Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Wednesday, August 27, 2008

UMNO dan BN memang tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lepas.

Dan fokus mereka sebenarnya adalah lebih untuk mengurangkan majoriti yang bakal Anwar dapat.

Umpamanya, pasukan bola sepak Malaysia sudah tahu akan kalah apabila melawan Chelsea tempoh hari.

Cuma persoalannya, berapa banyak gol yang akan kena.

Dan kali ini Anwar menang dengan majoriti lebih besar. Dia mendapat 31,195 undi.

Arif Shah pula 15,524 dan calon er.. Akim mendapat 92 undi.

Majoriti undi meningkat dari 13,398 menjadi 15,671. Tambahan 2273 undi. Tambahan 16 peratus.

Undi kepada UMNO/BN pula menurun dari 15,524 daripada 16,950. Pengurangan 1426 undi. Pengurangan 9 peratus.

Ini bermaksud UMNO/BN kalah besar. Kalah itu sudah pasti, majoriti Anwar bertambah dan undi kepada mereka pula makin berkurangan. Duit sudah ditabur. Janji... Hmm.. UMNO... lu pikirlah sendiri.

Ini menunjukkan taktik UMNO/BN membawa isu liwat, sumpah laknat Saiful Bukhari, tarikh mengundi hari bekerja, sumpah Altantuya, menurunkan harga minyak 15 sen, tidak membawa kesan, malah barangkali memakan diri.

Saiful bersumpah laknat, akhirnya Ramlang Porigi tampil memberikan cerita di balik tabir.

SPR umum waktu mengundi waktu hari bekerja dan kerajaan negeri Pulau Pinang umumkan cuti.

Dan pengundi Permatang Pauh telah memberikan jawapan. Ya. Mereka mahu Anwar ke Parlimen.

Selepas ini kita akan melihat gelagat Speaker Dewan Rakyat, sama ada mahu membenarkan Anwar segera mengangkat sumpah sebelum Bajet 2009 dibentangkan atau tidak.

Kalau Arif Shah yang menang, agaknya kalau boleh lepas SPR umumkan kemenangan, Parlimen dah buka.

Kini, rakyat Malaysia tertunggu-tunggu gerak politik Anwar seterusnya.

Anwar diluar Parlimen pun telah berjaya turunkan harga minyak sebanyak 15 sen, apa agaknya akan berlaku kalau beliau sudah berada dalam Parlimen?

Dan yang paling utama, 16 September 2008.

Adakah sejarah baru Malaysia akan tercipta?

3 comments:

:: AYU AYUMiE :: 11:00 am  

"adakah sejarah malaysia akan bertukar?"

YES! ia memang dah bertukar pon sejak 8 Mac lepas... dan pastinya lepas nie pak lah dah takleh nk 'mimpi' dalam parlimen... sbb kalu dia sempat mimpi pon... pastinya ia adalah MIMPI NGERI...

*hehe, menyebuk laks aku nie kan?

amal 10:14 am  

welcome back, DSAI! ;)

dulu_PAS_la_ni_PAS 10:26 am  

Saya nih dari Pmtg Pauh dan nak menceritakan ..kat tpt saya ngundi tuh.

Seawal 7:30 pagi warga2 emas dah berkumpul kat depat gate Sekolah Keb Seri Penanti utk membuang undi. Kalau tak percaya .. boleh tengok s/khabar The Star semalam. Depa nih naik "jelak" pada tahap "melampau2" sebab motto baru UMNO .. yang mana yang atas pagar tuh .. pakat2 semua KALIH. Motto baru UMNO .. "lu pikir sendiri". Cantik betol bahasa ..

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP