Thursday, March 04, 2004

Parlimen dibubar hari ini
SPR bermesyuarat 8 mac tentukan tarikh pilihan raya ke-11

Oleh Kadir Dikoh, Misiah Taib dan Fazli Abdullah

KUALA LUMPUR: Parlimen dibubarkan hari ini, kira-kira sepuluh bulan lebih awal daripada tempoh penggal ke-10 berakhir, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-11 diadakan.Serentak itu, kecuali Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, DUN negeri lain termasuk Sabah, turut dibubarkan hari ini supaya pilihan raya Parlimen dan DUN diadakan serentak.

Tarikh penamaan calon dan hari mengundi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang difahamkan akan bermesyuarat pada 8 Mac ini.



Kekuatan Umat Islam:Umat Islam miliki ketahanan sendiri untuk selesai permasalahannya � Akef

Harakah, Wednesday, March 03 @ 16:06:35 MYT

KAHERAH, 3 Mac - Mursyidul Am Gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, Muhammad Mahdi 'Akef menegaskan bahawa, umat Islam dan Arab memiliki prinsip dan nilai harga diri yang tinggi, dengannya mereka mampu menyelesai serta memperbaiki masalah dan keadaan diri mereka.

Tetapi kesemua itu tidak akan tercapai selagi kebebasan mereka disekat, undang-undang darurat perlu dihapuskan dan pihak berkuasa benar-benar melaksanakan sistem demokrasi yang adil kepada rakyat.

Demikian menurut beliau ketika diwawancara oleh sebuah agensi berita berbahasa Arab.

Menurut beliau, kita sebagai satu umat yang serious, memiliki segala kepakaran ilmu yang membuktikan kita selaku umat Islam, mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan memimpin dunia.

Sebagai contoh katanya, kepimpinan umat Islam mujahidin di Palestin mempunyai iman yang kental serta contoh teladan yang baik dengan penuh berani menentang serangan rejim Zionis dan Amerika semata-mata mempertahan umat, bukannya rakyat Palestin semata-mata.

Bagaimana pun katanya, Gerakan Ikhwan Muslimun mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi serangan Amerika ke atas umat Islam, iaitu dengan memperbaiki aspek ekonomi, politik dan sistem pembelajaran.

Inilah yang diajarkan oleh Islam dalam melaksanakan konsep perjuangan dan kebenaran yang perlu diambil kira oleh setiap penganutnya.

Beliau yang ditanya berhubung kerjasama dengan parti-parti lain yang tidak berasaskan Islam untuk mencapai maslahat kesucian Islam, menjelaskan bahawa kita mempunyai kaedah yang tetap iaitu bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui, dan salaing memaafkan dalam perkara yang diperselisihkan.

Sebagai sebuah gerakan yang matang sejak beberapa abad, dengan pelbagai pendekatan yang disediakan, Gerakan Ikhwan semakin diterima di kalangan masyarakat, justeru apabila dilihat kepada keanggotaan ahlinya terdiri daripada mereka yang berusia dua puluhan hinggalah kepada sembilan puluhan, ini menandakan petunjuk yang baik untuk menang dalam pilihan raya pada masa-masa akan datang. Ikhwanonline/zh.


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP