Wednesday, April 21, 2004

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca

'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.


Islam Hadhari

Kebelakangan ini seringkali sentimen agama ditonjolkan dan istilah-istilah yang dikaitkan dengannya dicipta seperti pemimpin ulil amri dan yang hangat diperkatakan sekarang adalah isu "Islam Hadhari". Islam Hadhari ini merupakan cetusan idea bekas pemimpin no 1yang lepas dengan alasan ramai umat islam keliru dengan menolak pembangunan kerana ia bukan disuruh oleh agama. Mengapa mesti ditubuhkan Islam Hadhari ini ya?

Islam sama sekali tidak menolak pembangunan, tetapi ia perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Nilai-nilai Islam perlu diterapkan tidak kira di dalam apa jua jenis pembangunan tanpa melupakan pembangunan rohani. Dasar islamisasi pernah diperkenalkan sebelum ini tetapi ternyata dasar ini retorik semata-mata. Jadi untuk menarik lebih perhatian rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam, maka terciptalah istilah Islam Hadhari.

apakah maksud sebenar Islam Hadhari? adakah maksud Islam hadhari ini ialah Islam itu perlu disesuaikan dengan kemodenan?

sepatutnya kita menggunakan konsep HADRATUL ISLAM iaitu kemajuan Islam atau ketamadunan Islam yang mana dari sudut lughahnya bermaksud, kemajuan dan kemodenan itu perlu disesuaikan dengan Islam, bukannya Islam yang disesuaikan dengan kemodenan.

from: orbit islam.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP