sesebuah negeri / negara.

Ia boleh dikatakan sebagai satu institusi yang penting, kerana perbincangan telah berlaku di kalangan para mufti. Ia bukan sekadar satu pendapat peribadi.

Berlainan dengan hakim, penghakimannya tidak terus digazetkan sehingga boleh menjadi undang-undang negara. Prosesnya tidak berapa nak sama.

Malangnya, keputusan-keputusan Majlis Fatwa yang dikeluarkan selalu tidak disertakan dengan penghujahan yang bertulis dan lengkap yang boleh dijadikan rujukan semua orang.

Ahli Parlimen.
Menteri.
Korporat.
Peguam biasa mahupun peguam syari'e
Jabatan Agama
Persatuan-persatuan dakwah
Pelajar undang-undang Syariah
dan juga orang awam

Ramai juga ingin tahu.

Apakah hujah Quran yang digunaka pakai ?
Apakah hujah Hadis yang ada ?
Apakah hujah Ijma' sekiranya ada ?
Sekiranya Qiyas, apakah pula 'illah (ratio decidendi) yang dapat diaplikasikan ?
Apakah rujukan ulama, buku, dan majlis fatwa di tempat lain ?

Inilah antara sebab orang jadi tak berapa nak suka dengan Majlis Fatwa.

Orang yang pertahankan Majlis Fatwa pun susah nak tolong.

Sebab umum tidak tahu penghujahan yang terperinci oleh Majlis Fatwa.

Bila umum tidak tahu hujah naqli dan aqli yang digunakan, maka wujudlah pelbagai spekulasi dan fitnah.

Tetapi sekiranya Majlis Fatwa boleh mengeluarkan satu koleksi fatwa, yang bukan sekadar menerbitkan "hukum" tetapi juga penghujahan-penghujahannya sekali yang membawa kepada sesuatu hukum, maka ia adalah jauh lebih baik.

Orang yang suka buat spekulasi membabi buta, seperti menyatakan ia "Stupid Fatwa" maka kita tahu orang itu sebenarnya malas nak buat rujukan yang betul.

Dan seterusnya ia boleh mewujudkan budaya intelectual discourse yang lebih baik dari sekadar apa yang berlaku hari ini. Kecam mengecam. Kutuk mengutuk. Fitnah memfitnah. Demo.

Kerana semua orang tahu hujah Majlis Fatwa adalah X, Y, Z.

Jadi orang yang setuju dengan Majlis Fatwa akan sebut X,Y,Z.

Orang yang tidak setuju, perlu keluarkan hujah A,B,C yang sama kuatnya dengan X,Y,Z.

Kalau hujah A,B,C itu lebih kuat hujahnya dari X,Y,Z maka baru lah kita tahu mereka yang tidak setuju dengan Majlis Fatwa ini jenis orang bagaimana.

Orang alim kah.
Orang bodoh kah.
Orang ikut-ikut kah.
atau memang dia anti Islam kah.

Justeru, Majlis Fatwa perlu berubah dan bersedia menerbitkan fatwa-fatwa mereka dengan lebih terperinci sama seperti para hakim di mahkamah menyediakan penghakiman mereka.

Read more...

Kenapa Benci Babi Sangat ?

Monday, November 17, 2008

Kenapa orang Melayu bencikan babi lebih dari bencikan arak ?

Kenapa orang Melayu bencikan babi lebih dari membuka aurat sesuka hati ?

Kenapa orang Melayu bencikan babi lebih dari penzinaan yang berleluasa ?

Kenapa orang Melayu bencikan babi lebih dari rasuah ?

Ramai sangat anak Melayu yang jadi cashier di 7-Eleven, kedai-kedai, pasaraya dan tolong jualkan arak yang ada.

Ada orang Melayu benci hal tu macam diorang benci babi ?

Read more...

Fatwa Pengkid & Tomboy

Friday, November 14, 2008

Umat Islam kena bersedia untuk menghadapi cabaran yang dinamakan intellectual discourse.

Tapi saya fikir, masih ramai yang belum bersedia.

Isu terbaru yang menyebabkan ramai orang kecoh adalah isu fatwa pengkid.

Ia menjadi kecoh apabila orang bukan Islam mula memberikan komen-komen mereka dan ada yang membuat perhimpunan untuk membuat protes.

Saya berpendapat, memang tidak wajar untuk sekumpulan manusia ini menyatakan fatwa tersebut bodoh dan juga berdemo, apatah lagi kalau orang bukan Islam cuba bercakap mengenainya.

Tetapi sebelum kita menyalahkan mereka, adalah lebih wajar kita merenung sikap kita sendiri terhadap keputusan-keputusan Majlis Fatwa sebelum ini.

Antaranya isu hukum PTPTN dan juga hukum ASB.

Ramai yang tidak bersetuju dengan fatwa Majlis Fatwa dalam dua hal ini. Sekali lagi isu sikap memainkan peranan.

Ada rakan-rakan yang sebut,

"Ini politik ni."

"Diorang ada kepentingan."

"Mereka ditekan ni."

Saya ada pesan, hati-hati. Jangan lepas cakap. Kalau bukan kita nak pertahankan institusi fatwa siapa lagi?

Tidak bersetuju dengan sesuatu fatwa itu boleh, tetapi kena ada cara dan adabnya.

Dan tidak kurang juga yang bersikap kurang sopan dan biadab terhadap institusi fatwa dalam 2 hal ini menerusi komen-komen mereka di serata dunia internet ini.

Seolah-olah Majlis Fatwa buat keputusan itu dengan sekelip mata.

Begitu juga apabila ada ketetapan Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti dalam isu bay' inah dan BBA.

Oklah, anda kata, "Benda yang haram tetap haram."

Tapi saya disini bukan nak mengatakan fatwa pengkid itu salah dan riba itu halal. Itu bukan isunya disini.

Isunya adalah sikap kita sebagai umat Islam.

Kalau kita dah tunjukkan boleh tidak mahu patuh dan hormat kepada ketetapan Majlis Fatwa, kenapa harapkan orang bukan Islam untuk patuh dan hormat pula?

Read more...

Kasihan PAS

Friday, November 07, 2008

Kasihan PAS.

PAS nampaknya tidak boleh nak tunjukkan mereka adalah versi Melayu yang lebih baik dari Melayu UMNO.

Cakap sikit pasal Melayu kena tembak depan belakang kiri kanan.

Kalau dari UMNO dan BN sahaja tidak mengapa, tetapi dari rakan Pakatan Rakyat sendiri.

Tetapi kalau DAP tunjukkan dia adalah lebih Cina dari MCA, tiada siapa nak tembak depan belakang kiri kanan.

Malah dihormati sebab menjadi seorang pejuang.

Dan PAS pun tidak pernah nak ganggu DAP dalam hal ini sebab PAS faham, dalam pilihanraya nanti di kawasan majoriti Cina, DAP yang lawan MCA atau Gerakan.

Jadi biarlah DAP tentukan sendiri macam mana nak tawan hati pengundi Cina.

Tapi agaknya, rakan PR ada terfikir tak selalunya PAS yang lawan UMNO dalam kawasan majoriti Melayu?

Dan ada orang Melayu ni dia boleh minum arak, tetapi dia tak akan makan babi.

Sebab orang Melayu pandang hina sungguh babi ni. Sebut babi pun ba-alif-ba-ya.

Jadi kalau PAS dihalang nak cakap versi Melayu yang lebih baik, siapa lagi yang akan cakap?

Kalau dok sombong sangat dan yakin tembok perkauman sudah dipecahkan, apa kata pilihanraya akan datang Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok dan lain-lain bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Amacam, ada berani?

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP