Pakatan Rakyat belum bersedia memerintah?

Wednesday, October 15, 2008

Kadang-kadang apabila melihat gelagat ahli-ahli DUN / Parlimen Pakatan Rakyat, kelihatan mereka masih bermentaliti pembangkang. Walaupun mereka sudah memerintah 5 negeri, menawan Wilayah Persekutuan dan hampir (mengikut perkiraan Anwar Ibrahim) memerintah Malaysia.

Sedangkan kalau ingin memerintah, maka mentaliti pemimpin dan negarawan perlu ditonjolkan segera.

Mereka selalu sebut, kebebasan bersuara. Tetapi pada masa yang sama Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia. Erkgh...?

Barangkali Utusan Malaysia membuat fitnah terhadap pemimpin PR, tetapi adakah blog-blog, website yang mereka bangunkan, ceramah-ceramah tidak terlepas dari memfitnah pemimpin BN?

Hari ini mereka lantang menyatakan ISA, Akta Hasutan dan sebagainya itu tidak perlu.

Tetapi saya juga risau jika ia terjadi sebaliknya.

Sekiranya PR telah memerintah Malaysia, apa agaknya yang bakal mereka lakukan terhadap Datuk Ahmad Ismail?

Dengan mudah, kerajaan Selangor menggantung penjawat awam yang menjalankan tugas dalam isu kuil. Adakah penjawat awam tersebut diberi peluang sewajarnya?

Sedangkan selaku Exco, kita perlu mempertahankan pegawai kerajaan negeri. Kalau ada masalah, selesaikan secara seorang pemimpin yang berhemah. Bukan gunakan kuasa exco sesuka hati.

Betul, kita tak patut robohkan rumah ibadat sesuka hati. Tanpa ikut peraturan? Tetapi pada masa yang sama, bolehkan kita membina rumah ibadat pun sesuka hati? Tanpa mengikut peraturan?

Siasatlah dulu betul-betul punca kenapa tindakan tersebut diambil.

Apa yang saya ingin tekankan adalah sikap perlu berubah dari seorang pembangkang kepada seorang pemimpin / bakal pemimpin.

Yang pasti kuasa boleh mengubah sikap seseorang.

Sama macam pengaruh wang dan wanita untuk lelaki / lelaki untuk wanita.

Biarlah orang-orang BN bersikap demikian. Menyekat sana dan sini. Tetapi orang-orang PR tidak perlu buat apa yang orang BN telah buat.

Kalau kita mahu orang senyum kepada kita, maka kita senyumlah dulu kepada orang lain.

Walaupun mungkin orang itu tidak membalas senyuman kita.

Yang penting, kita telah tunjukkan siapa kita kepada orang lain. Pemurah dengan senyuman.

Bukankah lebih baik kita ini menjadi pokok yang ranum berbuah. Bila dibaling batu, kita gugurkan buah tersebut untuk dimakan orang yang membalingnya.

Memanglah saya tidak kena seperti Teresa Kok, hingga disumbat ISA, tetapi saya ingin ikut apa yang Nabi Muhammad saw tunjuk.

Baginda adalah orang pertama menziarah sorang tua yang amat bencikan baginda dan telah melakukan pelbagai perbuatan jahat terhadap baginda apabila makcik tua tersebut jatuh sakit.

Semua akui PRU 12 adalah tsunami politik.

Tetapi hakikatnya, siapa yang tahu tsunami betul-betul akan melanda?

Maka adakah sebenarnya calon-calon PR yang menang dalam PRU 12 yang lalu sebenarnya betul-betul bersedia untuk memerintah 5 negeri dan menjadi government in waiting?

atau hanya "ter"menang dan mendapat untung sementara dari tsunami politik?

3 comments:

kumbang 9:11 am  

saya cuma inginkan Malaysia ni diperintah sepertimana Tok Guru perintah Kelantan...

rasD 12:26 am  

PR hanya mula berangan memerintah setelah tersimbah kemenangan yg tidak diduga hasil dari ketaksuban sesetengah Melayu kpd pemimpin tertentu dan juga sokongan dari golongan yg diwakili oleh kumbang yg berimpian PAS akan disanjung dalam pakatan rapuh itu. Sekuat mana "kerajaan" yg bakal ditubuhkan dengan ikatan yg begitu rapuh? Dream on...

مَعهَدين الُمعلمْ 1:11 am  

PR rapuh??
yer memang rapuh..
tp tidak serapuh pakatan dalam BN.
xyahla nk kata dalam BN tgk jer dalam UMNO..
haru BIRU jadinya dalam sesi pemilihan.
smp ade banner elektronik yg dibuat "Jom Kita Bercakaran"
ditujukan kepada puteri UMNO

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP