Isu Kuota UiTM

Thursday, August 14, 2008

Sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim tentang kuota 10% hak bumiputera di UiTM. Itu hak masing-masing.

Cuma apa yang menarik dilihat dalam isu ini adalah wujudnya golongan Melayu yang bermuka-muka dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

Saya tertanya-tanya juga, dulu ketika Tun Dr Mahathir menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran Sains dan Matematik, di manakah golongan Melayu ini menyorok?

Sekiranya yang menyuarakan hasrat ini adalah individu yang bernama Najib Tun Razak, adakah golongan orang Melayu ini akan membantah secara terbuka?

Ketika kerajaan mengurangkan kuota biasiswa orang Melayu, kenapa golongan orang Melayu ini tidak muncul?

Saya hanya terdengar Ibrahim Ali sahaja yang menyuarakan isu ini secara tegas di Parlimen tempoh hari.

Seperti yang saya sebut tadi, itu adalah hak masing-masing untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apa yang dikesalkan kenapa golongan Melayu ini tidak konsisten dengan bantahan mereka?

Kenapa bila Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyebutnya baru kelihatan wira-wira baru Melayu ini?

Ketika PAS mempertahankan Islam bermati-matian dalam isu murtad, baru-baru ini barulah muncul kembali golongan Melayu ini untuk bersama-sama membantah forum anjuran Bar Council.

Dulu hanya PAS, dan segelintir orang Melayu sahaja yang ambil berat isu murtad ini.

Hantar lah memorandum, kutuk lah, kecam lah tindakan Tan Sri Khalid itu, tetapi kalau Abdullah Badawi atau Najib Razak dan para menteri kabinetnya mencabar Melayu dan Islam, jangan lupa hantar memorandum, berarak dengan berbaju hitam juga.

Melayu itu Islam. Islam itu Melayu. Itu kata Perlembagaan Persekutuan.

Tapi bila Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, royalti minyak ditarik balik, tiada pula golongan Melayu ini membantah sebegini. Sedangkan Terengganu ini negeri orang Melayu.

Bila ada orang Melayu bernama Zaid Ibrahim mencabar undang-undang Islam di Terengganu dulu, di manakah orang-orang Melayu ini menyorok?

Bukankah Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?

2 comments:

Ktupat 5:21 pm  

Semua orang sengaja Kecoh pasal UiTM. MRSM dah lama buka kuota 10% utk bukan bumiputera... tak kecoh pon.

1. Isu menetapkan kuota 10 % untuk pelajar bukan bumiputera ke Pusat Pengajian Tinggi sudahpun diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2002 yang pada ketika itu PM nya ialah Dr. Mahathir Mohamad. Pada ketika itu tak ada sebarang bantahan daripada pimpinan UMNO sebaliknya seorang demi seorang menyokong keputusan tersebut dengan pelbagai alasan.

2. Oh terlupa... yang cadang/cakap psl UITM ni bukan org UMNO. patutlah mereka MARAH. kalau UMNO y cakap, mesti dapat PUJIAN.. kan... kan... kan...

3. Jangan tengok pada siapa yang menyampaikan tapi tengoklah pada apa yang disampaikannya.

4. Kalau ada masa tu, cuba-cuba laa selidik dan baca pasal kuota JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), PTPTN, SBP (Sekolah Berasrama Penuh).

Untuk rujukan korang:

Kuota bukan Melayu di MRSM naik.
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0107&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_07.htm&arc=hive

Pelajar bukan Melayu elak kejutan.
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2003&dt=0902&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

MRSM - Kuota 10 peratus perlu publisiti lebih meluas.
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2002&dt=1115&pub=utusan_malaysia&sec=pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive

BISIK-BISIK -- AWANG SULUNG.
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2002&dt=0617&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

Persaingan terbuka, bukan lihat kaya miskin.
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2002&dt=0613&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_07.htm&arc=hive

Menghapuskan Mentaliti tongkat.
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2002&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum.
http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2002&dt=0606&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive

adyseptember 2:45 pm  

Langkah Dr.M untuk menggunakan Bahasa Inggeris utk Pelajaran Math & Sains adalah WAJAR kerana pelajar melayu (IPTA/S) gagal dlm bahasa tersebut.Mahasiswa nak ckp pun tak reti.MUET pun takat 3 saja.Hempeh buat malu saja..Pikir2 la bangsa mana yang berjaya sekarang.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP