Thursday, January 29, 2004

Untuk pengetahuan sahabat2 semua (yg belum ketahui), salah seorang drp AJK sekretariat RND Ma'ruf kelab akan melangsungkan majlis perkahwinannya. Kepada sesiapa yg berkelapangan, dijemput hadir ke majlis tersebut. Jgn lupa bawa hadiah besar2 ye! Kami doakan agar majlis ini berjalan dengan lancar, dan semoga perkahwinan beliau nanti diredhai, diberkati Allah dan bahagia dunia dan akhirat.....SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!
untuk keterangan lanjut, sila rujuk kad jemputan di bawah:

WALIMATUL URUS

MOHD HADZIR & MAHAYAN
SERTA
HJ. ZAKARIA HUSSAIN & CHE SHAM WAHAB

Dengan segala hormatnya kami mempersilakan
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

.....................................................................
suami/isteri & keluarga ke majlis walimatul urus anak perempuan kami,

HANISAH BINTI MOHD HADZIR
dengan
ABDUL SYAHEED BIN ISMAIL


Pada hari Isnin, 2hb Februari 2004,bersamaan 11 Zulhijjah 1424 Hijrah,
di rumah kami, No.74, Kampung Kuala Jeneri, 08320 Jeneri,
Sik,Kedah Darul Aman.


Semoga dengan kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
akan menambahkan lagi keberkatan majlis ini.

ATURCARA MAJLIS

Jamuan Makan: 12.00 tengah hari-6.00 petang
Turut mengundang : Seisi keluarga.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
04-464 5281
013-422 4827
012-625 2619

Untuk akses kepada e-kad/ peta ke majlis walimah/ gambar digital &
lain-lain pengisian menarik, sila klik:

http://www.syaheednhanisah.blogspot.com
http://community.webshots.com/user/abdulsyaheed


*Sila lawati laman di atas dari semasa ke semasa untuk
paparan "Flash"dan gambar digital pertunangan & perkahwinan serta
dapatkan "Gift" anda sempena perkahwinan kami seperti kertas kerja,
sajak-sajak yang menarik dan banyak lagi.

*Untuk peta ke majlis tersebut, saya akan pastikan anda
dapat "download" peta tersebut daripada laman web tadi 3 hari
sebelum majlis tersebut.




Read more...

Bila kampus jadi lokasi filem cinta

Tiga wartawan hina nabi di penjara-Jordan

Read more...

Eidil Adha (Hari Raya Korban)
-Suara dari mimbar, Brunei Darul Salam


Masa itu berlalu begitu cepat di mana Hari Raya Aidiladha tahun 1423 dirasakan baru sahaja berlalu, kini tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha tahun 1424 Hijrah, Hari Raya Haji dikenali juga dengan nama Hari Raya Korban. Pada hari tersebut, umat Islam yang berkemampuan dan berhajat untuk melakukan ibadat korban akan menyembelih binatang korban sebagai tanda syukur dan cinta terhadap Allah Subhanahu Wataala kerana agama Islam telah mensyariatkan ibadat korban itu sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala.

Ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana Baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat Baginda melakukan ibadat korban. Ini memandangkan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, ugama dan masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam yang mampu seharusnyalah mengambil iktibar terhadap galakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada sahabat-sahabat Baginda untuk berbuat demikian.

Korban dari segi bahasa bererti dekat dan dari segi istilah syarak pula korban bererti mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala dengan jalan menyembelih binatang dengan niat yang tertentu dan dalam waktu yang tertentu pula. Ibadat korban dilakukan pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah. Menurut Mazhab Al-Imam As-Syafie hukum ibadat korban ialah sunat muakadah dan binatang-binatang yang hendak dikorbankan itu hendaklah terdiri daripada unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dengan syarat binatang yang hendak dikorbankan itu hendaklah selamat daripada aib yakni kecacatan mengikut hukum syarak.

Ibadat korban terbahagi kepada dua: korban nazar dan korban sunat. Menurut hukum syarak daging korban nazar wajib disedekahkan keseluruhannya, sementara daging korban sunat dilakukan seperti berikut:

Pertama : Kesemua daging korban tersebut disedekahkan kepada fakir dan miskin dan bagi orang yang berkorban bolehlah mengambil sedikit sekadar beberapa suap untuk mengambil berkah dari korban tersebut.

Kedua : Daging korban tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga dihadiahkan kepada umat Islam dan satu pertiga lagi untuk orang yang berkorban.

Sesugguhnya amalan ibadat korban itu mengandungi banyak hikmah dan fadilat antaranya:

Pertama : Supaya kita sentiasa ingat terhadap kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban dan Allah menggantikan dengan seekor kibas.

Kedua : Memupuk semangat prihatin dan pemedulian terhadap masyarakat sesama Islam khususnya golongan yang tidak berkemampuan iaitu fakir dan miskin dengan memberikan daging korban tersebut kepada mereka.

Ketiga : Sebagai tanda syukur kepada Allah Subhanahu Wataala terhadap nikmat-nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.

Keempat : Menanamkan nilai-nilai murni yang digalakkan oleh Islam ke dalam jiwa seperti sifat belas kasihan, sikap penyayang, bekerjasama, suka menolong, bersedekah dan sebagainya. Kandungan selanjutnya


+++++Selamat Menyambut Eidiladha buat sahabat-sahabat semua khususnya, seluruh umat Islam amnya. Hiasilah hari raya yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini sebagaimana yang disarankan oleh Islam dan selamat melaksanakan ibadah kepada yang mampu.

Saya pun melaksanakan ibadah korban juga. Sape-sape yang ingin menikmatinya, datanglah ke rumah...tapi ada syarat; wajib bawa hasil/daging korban masing2....saya korban, jeng jeng jeng.....ikan dan ayam.....best kan?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Read more...

Wednesday, January 28, 2004

Si kecil Nurul

sampai bila
nak terus di biarkan
anak kecil
gadis sunti
dan wanita
terus menjadi mangsa..
nafsu manusia
keparat lelaki yang berhati binatang ?

sampai bila
nyawa, maruah
dan tubuh si kecil ini
akan terbayar
kalau hanya dengan
24 sebatan
dan penjara
di atas nama hukuman pertama
atas perbuatan
cabul yang hina
cuma inikah hukuman
buat haiwan durjana ?

sampai bila
nak dibiarkan
dosa bermaharajalena
maksiat terus bertelur
jenayah terus menetas
dan penjenayah diberikan nyawa
serta kebebasan untuk terus hidup sedangkan
nyawa lain telah hilang
dan tuhan (yang menetapkan hukuman)
tidak redha
dia terus menghirup
dan hidup
di atas bumi-Nya


bayangkan
anak kecil meronta
minta dilepaskan

bayangkan anak itu anak kita
minta pertolongan
ketika sehelai demi sehelai
pakaiannya disingkap dicabut

WaMu'tasimah !!!
andainya baginda hidup
tentu Nurul terbela
kerana dulu
seangkatan tentera
kau hantar untuk
memerangi
si yahudi keparat
yang membuka
aurat Wanita tua
walaupun hanya
dengan menarik
Niqabnya

bayangkan putri kita
meraung kesakitan
minta dilepaskan

bayangkan adik kita
diserkup mulutnya
dicekik lehernya
sehingga tercungap nafasnya
mencari ruang bernafas

bayangkan anak kita
yang kecil, masih mentah
dihempap, dipukul
ditempeleng
meronta-ronta
minta dilepaskan

berapa ramai lagi 'nurul' yang akan menjadi korban?
undang-undang yang tidak lagi
menjamin keselamatan?

Berapa ramai lagi 'nurul' yang akan menjadi mangsa
penjenayah yang bebas
pesalah yang dijamin
penagih yang hina

Mandatori?
Adakah khalayak gerun
dengan hukuman
yang entah bila
dijatuhkan.

Mandatori..
biar berahsia disebalik
namanya
bagaimana laksananya
siapa pelaksananya
bagaimana kesannya ?

tunggu ?
sampai reda..
sampai khalayak lupa
siapa mangsa
siapa pemangsa

tunggu lagi ?
sampai 'nurul no 2
menjadi mangsa

sedangkan
hukuman Tuhan sudah termaktub
nyawa mesti dibalas nyawa
bila sudah sempurna segala saksi
bila sudah cukup segala bukti
bila pesalah mengaku bersalah

Demi Nurul
dan si kecil nurul yang lain
tolonglah...
laksanakanlah undang-undang Islam!!


from: hajanhaidan@yahoo.com.





Read more...

Saturday, January 24, 2004

Hisham Zuhudy, bukan sekadar kenangan
Thursday, January 22 @ 10:06:48 MYT Oleh ALI BAHESHTI

Ketika jam menunjukkan angka 10:45 malam, pada 20 Januari 2004 ketika itu saya sedang menyusun ayat bagi menyiapkan satu artikel yang mengupas mengenai persoalan Islam untuk disumbangkan kepada sebuah majalah tempatan, saya telah menerima satu panggilan telefon dari seorang teman yang mengabarkan berita yang benar-benar mengugahi hati nurani saya sebagai seorang manusia. Pemergian Allahyarham Hisham Zuhudy Mustaffa, seorang aktivis muda PAS Kelantan yang sedang menuntut pada peringkat kedoktoran di UPM ke alam baqa� dalam satu kemalangan jalan raya di Dungun pada awal pagi 20 Januari 2004, amat memeranjatkan saya serta teman-temannya kerana di kala ini, PAS sama ada peringkat negeri Kelantan ataupun Kawasan Serdang, Selangor dan juga kepada negara kita amat memerlukan peranan beliau memandangkan berharganya pewatakan kerja perjuangan beliau yang saya sifatkan sebagai sangat prolifik dan proaktif.

Sebelum saya menulis lebih jauh lagi, perlu saya nyatakan di sini, sebenarnya saya agak serba salah untuk menulis artikel ini bilamana memikirkan akan implikasi daripada luahan ini terhadap ahli keluarga beliau. Namun kerana merasakan bahawa beliau bukan sahaja merupakan milik keluarganya tetapi juga milik kepada para pencinta gerakan Islam khususnya di dalam PAS selain perasaan bertanggungjawab untuk berkongsi akan pengajaran dan pengiktibaran, maka saya mengambil kesempatan ini (yang sudah pasti kesempatan ini tidak akan kunjung lagi pada masa akan datang) untuk merakam sekelumit kenangan yang wajar diteladani h aktivis PAS yang lain yang mahu terjun dalam medan perjuangan yang nyata. Mudah-mudahan dengan secebis kenangan ini boleh membantu kita dalam memarakkan lagi api perjuangan Islam di tanahair lantas menoktahkan Malaysia sebagai sebuah pemerintahan yang berteraskan Islam.

Menghimbau kembali kenangan bersama beliau. Pernah pada satu ketika saya sedang rancak berbual dengan beliau mengenai kerjayanya dan asas desakan beliau untuk meneruskan pengajian ke peringkat PhD, beliau dengan penuh yakin menyatakan kepada saya, �hasrat ana mengambil PhD ini bukannya untuk naik pangkat tetapi kerana merasakan ilmu yang ana tuntut ini nanti boleh disumbangkan untuk parti terutamanya PAS Kelantan�. Saya fikir tidak ramai di kalangan aktivis muda PAS yang boleh meletakkan dirinya sampai ke tahap sedemikian rupa sekiranya kita tidak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai halatuju perjuangan. Tetapi Allahyarham Hisham Zuhudy telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah berada pada landasan itu untuk berbakti kepada negara melalui wadah PAS.

Pada saya, bukan sahaja PAS malahan Malaysia sebenarnya amat kerugian kerana kehilangan seorang anak muda yang berprospek tinggi untuk mencorak sesuatu yang bermakna kepada Islam di tanahair. Namun kita tetap insaf bahawa Tuhan lebih menyayangi beliau. Teman saya yang juga teman karib beliau ada menyifatkan, kalau kita nak tengok ciri-ciri individu yang bersifat "Rabbanun Layl wa Fursannun nahar" (Bagaikan pendeta dimalam hari dan tangkas berjuang di siang hari), maka lihatlah Hisham Zuhudy. Pada saya ungkapan ini yang seringkali disebut oleh para pejuang dalam Ikhwanul Muslimin, Mesir amat mahal harganya. Dan, sungguh bertuah kepada mereka yang dilihat oleh insan yang lain sebagai memenuhi taraf seupama itu. Yang pastinya, ketiadaan beliau telah meninggalkan satu komitmen yang sukar ditampung oleh individu yang lain. Beliau mempunyai bakat sebagai pemimpin (walaupun beliau seringkali menolak) dan acapkali teruji dengan mehnah & tribulasi, pemikiran Islamnya cukup dinamik terutamanya apabila memperkatakan soal survival ummah manakala daya kekuatan tenaganya seolah-olah berupaya mencabar kudrat pemuda yang berusia 21 tahun. Atas kombinasi inilah, maka menyelinap perasaan kagum saya terhadap diri beliau.

Sepanjang hampir dua tahun perkenalan saya dengannya, beliau sentiasa cuba merealisasikan pesanan surah as-Shaff ayat 2-3 ke dalam keperibadiannya; diam bila perlu manakala apabila berbicara penuh dengan sentuhan ruhani. Inilah karekter yang menyebabkan dhamir saya begitu tergugah apabila menerima berita kehilangan antara salah seorang tauladan yang unggul dalam sejarah kehidupan saya. Saya sangat-sangat syahdu.

Pada diri beliau menonjol pewatakan pemberian Allah SWT yang diterjemahkan dari ma�arif Qurani yang beliau pelajari dan tekuni dimana hati dan jiwa beliau terhias indah dengannya. Dari peribadi inilah yang menyerlahkan sosok agung beliau, penuh daya tarikan di iringi dengan sikap tawaduk, namun jika dihadapkan semua pujian di hadapan beliau maka beliau segera berkata �I am nothing syeikh�. Pekerjaan beliau sama ada dalam karier mahupun perjuangan dilakukannya dengan penuh perancangan, tekad, iman, tawakal, kebijaksanaan dan kesabaran sehingga menakjubkan para teman-temannya. Inilah erti kata jihad sebuah kehidupan seorang muslim yang membesar dalam ketaatan. Pemikiran beliau bukan sahaja terbatas kepada pemasalahan Malaysia tetapi turut menjangkau krisis ummah seluruh dunia. Konflik berzaman Palestin sentiasa mengundang kepedihan di hatinya serta membuatkan jiwa beliau selalu merasa sedih. Sanubari beliau sentiasa bersama di kalangan mustadha�fin. Saya menyedari segala keperibadian murni beliau tidak dapat saya titipkan dalam satu lembaran kertas. Tetapi cukup sekiranya saya menyatakan bahawa Allahyarham Hisham Zuhudy adalah seorang �rajulun shaleh� yang kaya dengan senyum dan kehadiran beliau dalam hidup saya bukan sekadar kenangan, malahan beliau adalah uswatun hasanah kepada para mujahid dalam landasan gerakan Islam dan para anak muda Malaysia. Semoga ruh suci beliau serta para syuhada yang lain diliputi rahmat Ilahi yang tidak terhingga. Selamat jalan Hisham Zuhudy. Insya-Allah, kita akan bertemu kembali di Jannah. Al-Fatehah.

Read more...

Wednesday, January 21, 2004

Sebat di khalayak ramai: Hukuman baru ke atas perogol kanak-kanak
Oleh Mohd Azlan Jaafar dan Salina Abdullah (dipetik dari berita harian online)
PUTRAJAYA: Hukuman sebat di khalayak ramai ke atas perogol kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian mangsa, akan diperkenalkan berikutan meningkatnya kes rogol dan bunuh sejak akhir-akhir ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar), berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan supaya undang-undang baru itu dapat menangani jenayah berkenaan.

Katanya, cadangan baru itu selaras dengan keprihatinan dan perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah terbabit.

�Saya mengambil kira amaran dan perasaan Perdana Menteri yang khusus menjurus dalam hal ini dan kita akan memberi sepenuh kerjasama untuk meningkatkan aspek perundangan.

�Pihak saya akan mencadangkan hukuman yang berat dan benar-benar boleh diambil kira, misalnya merotan pesalah di khalayak ramai,� katanya diminta mengulas bentuk hukuman serta sentimen masyarakat yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap perogol kanak-kanak.

Kemarahan masyarakat terhadap pesalah rogol kanak-kanak memuncak apabila Nurul Huda Abdul Ghani, murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku, Tanjung Kupang, Johor mati selepas dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan di pondok pengawal stesen janakuasa elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabtu lalu.

Nurul Huda ditemui dalam keadaan bogel dan tidak sedarkan diri di pondok pengawal yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya dan meninggal dunia di klinik berhampiran sejurus kemudian.

Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang berasal dari Kelantan dan siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan kes samun di sekitar Johor dan Selangor.

Awal bulan ini, di Kota Kinabalu, seorang lagi kanak-kanak, Hasirawati Saridi, 10, dirogol dan dibunuh awal pagi ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Peningkatan kes rogol membabitkan mangsa berusia bawah 16 tahun membimbangkan ibu bapa dan masyarakat yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah terbabit.

Rais berkata, beliau dan Jabatan Peguam Negara, bahagian undang-undang dan polis serta pihak lain akan memberikan pandangan masing-masing dalam merangka undang-undang lebih berat itu.

"Ini perlu kerana 60 hingga 67 peratus dari kes-kes baru (rogol) membabitkan anak berumur 16 tahun ke bawah," katanya

Beliau berkata, cadangan mengenakan hukuman sebatan di khalayak ramai pernah disuarakannya awal tahun lalu tetapi bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan cadangan itu terbengkalai.

"InsyAllah saya akan cuba kemukakan kembali cadangan tersebut supaya kali ini masyarakat dan juga kerajaan bersama-sama mewujudkan situasi undang-undang yang diperlukan," katanya.

Rais juga akan cuba meminta Kabinet menimbang dilema undang-undang sedia ada dan pelaksanaan penguatkuasaan selain tugas pendidikan dan media massa dalam menangani isu rogol.

Undang-undang terhadap jenayah rogol yang terkandung dalam Seksyen 367 Kanun Keseksaan dipinda tahun lalu tetapi khusus untuk jenayah sumbang mahram yang mana pesalah boleh dihukum penjara minimum 15 tahun dan maksimum 30 tahun selain 10 sebatan.

Mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa undang-undang sedia ada sudah mencukupi, Rais berkata ketika ini pesalah boleh dirotan dan dipenjara sehingga 30 tahun dan jika mangsa mati, mereka boleh dijatuhkan hukuman mati.

"Cuma tinggal merotan di khalayak ramai atau menambah bilangan sebat... sekarang 10 kali... mungkin kita timbang untuk tingkatkan bilangannya kepada 20 dan sebagainya," katanya.

Ditanya sama ada hukuman sebatan di khalayak ramai itu akan dibantah NGO atau negara tertentu, beliau berkata, sekiranya sentimen kebencian kepada jenayah ini diterima, semua pihak harus menerima hukuman yang bakal dilaksanakan.

"Walaupun pihak Barat atau mana-mana pemerhati akan mengatakan Malaysia "Draconian" atau "barbaric", kita akan membuat perhitungan untuk masyarakat kita sendiri," katanya.

Di KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, mencadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan semua calon pengawal keselamatan menjalani pemeriksaan mental bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam sebarang salah laku.

Menerusi langkah itu, syarikat kawalan keselamatan perlu memastikan bakal pekerja mereka sihat dari segi mental di samping tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum mengambil mereka bekerja.

Ketika ini, syarikat keselamatan hanya diwajibkan memeriksa rekod jenayah pekerja dengan polis.

Chua berkata, pemeriksaan mental itu perlu kerana ada kemungkinan mereka boleh melakukan perbuatan tidak sihat, seperti mencabul dan merogol walaupun tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

�Apa yang berlaku baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku,� katanya mengulas kejadian rogol dan bunuh Nurul Huda Abdul Ghani, 10, di Tanjung Kupang, Johor.

Beliau juga berkata, kementeriannya menubuhkan pusat sehenti bagi kes rogol dan keganasan di semua hospital di seluruh negara sejak 1996.

Menerusi pusat sehenti itu, mangsa rogol akan diberi rawatan awal sebelum dimasukkan ke wad manakala doktor dan jururawat akan mengumpul, menyimpan dan merekod semua bukti berkaitan.

�Apa yang lebih penting, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menemubual mangsa di pusat sehenti ini. Mangsa tidak perlu ke balai polis dan menunggu lama untuk diambil keterangan.

�Ini lebih baik kerana ia memberi suasana yang lebih selesa dan selamat kepada mangsa,� katanya.

Read too: Weblog pakdi

Read more...

Program Khidmat Negara -
Pelajar IPTA sokong, puji

MUKADIMAH
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Lumpur.
Tujuan pertemuan itu ialah untuk memberi penjelasan terhadap pelaksanaan Program Khidmat Negara (PKN).
Ini kerana terdapat pemimpin pelajar tidak mendapat maklumat tepat berhubung PKN sehingga mereka berasa musykil terhadap pelaksanaan program yang akan bermula pada 16 Februari 2004.

Wartawan Utusan Malaysia, ROHANA MAN meninjau pendapat pelajar IPTA berhubung pelaksanaan PKN.

PELAJAR institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan sahaja menyokong penuh usaha kerajaan mengadakan Program Khidmat Negara (PKN).
Malah tinjauan Utusan Malaysia di kalangan pelajar IPTA mendapati mereka mahu PKN diperluaskan di semua universiti awam dan swasta pada masa depan.

Mereka turut melahirkan `kekesalan' kerana tidak berpeluang menyertai PKN.
Ini kerana PKN diadakan khusus untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka yang lahir pada tahun 1986. selanjutnya

*Tidak dinafikan bahawa tidak semua pelajar IPTA tidak setuju dengan PKN yang bakal diadakan nanti, satu kepujian diberikan kepada pihak kerajaan di atas usaha tersebut, namun apa yang dipertikaikan oleh sesetengah pihak ialah tentang pengisian yang bakal diberikan kepada pelajar2 lepasan SPM tersebut. adakah ia benar2 mampu memberi kesan kepada mereka dengan modul yang ada sekarang, sepanjang tempoh tersebut ataupun disebaliknya. Bukan itu sahaja, bahkan juga terdapat banyak lagi masalah2 lain berkenaan dengan tempat, perbelanjaan dan sebagainya yang diadukan oleh para ibubapa pelajar2 yang terlibat di samping kekurangan itu dan kekurangan ini sebagaimana yang dilaporkan. program seperti ini memang patut diadakan, tapi ia memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang cukup rapi agar objektif yang ingin dicapai betul2 tercapai.

Read more...

Menangani kes rogol, bunuh

Monday, January 19 @ 20:40:29 MYT

Oleh MUHTAR SUHAILI

PENINGKATAN jumlah kejadian jenayah yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini, yang antaranya termasuk kes rogol, sumbang mahram, seks bebas, liwat, bunuh dan lain-lain telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.

Kini, tiada hari yang berlalu tanpa kejadian jenayah. Kes yang paling zalim ialah jenayah keganasan yang dilakukan terhadap anak kecil dan pelajar yang lemah.
Apa yang telah berlaku kepada masyarakat kita? Di tengah-tengah suasana di mana kes rogol yang kejam, pembunuhan remaja serta anak sendiri berleluasa, bolehkah kita mengaku bahawa hidup kita bertamadun? Wajarkah kita mendabik dada bahawa kita ini adalah sebahagian komuniti masyarakat madani yang penuh dengan adab susila dan etika moral?

Baru-baru ini rakyat seluruh negara melahirkan perasaan teramat marah dengan kes rogol dan bunuh seorang budak perempuan, Nurul Huda Ghani berusia 10 tahun pada 17 Januari 2004 yang lalu.
Kanak-kanak malang ini telah dibunuh selepas dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan di pondok pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tanjung Kupang, Johor. Mayat mangsa yang merupakan murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku dijumpai dalam keadaan bogel setelah dihumban dalam tandas dalam pondok tersebut manakala basikalnya di luar pondok.

Kejadian itu merupakan yang kedua dalam tempoh 2 minggu menimpa murid sekolah. Pada 8 Januari lalu, Harirawati Saridi, juga berusia 10 tahun ditemui mati dibunuh dengan kainnya tersingkap dan dipercayai diperkosa di kawasan semak semasa dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

Ekoran tragedi yang dahsyat dan tidak berperikemanusiaan ini, rakyat seluruh negara melahirkan perasaan teramat marah dan mendesak kerajaan mengenakan hukuman paling keras iaitu sebat pelakunya di khalayak ramai, sebelum dihukum mati.
Lebih daripada itu, tokoh-tokoh agama, pemimpin masyarakat dan orang ramai berpandangan bahawa walaupun hukuman mati lazimnya dijatuhkan ke atas pelaku terbabit, namun hukuman yang dilakukan secara tertutup di penjara tidak akan mencetuskan kesedaran kepada orang lain. Bagaimanapun, untuk menyelesaikan segala kemelut yang kian parah ini, hukuman undang-undang bukanlah satu-satunya penyelesaian konklusif dan efektif.

Merujuk kepada kata-kata seorang sarjana, �Mengetahui punca kepada sesuatu masalah telah menyelesaikan sebahagian daripda masalah tersebut�, maka wajarlah kita bermuhasabah dan meneliti dengan sesungguhnya apakah sebab-musabab kepada segala kecelakaan dan kebobrokan yang kian melestari ini.
Setiap rakyat Malaysia yang berfikiran sihat dan rasional tidak boleh memandang ringan kes jenayah yang berlalu ini. Begitu juga, kita tidak boleh menutup mata terhadap kes-kes gejala sosial yang berleluasa di kalangan remaja dan generasi muda kita.
Setiap kali berlakunya pembunuhan yang kejam, masyarakat heboh. Tetapi, persoalannya ialah apa yang kita sedang lakukan untuk mencari sebab dan punca untuk menangani masalah ini?

Saya berpandangan pembangunan spiritual adalah penyelesaian yang paling mampan ke arah mewujudkan maksiat sifar.

Dr. Muhd Said Ramadhan al-Buthi menegaskan bahawa kerapuhan pengetahuan agama dan penghayatan dalam diri setiap individu merupakan faktor terpenting berlakunya kerosakan moral dalam masyarakat hari ini.
Justeru, untuk menyelesaikan segala masalah berkenaan kebiadaban akhlak ini, semua pihak sama ada pihak kerajaan, pihak pembangkang, persatuan-persatuan agama, NGO-NGO, warga pendidik, badan mahasiswa dan seluruh entiti masyarakat wajar memastikan bahawa penyelesaian yang bersifat holistik dan bersepadu dapat dijayakan di semua peringkat.

Fungsi institusi agama dan institusi keluarga perlu diorientasikan semula supaya ahli-ahli agama dan ibubapa turut menjadi aktivis menangani gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat terutama membabitkan remaja di negara ini.
Justeru, saya juga melihat bahawa pelaksanaan secara menyeluruh pendidikan agama di semua peringkat pendidikan, pejabat-pejabat kerajaan, badan-badan swasta dan tempat-tempat awam perlu diperhebatkan.

Yakinlah bahawa pengisian dan percambahan nilai-nilai agama akan secara langsung menurunkan sekaligus merudumkan graf dan carta kebejatan sosial secara drastik.
Tindakan umat Islam negara ini yang terlalu mudah menerima budaya keseronokan panca indera yang sedang berkembang di seluruh dunia menyebabkan gejala sosial di kalangan mereka makin gawat.
Gejala itu jika tidak diatasi dengan langkah yang konkrit akan menyebabkan generasi muda terperangkap dalam kegawatan sosial itu.

Keruntuhan akhlak yang melanda orang Melayu beragama Islam semakin gawat, sama seperti kesan yang mereka alami akibat kegawatan ekonomi kerana mereka terlalu menerima bulat-bulat budaya keseronokan panca indera yang berkembang di dunia.
Keseronokan itu, termasuk yang dipandang, didengar, dirasai dan kelazatan yang dikecap yang semuanya terlalu mengikut hawa nafsu.
Berasaskan kepada itu lahir masyarakat kita yang terbabit dalam gejala negatif, tambahan pula dengan pembukaan lebih banyak pusat hiburan seperti karaoke, konsert, kelab malam dan disko.

Kesinambungan daripada itu, budaya hedonisme yang diimani oleh kebanyakan anggota masyarakat juga merupakan penyumbang utama kepada permasalahan yang terus menemui jalan buntu ini.
Hedonisme adalah budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang menolak dominasi fahaman agama dalam kehidupan manusia. Hedonisme yang berasal daripada istilah Greek Hedone, bermaksud pleasure (keseronokan/kelazatan) atau happiness (kegembiraan).

Menurut Prof. Dr. Sheikh Yusof al-Qardhawi, pengamal budaya menyimpang ini boleh menyesatkan mereka ke dalam gejala-gejala tidak bermoral seperti arak, seks bebas, dadah dan lain-lain sehingga ke peringkat menolak agama.
Dalam mencari erti dan hakikat individu, mereka menganggap agama hanyalah penghalang kepada kepuasan hidup yang seharusnya berlandaskan hawa nafsu semata-mata.
Kawalan norma dan undang-undang agama ditentang dengan berbagai-bagai cara oleh mereka yang menganggap hawa nafsu adalah tuhan sembahan mereka.

Buat akhirnya, saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPP UIAM) ingin menyampaikan harapan agar konsert-konsert yang tidak mendatangkan nilai-nilai murni dan tidak membawa kepada anjakan paradigma moral wajar disekat dan dihalang.
MPP UIAM berharap dan menyeru agar Konsert "An Intimate Evening With Mariah Carey - Charmbracelet World Tour" pada 22 Februari 2004 ini di Stadium Merdeka dibatalkan.
Semoga cadangan ini mendapat sokongan yang positif dan progresif demi kemaslahatan bersama khususnya dalam menangani dilemma penyakit sosial yang kian meruncing.

---------------
Muhtar Suhaili adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2003/2004, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Read more...

Tuesday, January 20, 2004

Tanda-tanda Qiyamat

Dunia hari ini semakin panas membahang.Begitulah yang sering dinyatakan oleh para saintis yang mula dapat mengesan perubahan suhu dunia yang semakin meningkat.Fenomena alam ini amat membimbangkan. Lantaran itulah pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan untuk mengawal suhu bumi.Manusia yang tidak mengenal erti ketuhanan hanya memikirkan perkara ini sebagai satu fenomena alam yang biasa dan tiada kaitan dengan Penciptanya. Sedangkan umat Islam yang diterapkan dengan tauhid ketuhanan melihat perkara ini sebagai salah satu daripada amaran Allah betapa dunia ini hampir berada dipenghujungnya. Manusia yang takabbur cuba menyembunyikan hakikat bala Allah di atas sikap bongkak dan kesombongan mereka dengan menyatakan bahawa segala apa yang berlaku merupakan fenomena alam semata-mata dan tidak bersangkut paut dengan peringatan Allah.

Perbuatan mereka ini dalam sedar atau pun tidak telah merugikan diri mereka sendiri yang mana ia menyebabkan mereka semakin jauh daripada Tuhan mereka iaitu Allah dan kerosakan yang dilakukan semakin berleluasa.Kita perlu ingat bahawa kerosakan dan kemusnahan keindahan alam sejagat disebabkan tangan manusia yang mencabar kekuasaan Allah sebagaimana kita fahami daripada maksud firman Allah dalam ayat 205 surah al-Baqarah : Dan apabila dia berpaling (dari kamu) dia berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya dan merosak tanaman dan binatang ternakan dan Allah tidak menyukai kebinasaan. Begitu juga maksud ayat 41 surah ar-Rom : Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada(akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Dunia politik juga semakin membahang.Pelbagai persoalan dan sejuta satu permasalahan mula dikupas hasil dari pergolakan politik tanahair.Fenomena ini amat membimbangkan golongan yang tertentu.Apakah jalan penyelesaiannya?Ini baru 2 permasalahan dunia yang disebut. Di luar sana masih banyakpermasalahan dan isu yg hangat diperkatakan. Masalah murtad, masalah sosial, masalah kezaliman yg berleluasa, masalah penindasan, masalah ekonomi yg merundum jatuh, masalah perlembagaan yang berat sebelah,rasuah dan sebagainya. Takut dan gerun juga bila mendengarnya...

Apakah punca masalah-masalah ini? Jawapannya mudah sahaja bagi mereka yang memahami hakikat kehidupan dan mengenali siapakah diri mereka yang sebenar berbanding Allah Pencipta mereka.Apabila kita taat dan tunduk pada undang-undang yang digubal oleh tangan manusia yang serba lemah iaitu Suruhanjaya Reid jika di negara kita yang sememangnya anti-Islam. Inilah bahana yang mula menimpa kita dan akan terus mencengkam jika kita terus alpa dan tidak berubah ke arah Islam. Apabila ideologi manusia disanjung maka inilah habuannya.

Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W sendiri telah memberi amaran bahawa antara tanda-tanda qiamat ialah apabila amanah pemerintahan diberi kepada mereka yang jahil dan bukan ahlinya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dalam sohihnya : Seorang arab desa telah datang menemui Rasulullah S.A.W lalu bertanya : Bilakah qiamat? Baginda S.A.W menjawab dengan maksud : Maka apabila telah dirosakkan amanah maka tunggulah qiamat.Dia bertanya lagi : Bagaimanakah merosakkan amanah itu? Sabda baginda : Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah qiamat. Begitu juga dengan hadis riwayat imam Ahmad, Tobarani, Ibnu Majah dan Hakim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang berlaku pelbagai penipuan di mana dibenarkan padanya pendusta dan didustakan padanya orang benar. Dan diberi kepercayaan padanya pengkhianat dan dikhianati padanya orang yang jujur dan bercakap padanya Ruwaibdoh. Mereka(para sahabat) bertanya : Dan apakah Ruwaibdoh? Jawabnya : Seorang lelaki yang bodoh bercakap dalam urusan umum(rakyat).

Amaran Rasulullah S.A.W ini sedang berleluasa termasuk di negara kita Malaysia tercinta.Adakah kita masih boleh berdiam diri apabila melihat perkara ini terus bermaharajalela?Adakah kita rela untuk terus berada di bawah pemerintahan mereka yang bukan ahlinya dan bodoh dalam masalah agama? Mereka bukan menjaga kesucian Islam malah menghinanya dan mencaci para ulama' serta menjadikan ulama' terompah kayu sebagai unta tunggangan dalam menjaga kedudukan mereka. Jika lembu mesti dijaga oleh manusia yang berakal dan tidak dibiarkan lembu menjaga urusan mereka sendiri maka lebih-lebih kita sebagai manusia yang mengaku beriman kepada Allah dan berakal mesti dijaga urusan kita oleh ulama' yang tahu hukum-hakam agama dan cara memerintah menggunakan sistem Pencipta bukannya sistem orang yang dicipta.

Sampai bilakah kita harus tunduk pada masalah-masalah ini? Adakah sekadar berdiam diri dan terus menyaksikan generasi kita tidak kenal lagi ajaran Islam? Tidak cukupkah lagi dengan penderitaan yang kita tanggung sekarang kerana buta agama sendiri kerana dasar pendidikan yang hanya menitik beratkan material semata-mata?

Maka jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik ialah kembalilah kepada Islam. Satu ledakan perubahan atau hijrah atau pun islahisasi perlu dilaksanakan segera.Ingatlah firman Allah di mana Dia menyatakan bahawa sesuatu perubahan itu terletak ke atas sesuatu bangsa itu sendiri samada mereka mahu berubah atau pun tidak sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 11 surah ar-Ra'du : .....Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu hinggalah mereka merubah keadaan mereka sendiri....Ingatlah juga dengan hadis riwayat imam Bukhari, Abu Daud dan Nasai'e daripada Abbdullah bin Amru daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Muslim itu mereka yang menyelamatkan saudara seislam dari lidahnya dan tangannya dan Muhajir(orang berhijrah) sesiapa yang berpindah daripada apa yang ditegah oleh Allah...

Adakah kita dikira Islam jika tidak membantu saudara seislam kita yang dizalimi? Adakah kita berasa sudah cukup iman kita walau pun kita masih belum berhijrah daripada tunduk kepada sistem ciptaan manusia yang dilarang oleh Allah kepada patuh kepada keadilan sistem Allah? Tepuklah dada tanyalah iman kita...

Suara kebangkitan Islam telah bergema di sana sini.Adakah kita masih terlena dalam alunan mimpi dunia. Awas!!! Ini bukan masa untuk terus kekal diperadaban lama manusia yg usang...Inilah masanya, dunia Islam akan bangkit dan bersinar gemilang. Laksanakanlah perubahan sistem pengajian, sistem ekonomi, sistem pembangunan, sistem perlembagaan...dan perubahan pada parlimen.Ayuh!!! Jangan ketinggalan...para pejuang Islam kini terus menapak ke hadapan dengan langkah panglima gagah berani...Sematkan semangat jihad dalam hati kita...Demi untuk melihat tertegaknya Khilafah Islamiyyah.Kembalikanlah mutiara gemilang yang hilang dek kerakusan manusia durjana!Ulama' boleh! Islam memang boleh!.

Nukilan : Pejuang Inqilabi...


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

Read more...

Istiqamah seorang pejuang
Oleh Mohd Sayuti Omar

�Dalam pada kita perlu ingat kemenangan sebenar di dalam perjuangan, (kalau dalam pilihan raya � politik) bukan semestinya apabila mendapat kerusi. Tidak bermakna apabila kita berjaya membentuk kerajaan kita sudah menang. Tetapi kemenangan sebenar dalam sesuatu perjuangan ialah kematian. Kita mati dalam perjuangan!�

Sahabat yang tadi sudah pulih dari semangat rendah diri kini terusik sedikit emosinya apabila mendengar kata-kata saya itu. Nasi yang cuba disuap ke mulutnya dibiarkan semula ke pinggan.

�Apa guna kita menang, dapat kerajaan selepas itu kita menjadi kufur dan lalai, atau semangat jihad kita jadi berkurangan,� sambung saya berfalsafah dan menjelaskan maksud sebenar kata-kata.

�Inilah penerangan yang kita hendak dengar, penerangan ini jarang diberikan oleh penceramah kita, syeikh. Mereka (orang Melaka) tidak faham ini,� sambungnya lagi penuh bersemangat. Seluruh mukanya merah bagaikan bunga raya kembang pagi.
�Mereka belum faham hakikat ini syeikh,� keluhnya dengan wajah kesal.

Justeru kata saya lagi, �dakwah dan tarbiah perlu diperhebatkan lagi. Bukan sahaja setakat ceramah, tetapi pendekatan cara lain juga. Lakukan kebajikan, tunjukkan akhlak yang baik, bersih kubur dan masjid, bantu orang miskin dan sebagainya. Lama-lama orang akan terima perjuangan kita.�
�Seperkara lagi syeikh, perjuangan yang kita mulakan hari ini, bukan boleh menang hari ini juga,� ujar saya. �Seperti kita tanam pohon merbau, bukan boleh diambil balaknya hari ini, tetapi menuggu masa lama, sepuluh atau dua puluh tahun, yang dapat merasainya pula bukan kita tetap anak cucu cicit kita,� sambung saya lagi juga bersemangat.

�Kita kena ingat pohon kayu itu tidak akan membesar malah tidak pun tumbuh kalau kita tidak menanamknya mula hari ini. Jadi untuk mewujudkan balak dua puloh tahun akan datang kita kena mulakan dari sekarang. Sebenarnya orang Melaka telah lama memulakan perjuangan ini, dah hasilnya pasti akan dapat ditunai, itu janji Allah,� balas saya. Sahabat itu tenang dan tersenyum puas.


Read more...

Berdayakan semula anak muda

Oleh Rais muda

Kekuatan orang muda diperkecilkan

Kekuatan orang muda diperkecilkan
Soeharto sengaja memperkecilkan peranan dan simbol kekuatan orang muda dengan mencipta istilah remeh �remaja� pada 1980-an, seakan-akan jeritan �student power� atau �gerakan mahasiswa� yang perkasa sebelum itu diperkecilkan maknanya kepada siswa atau pelajar sahaja di kampus tempatan.
WS Rendra dalam buku "Penyair dan Kritik Sosial" (2001) merungut, sekitar awal 1990-an, tentang "sebahagian besar pemuda tidak punyai peranan yang kreatif dan produktif dalam masyarakat."
"Belum nampak muncul ahli politik muda yang mutunya setaraf dengan Omar S Cokrominoto, Soekarno, Sutan Syahrir dan lain-lain anak muda yang bergerak di bidang politik sekitar 1928 hingga 1945," keluh penyair tersohor republik itu, tidak jauh resah kita di Kuala Lumpur saat ini.
"Para mahasiswa [hari ini] kurang mampu melontarkan pandangan kepada masyarakat. Hal ini jauh berbeza dengan para siswa tahun 1928 hingga sekitar 1978, yang sangat aktif mengeluarkan pandangan [analisa serta kritik] mengenai kehidupan bermasyarakat. Sementara itu di bidang seni drama dan seni sastera terasa lambat juga munculnya tokoh-tokoh baru."
Persoalan di depan kita semua saat ini, bagaimana memberdayakan kembali kelompok-kelompok anak muda yang sudah hampir dua dekad membeku?
Apakah formatnya seakan-akan kemunculan GPMS, Abim, Pena atau �Anak Alam� suatu waktu dulu?
Atau, sudah memadai kita membiarkan orang muda sendiri-sendiri mencari identiti, arah, nilai dan tema perjuangan?
Wajarkah ada campur tangan generasi tua dalam pembikinan semula episod gemilang anak muda � dengan nilai dan dari kaca mata orang tua? Persoalan yang sama relevan, bagaimanakah kita menilai �kebangkitan semula� atau �proses pemberdayaan� (empowerment) kembali mereka?
Lebih membimbangkan, semua persoalan serius ini tidak pun diberikan perhatian oleh aktivis muda dan pemimpin siswa!

*Rais Muda, pernah bergiat cergas dalam aktivisme siswa sejak kegawatan ekonomi politik negara (1999), kini penggerak �Komunite Diskusi' yang menyusun diskusi dwi-bulanan khusus untuk anak muda.

Read more...

Thursday, January 15, 2004

Emel buat PM: Tangguhkan Program Latihan Khidmat Negara Wednesday, January 14 @ 17:32:32 MYT


Oleh FONG PO KUAN
SAYA telah menulis satu e-mail kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar Perdana Menteri dapat membuat satu keputusan menangguhkan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara ini yang telah dijadualkan bermula pada 16 Februari ini di mesyuarat Kabinet esok hari.

Kandungan e-mail saya adalah seperti berikut:

YAB Perdana Menteri yang dihormati,
Ini adalah kali pertama saya menulis kepada YAB Perdana Menteri dengan harapan bahawa YAB Perdana Menteri dapat membuat satu keputusan menangguhkan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara ini yang dijadualkan bermula pada 16 Februari ini.

Kelemahan perancangan Program ini, yang akan menggunakan wang sebanyak RM 500 juta (berkemungkinan lebih) amat perlu dipertimbangkan keperluan perlaksanaannya di bulan Februari agar objektif Program ini dapat dicapai iaitu membentuk semangat patriotisme, perpaduan dan perwatakan positif generasi muda.

Kelemahan perancangan Program ini dan ketidaksediaan perlaksanaannya dapat dilihat daripada maklumbalasa orangramai terutamanya, para ibubapa dan pelajar yang terpilih dan masalah-masalah yang timbul:

1. Di peringkat awal, adalah dicadangkan Program ini diwajibkan ke atas 480,000 peserta yang dilahirkan pada tahun 1986. Apabila mendapati ketidakmampuan menampung kos yang tinggi, program ini hanya diwajibkan ke atas 100,00 orang pelajar yang terpilih sahaja. Akan tetapi, kini, senarai pelajar yang terpilih hanya 85,000 peserta sahaja.
Jumlah peserta yang akan menyertai adalah kurang daripada 85,000 memandangkan telah timbul situasi pelajar yang terpilih tetapi masih di peringkat persekolahan atau menyambung pendidikan di luar negeri dan sebagainya.

2. Masalah kekurangan pelatih untuk menjalani program ini, terutamanya dari kaum bukan Melayu.

3. Semasa pengumuman senarai pelajar terpilih telah menimbulkan pelbagai kesulitan serta beban kewangan kepada para ibubapa dan pelajar, di mana talian hotline Jabatan Khidmat Negara tidak dapat dihubungi. Caj SMS sebanyak RM2 dan tidak dijawab di dalam masa yang singkat telah turut menambah beban kewangan ke atas pelajar.

4. Disebabkan kegagalan mengambilkira pelajar yang masih bersekolah walaupun dilahirkan pada tahun 1986 atau meneruskan pendidikan di luar negara, (jika senarai diumumkan lebih awal, masalah ini dapat dielakkan) Jabatan baru mengemukakan enam (6) garispanduan alasan-alasan yang bolehterima untuk penangguhan menjalani Program tersebut.

5. Peserta yang dihantar ke negeri lain daripada negeri asal mereka untuk menjalani Program ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan, kerisauan dan beban kewangan kepada para ibubapa.
Jabatan telah memberi alasan keperluan integrasi penduduk di antara negeri, adalah alasan yang lemah. Sebenarnya, saya percaya adalah ketidakmampuan kemudahan di sesebuah negeri menampung peserta di dalam sesebuah negeri tersebut.
Seorang ibu yang tinggal di Kelantan telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa anaknya dihantar untuk menjalani Program di Kedah dan selepas itu, program disambung di Shah Alam.
Walaupun pihak kerajaan akan menampung kos perjalanan untuk lapor diri oleh peserta dengan menyediakan kemudahan bas atau tiket penerbangan, tetapi para ibubapa akan menghadapi masalah untuk melawat anak-anak mereka kerana masalah kewangan dan jarak perjalanan .

6. Para ibubapa masih risaukan keselamatan anak mereka yang akan menjalani Program ini.
Sehingga hari ini, kandungan terperinci berkenaan cara perlaksanaan keempat-empat modul Program masih belum diumumkan.
Hanya menunjukkan infrastruktur seperti katil, khemah dan jadual harian adalah tidak dapat menyakinkan para ibubapa terhadap program ini.

7. Seperti yang dilaporkan, Jabatan mengalami kekurangan peserta dari kalangan bukan Melayu. Jika kemudahan adalah dapat menampung seramai 85,000 orang peserta, kekurangan peserta hanya membayangkan Jabatan tidak memaksimumkan kemudahan dan peruntukan untuk program ini.

8. Kesediaan kemudahan untuk menjalankan Program ini. Adalah dilapurkan bahawa walaupun kemudahan tidak sedia pada waktu yang ditetapkan oleh pihak kontraktor, pihak Jabatan mempunyai pelan yang alternatif.
Persoalannya, apakah kos tambahan yang digunakan dan apakah kemudahan yang disediakan secara tergesa-gesa dapat menjamin keselamatan para pelajar.
Oleh itu, saya menyeru YAB Perdana Menteri dapat mengambilkira pandangan dan maklumbalas ini serta memahami perasaan para ibubapa dan pelajar terhadap Program ini.

Sekian, terima-kasih.

Yang benar,
Fong Po Kuan
Ahli Parlimen
Kawasan Batu Gajah

Apakah kesemua masalah yang telah timbul ini boleh diklasifikasinya seperti yang dikatakan oleh Dato Seri Najib sebagai ?perkara operasi? (operational matter)?
Hari ini media melapurkan lagi kelemahan perancangan Program Latihan Khidmat Negara di mana sebanyak lebih kurang 4,000 orang pelajar yang telah dipilih untuk menjalani program tersebut tetapi tidak dapat diserahkan surat oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh para pelajar, ibubapa, organisasi sejak pengumuman senarai nama pelajar yang terpilih bukan setakat perkara operasi, tetapi adalah akibat daripada kelemahan perancangan, tindakan tergesa-gesa meluluskan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 dan keengganan oleh pihak Kementerian menjalankan satu konsultasi yang lebih sempurna semasa peringkat perancangannya dengan semua pihak.

Adalah menjadi kerisauan orangramai bahawa lebih masalah akan timbul di peringkat perlaksanaannya di bulan Februari, lebih-lebih lagi oleh ibubapa berkenaan isu keselamatan anak-anak mereka.
Saya telah menulis kepada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara pada 7.1.2004 dan dihantar secara pos laju (courier) untuk satu lagi tarikh temujanji bagi membincangkan dan memaklumkan persoalan para ibubapa dan pelajar.
Tetapi kesalnya saya masih belum menerima sebarang jawapan daripadanya. Panggilan telefon ke Jabatan dan mesin fax masih tidak dapat dihubungi.

Harakahdaily.net


Bijak budak UIA

Sebelum pergi ke kelas di IRK department, sempat singgah dan tengok sambutan yang diberikan oleh para pelajar (ramai juga dr kalangan pelajar sekolah) ketika menyambut kehadiran yang berhormat-yang berhormat sempena Majlis Konvokesyen Tun Dr Mahathir pagi tadi.
Apa yang menggembirakan saya ialah, dapat lihat pelbagai jenis/colour bendera telah dikibarkan sebagai tanda penghormatan dan bendera yang paling besar (tak silap saya) ialah bendera yg colournya warna HIJAU beserta LAMBANG UIA DI TENGAH, kawan-kawan saya tersenyum tengok bendera tu, sbb sebelum ni warna biru tapi hari ni bertukar jadi colour hijau ( kawan saya kata, dengan adanya bendera itulah, nampak berseri sikit sambutan ni)....saya just senyum je....

Read more...

Wednesday, January 14, 2004

Tun Dr Mahathir bakal terima Ijazah Kehormat UIAM
Tuesday, January 13 @ 09:47:11 MYT
Harakahdaily.net

GOMBAK, 13 Jan - Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menerima satu ijazah kehormat daripada UIAM sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan beliau dalam membangunkan universiti itu pada 15 Januari ini.

Program yang diberi nama Majlis Konvokesyen Khas itu bertempat di Pusat Aktiviti Kebudayaan, kampus Gombak.

Pada hari tersebut iaitu pada hari Khamis, UIAM bakal diishtiharkan cuti oleh pihak pentadbiran kepada semua penuntutnya dan mereka diarahkan untuk memeriahkan majlis tersebut.
Desas-desus mengatakan bahawa nama Tun Dr Mahathir akan diabadikan di dalam salah satu nama jabatan atau kulliyah di sini sepertimana Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim yang wujud sekarang.
"Jika benar perkara ini akan berlaku, apakah sumbangan besar Dr Mahathir kepada dunia akademik UIAM jika hendak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di dalam bidang undang-undang?
"Jika pembinaan universiti itu dijadikan sandaran, mengapa tidak dinamakan sahaja UIA sebagai Universiti Dr Mahathir," kata seorang pemerhati. - AHII/zs

Kami amat mengalu-alukan kedatangan Tun DR. Moga dengan suasana @ biah islam yang terbentuk di UIA mampu memberi kesan yang mendalam kepada Tun DR.

Read more...

Tuesday, January 13, 2004

Dipetik dari utusanonline.com
10 novel terlaris di dunia tahun 2003
Oleh Shahrom TM Sulaiman

Tahun 2003, seperti yang dilaporkan dalam Publishers Weekly, novel termasuk karya adalah bahan bacaan yang paling banyak terbit dan dibaca. Di Amerika Syarikat (AS) saja, American Publishers Association mencatat, setiap bulan ada 10 novel baru yang terbit dan ia belum termasuk dari belahan Eropah dan negara-negara Asia seperti India dan Hong Kong. Jumlah penerbitan ini mengalahkan buku-buku bertemakan politik yang hanya terbit sekitar 4-5 judul dalam sebulan di AS.

Di samping itu di AS sendiri, banyak hadiah penghargaan diberikan kepada para penulis sama ada yang muda atau veteran. Setiap tahun sekurang-kurangnya lima hadiah penghargaan berprestij bagi karya sastera dan fiksyen yang disediakan. Antaranya adalah Pulitzer dan National Book's Award.

Dengan jumlah ganjaran yang sangat besar (ada yang mencapai AS$70 ribu) penghargaan yang diperoleh penulis AS mungkin hanya berbeza sedikit dengan juara tenis Grand Slam. Ini belum diambil kira wang yang masuk ke kocek penulis jika novel atau karyanya laris di pasaran.

Tidak hairanlah, jika Christopher Paolini, seorang remaja AS yang baru saja meraih untung daripada novelnya, Eragon memutuskan tidak menerima tawaran biasiswa untuk kuliah dan memilih untuk melanjutkan sekuel novelnya.

Pada tahun 2003, sejumlah laman mencatatkan novel-novel terbitan AS yang terlaris di pasaran dunia. Meskipun kebanyakan berasal dari AS, bukan sedikit penulis yang berasal dari Britain, Kanada dan Afrika Selatan, yang bukunya diterbit ulang di AS berjaya menerima hadiah penghargaan.

Daftar novel terlaris dunia disusun oleh laman buku terkemuka Amazon.Com berdasarkan bancian dari 10 media besar dengan segmen buku yang paling banyak dibaca, antaranya Boston Globe, New York Times, Wall Street Journal, Los Angeles Times, Publishers Weekly dan Christian Science Monitor.

Bancian ini digabungkan dengan catatan dari laman Booklist yang mencatat peringkat penjualan buku di beberapa benua termasuk Asia. Berikut diperturunkan daftar 10 buah novel terlaris dunia.

1. Namesake
Novel ini yang dihasilkan oleh penulis muda berasal dari India, Jhumpa Lahiri yang dianggap oleh New York Times sebagai Buku tahun ini yang laris di pasaran dalam masa sebulan selepas pelancarannya. Novel ini menerima penghargaan Pulitzer Prize dan Hemingway Award. Ia bercerita tentang Gogol Ganguli, seorang pelajar yang terperangkap dalam identiti budaya - separuh India dan separuh AS.

New York Times bersama Publishers Weekly dan Booklist menyifatkan buku ini sangat kuat dari segi penceritaan, menyatukan dengan baik unsur komedi dengan tragedi.

2. The Secret Life Bee
Novel karya Sue Monk Kidd ini mengisahkan seorang gadis Lily Owen yang menderita tekanan psikologi kerana ditinggalkan ayah ketika dia masih bayi. Lily diasuh oleh ibunya, Deborah. Sedikit sekali bayangan tentang ibu yang diingatinya kecuali gambaran tentang `Black Madonna'. Malangnya ibunya mati tertembak kerana Lily bermain dengan senjata api. Lily kemudian menyesal dan menyusuli identiti ibunya yang ternyata seorang perempuan kulit hitam. Novel dengan latar wilayah South Carolina pada era 60-an dianggap oleh kritikus sastera sebagai karya epik yang menyajikan gambaran konflik ras.

3. The Da Vinci Code
Novel karya Brown ini bercerita tentang terbunuhnya Pengarah Muzium Lovre, Perancis di balkoni muzium. Tertuduhnya adalah seorang profesor Harvard dan pembaca kod rahsia. Kedua-dua tertuduh harus membuktikan mereka tidak bersalah. Penyelidikan menyeret mereka pada penemuan 2000 kod rahsia yang disembunyikan di sebalik lukisan `Jamuan terakhir'.

4. To The Nines
Ini merupakan buku kesembilan daripada siri Stephanie Blum. Penulisnya Janet Evanovich menulis ceritanya dengan bahasa ringan dan mengalir, serta tema roman yang sangat biasa. Siri ini terbukti disukai dan selalu memancing rasa ingin tahu pembaca. Entertainment Weekly dan Wall Street Journal menempatkan novel ini sebagai ``Buku yang paling banyak dibaca di AS.''

5. The Five People You Meet in Heaven
Novel ini tulisan Mitch Albom bertemakan kehidupan setelah mati yang terus mengundang rasa ingin tahu. Albom yang terkenal melalui kolum dan siaran radionya Tuesday with Morie, menceritakan Eddie yang bekerja di tempat `Hiburan Ruby Point' yang meninggal dunia setelah menyelamatkan seorang gadis dari kemalangan. Dalam kehidupan setelah mati, Eddie bertemu dengan lima orang yang sudah menunggunya. Albom memang pakar bercerita dan membuat pembaca menemui keasyikan tersendiri ketika membaca novel ini.

6. Life of Pi
Novel ini dicalonkan dalam kategori penghargaan `Booker Prize' 2003. Karya Yan Matel yang mengajak pembaca ke dunia `magis', perjuangan, dan keteguhan hati anak seorang kedai haiwan, Pi Patel yang dibesarkan di Pondicherry, India. Keluarga Pi bersama haiwan peliharaan mereka kemudian berpindah ke Kanada. Dalam perjalanan, kapal kargo mereka mengalami kemalangan di Lautan Pasifik. Pi terperangkap di kapal bersama seekor zebra, orang utan yang mabuk laut, dan harimau benggal bernama Richard Parker. Setelah puas berjuang, hanya Pi dan Richard Parker yang berjaya menyelamatkan diri dan meneruskan perjalanan yang mengambil masa 227 hari. Publishers Weekly menyebut novel ini sebagai `berkarakter dan membuat pembaca merenung akan keberadaan Tuhan.''

7. The Devil Wears Prada
Novel karya Lauren Weisberger menggambarkan kehidupan Andrea Sachs, seorang perempuan egois yang bekerja di sebuah majalah fesyen. Sachs digambarkan sangat pintar tetapi sukar bekerjasama dan keras kepala.

8. Ten Little Indians
Ia sebuah novel yang unik kerana mengisahkan tentang 10 cerita berasingan daripada 10 orang India. Mereka bekerja sebagai guru, peguam dan pegawai perhutanan yang harus berjuang untuk tampil seperti kebanyakan orang berkulit putih. Penulisnya, Sherman Alexie menggambarkan kejanggalan, ironi dan pedihnya menjadi orang India di tengah upaya mereka agar diterima dalam kehidupan orang kulit putih.

9. The Lake House
Novel fiksyen ilmiah ini ditulis oleh James Patterson yang bercerita tentang doktor yang memburu enam anak ajaib untuk projek ilmiahnya. Keenam-enam anak itu adalah hasil eksperimen para ahli biologi yang menggabungkan DNA manusia dan burung sebelum kembali ditanamkan di rahim ibu mereka. Akibatnya, mereka memiliki sayap dan mampu terbang. Suasana makmal yang `suspen' dan jalan cerita yang padat membuat novel ini seperti sebuah cerita nyata.

10. The Passion of Reverend Nash
Pengarang, Rachel Basch menceritakan tentang pendeta Nash yang menjadi anggota Hutchinson Congregational Church di Connecticut, yang berbeza daripada pendeta yang lain. Pendeta perempuan ini bertubuh tinggi, mengenakan pakaian yang `salah' dan bersikap berani. Novel ini disebut oleh Christian Science Monitor sebagai `berani dan mencabar' kerana mengupas hal-hal sensitif dengan cara yang menyenangkan.

- Shahrom TM Sulaiman ialah pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Read more...

dipetik dari utusanonline.com
Etika pakaian diheret ke mahkamah?
Peguam Menulis Oleh Salleh Buang
Akhbar tempatan minggu lalu melaporkan bahawa parti pembangkang DAP tidak akan teragak-agak mengheret isu etika atau kod pakaian yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) ke mahkamah sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkeras mahu meneruskan niatnya untuk melaksanakan peraturan itu kepada wanita bukan Islam.

Karpal Singh, selaku timbalan pengerusi parti itu, dipetik sebagai berkata bahawa partinya tidak akan membiarkan kerajaan negeri pimpinan Pas bertindak sewenang-wenangnya ke atas hak asasi penduduk bukan Islam di negara ini.

Setakat mana yang kita tahu (berasaskan laporan media sehingga kini), MPKT melarang wanita bukan Islam di negeri itu daripada memakai baju lengan pendek, seluar jeans, skirt labuh berbelah dan skirt pendek sewaktu bekerja. Mana-mana syarikat (majikan) yang enggan atau gagal mematuhi peraturan baru ini akan dikenakan denda RM250, selain lesen perniagaan mereka ditarik balik (dibatalkan).

Soalan berbangkit sama ada larangan ini merupakan satu tindakan awalan kepada larangan yang lebih luas, dikenakan kepada semua wanita bukan Islam dalam semua keadaan di kemudian hari, baik yang sedang bekerja atau bersantai atau membeli-belah, hanya masa akan menentukan.

Berita inilah barangkali yang mendorong seorang pembaca ruangan ini bertanya (menerusi e-melnya kepada saya hujung minggu lalu) apakah negara kita pada masa ini mempunyai suatu undang-undang khusus yang secara jelas melindungi hak individu bukan Islam berhubung kebebasan berpakaian mengikut kehendaknya, budayanya atau fahaman agamanya sendiri?

Pembaca itu seterusnya bertanya apakah istilah pernyataan (expression) (yang terdapat dalam rangkai kata kebebasan bercakap dan mengluarkan pendapat di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan) itu merangkumi kebebasan berpakaian ataupun tidak?

Peraturan baru MPKT ini bukan saja diberi perhatian oleh media tempatan, bahkan juga mendapat ulasan media di luar negara.

Dalam lawatan singkat saya ke ruang siber Ahad lalu, saya menemui beberapa laman web yang turut memperkatakan isu ini. Antaranya, laman web japantoday melaporkan sebuah negeri di Malaysia bercadang mengenakan kod pakaian bagi bukan Muslim.

Laman web agensi berita AFP pula menyatakan, di bawah tajuk berita bahawa MPKT akan mengedarkan pekeliling mengenai kod pakaian ini tidak lama lagi kepada semua premis perniagaan, disusuli dengan tindakan menghantar pegawai-pegawainya (disebut dalam laman web itu sebagai Islamic preachers) untuk menasihati pekerja-pekerja wanita Muslim supaya berpakaian secara Islam.

Kembali kepada niat DAP mahu mengheret MPKT ke mahkamah bila peraturan baru kod pakaian ini dilaksanakan, soalan pokok yang perlu kita jawab ialah apakah sebuah parti politik ada locus standi memfailkan tindakan undang-undang sedemikian itu di mahkamah?

Sekalipun peraturan itu dilaksanakan nanti, pastinya bidang kuasa MPKT terhad kepada kawasan yang terletak di bawah jagaannya sendiri. MPKT tidak ada kuasa mengenakan peraturan itu kepada mereka yang tinggal dan bekerja di luar kawasan bandar Kuala Terengganu.

Jadi bagaimana pula dengan tempat lain di negeri itu pada masa ini belum lagi menggubal dan menguatkuasakan peraturan yang serupa?

Apakah PBT di kawasan-kawasan lain itu (seperti Dungun atau Kemaman) akan mewujudkan peraturan yang serupa?

Saya jangka beberapa perkara perlu berlaku terlebih dahulu sebelum kes mencabar peraturan ini boleh sampai ke mahkamah.

Pertama, peraturan baru ini perlu dikuatkuasakan terlebih dahulu (diwartakan). Kedua, selepas itu ada pihak-pihak tertentu yang sengaja enggan atau ingkar mematuhinya lalu tindakan undang-undang diambil oleh MPKT ke atas majikan yang terlibat.

Ketiga, majikan yang dikenakan tindakan ini (didenda atau lesen perniagaannya ditarik balik) merasa terkilan dengan tindakan MPKT itu lalu memutuskan untuk melawan tindakan itu.

Di peringkat inilah nanti baru majikan berkenaan mendapatkan khidmat guaman (daripada sesiapa sahaja yang sanggup mewakilinya, tidak semestinya peguam veteran DAP itu) untuk mencabar peraturan ini di mahkamah.

Selepas kes itu difailkan, kita akan lihat pula apa alasan atau asas perundangan yang akan dikemukakan oleh peguam MPKT untuk berhujah kepada mahkamah bahawa peraturan yang mengandungi kod pakaian itu sah di sisi undang-undang dan sama sekali tidak bertentangan dengan apa-apa peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ya, perjalanannya masih jauh. Tidak semudah yang diperkatakan oleh Timbalan Pengerusi DAP itu.

Read more...

Senandung buat si anak

Senandung buat si anak
Hari itu ibu tersenyum puas menatapmu
Setelah sembilan bulan sepuluh hari
Membawamu ke sana ke mari
Dikau menjengah juga ke dunia ini
Ibu berbisik "Sayang, kau akan berbakti
Kepada agama, bangsa dan watani".
Kini kau menjejaki alam remaja
Kau keliru dengan identiti dan citarasa,
Namun.....
Berkat ibu mengatasi segala-galanya,
Syukur pada tuhan
engkau bangkit menyahut kata
Amar ma'ruf nahi mungkar
akan kau laksana.
Esok, ayah dan ibu tersenyum lebar
melihat dikau telah menggamit sinar
walaupun dilanda ombak dan badai mungkar
walaupun hidup ini suatu yang sukar
tapi dikau tetap utuh dan tegar
kerana bagimu hidup ini hidup ini satu jihad
walaupun teman-temanmu
mengatakan hidup ini terhad
hati kecilmu pun telah nekad untuk mengotakan harapan ibu dan ayah biarpun berdekad dan abad
dengan kalimah QULHUWALLAHU AHAD!


Nukilan,
Madah Mawaddah
Laman puisi, ANIS, Ogos 2002.

Setiap kali tiba hari kelahiran kita, yang pertama-tama kali yang kita akan ingat ialah mak, lepas tu barulah diikuti oleh insan-insan tersayang yang lain. Ini adalah kerana ia mengungkit kembali pengobanan yang dialami oleh mak/ibu yang tidak ternilai bermula drp dia mengandungkan kita sehinggalah seusia kita pada hari ini. Tapi berapa ramaikah yang sudi menghulurkan ucapan terima kasih di atas pengorbanannya selama ini kepada kita? kadang-kadang, bukan kita tak nak ucapkan...tapi malu, segan dan sebagainya....yang peliknya, kita tak malu pula m,inta hadiah itu dan ini daripada mak....isy.. isy..isy...(termasuklah diri saya)...
takpe, di hari lahir yang akan datang kita sama-sama cuba ye!

Selamat hari lahir kepada ketua panel pemikir pakdi yang ke 2+1=21 pada 11/1/2004. Moga apa yang diimpikan dimaqbulkan Allah s.w.t, juga kepada semua sahabat yang lahir pada bulan Jan 2004. Korang dah tua le ye ... tak pe umur je yang tua tapi tuannya masih lagi muda lagi....

Read more...

Kabinet umpama Wad Ortopedik di musim perayaan

Monday, January 12 @ 21:08:25 MYT


Oleh MAHFUZ OMAR
ZIARAHLAH ke wad hospital di mana-mana juga, anda akan dapat melihat deretan katil yang menempatkan manusia yang sedang mengalami berbagai-bagai jenis penderitaan, kesakitan, kesusahan, kesulitan dan kesengsaraan.

Wad-wad itu pula dikelaskan mengikut kategori penyakit dan pesakit, serta tahap keseriusan kecederaan dan penyakit yang dihidapi.

Penderitaan dan kesulitan itu bukan sahaja dihadapi oleh pesakit, bahkan oleh seluruh ahli keluarga yang terpaksa bergilir menunggu dan menjaga pesakit, bahkan, kadangkala, kesulitan ahli keluarga yang menanti penuh sabar dan tabah itu melebihi kesulitan dan penderitaan yang dialami oleh pesakit tadi.

Di saat negara mengalami kadar kemalangan jalan raya yang semakin tinggi, meragut ratusan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain, wad ortopedik adalah wad yang paling ramai dihuni, dan wad yang paling baik untuk menimbulkan keinsafan. Jangan memandu laju lagi!! Lihatlah mereka! Berbungkus, berbalut, bersimen, tergantung, patah tangan, patah kaki, pendarahan otak, menggelupur, tidak sedarkan diri, nazak malah hilang nyawa di katil hospital.

Menyerahkan tugas berat kepada pesakit di wad ortopedik, bagai menyerah labu kepada tikus untuk dibaiki. Diri sendiri pun tak mampu diuruskan lagi, malah sekumpulan penghuni awad ortopedik tak mungkin mampu menangkap seekor kucing yang melarikan sarapan pagi mereka, malah kadang-kadang lalat yang hinggap di batang hidung tak mampu dihalau.
Kebanyakan mereka berak dan kencing dimana mereka tidur, dan keluarga dan jururawatlah yang akan melakukan tugasan �berat� seterusnya.

Menatap barisan kabinet baru Pak Lah seolah-olah melintasi dan berhenti sejenak di sebuah wad ortopedik di musim perayaan. Dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan, deretan wajah-wajah tokoh yang situasi sebenar mereka seolah-olah mereka adalah penghuni wad ortopedik.
Zahir mereka nampak sihat dan cantik, hakikat sebenar disebalik senyuman penuh makna mereka itu, sedang tersembunyi seribu penderitaan dan kecacatan serta ketidakupayaan.
Berkerusi roda, bertongkat, terpaksa dipapah untuk ke bilik air, berbalut, bersimen, lumpuh dan ada yang patah hati. Doktor dan jururawat berkejaran melakukan prosedur rawatan kecemasan, ahli keluarga mengeluh keresahan, kesedihan dan mencongak masa depan. ....dan seterusnya

Komen: Bagi saya, article ini amat menarik, tidak bermaksud ingin ta'sub kepada mana2 parti politik tetapi adalah kerana ulasan yang diberikan dengan menggunakan ilmu balaghah (majaz/kiasi) yang sesuai menggambarkan situasi politik sebenar yang berlaku di negara kita pada hari ini. Terpulanglah nak menilainya macam mana, tapi sama-samalah kita memikirkannya dengan menggunakan akal yang waras.

Read more...

Pelajar dikelar rakan kena 52 jahitan
Oleh Nurhidayah Najmi

(Gambar jahitan di muka pelajar tersebut)

IBU Mohd Firdaus, Azizah Ahmad, 40, menunjukkan pipi,
telinga dan leher anaknya yang dikelar dengan pisau
oleh rakan sekelasnya, Rabu lalu.


JITRA: Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa (SMKSM) di sini, terpaksa menerima 52 jahitan di pipi, telinga dan lehernya akibat dikelar dengan pisau lipat dalam pergaduhan dengan rakan sekelasnya.

Read more...

Lima sekeluarga maut nahas lori, kereta
Oleh Hamid Salleh, Baharom Bakar dan Zubir Mamat

(Gambar kemalangan yang berlaku)

BEGINILAH kereta yang remuk selepas terbabit dalam
kemalangan ngeri yang mengorbankan lima sekeluarga di Kilometer 64,
Jalan Jerangau-Jabor, Dungun, petang semalam.


DUNGUN: Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terbunuh apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak sawit di Kilometer 64, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Nerang di sini, petang semalam.

Read more...

Thursday, January 08, 2004

Hati yang bersih, ibarat nur yang memancar, yang hanya dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah dihadapannya, malaikat di kiri dan kanannya, matlamat islam dan agama di sekelilingnya.

Read more...

Kenali rasulullah, nabi dan rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan mesejNYA kepada umat seluruh alam.

Read more...

Universiti sebagai "The Fifth Estate".

di antara point yang ditulis oleh saudara Ali Bukhari Amir ialah: "Terima kasih kepada RTM kerana menyiarkan rancangan Bicara Siswa (5 Jan 2004) yg mengupas tajuk Hak Asasi Manusia (HAM). Ada pelbagai pandangan yg dilontarkan oleh para panelis. Namun saya ingin fokus kepada Khairul Eruwan, YDP Desasiswa Gemilang yg menyatakan bahawa AUKU tidak menyekat kebebasan mahasiswa. Dalam hal ini saya meminta beliau agar merujuk kembali rancangan KOMENTAR oleh RTM pada 9 April 1975 yang memuatkan wawancara Menteri Pelajaran (sekarang Menteri Pendidikan) dengan pengacara rancangan tersebut. Wawancara tersebut jelas membuktikan bahawa AUKU benar-benar mengekang suara kaum pelajar. Jika tidak mengapakah berlaku terlalu banyak pindaan demi pindaan semenjak 1975 hingga kini walaupun pendekatan perjuangan mahasiswa kini semakin kurang beraksi di jalanan dahulu. Apa bezanya Mat Rempit yang ganas di jalanraya dengan mahasiswa yang cuma berkumpul sevara aman? sudah tentulah Mat Rempit lebih membahayakan. Barangkali panelis terlupa atau tidak tahu nasib malang yang menimpa Rizal Adnan (UUM) serta Rafzan Ramli (ISA7) yang telah digantung pengajian kerana AUKU dan kaedah-kaedah universiti........."

Read more...

Wednesday, January 07, 2004

Akta khas didik remaja bermoral, PKN adalah wajar-Lukman Moidin

Sedih rasanya bila melihat realiti yang berlaku hari ini khususnya terhadap para remaja, yg semakin menular dr semasa ke semasa sehingga pihak kerajaan pun sudah kehilangan idea memikirkan jalan terbaik utk menanganinya. Apa2 pun, kembalilah kepada ajaran agama, hanya dengan menerapkan kembali ajaran2 islaam sahaja yang mampu memberi kesedaran kepada seseorang itu. Berilah penekanan tentang nilai agama itu sendiri. Munaqashahlah dgn alim ulama, krn mereka adalah waratsatul anbiya' yg lebih faqih dalam bidang2 ini.

Read more...

Masalah pelumba haram: Bakar motor tindakan kurang rasional

Read more...

Pengumuman TPM hari ini-Najib dijangka dilantik sebagai orang nombor 2

Read more...

Tuesday, January 06, 2004

Wang kertas RM10 versi baru diperkenal


sape-sape yang dah dapat wang kertas versi baru ni, bolehlah tukar dengan saya ye, saya masih lagi menggunakan wang kertas versi lama. Tak sabar rasanya nak guna RM 10 yang terbaru.

Read more...

Astora Jabat kata takde. Ni seorang profesor Usuluddin jawab. Sumber dari UtusanOnline. 6 Januari 2004.

Azab kubur - Menurut al-Quran dan hadis
Oleh ABDULFATAH HARON IBRAHIM

Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, se-tiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185). Mati adalah titik permulaan insan memasuki alam lain (alam lain dalam bahasa Arab di sebut Alam Akhirat). Alam Akhirat ini digelar juga Alam Balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia. Amalan baik dibalas baik dan sebaliknya. Tulisan ini me-ngenai amalan jahat, dibalas jahat. Balasan ini bermula daripada memasuki liang kubur lagi.

1. Firman Allah, Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim ( berada) dalam tekanan-tekanan sakrat (mabuk) mati, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka (sambil berkata) ``keluarkan nyawamu. Pada hari itu kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar. (Al-An'am:93).

Di sini azab bermula dari saat kemati-an lagi, belum pun dikapankan dan dikebumikan. Ini adalah sebahagian daripada seksa yang berlaku sebelum kiamat. Ditambah dengan azab kubur kerana kebanyakan insan akan mengalaminya. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 600-601).

2. Firman Allah, Nanti akan Kami seksa mereka dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar. (At-Taubah: 101).

Maksud seksa dua kali ialah pertama tembelang orang munafik dan kedua seksa kubur. Atau seksa dunia dan seksa kubur. Semestinya salah satu daripada dua seksa itu ialah seksa kubur. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601).

Nanti akan Kami seksa mereka dua kali iaitu azab seksa di dunia dan azab seksa kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).

3. Firman Allah, Dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat sangat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang (sebelum hari bangkit dari kubur), dan pada hari terjadinya Kiamat, dikatakan kepada malaikat: ``Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras. (Al-Mu'min: 45-46).

Roh Firaun dan orang-orangnya dalam (tembolok) burung hitam berulang alik ke neraka, begitulah ardhuha (ditunjukkan). Ditunjukkan ini bermula dari dunia ini lagi sebelum Kiamat. Ditunjukkan ini di alam barzakh. Inilah hujah bagi orang yang mengatakan bahawa azab seksa kubur itu memang benar. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601).

Dan pada hari terjadinya Kiamat, dikata kepada malaikat: ``Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.'' Ayat ini merupakan dalil yang amat jelas bagi Ahli Sunah mengenai adanya seksa di alam barzakh dan dalam kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).

4. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ini menepati firman Allah berbunyi Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut). Nabi s.a.w. menyebut mengenai azab kubur dengan sabdanya, Apabila seseorang Muslim mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Firman Allah, Allah mengukuhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut).

Diturunkan ayat ini mengenai azab kubur. Mengenai seksa kubur ini ada ulama mengatakan seksa badan dan roh kedua-duanya sekali. Allah Maha Kuasa mengembalikan sebahagian daripada jasad yang berkecai itu dicantumkan semula dan mengembalikan nyawanya ke dalam jasadnya itu. Tidak kurang pula, termasuk Ibn Hazm dan Ibn Hubairah yang mengatakan seksa kubur adalah seksa roh sahaja tanpa ia kembali semula kepada badan. Bandingkan dengan orang bermimpi merasa selesa atau seksa, sedangkan orang-orang yang ada bersamanya tidak tahu satu apa pun apa yang berlaku pada diri si tidur yang bermimpi itu. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599, 602 dan 603). Daripada keterangan ini masalah orang mati hancur badannya atau dimakan binatang buas tidak timbul.

5. Hadis Nabi s.a.w.: Rasulullah melihat mayat mereka yang dijatuhkan ke dalam perigi (sebuah perigi yang berisi dengan mayat-mayat orang musyrikin yang terbunuh dalam Perang Badar) seraya bersabda, Adakah kamu benar memperoleh apa yang Tuhan janjikan kepada kamu?'' Sahabat bertanya, ``Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati.'' Jawab Rasulullah, ``Mereka lebih dengar daripada yang kalian dengar tetapi mereka tidak berdaya menjawabnya.

Sesungguhnya si mati itu diseksa dalam kuburnya. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan jilid 8 halaman 31).

6. Sabda Nabi s.a.w.: Sesungguhnya mereka tahulah sekarang bahawa segala apa yang aku katakan adalah benar. Allah berfirman, Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu mendengar. Maksud Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu mendengar, dengan erti kata dengar yang memanfaatkan mereka, atau anda tidak boleh mereka mendengar kecuali dengan izin Allah. Kenyataan ini ada kaitan dengan pertanyaan ``Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati'' yang tersebut di atas. Dengan ini bererti sama ada mereka dengar dengan telinga badan atau telinga roh. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 602 ).

7. Daripada Aisyah r.a. berkata, ba-hawa seorang wanita Yahudi datang kepadanya lalu menyebut tentang seksa dalam kubur dengan katanya, ``Moga-moga Allah lindungi anda daripada seksa kubur.'' Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai seksa kubur. Rasulullah menjawab, Ya, memang benar ada seksa kubur. Selepas itu, kata Aisyah, setiap kali Rasulullah melakukan solat, baginda tidak meninggalkan bacaan doa memohon perlindungan daripada seksa kubur. Ghundur menambah, seksa kubur memang benar. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 599-600).

8. Pada satu hari Rasulullah s.a.w. berdiri menyampaikan ucapannya. Dalam ucapan sabdanya itu Rasulullah menyebut berkenaan ancaman dan seksaan (fitnah) kubur yang bakal dihadapi oleh si mati. Setelah Rasulullah bersabda demikian, para sahabat pun mula bercakap-cakap hingga hiruk pikuk. Ini menyebabkan ucapan Rasulullah tidak dapat didengar dengan baik. Setelah mereka diam, seorang sahabat bertanya mengenai apa yang disabdakan oleh Rasulullah selepas itu? Lalu dijawab, Rasulullah bersabda, Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa anda sekalian akan menghadapi ujian seksa dalam kubur tidak jauh daripada ujian Dajjal. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600 dan 605).

9. Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, ``Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?'' Orang mukmin itu menjawab, ``Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.'' Selepas itu malaikat itu berkata lagi, ``Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.'' Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, ``Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?'' Dia akan menjawab, ``Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.'' Lalu ditanya lagi, ``Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).'' Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600).

Hadis ini menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. dengan umatnya. Mereka diuji dalam kubur masing-masing. Ternyata bahawa setiap nabi itu bersama umat masing-masing. Hadis ini menunjukkan tidak boleh bertaklid dalam perkara iktikad. Perhatikan bunyi hadis tersebut di atas, ``Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.'' (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 610).

10. Hadis Nabi s.a.w., Pada satu hari Rasulullah s.a.w. keluar selepas matahari terbenam, lalu baginda mendengar suara yang mengerikan. Rasulullah pun bersabda, Itulah suara-suara Yahudi yang sedang diseksa dalam kubur mereka.

`Mendengar suara' kemungkinan suara malaikat yang menyeksa, atau suara Yahudi yang diseksa atau suara seksaan itu sendiri. Kalau Yahudi diseksa dengan sebab keYahudiannya, orang musyrikin juga tiada terkecuali kerana kufur syirik lebih dahsyat daripada kufur Yahudi.

Putri Khalid al-'Asi berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. memohon mendapatkan perlindungan daripada seksaan kubur. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud: Ya Allah, hamba mohon perlindungan-Mu daripada azab kubur, dan daripada azab Neraka, dan daripada kesengsaraan hidup dan mati, dan daripada kesengsaraan Al-Masih ad-Dajjal.

11. Pada satu hari Rasulullah s.a.w. melalui dua tanah perkuburan. ``Mereka (yang mati dikebumikan dalam dua tanah perkuburan itu) sedang diseksa.'' Mereka diseksa bukanlah kerana perkara besar. ``Ya, (mereka diseksa kerana melakukan satu dosa besar) iaitu kerana seorang daripada mereka sengaja mengumpat, menyebarkan fitnah dan yang satu lagi tiada mengelakkan dirinya daripada kekotoran kencingnya.'' (Ibn Abbas menambah): Kemudian Rasulullah mengambil sehelai daun hijau lalu dikoyak dua, lalu meletakkan sekeping ke atas kubur seraya bersabda, ``Moga-moga seksaan mereka berdua diringankan sehingga daun ini kering.'' (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 87 dan 88, Mengenai Azab Kubur, halaman 610, 611-612, 613).

Sebuah hadis mengenai azab atau nikmat kubur bermaksud: Kubur itu sama ada satu taman dari taman syurga atau satu rongga dari rongga neraka. Hadis ini boleh dirujuk kepada at-Tirmizi dan al-Baihaqi, tetapi sanadnya daif. Sungguhpun ia daif, tetapi maksudnya betul dan benar kerana disokong oleh hadis-hadis daripada kitab Sahih Bukhari seperti tersebut di atas. Penulis merasa berpada dengan merujuk kepada Sahih Bukhari sahaja, tidak perlu kepada sumber-sumber lain, kerana Sahih Bukhari adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran.

Rujukan:
- Tafsir al-Quran oleh Ibn-Kathir.

- Ibn-Hajar, Fath al-Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, bab 86 dan 87, jilid 3, Al-Maktabah at-Tijariyah, 144 H-1993M).

- ABDULFATAH HARON IBRAHIM, Profesor di Jabatan Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Read more...

Monday, January 05, 2004

2 lelaki lebih 60 tahun disyaki rogol budak

Sejak daripada dulu lagi isu-isu/masalah-masalah jenayah dan sosial yang tidak bermoral seperti di atas tidak berjaya diatasi malah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, faktor utama makin bertambahnya masalah-masalah seperti ini adalah faktor persekitaran, termasuk persekitaran di rumah, di tempat belajar, di tempat kerja, dan di semua persekitaran kitalah (termasuk suasana di negara kita). Selagi mana ianya tidak diamalkan/ dihiasi dengan persekitaran Islam selagi itulah bukan sahaja masalah-masalah ini, malah segala masalah-masalah lain yang sering melanda negara kita tidak dapat diatasi. Dan pihak kerajaan adalah orang yang pertama yang bertanggungjawab membentuk persekitaran/ biah sebagaimana yang dianjurkan oleh al-quranul karim.

Read more...

Ayah terbiar dan tidak dipedulikan-NURUL IZZAH

...."Kami memang terkejut dan sangat bimbang kerana sakit ayah lebih serius daripada biasa. Tekanan darahnya dicatat pada kadar 180. Ini amat membimbangkan kami sekeluarga."......

...."Sudahlah terlalu sukar bagi kami untuk mendapatkan kebebasan ayah, keadaannya pula terbiar dan tidak dipedulikan. Beliau seolah-olah tidak mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia", kata Izzah.

* Jika seseorang itu benar-benar bersalah hukumlah dengan seadilnya, bukan dengan menyeksanya dan tiada hukum/undang-undang yang paling adil kecuali hukum/undang-undang Islam sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang memang terjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Read more...

Sunday, January 04, 2004

200 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Read more...

Kedutaan terbesar di IRAQ, dosa AS makin menimbun.

Read more...

Saturday, January 03, 2004

Semua IPTA perkenal program MAKLUM

Read more...

Kursus BTN: Mengapa perlu perlekehkan islam dan mahasiswa?

UIA: Kursus BTN akan diadakan tak lama lagi, so jangan lepaskan peluang !!! mesti banyak maklumat dan agenda terkini yang nak disampaikan kepada bebudak UIA (mungkin nak susun strategi agar tak nampak celaru dalam pilihanraya umum akan datang). maklumat lanjut kursus tersebut, boleh baca iklan besar yang masih lagi tergantung di hadapah masjid UIA.
Terima kasih kepada penganjur kerana sentiasa memberi maklumat -maklumat terkini kepada kami.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP