Friday, April 09, 2004

Amerika tidak senangi kebangkitan Islam ? Ustaz Nasharuddin
Friday, April 09 @ 15:23:28 MYT

Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 9 April (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mendakwa Amerika Syarikat (AS) tidak menyenangi kebangkitan rakyat Iraq untuk membebaskan tanah air mereka sama seperti Washington tidak sukakan kemenangan parti Islam di negara ini.

Menurutnya, sikap permusuhan Amerika kepada Islam jelas apabila mereka tampil sebagai negara pertama mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) mengalahkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam pilihan raya ke-11 pada 21 Mac lalu.

Sehubungan itu katanya, dasar AS yang tidak mahu pentadbiran dan perundangan Islam berkuasa di mana-mana negara bukanlah sesuatu yang pelik apabila rakyat Iraq diserang habis-habisan termasuk mereka yang berselindung di masjid-masjid di bumi Iraq.

Kelmarin dan semalam tentera AS dilaporkan menyerang serta memberi amaran untuk terus menggempur masjid-masjid di Iraq dengan alasan rumah ibadat umat Islam itu digunakan sebagai pangkalan bagi melancarkan serangan atau menyimpan senjata.

Dalam serangan tersebut sekurang-kurangnya 60 orang awam terbunuh dan 130 lagi cedera semasa tentera AS menyerang sebuah masjid di barat Baghdad.

Menurut Ustaz Nasharuddin lagi, tindakan ganas itu menunjukkan sikap sebenar Amerika amat anti-Islam.

"Memang jelas Amerika anti-Islam dan hari ini kita lihat orang awam yang tidak bersalah pun turut jadi mangsa kekerasan mereka," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Katanya sikap AS, perlu dikutuk sekeras-kerasnya kerana orang yang tidak mampu melawan kecanggihan senjata mereka terus dibedil.

"Tindakan kejam Amerika sebenarnya bukan saja di Iraq malah di mana saja umat Islam berada," katanya.

Oleh sebab itu katanya, sistem demokrasi yang dilaungkan AS hanya untuk kepentingan mereka.

Sehubungan itu katanya, selain penyatuan penduduk berfahaman Sunnah dan Syiah memuncak untuk menentang tentera AS, umat Islam di seluruh dunia perlu bangun untuk menentang tindakan AS terhadap umat Islam.

"Salah satunya yang perlu dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia ialah memboikot barangan keluaran AS," katanya sambil memberitahu bahawa PAS akan mengambil satu ketetapan untuk membantah serangan AS di Iraq sejak kebelakangan ini. ? mks/lanh


khas buat sahabat2 dan adik2 seperjuangan,
dapat drp ketua usrah yang disayangi...


sahabat2 dan adik2 seperjuangan....
lihatlah nun di sana
islammu kini ketandusan pembela
bersama sendu mengalir lesu
tertunggu-tunggu mujahid baru
kembangnya kini diulit sepi
tiada lagi mujahid dan mujahidah yang sejati

sahabat2 dan adik2 seperjuangan...
khidmatmu dinanti
ummah derita engkaulah pengubatnya
budi pekertimu penawar sengsara
penyeri islam dan tamannya
yang bakal menggoncang dunia
namun ingat wahai sahabat2 dan adik2 seperjuangan...
ilmu perlu dicari
sebagai bekalan dalam perjuangan nanti
pembimbing diri daripada taghut dibenci
tuntutlah seikhlas hati

sahabat2 dan adik2 seperjuangan...
teguhkan iman taqwamu di hati
taqarrubillah takhta peribadi
amalmu menjadi bukti
sabarmu dikagumi pasrah pada ilahi
redha menghadapi mehnah rabbul 'izzati
usah ditangisi takdir yang sudah pasti
pengorbananmu kan disanjungi
berbekalkan iman, taqwa, sabar dan redha
berilmu, beramal, berkhidmat dan berjuang
berkorban agar islam kan gemilang
bersama mujahid dan mujahidah islam takkan sepi
subur disirami harum mewangi
engkaulah mujahid dan mujahidah sejati....

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP