Monday, April 05, 2004

selepas pilihanraya baru-baru ni, hati saya tak tenang sikit, mungkin tak puas hati dan amat terkejut dengan keputusan pilihanraya tersebut. ditambah pula dengan berita kematian syeikh Yassin, salah seorang pemimpin agung umat islam. lagi sedih bila result final exam sem 11, turun sedikit. tapi insyaalah akan cuba bangkit dan bersemangat semula...sebagai umat islam, kita perlu ingat bahawa Allah tak suka pd hambanya yg berputus asa dan sentiasa sedih...kita kan ada Allah, insyaallah umat Islam boleh!!!! siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan ini kalau bukan diri kita yang telah diterap, ditarbiyah dan diajar dengan pengetahuan islam...

lihatlah nun di sana, ramai lagi yang memerlukan tunjuk ajar dan bakti drp kita...ingatlah ....matlamat kita adalah mardhatillah dan mengembalikan kegemilangan islam seperti mana pada zaman sahabat2 rasulullah dulu2....
senyum!!!!!!!! kan dah dapat ketenangan tu........

terbaca puisi yang diberikan oleh sahabat saya,

BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN

Di bumi ini kita diketemukan
satu arah satu perjuangan
satu aqidah satu pegangan
asasnya terjalin ikatan ukhwah fillah
tidakkan musnah
walaupun ombak, badai mendesak
lautan erat tak mungkin patah
dengan ismullah kita berbai'ah

bertemu berpisah hanya keranaNYA semata
redha Allah kita cari
moga2 kitakan dirahmati
dengan niat yang suci
bertemu kembali di negeri abadi

demikian manisnya mahabbah murni
limpahan kasih anugerah ilahi
terpancar cahaya
penuh hati
amur suci dariMu rabbi...

lambaian kasih di bumi ini
suburi dengan perjuangan hakiki
bajai jangan dicemari
redha Allah yang dipohoni


Salam perjuangan buatmu sahabat
dalam mengharungi liku2 perjuangan.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP