Blog & YouTube bakal mengubah PRU akan datang

Friday, November 16, 2007

Tidak dinafikan, blog dan YouTube bakal mempengaruhi keputusan PRU kelak, khususnya di kawasan-kawasan bandar. Kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sudah menyedari kuasa "blog" kerana salah satu unit di dalamnya bertugas untuk:

"Memberikan nasihat/pandangan undang-undang kepada Kementerian, jabatan Kerajaan dan pelbagai agensi Kerajaan mengenai isu-isu semasa dalam hal yang berhubungan dengan undang-undang siber dan ICT, contohnya mengenai laman web dan “blog” yang melanggar undang-undang negara."

Rujuk: http://www.agc.gov.my/agc/agc/adv/BidangTugas.htm

Mungkin tidak berapa lama nanti YouTube juga bakal menjadi sasaran utama setelah klip Namewee tempoh hari juga telah menggegarkan negara.

Nampaknya siapa yang bijak menggunakan teknologi ini bakal memperolehi keuntungan politik yang banyak. Kalau kerajaan mahu block access kepada dua teknologi ini pun paling terhad ke atas organisasi kerajaan. BN mengambil langkah suicide kalau cuba menghalang secara total menerusi kuasa yang ada.

Barangkali ini halangan utama TMNet dan streamyx yang masih memberikan khidmat berkelajuan siput kepada penggunanya?

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP