Sunday, February 08, 2004

Valentine day; apakah reaksi umat islam?

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi
saudaranya

sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" [ maksud Hadis ]
NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan.

Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan
St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari.

Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di
kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan.

Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain daripada kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.

Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai lagenda pada tajuk salah satu rencananya.
Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.

Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah?

Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella
dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu
dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa lebih-lebih lagi pada bulan Zulhijjah yang mulia ini. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.

Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredhai seperti mengadakan kenduri
doa selamat atau sebagainya. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya


From: faizal_8639@yahoo.com

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP