Tuesday, March 30, 2004

Roh jihad sudah pudar dalam hati umat Islam
Oleh Muhtar Suhaili
www.bharian.com.my

MARUAH Islam sekali lagi dicabar dan tercabar. Jati diri ummah kian bergoncang dan hak asasi manusia terus diperkosa.

Di pihak lain, keangkuhan Israel melampaui batasan. Pembunuhan ulama dan pemimpin pergerakan Hamas, Syeikh Ahmed Yassin di Gaza menunjukkan betapa kejamnya Zionis terhadap Islam.

Syeikh Ahmed Yassin, 66, yang lumpuh dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda terbunuh dalam serangan udara pada 22 Mac lalu sebaik saja keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh.

Lebih malang lagi, serangan udara itu turut mengorbankan tujuh lagi rakyat Palestin tidak berdosa termasuk pengawal peribadi beliau.

Realitinya inilah yang berlaku kini. Selepas keagungan dan institusi khalifah runtuh, maruah Islam terus tidak diendahkan.

Tokoh pejuang umat Islam dihimpit dan mereka dilabelkan sebagai pengganas, pemberontak, penjenayah dan pelbagai lagi gelaran bagi menghalalkan segala penentangan terhadap mereka.

Selain Syeikh Ahmed Yassin, ramai pejuang tulen yang diuji dan sudah diuji dengan pelbagai cabaran termasuk dipenjara, dikenakan hukuman bunuh, dibuang daerah dan dipulaukan masyarakat.

Antaranya Syamil Basayev dan Jeneral al-Khattab di Chechnya; Dr Ayub Thakur (Kashmir); Dr Abas Madani dan (Algeria); Omar Basyir (Sudan); Dr Najmuddin Erbarcan (Turki); dan Mustafa Masyhur (Mesir).

Sebenarnya umat Islam seluruh dunia seharusnya sedar akan perlunya mereka menilai kembali diri dan membuat perancangan berkesan yang boleh digunakan untuk mengembalikan kecemerlangan ummah pada masa depan.

Tindakan membabi-buta tidak akan menyelesaikan masalah umat Islam. Sebagai renungan bersama, ucapan al-Imam Hasan Al-Banna wajar diteliti secara bersama. Beliau pernah berkata: �Kemenangan itu sedang menanti di hadapan kita. Walaupun tekanan semakin dahsyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pastikan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan.�

Selain itu, kata-kata seorang pujangga wajar dijadikan motivasi untuk mengorak langkah membina kegemilangan.

Beliau berkata: �Kebangkitan Islam bukan menanti keredaan orang kafir dan munafik, tetapi Islam bangkit di celah kekafiran dan kemunafikan.�

Islam adalah agama berkasih sayang dan sentiasa memperjuangkan keamanan, keadilan dan kesaksamaan sejagat.

Malah perkataan �Islam� itu sendiri membawa makna salam atau �selamat�. Umat Islam dididik bersikap dan bertindak secara sederhana, bertolak ansur dan mengamalkan toleransi.

Apabila hak seseorang dicabuli, Islam pasti menentangnya tidak kira sama ada yang tertindas itu seorang muslim atau tidak.

Inilah sebenarnya keindahan Islam dan ajarannya yang melangkaui batasan geografi dan merentasi sempadan politik sempit kerana ajaran dan mesejnya adalah bersifat �alamiyyah (global), syumul dan rahmat kepada seluruh manusia.

Bagaimanapun, keadaan dan situasi umat Islam kini berada pada tahap yang menyedihkan. Di seluruh dunia, negara dan umat Islam dijajah, ditindas dan dilabel secara negatif.

Lebih daripada itu, dunia dan sejarah membuktikan bahawa tamadun Islam lama menyaksikan gangsterisme Barat. Malah, Barat sentiasa berusaha merancang, merencana dan melaksanakan agenda jahat bagi memastikan Islam dan umat Islam terus dihina serta dipandang rendah pada setiap ketika.

Sebab itulah, tindakan unilateral, perang berat-sebelah, kekejaman, pembunuhan beramai-ramai atau �genocide�, kebuluran, keruntuhan moral dan pendek kata segala masalah yang berlaku hari ini terus bermaharajalela.

Oleh itu, tidak ada kesangsian lagi untuk orang beriman memejamkan mata dan berpeluk tubuh atas apa yang berlaku.

Selain itu, mustahil bagi muslim terus lena dan dibuai mimpi indah di atas tilam yang empuk, bergoyang kaki membuang masa serta hanya memikirkan terhadap kepentingan dan keuntungan peribadi apabila melihat jenayah ganas ini terus memalit luka dan duka kepada kemanusiaan di seluruh dunia.

Sejarah dan pengetahuan masa silam adalah perkara berharga untuk diteliti bagi memperbaiki keadaan sedia ada.

Oleh itu, langkah pertama perlu dilaksanakan dalam menghadapi semua dilema dan permasalahan ini ialah umat Islam perlu bersatu.

Integrasi adalah jawapan paling baik. Segala perbezaan pandangan, fahaman politik dan sebarang prejudis antara wajar diketepikan.

Setiap Muslim perlu menerima kenyataan bahawa solidariti memainkan fungsi sangat besar dalam menganjak situasi semasa ummah.

Asas kukuh persaudaraan mesti berlandaskan akidah bagi memastikan persaudaraan yang terbina adalah Ukhuwwah Islamiyyah.

Justeru, umat Islam perlu bersatu kerana Islam adalah agama perpaduan. Ajaran Islam yang syumul hendaklah dijadikan sebagai model dan kerangka berseri kepada kesatuan ummah.

Selagi masyarakat Islam terus memaut erat fahaman kuno seperti semangat perkauman, taksub dan fanatik, maka percayalah bahawa muslim akan terus hidup dalam pertelingkahan dan perpecahan.

Justeru, tiba masanya semua berbicara mengenai kesatuan yang sebenar. Ia penting ke arah mencapai impian membentuk masyarakat madani yang berteraskan konsep ummatan wahidah � umat yang satu.

Selain itu, semangat dan roh jihad sudah pudar dalam hati umat Islam. Malah umara� (pemerintah), ulama dan pahlawan agama gagah hanya tinggal kenangan.

Segala-galanya hanya tinggal nama dan kini Islam hilang kekuatannya angkara ketamakan duniawi, kealpaan dan kejahilan umatnya.

Sudah hilang daripada umat ini Salahuddin al-Ayyubi � lelaki waja yang terkenal dengan kegagahan serta warak. Beliau juga panglima perang ketika Peperangan Hittin menentang tentera Salib dan Yahudi.

Begitu juga, sudah hilang daripada umat ini Imaduddin al-Zangki dan anaknya Nuruddin al-Syahid � dua perwira perkasa yang memperjuangkan Islam hingga ke titisan terakhir.

Selain itu, sudah tidak ada daripada umat ini yang mengenali Panglima Saifuddin al-Qutuz � pemuda yang berjasa merebut kembali Baghdad daripada Tentera Tatar Monggol.

Malah, sudah hilang individu yang mahu mencontohi Muhammad Murad � pemuda berhati waja dan bersemangat besi baja.

Pada usia 23 tahun, beliau mampu mengepalai usaha menakluki kota Konstantinopal pada Selasa 20 Jamadil Awal 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1453 dan akhirnya dikenali sebagai Muhammad al-Fatih.

Justeru, marilah bersatu dan menyeru kepada perpaduan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Marilah kita bersatu kerana Allah dan Islam serta ingatlah ukhuwwah berfungsi dalam menghadapi pelbagai cabaran serta dakyah musuh.

Marilah tanamkan keazaman untuk menjadikan diri hidup berjuang dan mempertahankan Islam agar mampu menjadi umat yang mempunyai terbaik.

Masyarakat pula diterangi cahaya dan kalimah Ilahi. Akhirnya, marilah menjadi lelaki dan wanita zaman ini yang bakal mencorak dunia dengan Islam hakiki.


Penulis adalah Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Read more...

Monday, March 08, 2004

Ya Allah, terkejut tengok bendera-bendera yg pelbagai menyambut kepulangan kami sempena Pilihanraya ke 11 ni.
Mula2 pas pas pas keadilan keadilan keadilan...pas tu, pas keadilan umno, pas tu... pas umno pas...keadilan umno kedialan..
pas tu...bendera umno kecik bendera pas besar...pas tu...bendera keadilan besar, bendera umno besar, dan banyak lagilah bendera-bendera besar yg lain....

cantiknya...banyaknye bendera-bendera ni, sampai tak nampak kedai2, rumah2 yang berada di tepi jalan kerana ditenggelami oleh bendera2 yang terdiri drp
pelbagai saiz...tak dapat nak pastikan yg mana juara.
tapi kalau ikut colour, memang colour hijaulah yang menang sebabnya, selain drp bendera2 kecil, banyak juga bendera2 besar yang mengalahkan bendera2 biru..bukan tu je, pokok2 pun turut bg kerjasama, majoroti daun2 pokok colour hijau (daun2 muda) jarang nak jumpa yg warna coklat, warna biru lagilah ..memang tak de langsung...hi hi hi ...

dapat maklumat drp mak ayah, orang tua-orang tua umno baru2 ini berkempen dr rumah ke rumah...termasuklah rumah saya. diorang minta IC drp penduduk2 kampung, katanya nak bg duit...nasib baik mak saya bijak, pandai juga dia menggorengnya!!! sekolah2 rendah dijadikan tempat untuk kempen politik UMNO, juga untuk tampal gambar2 dan bendera2 umno...setiap kampung, adalah lebih kurang sebuah atau 2 buah keluarga yang pro umno...yg lain semuanya pro yg sebaliknya...

diorang bagi duit, kain, beras dan macam2 lagilah...kita orang ambil je...sbb duit tu pun asalnya duit rakyat jugak...tapi dlm hati, tetap dengan parti Islam...

kami rakyat di negeri di bawah pemerintahan pemimpin Islam insyaallah akan terus menyokong pemimpin kami yg telah sedia ada selama ni, selagi mana pemerintahannya adalah untuk memperjuangkan Islam....Insyaallah, sama2 kita doakan agar Kelantan dan Terengganu terus kekal di bawah pemerintahan Islam, di samping dapat menakluki beberapa lagi negeri lain...

untuk pengetahuan semua, walaupun rakyat negeri kami dihebohkan dgn kemiskinan, tiada pembangunan dan banyak lagi kelemahan2 yg lain tapi kami kami kagum dan kami bersyukur dengan apa yang ada, sbb kami dapat sesuatu yang lebih berharga drp rakyat2 negeri lain...iaitu ketenangan, kebahagian dan keselamatan...

pemimpin kami bukan tidak mahu memperbanyakkan atau membina pembangunan2/ tempat2 peranginan/kemajuan2 lain yg sentiasa dijadikan isu oleh pihak2 tertentu...tapi beliau lebih menekankan kemajuan/ pembangunan rohani (dalaman).
apa gunanya, sesebuah negeri itu tersohor dengan kemajuan2 pembangunan/harta benda tapi rakyatnya hidup dengan penuh dengan kemaksiatan, kemungkaran, tiada nilai agama, saling bertengkar antara satu sama lain dan tidak menyedari bahawa kita akan menempuh hari perhitungan iaitu hari qiamat.

selain drp itu, untuk membina pembangunan yg canggih2, ia memerlukan perbelanjaan yg banyak. sedangkan peruntukan yg diberikan kerajaan kepada negeri kami berbeza dengan peruntukan yg dberikan kepada negeri2 lain. tak adil kan!!!
tak pelah, berkat hasil usaha drp tuan guru sendiri, kami bersyukur dengan apa yg ada...syukur sangat pada Allah...sbb kurniakan kami pemimpin seperti Tuan Guru. bukan bermaksud bahawa, pemimpin kami sempurna segala2nya...manusia tidak dapat lari drp kekurangan masing2....tapi bg saya beliau adalah yang terbaik...

maaf, terbincang pasal politik la pulak. tak pe kan? sbb sekarang kan musim pilihanraya...jadi kita pun kena ambil tahu jugalah maklumat2 terkini mengenainya...kerana ia melibatkan masa depan kita, juga keluarga dan masyarakat di sekeliling kita..

sama2 kita doakan agar kemenangan berpihak kepada insan yang benar2 ingin memperjuangkan Islam...moga pilihanraya kali ni terhindar drp segala bentuk kekotoran/ ketipuan...Insyaallah Islam kan pasti menang...dan sentiasa bercahaya di mana2...Amiiin......




Read more...

Ini adalah artikel yang mencadangkan agar tidak ada rejam.

Stoning as a Form of Punishment under Sharia Law

Read more...

Read:
Penal Code (Syariah) Nigeria

Read more...

Saturday, March 06, 2004

Alhamdulillah exam dah abis,
harap dapat result yg cemerlang,
teringat famili pula tak habis-habis,
insyaallah...petang ni dapat pulang!!!!

Bye...ma'ssalamah wa ilalliqa'...

Jangan lupa baca ulasan pakdi berkenaan pilihanraya tak lama lagi....

Read more...

Thursday, March 04, 2004

Parlimen dibubar hari ini
SPR bermesyuarat 8 mac tentukan tarikh pilihan raya ke-11

Oleh Kadir Dikoh, Misiah Taib dan Fazli Abdullah

KUALA LUMPUR: Parlimen dibubarkan hari ini, kira-kira sepuluh bulan lebih awal daripada tempoh penggal ke-10 berakhir, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-11 diadakan.Serentak itu, kecuali Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, DUN negeri lain termasuk Sabah, turut dibubarkan hari ini supaya pilihan raya Parlimen dan DUN diadakan serentak.

Tarikh penamaan calon dan hari mengundi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang difahamkan akan bermesyuarat pada 8 Mac ini.



Kekuatan Umat Islam:Umat Islam miliki ketahanan sendiri untuk selesai permasalahannya � Akef

Harakah, Wednesday, March 03 @ 16:06:35 MYT

KAHERAH, 3 Mac - Mursyidul Am Gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, Muhammad Mahdi 'Akef menegaskan bahawa, umat Islam dan Arab memiliki prinsip dan nilai harga diri yang tinggi, dengannya mereka mampu menyelesai serta memperbaiki masalah dan keadaan diri mereka.

Tetapi kesemua itu tidak akan tercapai selagi kebebasan mereka disekat, undang-undang darurat perlu dihapuskan dan pihak berkuasa benar-benar melaksanakan sistem demokrasi yang adil kepada rakyat.

Demikian menurut beliau ketika diwawancara oleh sebuah agensi berita berbahasa Arab.

Menurut beliau, kita sebagai satu umat yang serious, memiliki segala kepakaran ilmu yang membuktikan kita selaku umat Islam, mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan memimpin dunia.

Sebagai contoh katanya, kepimpinan umat Islam mujahidin di Palestin mempunyai iman yang kental serta contoh teladan yang baik dengan penuh berani menentang serangan rejim Zionis dan Amerika semata-mata mempertahan umat, bukannya rakyat Palestin semata-mata.

Bagaimana pun katanya, Gerakan Ikhwan Muslimun mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi serangan Amerika ke atas umat Islam, iaitu dengan memperbaiki aspek ekonomi, politik dan sistem pembelajaran.

Inilah yang diajarkan oleh Islam dalam melaksanakan konsep perjuangan dan kebenaran yang perlu diambil kira oleh setiap penganutnya.

Beliau yang ditanya berhubung kerjasama dengan parti-parti lain yang tidak berasaskan Islam untuk mencapai maslahat kesucian Islam, menjelaskan bahawa kita mempunyai kaedah yang tetap iaitu bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui, dan salaing memaafkan dalam perkara yang diperselisihkan.

Sebagai sebuah gerakan yang matang sejak beberapa abad, dengan pelbagai pendekatan yang disediakan, Gerakan Ikhwan semakin diterima di kalangan masyarakat, justeru apabila dilihat kepada keanggotaan ahlinya terdiri daripada mereka yang berusia dua puluhan hinggalah kepada sembilan puluhan, ini menandakan petunjuk yang baik untuk menang dalam pilihan raya pada masa-masa akan datang. Ikhwanonline/zh.


Read more...

Monday, March 01, 2004


Pendapat
Kecemerlangan YIK buktikan kemampuan pengurusan sekolah agama
Sunday, February 29 @ 11:37:20 MYT

Oleh ABDUL HADI MUHAMAD
Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Mesir

Keputusan peperiksaan SPM 2003 yang diumumkan beberapa hari lepas, membuktikan sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan mampu menyaingi sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.

Ia sekali gus melenyapkan tohmahan dan sampah-sarap fitnah yang diterajangkan ke pangkuan penuntut-penuntut agama.

Buktinya, Maahad Tahfiz Pulai Chondong mencipta rekod dengan menduduki tangga teratas keputusan peperiksaan seluruh negara bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Negeri.

Syabas dan tahniah di atas kejayaan itu.

Kedengaran kata-kata yang amat kurang enak di telinga dan mata kepala sejak beberapa waktu sebelum ini terhadap sekolah-sekolah agama khususnya dan institusi-institusi agama amnya.

Pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap pendidikan agama dengan menyempitkan sumber maklumat dan putar-belit serta seribu satu macam keadaan, yang mana jika seseorang itu rapuh sendi imannya, nescaya akan termakan daging-daging pembohongan dan tersedut racun-racun kepalsuan yang sengaja direka-rekakan.

Hasilnya, mereka akan mengiakan dan meneguk selahap-lahapnya maklumat yang terpesong itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

Namun keadaan kesempitan itu sebenarnya akan menatijahkan kemanisan dan kejayaan buat mereka yang berusaha. Bukankah memakan makanan dengan tangan sendiri itu sebenarnya akan menjadikan kita lebih kenyang dan memuaskan berbanding jika disuap oleh orang lain?

Di samping persoalan kecemerlangan dalam bidang akademik, lagi tohmahan terhadap golongan yang berpendidikan agama ialah ketidakcekapan dalam soal pengurusan dan aktiviti sosial dalam kehidupan bermasyarakat.

Apalah yang ada sangat dengan soal pengurusan sekiranya pihak yang menuduh itu hanyalah lebih kurang sahaja, malah lebih teruk jika dibandingkan dengan yang dituduh?

Cubalah anda ke majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan. Lihatlah betapa tunggang-langgangnya majlis itu di waktu kemuncak sidang.

Saya telah beberapa kali menyertai majlis seumpama itu di hotel-hotel bertaraf lima bintang.

Pengalaman bekerja sambilan di tempat-tempat eksklusif telah mendedahkan kepada saya bahawa golongan yang tidak berpendidikan agama jauh lebih tidak berdisiplin dalam soal pengurusan.

Ingat, sekiranya hendak diungkitkan soal pengurusan, dengan membawa contoh jika anda bekerja di kaunter, tiba-tiba datang seorang pelanggan dalam keadaan tergesa-gesa datang untuk berurusan, seandainya ketika itu dia yang terlebih dahulu bertanya kepada anda, maka anda telah dikira kurang cekap dalam soal menguruskan kepentingan pelanggan. Sepatutnya anda yang memulakan. Bukannya pelanggan.

Sesiapapun mampu untuk mencari kelemahan pihak yang lain. Namun ia tidak harus dijadikan aset untuk memburuk-burukkan, sekali gus mencacatkan arah dan hala tuju ke arah mencapai kejayaan dan kemakmuran yang sama.

Sesungguhnya Allah SWT telah mengetahui dengan Ilmu-Nya yang manusia akan melakukan pertumpahan darah, melakukan kezaliman dan kerosakan di muka bumi sebelum Dia menjadikan Sayyidina Adam AS.

Namun dengan gabungan kurniaan aqal dan nafsu disertai iman yang berlandaskan syariat, maka makhluk yang bernama manusia adalah yang paling layak untuk menjadi khalifah-Nya di muka bumi, sekali gus menjadikannya sebagai mata rantai bagi memikul amanah membawa kemakmuran di bumi selaras dengan tuntutan dan keredhaan-Nya.

Bagi yang berjaya, teruskanlah dan kekalkan kejayaan tersebut serta berusaha ke arah peningkatan yang lebih baik pada masa-masa akan datang, sama ada dalam bidang akademik dan pengurusan bersosial.

Bagi yang mengkritik dan menegur, ketepikan sikap berlebih-lebihan dalam kritikan dan teguran. Sama-samalah kita jernihkan yang keruh dan tapiskan sisa-sisa kelodak kotoran yang melampau.

Sama-samalah kita memajukan diri, masyarakat dan negara dengan menjadikan tuntutan amanah ilmu duniawi dan ukhrawi dalam kehidupan seharian.

Yakinlah bahawa hanya Islam jualah yang akan menyinari alam ini dengan kekuasaanNya. Sesungguhnya. kejayaan sebenar itu adalah seperti maksud firman Allah SWT: "Sesungguhnya telah mencapai kemenanganlah oleh orang-orang yang beriman, yang mana mereka itu khusyu' dalam solatnya."

*Alangkah betapa agung dan adilnya Allah s.w.t.
Sama2lah kita muhasabah diri kita, adakah diri kita semakin berubah ke arah kebaikan ataupun sebaliknya....sama2 kita manfaatkan peluang sepanjang berada di HADIIQATUL 'ILMI WAL FADHILAH INI (taman ilmu dan budi).


Read more...

Negara kita Malaysia

Jumlah remaja wanita merokok bertambah
Utusan Malaysia, 1 Mac 2004.

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Jumlah remaja wanita merokok yang semakin bertambah sejak beberapa tahun kebelakangan ini memungkinkan nisbah remaja lelaki kepada wanita yang merokok menjadi 1:1 dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, S. Sothinathan berkata, kajian pada 1996 dan 1999 menghasilkan perangkaan yang membimbangkan apabila kadar keseluruhan merokok di kalangan generasi muda mencatat peningkatan dua peratus dalam tempoh tiga tahun.

Menurut beliau, kajian pada 1999 menunjukkan 29 peratus remaja lelaki merokok tetap yang lebih menggerunkan ialah kadar perokok di kalangan remaja wanita melonjak hampir dua kali ganda iaitu dari 4.8 peratus kepada lapan peratus dalam masa tiga tahun.

``Kita menganggarkan kira-kira 50 remaja memulakan tabiat buruk itu setiap hari,'' katanya menjawab soalan Senator Lee Sing Chooi dalam sesi Dewan Negara hari ini.
Beliau memberitahu, pada tahun 1996, nisbah remaja lelaki yang merokok kepada remaja perempuan ialah 6:1 tetapi menjadi semakin rapat tiga tahun berikutnya iaitu 4:1.

Perangkaan itu memberikan petunjuk bahawa semakin ramai remaja di negara ini yang terjerat dengan gejala rokok yang boleh membawa kepada kesan ketagihan serius, termasuk beralih kepada dadah.

*Persoalannya : Di mana suasana kempen yang diwarwarkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini? Teruskan kempen tersebut, biar ianya berjaya membuka mata2 perokok ini.


Antarabangsa
Pelajar berasmara dalam tandas
Berita Harian, 1 Mac 2004

SINGAPURA: Sebuah akhbar Singapura mendedahkan perbuatan segelintir pelajar sekolah menengah di republik itu yang ditangkap kerana melakukan hubungan seks dalam tandas sekolah.

Berita Harian dalam laporannya kelmarin, berkata perbuatan memalukan itu didedahkan sendiri beberapa guru dan pekerja sosial yang dihubungi akhbar berbahasa Melayu itu.

�Jika sebelum ini kami pernah menangkap beberapa pelajar menghisap rokok dalam tandas. Tetapi sekarang, sudah ada yang ditangkap ketika mengadakan hubungan seks dalam tandas,� kata seorang guru yang dirahsiakan identitinya.

Menurut beberapa guru dan pekerja sosial, kejadian itu amat mengejutkan kerana masalah seks di luar nikah lazimnya dikaitkan pelajar institusi pengajian tinggi seperti universiti dan politeknik.

Berita Harian bagaimanapun tidak menyatakan butiran terperinci kejadian termasuk latar belakang seperti bangsa, bilangan pelajar terbabit serta jenis tindakan yang dikenakan ke atas mereka.

Penyelaras Program Kanan, Pusat Khidmat Keluarga Moral (Bedok North), Syed Ahmad Syed Agil, berkata ibu bapa perlu menyedari pengaruh seks dalam kehidupan anak remaja.

�Remaja perlu dididik mengenai pendidikan seks dan ibu bapa perlu memainkan peranan,� katanya.

Katanya, ibu bapa boleh meningkatkan kemahiran dan kesedaran dengan mengikuti kursus seperti Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSI) anjuran Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang-Orang Islam dengan kerjasama Pusat Khidmat Keluarga Moral (Bedok North).

Antara topik yang akan dibincangkan dalam kursus itu ialah Seks dalam Remaja yang turut membabitkan sesi interaksi dengan para pekerja sosial. � Agensi

*Remaja aset penting negara. Runtuh remaja, maka peradaban sesebuah negara itu tidak dapat diteruskan, kerana remaja adalah penyambung kepada peradaban sesuatu bangsa atau negara.


Makluman
Lelaki ditemui mati pada tiang elektrik voltan tinggi

Utusan Malaysia, 1 Mac 2004

KUALA KANGSAR 29 Feb. - Seorang lelaki ditemui mati tersangkut pada tiang elektrik setinggi 12.2 meter setelah terkena kejutan arus voltan tinggi selepas dipercayai cuba memotong salah satu kabelnya di kawasan Perindustrian Kuala Kangsar di sini, awal pagi semalam.

Pendidikan
SPM: Maahaf Tahfiz muncul sekolah agama terbaik seluruh negara
Saturday, February 28 @ 16:23:54 MYT
Harakahdaily.net , 1 Mac 2004

Oleh Salmah Mat Hussain
KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) - Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong muncul sebagai sekolah terbaik di negara ini dalam peperiksaan SPM 2003, bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Negeri.

Sekolah berkenaan mendapat keputusan 100 peratus, apabila 27 calon yang menduduki peperiksaan itu lulus dalam semua mata pelajaran.
Mudirnya, Nasir Hasbullah ketika dihubungi di Kuala Lumpur mengesahkan sekolah berkenaan mendapat pencapaian paling cemerlang sejak penubuhannya pada tahun 1992.

Katanya, seorang daripada 27 calon, mendapat keputusan 11A1.
Ekoran dari keputusan yang membanggakan itu, buat julung kalinya Maahad Tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan dijemput Kementerian Pendidikan untuk hadir pada majlis perisytiharan keputusan peperiksaan SPM yang diadakan di kementerian terbabit pagi tadi.

Selain itu, Maahad Muhammadi (Lelaki) turut muncul antara sekolah cemerlang negara apabila tiga pelajarnya mendapat keputusan 11A1.
Mereka ialah, Muhammad Lutfan Ismail, Mohd Adli Abdul Khalim dan Mohd Asyraf. Seramai 304 pelajar menduduki peperiksaan SPM tahun lalu, di mana 178 pelajar adalah aliran sains.

Pelajar Maahad Lelaki berjaya mencatat keputusan 100 peratus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
Mudirnya, Wan Mohd Roslan Wan Hamat melahirkan rasa syukur di atas pencapaian yang tidak diduga itu, sekaligus mencipta rekod baru sejak sekolah berkenaan ditubuhkan.

Katanya, sebelum ini hanya seorang pelajar sekolah tersebut memperolehi keputusan 11A1.
�Tetapi tahun ini, jumlahnya telah meningkat, kita bersyukur kepada Allah kerana kehendakNya jua sekolah kita telah muncul antara sekolah cemerlang negara dalam peperiksaan ini,� ujarnya.

Beliau juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk pelajar, guru dan ibu bapa di atas kecemerlangan tersebut.
Maahad Muhammadi (Perempuan) juga mendapat keputusan 100 peratus dalam peperiksaan itu, di mana seorang calon, Muslihah Rosman mendapat keputusan 11A1, manakala 11A (lima calon). - /mj

*Tahniah kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan juga STPM yang baru sahaja menerima result baru2 ni. Banyakkan panjatkan kesyukuran pada tuhan kepada yang mendapat result yg tinggi dan jgn putus asa kepada yg resultnya kurang memuaskan, teruskan usaha dalam mencapai kecemerlangan.-

Dalam Negeri -
Wanita digesa tunai tanggungjawab mengundi
Berita Harian, 1 Mac 2004

KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mengingatkan wanita negara ini agar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.

*Jangan lupa sahabat2 semua, tak lama lagi kita akan hadapi musim pilihanraya.
Kepada yang dah cukup syarat, bersedialah untuk membuang undi. Masalahnya, nak undi sape ye? yang itu kita sendiri menilainya, tanya orang berpengalaman...kaji n tengok sejarah yang lepas2...ingatan bersama, pilihanraya negara hanya sekali dalam 5 tahun...so, undilah pemimpin yang kita rasa terbaik dan mampu memimpin rakyat dan negara kita ke arah mencapai mardhatillah...agar kita same 2 mendapat kebahagiaan bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat...insyaallah...



Agama -
Hari As-Syura sebahagian 10 kemuliaan untuk manusia
Berita Harian, 1 Mac 2004.

TARIKH 10 Muharam, yang jatuh esok, mencatatkan banyak peristiwa penting dan kelebihan dalam Islam. Ia juga dikenali sebagai Hari as-Syura, iaitu adalah hari paling mulia dalam bulan Islam ini.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, yang bermaksud: �Apabila Nabi berhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam.

�Mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan Nabi Musa diselamatkan bersama-sama sahabat baginda. Itulah sebabnya mereka berpuasa pada Hari as-Syura.

�Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga �Bahawa kamilah yang paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa lebih daripada kamu sekalian dalam semua aspek. Lalu Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada Hari as-Syura.� (Hadis riwayat Abu Daud)

Ada juga riwayat yang mengatakan puasa pada hari Asyura mula-mulanya adalah wajib sebelum puasa pada Ramadan diwajibkan ke atas umat Islam. Tetapi kemudian ia menjadi sebagai puasa sunat (Sunan Abu Daud).

Rasulullah tetap berpuasa pada Hari as-Syura, walaupun selepas puasa pada Ramadan diwajibkan. Riwayat Abdullah ibnu Musa: �Baginda mengutamakan puasa pada hari Hari as-Syura daripada puasa yang lain dan puasa bulan Ramadan itu diutamakan daripada puasa as-Syura.� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebahagian ulama berpendapat, dinamakan Hari as-Syura kerana ia adalah 10 kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat Islam dan bentuk keistimewaan hari dan bulan hijrah. Keistimewaan itu seperti berikut:-
� Rejab: Allah menjadikannya bulan kemuliaan kepada umat Muhamad dan melebihkannya daripada bulan lain seumpama kelebihan umat Muhamad berbanding umat lain.
� Syaaban: Allah melebihkan Syaaban daripada bulan lain bagaikan kelebihan Nabi Muhammad berbanding Nabi lain.
� Ramadan: Allah melebihkan bulan ini bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
� Lailatul Qadar: Hari yang jika kita beribadah pada malamnya, ganjaran yang diberi ialah lebih baik daripada beribadah seribu bulan.
� Hari Raya Aidilfitri: Hari pembalasan kebaikan.
� 1 - 10 Zulhijjah: Hari berzikir kepada Allah.
� Hari Arafah: Hari yang menghapuskan dua tahun dosa seseorang.
� Hari Raya Aidiladha: Hari melakukan pengorbanan.
� Hari Jumaat: Hari paling mulia.
� Hari as-Syura: Hari menebus dosa satu tahun melalui amalan puasa.

Selain itu, ulama meriwayatkan bahawa berlaku peristiwa dan sejarah penting dalam Islam pada 10 Muharam.

Antaranya ialah kisah Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun selepas berada dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Yunus bin Matta, seorang salih, dilantik menjadi rasul ke-21 pada usia 30 tahun. Beliau diutuskan supaya memimpin kaumnya menyembah Allah, sekali gus meninggalkan pemujaan berhala.

Selama 33 tahun beliau berdakwah terhadap kaumnya, namun dua orang saja yang mengikut dan beriman bersamanya, iaitu Rubil dan Tanukh. Disebabkan tidak tahan dengan gelagat kaumnya yang tidak mahu beriman dengan ajarannya, beliau berdoa kepada Allah.

Kemudian beliau diberikan wahyu supaya meneruskan seruan itu selama 40 hari lagi dan jika kaumnya masih ingkar, mereka dijanjikan Allah dengan azab yang pedih.

Masa berlalu pantas. Setelah hari ke-37 pun, umatnya masih enggan mendengar nasihatnya. Akhirnya, apabila genap 40 hari, awan hitam kelihatan di kaki langit. Melihat perubahan cuaca yang membimbangkan itu, Yunus segera keluar dari negerinya.

Umatnya yang menyedari azab Allah semakin hampir menimpa mereka, terus keluar rumah dan menuju ke satu tempat untuk bertaubat. Mereka mencari Yunus untuk mengadu perkara itu, tetapi sia-sia kerana rasulnya sudah berpindah ke tempat lain.

Allah yang Maha Pengampun menerima taubat mereka, lalu dihilangkan awan hitam itu. Selepas itu mereka menjalani kehidupan seperti biasa, namun masih berusaha mencari Yunus, tetapi tidak dijumpai.

Firman Allah bermaksud: �Tatkala mereka (kaum Yunus) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu." (Surah Yunus, ayat 98)

Nabi Yunus yang menghilangkan diri daripada kaumnya berlayar dengan sebuah kapal, tetapi dalam pelayaran itu berlaku taufan sehingga kapal yang dinaikinya hampir karam.

Memandangkan keadaan kapal tidak stabil, nakhoda bertanya: �Siapakah antara kamu yang menaiki kapal ini orang pelarian? Jika ada lebih baik mengaku saja dan terjun ke laut segera demi menyelamatkan penumpang yang ramai ini.�

Apabila mendengar suruhan nakhoda itu, Nabi Yunus segera terjun ke laut dan terus dilambung ombak. Ketika itu juga datang seekor ikan Nun menelannya, tetapi dengan pertolongan Allah, beliau tidak mati dalam perut ikan itu. Bagaimanapun, ketika berada dalam perut ikan, beliau tidak berhenti memohon keampunan dan berdoa kepada Allah supaya beliau diselamatkan. Ikan itu berenang ke tepi pantai dan mengeluarkannya dalam keadaan selamat.

Firman Allah bermaksud: �Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok daripada jenis labu.�

Selepas peristiwa itu, Yunus menuju balik ke negerinya. Dalam perjalanan, beliau berselisih dengan seorang pengembala, lalu bertanya: �Bagaimanakah keadaan orang yang tinggal di kampung ini?�

Pengembala itu menjawab: �Keadaan orang di sini baik, hidup aman dan tenteram kerana sudah bertaubat kepada Allah, selepas melihat azab yang didatangkan Allah. Mereka menunggu nabinya yang telah lama meninggalkan mereka.�

Mendengar jawapan pengembala itu, Yunus berkata: �Akulah nabi dan rasul mereka, Yunus.�

Selepas itu, pengembala terbabit memaklumkan kepulangan Yunus kepada kaumnya dan mereka ternyata sungguh gembira dengan berita itu.

Firman Allah bermaksud: �Dan Kami utus dia (Yunus) kepada 100,000 orang atau lebih, lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.�

* Selamat menyambut hari 'ASYURA kepada semua drpd Sekretariat RND, Ma'ruf Club. Moga dengan memperbanyakkan amalan kita di hari2 yang mulia ini, Allah akan menambah lagi keberkatan kepada kita, dan moga kita makin mantap dalam menjawab soalan final exam yang seterusnya....insyaallah, moga kita semua berjaya dengan lebih cemerlang dalam semua bidang yang kita ceburi....same2 kita doakan...
Wassalam.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP