Pakatan Rakyat Bakal Bentuk Kerajaan Persekutuan

Tuesday, September 16, 2008

Saya mengikuti sidang media Anwar Ibrahim mengenai penawanan Putrajaya dari pihak Barisan Nasional oleh pihak Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim mengumumkan jumlah ahli Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baru telah cukup. Tetapi untuk mengelakkan ahli-ahli Parlimen ini ditahan ISA dan tindakan lain, maka Anwar Ibrahim tidak mendedahkan nama-nama mereka.

Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan Abdullah Ahmad Badawi untuk memberitahu Pakatan Rakyat akan mengambil alih, dan akan berbincang untuk membolehkan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya secara aman.

Kemudian, Anwar Ibrahim akan menghadap Yang DiPertuan Agong.

Apabila YDPA memberikan perkenan, Pak Lah setuju untuk turun secara baik, maka Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya.

Itulah secara ringkasnya perjalanan politik Malaysia yang dirancang setakat ini.

Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Persekutuan mengikut lunas undang-undang Malaysia.

Penjelasan Lanjut

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri mestilah seorang ahli Parlimen yang mempunyai kepercayaan majoriti dari Dewan Rakyat.

Menurut undang-undang, ahli Parlimen adalah sebahagian dari kerajaan Malaysia. Mereka adalah penggubal undang-undang.

Manakala, Perdana Menteri dan Kabinet pula dikenali sebagai ahli eksekutif. Mereka ini boleh dilantik dari kalangan ahli Parlimen mahu pun bukan.

Apa yang sedang berlaku hari ini adalah, ahli eksekutif yang sedia ada ini akan hilang kuasa apabila barisan ahli Parlimen sudah tidak percaya lagi secara majoriti terhadap kepimpinan Pak Lah selaku Perdana Menteri.

Tidak ada masalah untuk seorang ahli Parlimen BN untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, dari sudut undang-undang. Ia bukan satu tindakan membelakangkan undang-undang.

Kalau dari sudut whip, itu bergantung.

Kuasa whip ini bukan undang-undang Malaysia. Ia cuma undang-undang parti.

Justeru, kalau Anwar Ibrahim sudah cukup sokongan dari majoriti ahli Parlimen, maka secara automatiknya Pak Lah bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Undang-undang membolehkan ia berlaku.

Cuma ia tidak pernah berlaku kerana Perdana Menteri Malaysia secara konvensyen / tradisinya dilantik dari kalangan UMNO khususnya Presiden UMNO.

Cuma kali ini ia bakal menjadi sesuatu yang diluar kebiasaan. Tetapi ia masih legal dan sah.

Apabila Pak Lah tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka dia perlu turun. Dan ahli Parlimen lain yang mendapat kepercayaan majoriti perlu menggantikan Pak Lah. Dan dalam kes ini, Anwar Ibrahim.

Maka Anwar Ibrahim perlu pula mengadap Yang DiPertuan Agong untuk memaklumkan perkembangan ini. Sekiranya YDPA berpuas hati dengan apa yang dilaporkan, maka YDPA akan menyuruh Pak Lah turun dan Anwar Ibrahim menjadi PM.

Pak Lah tidak boleh buat apa sangat dah sekiranya hal ini berlaku, selain dari meletakkan jawatan.

Pilihan lain adalah membuat pilihanraya baru dan juga tindakan mengumumkan darurat.

Apa yang bakal Pak Lah buat?

Entah. Tunggu dan lihat.

Dia asyik dok kata tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa.

Dan dibuatnya YDPA tak perkenan Anwar tapi orang lain ? Ha Ha ha ... Jadi Perak, Perlis dan Ganu la jawabnya.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP