Pakatan Rakyat belum bersedia memerintah?

Wednesday, October 15, 2008

Kadang-kadang apabila melihat gelagat ahli-ahli DUN / Parlimen Pakatan Rakyat, kelihatan mereka masih bermentaliti pembangkang. Walaupun mereka sudah memerintah 5 negeri, menawan Wilayah Persekutuan dan hampir (mengikut perkiraan Anwar Ibrahim) memerintah Malaysia.

Sedangkan kalau ingin memerintah, maka mentaliti pemimpin dan negarawan perlu ditonjolkan segera.

Mereka selalu sebut, kebebasan bersuara. Tetapi pada masa yang sama Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia. Erkgh...?

Barangkali Utusan Malaysia membuat fitnah terhadap pemimpin PR, tetapi adakah blog-blog, website yang mereka bangunkan, ceramah-ceramah tidak terlepas dari memfitnah pemimpin BN?

Hari ini mereka lantang menyatakan ISA, Akta Hasutan dan sebagainya itu tidak perlu.

Tetapi saya juga risau jika ia terjadi sebaliknya.

Sekiranya PR telah memerintah Malaysia, apa agaknya yang bakal mereka lakukan terhadap Datuk Ahmad Ismail?

Dengan mudah, kerajaan Selangor menggantung penjawat awam yang menjalankan tugas dalam isu kuil. Adakah penjawat awam tersebut diberi peluang sewajarnya?

Sedangkan selaku Exco, kita perlu mempertahankan pegawai kerajaan negeri. Kalau ada masalah, selesaikan secara seorang pemimpin yang berhemah. Bukan gunakan kuasa exco sesuka hati.

Betul, kita tak patut robohkan rumah ibadat sesuka hati. Tanpa ikut peraturan? Tetapi pada masa yang sama, bolehkan kita membina rumah ibadat pun sesuka hati? Tanpa mengikut peraturan?

Siasatlah dulu betul-betul punca kenapa tindakan tersebut diambil.

Apa yang saya ingin tekankan adalah sikap perlu berubah dari seorang pembangkang kepada seorang pemimpin / bakal pemimpin.

Yang pasti kuasa boleh mengubah sikap seseorang.

Sama macam pengaruh wang dan wanita untuk lelaki / lelaki untuk wanita.

Biarlah orang-orang BN bersikap demikian. Menyekat sana dan sini. Tetapi orang-orang PR tidak perlu buat apa yang orang BN telah buat.

Kalau kita mahu orang senyum kepada kita, maka kita senyumlah dulu kepada orang lain.

Walaupun mungkin orang itu tidak membalas senyuman kita.

Yang penting, kita telah tunjukkan siapa kita kepada orang lain. Pemurah dengan senyuman.

Bukankah lebih baik kita ini menjadi pokok yang ranum berbuah. Bila dibaling batu, kita gugurkan buah tersebut untuk dimakan orang yang membalingnya.

Memanglah saya tidak kena seperti Teresa Kok, hingga disumbat ISA, tetapi saya ingin ikut apa yang Nabi Muhammad saw tunjuk.

Baginda adalah orang pertama menziarah sorang tua yang amat bencikan baginda dan telah melakukan pelbagai perbuatan jahat terhadap baginda apabila makcik tua tersebut jatuh sakit.

Semua akui PRU 12 adalah tsunami politik.

Tetapi hakikatnya, siapa yang tahu tsunami betul-betul akan melanda?

Maka adakah sebenarnya calon-calon PR yang menang dalam PRU 12 yang lalu sebenarnya betul-betul bersedia untuk memerintah 5 negeri dan menjadi government in waiting?

atau hanya "ter"menang dan mendapat untung sementara dari tsunami politik?

Read more...

Pak Lah Letak Jawatan Mac 2009

Wednesday, October 08, 2008

Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti, Mac depan.

Beliau juga memberitahu bahawa akan berundur sebagai Perdana Menteri menjelang Mac depan. (Sumber: Berita Harian)
1. Adakah ahli UMNO akan memberikan jawatan Presiden UMNO secara percuma kepada Najib?
2. Adakah penghijrahan ahli Parlimen BN yang dikatakan couting by hours itu akan mengalami kegagalan?

Read more...

Golongan Erdogan

Tuesday, October 07, 2008

Isu golongan Erdogan dalam PAS ini memang mengelirukan ramai ahli PAS.

Saya pun tidak pasti bagaimana istilah Erdogan itu boleh muncul.

Tetapi apabila melihat isu sebegini timbul, saya hanya meyakini satu perkara sahaja.

Golongan yang ikhlas dalam PAS akan terus kekal bersama PAS.

Manakala mereka yang mencari kepentingan lain dalam PAS akan hilang.

Baik dari golongan Erdogan atau pun tidak.

Tunggu dan lihat sahaja.

Read more...

Perebutan Jawatan Timbalan Presiden UMNO

Monday, October 06, 2008

Saya berpendapat sekiranya berlaku pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, maka UMNO telah menunjukkan kesediaan dari pihak mereka untuk berubah.

Walaupun Pak Lah belum rasmi mengumumkan apa-apa keputusan sehingga post ini ditulis, tetapi sudah ramai yang bersedia menjadi Timbalan Presiden UMNO. Zahid, Ali Rustam, Nur Jazlan dan barangkali Muhyiddin.

Dalam bahasa lain ia bermaksud, "Pak Lah, bersaralah"

Dalam bahasa lain juga ia bermaksud, "Muhyiddin, go to the top and fight against Najib."

Adakah pemilihan UMNO kali ini akan berlaku sehingga ke jawatan Presiden?

Ia adalah satu perkembangan yang menarik untuk diperhatikan.

Dan sekiranya berlaku, mungkin UMNO boleh jadi popular kembali kerana mereka menunjukkan UMNO sudah ingin berubah.

Sama ada Najib, Muhyiddin atau Pak Lah bertanding sesama sendiri untuk Presiden, siapa yang bakal menang nanti tentulah calon yang benar-benar kuat dan didokong oleh ahli UMNO. Tidak lagi seperti sebelum ini.

Ironinya, PAS pula kelihatan mula menjadi seperti UMNO.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP