Menjelang 16 September

Monday, September 08, 2008

Menjelang 16 September ini, kelihatan ada kelompok orang Melayu yang berasa gusar. Gusar kehilangan kuasa Melayu. Walaupun Anwar menjadi PM, belum tentu barisan kabinetnya sepakat bersetuju mengenai isu-isu Melayu dan Islam.

Kegusaran mereka bertambah apabila PAS dilihat dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat. Justeru, mereka semakin risau 2nd man Anwar nanti bukan orang Melayu juga atau bukan juga pemimpin PAS.

DAP pada kaca mata mereka memang anti-Melayu.

Ditambah pula dengan kenyataan terbaru dari GERAKAN.

Dan kini keadaan itu ditambah dengan personaliti calon Presiden MCA, Ong Tee Keat yang terkenal dengan racism dan cauvinis Cina nya.

Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak pula majoritinya bukanlah Melayu.

Itu pandangan mereka.

Pada pendapat saya, mana-mana pihak yang cuba underestimate orang Melayu dan cuba membelakangkan kuasa orang Melayu menjelang 16 September nanti adalah pihak yang akan menerima kesan paling buruk.

Ada 5 faktor kenapa orang Melayu masih ada trump card untuk menangani persoalan ini.

1. Undang-undang

Malaysia masih ada undang-undang yang menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu. Pakatan Rakyat perlu 2/3 majoriti untuk mengubah peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. PAS sebagai bargaining power

PAS mempunyai pengalaman menghadapi keadaan ini. Iaitu pada 1969.

Dan sokongan PAS terhadap mana-mana pihak pada 16 September nanti akan lebih menentukan arah tuju negara kelak.

PAS memenangi jumlah DUN paling banyak di kalangan parti Pakatan Rakyat, 83 kerusi. Manakala Parlimen bukan paling banyak, iaitu cuma 23 kerusi, tetapi ia masih memberikan impak.

PAS juga tidak begitu beriya-iya menyebut mengenai 16 September.

PAS sudah jelas memberikan mesej pada muktamarnya mengenai pegangannya terhadap prinsip Islam.

Barangsiapa yang memahami Perlembagaan Persekutuan sudah tentulah maklum, Melayu itu sinonim dengan Islam.

Apabila PAS menjaga Islam, Melayu juga akan terjaga.

3. UMNO masih mempunyai banyak kerusi di Parlimen dan DUN

UMNO mungkin sudah cedera, tetapi UMNO belum mati. Yang sebenarnya tenat adalah komponen BN yang lain, khususnya MCA, Gerakan dan MIC.

UMNO mungkin menghadapi denial syndrom. Tidak kurang juga MCA, Gerakan, dan MIC yang mahu menyalahkan UMNO sahaja.

2x5.

Masing-masing sedang memainkan bunyi perkauman untuk memenangi kaum masing-masing.

4. YDPA

Sesungguhnya keunikan imbangan kuasa di Malaysia, selain Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman, adalah wujudnya Majlis Raja-Raja dan Yang DiPertuan Agong.

Lihat apa yang berlaku di Selangor dan Perak tempoh hari. Apabila pembentukan kerajaan campuran berlaku, suara Sultan / Raja mempunyai kuasa penentu.

Kalau Lim Kit Siang, Ong Tee Keat, Koh Tsu Koon cuba menderhaka, orang Melayu secara automatik akan bertindak balas kerana Raja dan orang Melayu adalah ibarat irama dan lagu.

5. Anwar

Anwar itu sendiri bukan seorang yang bodoh untuk mengikut buta-buta cakap orang lain. Dia dilatih dalam usrah. Prinsip perjuangan Melayunya juga kukuh. Itu lah yang mewarnai perjuangan Anwar selama ini.

Adakah Anwar sudah berubah demi mahu jadi PM?

Saya berpendapat, dengan apa yang telah beliau lalul selama ini, tidak. Hanya orang yang berprinsip kental sahaja yang boleh kekal setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran segetirnya.

Tengku Razaleigh juga masih mahu jadi PM, tetapi prinsipnya tidak sekental Anwar. Sebab itu Ku Li turun naik.

Penutup

Lagi pun kita tidak tahu apa sebenarnya matlamat Anwar dengan mewar-warkan 16 September sebagai tarikh ke Putrajaya.

Saya tidak fikir matlamat utamanya adalah seperti yang ramai orang fikirkan.

Lihat sahaja psy-war isu kerusi Kulim dan kerusi Bandar Tun Razak sebelum beliau akhirnya bertanding di Permatang Pauh.

Mungkin Anwar sendiri memang mahu emergency declaration diumumkan dan seterusnya fresh election diadakan?

Ini politik. The art of impossible.

1 comments:

akhalid76 7:22 pm  

Anwar perlu meminta 30 MP dari BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat untuk letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Pakatan Rakyat, barulah ia tidak akan disebut RAMPASAN KUASA. Mereka tidak boleh mengkhianati pengundi mereka kerana mereka dipilih sebelum ini atas tiket BN. Jika mereka menang juga selepas ini bermakna memang rakyat mahukan mereka dan Pakatan Rakyat. Barulah adil untuk rakyat kawasan mereka.

Isu mengenai siapa TPM sudah jelas dan nyata. DAP PASTI menuntut jawatan tersebut kerana bukankah Lim Kit Siang yang memberi kerusi Ketua Pembangkang miliknya kepada Anwar, Mustahil pemberian itu secara percuma tanpa balasan balik untuk dirinya atau untuk partinya DAP.

Anwar akan cuba mengambil hati orang Melayu dengan melantik juga orang Melayu sebagai TPM dan mungkin Malaysia akan ada 2 TPM, TPM 1 Lim Kit Siang dan TPM 2 Hadi Awang seperti mana Pulau Pinang mempunyai 2 Timbalan Ketua Menteri. Dulu Pulau Pinang juga kecoh bila DAP nak lantik orang India sebagai Timbalan Ketua Menteri masalah ini selesai dengan baik apabila diwujudkan 2 Timbalan Ketua Menteri. Formula yang sama akan digunapakai di Parlimen untuk Kerajaan Persekutuan.

MCA pula akan lebih tertarik dengan Pakatan Rakyat kerana itulah yang dikehendaki oleh MCA seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 8/9/08.

Jika MCA juga ikut sama dalam Pakatan Rakyat UMNO dan BN akan menjadi lemah. Majoriti Pakatan rakyat akan dikuasai oleh orang bukan Melayu kerana orang India telah lama berhijrah ke dalam Pakatan Rakyat. MIC sebenarnya telah lama berkubur cuma BATU NISAN nya sahaja yang tiada.

Mustahil PAS akan berjaya menubuhkan negara Islam melalui pakatan rakyat yang majoritinya orang bukan Islam dan tidak mustahil PAS akan menarik diri dari Pakatan Rakyat kerana matlamatnya tidak tercapai.

Pada waktu itu PAS dan UMNO akan berada di kerusi pembangkang dan MELAYU AKAN BERSATU SEMULA.

Jika MCA tidak menyertai Pakatan Rakyat saya bersetuju dengan Pak Di PAS akan menjadi suara penentu di Parlimen kelak.

Tetapi jika MCA menyertai Pakatan Rakyat pemergian PAS mungkin tidak akan memberikan kesan yang serius kepada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya akan memberikan kesan serius kepada ketidakstabilan politik negara kerana majoriti bukan Melayu bersatu dalam Pakatan Rakyat dan majoriti Melayu berada di barisan pembangkang.

Semua ini bakal membawa kepada ketegangan kaum.

Semoga parti bukan melayu tidak membuat tuntutan yang boleh merenggangkan hubungan kaum dan bersatu demi keharmonian negara tercinta ini.

Semoga Malaysia Aman Sejahtera.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP