Zaid Ibrahim Letak Jawatan

Tuesday, September 16, 2008

Zaid Ibrahim tidak setuju penggunaan ISA.

Syed Hamid Albar kata ini keputusan kerajaan. Sebagai Menteri, Zaid Ibrahim perlu patuh.

Zaid Ibrahim tidak mahu patuh. Lalu dia letak jawatan.

Pak Lah tolak perletakan jawatab Zaid Ibrahim. Dia kata, "Zaid, kamu tidur bercutilah dulu dan pikir masak-masak ye."

Tindakan Syed Hamid Albar menyuruh Zaid Ibrahim patuh keputusan guna ISA adalah betul.

Tindakan Zaid Ibrahim letak jawatan juga adalah betul.

Kerana dalam Eksekutif perlu menunjukkan collective kepada umum. Kalau ahli Eksekutif tidak boleh ikut keputusan dan patuh dengan mana-mana keputusan ahli Eksekutif lain, maka dia wajar letak jawatan.

Cara lain tidak berpuas hati, bergaduh dalam kabinet. Lepas keputusan dicapai, kena patuh kembali. Kalau ada tak puas hati, dia yang kena letak jawatan.

Tetapi Pak Lah tak mahu Zaid Ibrahim letak jawatan. Oklah, Pak Lah ada prerogative power. Dia yang lantik.

Tapi rasanya Pak Lah tidak mahu tindakan Zaid Ibrahim ini jadi precedent. Habis semua letak jawatan. Mana Pak Lah nak letak muka?

Muhyiddin dah kata, Pak Lah perlu letak jawatan lebih cepat. Najib pun sambut, biar bahagian tentukan plan peralihan kuasa. Ali Rustam pun cakap macam Najib.

Pak Lah gelabah. Khairy sudah tentu. Dan dia perlukan orang macam Zaid Ibrahim.

Lebih-lebih lagi bila Zaid Ibrahim dah suruh Muhyiddin patuh kepada pelan peralihan kuasa.

Justeru, kalau Zaid Ibrahim tiada, Pak Lah dah hilang orang kanannya.

1 comments:

abdul muhaimin 1:35 am  

prerogative?
precedent?
tak faham laa ayat ni

tapi kiranya tindakan Syed Hamid Albar dan Zaid Ibrahim adalah betul. cuma tindakan Pak Lah aje yang tak beberapa betul.

mana satu betul pun aku tak tahu :D
berapa kali betul daa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP