Uhud atau Fathu Makkah?

Tuesday, September 23, 2008

Saya bukan penyokong UMNO dan seterusnya BN.

Dan saya penyokong PAS dan seterusnya Pakatan Rakyat.

Tapi saya bukan menyokong PAS dan tidak menyokong UMNO tanpa sebab. Saya tidak menyokong membuta tuli.

Selepas melihat senario politik semasa, saya berpendapat wajar bagi PAS dan Pakatan Rakyat terus memimpin 5 negeri, buktikan kemampuan terlebih dahulu dan di peringkat pusat pula, jadilah pembangkang yang baik.

Tunggu sahaja 2012.

Dan kali ini betul-betul calonkan mereka yang layak memimpin.

Biarkan pembangkang di 5 negeri dengan perangai mereka, tetapi ahli Parlimen Pakatan Rakyat kena ada pendekatan yang lebih baik.

Sekiranya terjadi perubahan kerajaan seperti yang dipolemikkan oleh Anwar Ibrahim, saya rasa kerajaan baru ini perlu mengubah beberapa perkara yang perlu seperti membersihkan senarai pengundi dan perlu mengumumkan pilihanraya yang baru dalam tempoh 1 tahun.

Walaupun kerajaan Pak Lah kali ini lemah, kerajaan BN ini masih didokong oleh majoriti rakyat.

Dan kerajaan yang baik perlu mendapat mandat rakyat, dan dalam hal ini, Pakatan Rakyat belum disokong oleh majoriti rakyat.

Ya. Pandangan ini barangkali tidak bersifat taktikal dan strategik.

Tetapi itulah pandangan saya.

Saya rasa ahli-ahli PAS yang melalui proses tarbiyah akan faham, kemenangan itu akan sampai bila PAS sudah bersedia.

Bersedia untuk menang ini bermaksud bekerja untuk menang. Bukan duduk dan berdoa sahaja. Itu bukan caranya.

Dalam keadaan sekarang, saya melihat kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di 5 negeri ini sebagai ujian.

Maka bagi lah lulus ujian tersebut dahulu.

Kemudian, bersedialah pula dengan ujian yang lebih besar. Iaitu memimpin kerajaan Persekutuan pula.

Kalau ujian pertama belum lulus, jangan minta ujian yang lebih besar. Takut-takut tak mampu dan tak larat nak menghadapinya.

Saya takut apa yang berlaku selepas PRU yang lepas adalah baru satu kemenangan kecil sahaja. Tetapi ada pihak yang tamak dalam Pakatan Rakyat yang berebut ghanimah (harta rampasan perang).

Macam yang berlaku dalam Perang Uhud. Leka dengan ghanimah, lupa menjaga Bukit Uhud.

Ghanimah di Selangor, Perak dan Pulau Pinang memang mewah. Siapa yang tak terliur.

Sebab itu saya sokong PAS. Sebab PAS dah ajar saya untuk ikut sirah Nabawiyyah. Dalam sirah Nabawiyyah ada diceritakan kisah-kisah perang Nabi Muhammad saw.

Strategi perang Nabi saw adalah lebih power dari Sun Tzu.

Dan sudah tentu lagi hebat dari strategi Anwar Ibrahim.

Kalau Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang ghairah mengutip ghanimah, maka saya rasa mereka dalam jalan yang salah.

Tetapi kalau Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang berstrategi seperti pembukaan Kota Mekah, maka itu tidak mengapa.

Kalau kelihatan ghanimah menjadi sasaran utama, maka PAS perlu menasihati Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan pertahanan di Bukit Uhud dahulu.

Sekiranya mereka enggan, adalah wajar PAS membuat muktamar khas semula unuk menilai kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Apakah ghanimah yang dikejarkan?

Saya tidak tahu.

Tetapi pimpinan PAS lebih tahu.

1 comments:

Anonymous 7:18 pm  

Good Artical.

Apa yg pasti kalau kejar dunia maka tinggal dunia lah. Kalau kejar akhirat insyallah kedua2 kita perolehi.

Rasuah harus di jauhkan. Jangan bekerja dengan orang yg suka memberi dan mengambil rasuah.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP