Uhud atau Fathu Makkah?

Tuesday, September 23, 2008

Saya bukan penyokong UMNO dan seterusnya BN.

Dan saya penyokong PAS dan seterusnya Pakatan Rakyat.

Tapi saya bukan menyokong PAS dan tidak menyokong UMNO tanpa sebab. Saya tidak menyokong membuta tuli.

Selepas melihat senario politik semasa, saya berpendapat wajar bagi PAS dan Pakatan Rakyat terus memimpin 5 negeri, buktikan kemampuan terlebih dahulu dan di peringkat pusat pula, jadilah pembangkang yang baik.

Tunggu sahaja 2012.

Dan kali ini betul-betul calonkan mereka yang layak memimpin.

Biarkan pembangkang di 5 negeri dengan perangai mereka, tetapi ahli Parlimen Pakatan Rakyat kena ada pendekatan yang lebih baik.

Sekiranya terjadi perubahan kerajaan seperti yang dipolemikkan oleh Anwar Ibrahim, saya rasa kerajaan baru ini perlu mengubah beberapa perkara yang perlu seperti membersihkan senarai pengundi dan perlu mengumumkan pilihanraya yang baru dalam tempoh 1 tahun.

Walaupun kerajaan Pak Lah kali ini lemah, kerajaan BN ini masih didokong oleh majoriti rakyat.

Dan kerajaan yang baik perlu mendapat mandat rakyat, dan dalam hal ini, Pakatan Rakyat belum disokong oleh majoriti rakyat.

Ya. Pandangan ini barangkali tidak bersifat taktikal dan strategik.

Tetapi itulah pandangan saya.

Saya rasa ahli-ahli PAS yang melalui proses tarbiyah akan faham, kemenangan itu akan sampai bila PAS sudah bersedia.

Bersedia untuk menang ini bermaksud bekerja untuk menang. Bukan duduk dan berdoa sahaja. Itu bukan caranya.

Dalam keadaan sekarang, saya melihat kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di 5 negeri ini sebagai ujian.

Maka bagi lah lulus ujian tersebut dahulu.

Kemudian, bersedialah pula dengan ujian yang lebih besar. Iaitu memimpin kerajaan Persekutuan pula.

Kalau ujian pertama belum lulus, jangan minta ujian yang lebih besar. Takut-takut tak mampu dan tak larat nak menghadapinya.

Saya takut apa yang berlaku selepas PRU yang lepas adalah baru satu kemenangan kecil sahaja. Tetapi ada pihak yang tamak dalam Pakatan Rakyat yang berebut ghanimah (harta rampasan perang).

Macam yang berlaku dalam Perang Uhud. Leka dengan ghanimah, lupa menjaga Bukit Uhud.

Ghanimah di Selangor, Perak dan Pulau Pinang memang mewah. Siapa yang tak terliur.

Sebab itu saya sokong PAS. Sebab PAS dah ajar saya untuk ikut sirah Nabawiyyah. Dalam sirah Nabawiyyah ada diceritakan kisah-kisah perang Nabi Muhammad saw.

Strategi perang Nabi saw adalah lebih power dari Sun Tzu.

Dan sudah tentu lagi hebat dari strategi Anwar Ibrahim.

Kalau Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang ghairah mengutip ghanimah, maka saya rasa mereka dalam jalan yang salah.

Tetapi kalau Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang berstrategi seperti pembukaan Kota Mekah, maka itu tidak mengapa.

Kalau kelihatan ghanimah menjadi sasaran utama, maka PAS perlu menasihati Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan pertahanan di Bukit Uhud dahulu.

Sekiranya mereka enggan, adalah wajar PAS membuat muktamar khas semula unuk menilai kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Apakah ghanimah yang dikejarkan?

Saya tidak tahu.

Tetapi pimpinan PAS lebih tahu.

Read more...

Pak Lah Letak Jawatan ...

Wednesday, September 17, 2008

... sebagai Menteri Kewangan.

Najib pula akan menjadi Menteri Kewangan Malaysia yang baru.

Dalam penafian Pak Lah, tak da apa tak da apa, akhirnya Pak Lah beri juga gula-gula paling manis untuk Najib untuk memastikan jawatan PM dan Presiden UMNO tidak dirampas seterusnya menyebabkan Pak Lah jatuh terguling.

Adakah hal ini dalam perkiraan Anwar Ibrahim?

Read more...

Kalau Peralihan Kuasa Tak Jadi

Sekiranya peralihan kuasa kerajaan tidak menjadi, ada 2 kesan besar.

1 kesan baik. 1 kesan buruk.

Kesan buruk

Pakatan Rakyat kemungkinan besar akan hilang kepercayaan rakyat Malaysia.

Kesan baik

Pakatan Rakyat akan kehilangan penyokong dan ahli yang tamak dan pentingkan diri sendiri, dan akan terus diperkasakan dengan penyokong dan ahli yang ikhlas.

Read more...

Pakatan Rakyat Bakal Bentuk Kerajaan Persekutuan

Tuesday, September 16, 2008

Saya mengikuti sidang media Anwar Ibrahim mengenai penawanan Putrajaya dari pihak Barisan Nasional oleh pihak Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim mengumumkan jumlah ahli Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baru telah cukup. Tetapi untuk mengelakkan ahli-ahli Parlimen ini ditahan ISA dan tindakan lain, maka Anwar Ibrahim tidak mendedahkan nama-nama mereka.

Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan Abdullah Ahmad Badawi untuk memberitahu Pakatan Rakyat akan mengambil alih, dan akan berbincang untuk membolehkan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya secara aman.

Kemudian, Anwar Ibrahim akan menghadap Yang DiPertuan Agong.

Apabila YDPA memberikan perkenan, Pak Lah setuju untuk turun secara baik, maka Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya.

Itulah secara ringkasnya perjalanan politik Malaysia yang dirancang setakat ini.

Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Persekutuan mengikut lunas undang-undang Malaysia.

Penjelasan Lanjut

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri mestilah seorang ahli Parlimen yang mempunyai kepercayaan majoriti dari Dewan Rakyat.

Menurut undang-undang, ahli Parlimen adalah sebahagian dari kerajaan Malaysia. Mereka adalah penggubal undang-undang.

Manakala, Perdana Menteri dan Kabinet pula dikenali sebagai ahli eksekutif. Mereka ini boleh dilantik dari kalangan ahli Parlimen mahu pun bukan.

Apa yang sedang berlaku hari ini adalah, ahli eksekutif yang sedia ada ini akan hilang kuasa apabila barisan ahli Parlimen sudah tidak percaya lagi secara majoriti terhadap kepimpinan Pak Lah selaku Perdana Menteri.

Tidak ada masalah untuk seorang ahli Parlimen BN untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, dari sudut undang-undang. Ia bukan satu tindakan membelakangkan undang-undang.

Kalau dari sudut whip, itu bergantung.

Kuasa whip ini bukan undang-undang Malaysia. Ia cuma undang-undang parti.

Justeru, kalau Anwar Ibrahim sudah cukup sokongan dari majoriti ahli Parlimen, maka secara automatiknya Pak Lah bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Undang-undang membolehkan ia berlaku.

Cuma ia tidak pernah berlaku kerana Perdana Menteri Malaysia secara konvensyen / tradisinya dilantik dari kalangan UMNO khususnya Presiden UMNO.

Cuma kali ini ia bakal menjadi sesuatu yang diluar kebiasaan. Tetapi ia masih legal dan sah.

Apabila Pak Lah tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka dia perlu turun. Dan ahli Parlimen lain yang mendapat kepercayaan majoriti perlu menggantikan Pak Lah. Dan dalam kes ini, Anwar Ibrahim.

Maka Anwar Ibrahim perlu pula mengadap Yang DiPertuan Agong untuk memaklumkan perkembangan ini. Sekiranya YDPA berpuas hati dengan apa yang dilaporkan, maka YDPA akan menyuruh Pak Lah turun dan Anwar Ibrahim menjadi PM.

Pak Lah tidak boleh buat apa sangat dah sekiranya hal ini berlaku, selain dari meletakkan jawatan.

Pilihan lain adalah membuat pilihanraya baru dan juga tindakan mengumumkan darurat.

Apa yang bakal Pak Lah buat?

Entah. Tunggu dan lihat.

Dia asyik dok kata tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa.

Dan dibuatnya YDPA tak perkenan Anwar tapi orang lain ? Ha Ha ha ... Jadi Perak, Perlis dan Ganu la jawabnya.

Read more...

Zaid Ibrahim Letak Jawatan

Zaid Ibrahim tidak setuju penggunaan ISA.

Syed Hamid Albar kata ini keputusan kerajaan. Sebagai Menteri, Zaid Ibrahim perlu patuh.

Zaid Ibrahim tidak mahu patuh. Lalu dia letak jawatan.

Pak Lah tolak perletakan jawatab Zaid Ibrahim. Dia kata, "Zaid, kamu tidur bercutilah dulu dan pikir masak-masak ye."

Tindakan Syed Hamid Albar menyuruh Zaid Ibrahim patuh keputusan guna ISA adalah betul.

Tindakan Zaid Ibrahim letak jawatan juga adalah betul.

Kerana dalam Eksekutif perlu menunjukkan collective kepada umum. Kalau ahli Eksekutif tidak boleh ikut keputusan dan patuh dengan mana-mana keputusan ahli Eksekutif lain, maka dia wajar letak jawatan.

Cara lain tidak berpuas hati, bergaduh dalam kabinet. Lepas keputusan dicapai, kena patuh kembali. Kalau ada tak puas hati, dia yang kena letak jawatan.

Tetapi Pak Lah tak mahu Zaid Ibrahim letak jawatan. Oklah, Pak Lah ada prerogative power. Dia yang lantik.

Tapi rasanya Pak Lah tidak mahu tindakan Zaid Ibrahim ini jadi precedent. Habis semua letak jawatan. Mana Pak Lah nak letak muka?

Muhyiddin dah kata, Pak Lah perlu letak jawatan lebih cepat. Najib pun sambut, biar bahagian tentukan plan peralihan kuasa. Ali Rustam pun cakap macam Najib.

Pak Lah gelabah. Khairy sudah tentu. Dan dia perlukan orang macam Zaid Ibrahim.

Lebih-lebih lagi bila Zaid Ibrahim dah suruh Muhyiddin patuh kepada pelan peralihan kuasa.

Justeru, kalau Zaid Ibrahim tiada, Pak Lah dah hilang orang kanannya.

Read more...

916

Saturday, September 13, 2008

Countdown to Sept 16. 916.

Dihangatkan dengan penahanan ISA 916 terhadap...

1. King Pete, Malaysia-Today, 1.10 petang, 912
2. Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily, 8.30 malam, 912
3. Teresa Kok, MP Seputeh, 11.20 mlm, 912.
4. ?
5. ?
6. ?

Read more...

Pakatan Rakyat juga perlu wujud kod etika

Wednesday, September 10, 2008


Bila lagi Pakatan Rakyat akan ingin wujudkan satu kod etika untuk semua ahli DUN dan Parlimen mereka?

Zulkfili Nordin telah diberikan show cause letter oleh PKR.

Nasib Ahmad Ismail pula akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Takkan warisan budaya 700 tahun orang Melayu dibiarkan sahaja dipijak-pijak oleh ahli-ahli Parlimen DAP seperti Teresa Kok?

Jangan atas kertas sahaja sebut pertahan Perlembagaan Persekutuan tapi tindakan tiada.

Untuk orang rasis dan cauvinis, tempoh hari saya undi Cikgu Lee - PKR untuk Dun Kajang. Jangan fikir saya ini anti orang Cina. Saya anti orang tak faham budaya Melayu macam Teresa Kok ini.

B.O.D.O.H.

Read more...

PR Mempertahankan Perlembagaan

Tuesday, September 09, 2008

Orang Melayu tidak perlu gusar dengan 16 September ...

***

8 September 2008

Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

YB Dato’ Husam Musa
Naib Presiden PAS

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

Read more...

Menjelang 16 September

Monday, September 08, 2008

Menjelang 16 September ini, kelihatan ada kelompok orang Melayu yang berasa gusar. Gusar kehilangan kuasa Melayu. Walaupun Anwar menjadi PM, belum tentu barisan kabinetnya sepakat bersetuju mengenai isu-isu Melayu dan Islam.

Kegusaran mereka bertambah apabila PAS dilihat dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat. Justeru, mereka semakin risau 2nd man Anwar nanti bukan orang Melayu juga atau bukan juga pemimpin PAS.

DAP pada kaca mata mereka memang anti-Melayu.

Ditambah pula dengan kenyataan terbaru dari GERAKAN.

Dan kini keadaan itu ditambah dengan personaliti calon Presiden MCA, Ong Tee Keat yang terkenal dengan racism dan cauvinis Cina nya.

Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak pula majoritinya bukanlah Melayu.

Itu pandangan mereka.

Pada pendapat saya, mana-mana pihak yang cuba underestimate orang Melayu dan cuba membelakangkan kuasa orang Melayu menjelang 16 September nanti adalah pihak yang akan menerima kesan paling buruk.

Ada 5 faktor kenapa orang Melayu masih ada trump card untuk menangani persoalan ini.

1. Undang-undang

Malaysia masih ada undang-undang yang menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu. Pakatan Rakyat perlu 2/3 majoriti untuk mengubah peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. PAS sebagai bargaining power

PAS mempunyai pengalaman menghadapi keadaan ini. Iaitu pada 1969.

Dan sokongan PAS terhadap mana-mana pihak pada 16 September nanti akan lebih menentukan arah tuju negara kelak.

PAS memenangi jumlah DUN paling banyak di kalangan parti Pakatan Rakyat, 83 kerusi. Manakala Parlimen bukan paling banyak, iaitu cuma 23 kerusi, tetapi ia masih memberikan impak.

PAS juga tidak begitu beriya-iya menyebut mengenai 16 September.

PAS sudah jelas memberikan mesej pada muktamarnya mengenai pegangannya terhadap prinsip Islam.

Barangsiapa yang memahami Perlembagaan Persekutuan sudah tentulah maklum, Melayu itu sinonim dengan Islam.

Apabila PAS menjaga Islam, Melayu juga akan terjaga.

3. UMNO masih mempunyai banyak kerusi di Parlimen dan DUN

UMNO mungkin sudah cedera, tetapi UMNO belum mati. Yang sebenarnya tenat adalah komponen BN yang lain, khususnya MCA, Gerakan dan MIC.

UMNO mungkin menghadapi denial syndrom. Tidak kurang juga MCA, Gerakan, dan MIC yang mahu menyalahkan UMNO sahaja.

2x5.

Masing-masing sedang memainkan bunyi perkauman untuk memenangi kaum masing-masing.

4. YDPA

Sesungguhnya keunikan imbangan kuasa di Malaysia, selain Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman, adalah wujudnya Majlis Raja-Raja dan Yang DiPertuan Agong.

Lihat apa yang berlaku di Selangor dan Perak tempoh hari. Apabila pembentukan kerajaan campuran berlaku, suara Sultan / Raja mempunyai kuasa penentu.

Kalau Lim Kit Siang, Ong Tee Keat, Koh Tsu Koon cuba menderhaka, orang Melayu secara automatik akan bertindak balas kerana Raja dan orang Melayu adalah ibarat irama dan lagu.

5. Anwar

Anwar itu sendiri bukan seorang yang bodoh untuk mengikut buta-buta cakap orang lain. Dia dilatih dalam usrah. Prinsip perjuangan Melayunya juga kukuh. Itu lah yang mewarnai perjuangan Anwar selama ini.

Adakah Anwar sudah berubah demi mahu jadi PM?

Saya berpendapat, dengan apa yang telah beliau lalul selama ini, tidak. Hanya orang yang berprinsip kental sahaja yang boleh kekal setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran segetirnya.

Tengku Razaleigh juga masih mahu jadi PM, tetapi prinsipnya tidak sekental Anwar. Sebab itu Ku Li turun naik.

Penutup

Lagi pun kita tidak tahu apa sebenarnya matlamat Anwar dengan mewar-warkan 16 September sebagai tarikh ke Putrajaya.

Saya tidak fikir matlamat utamanya adalah seperti yang ramai orang fikirkan.

Lihat sahaja psy-war isu kerusi Kulim dan kerusi Bandar Tun Razak sebelum beliau akhirnya bertanding di Permatang Pauh.

Mungkin Anwar sendiri memang mahu emergency declaration diumumkan dan seterusnya fresh election diadakan?

Ini politik. The art of impossible.

Read more...

Tak, Tiada yang Melompat Parti

Friday, September 05, 2008

16 September semakin hampir.

Tiba-tiba ahli Parlimen BN ada trip ke luar negara dari 7 September hingga 19 September.

Pengerusi BNBBC kata, "Supaya ahli Parlimen BN boleh berdebat dengan baik dalam perbahasan belanjawan nanti."

Ketua Whip BN pun kata yang dia luluskan trip itu sebab cadangan BNBBC itu constructive.

"Dah tua pun bodoh" (Dialog Madu 3)

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP