Friday, February 06, 2004

Universiti al-Azhar cipta laman web untuk kenal Islam lebih dekat

Friday, February 06 @ 09:47:14 MYT


KAHERAH, 6 Feb � Universiti tertua di dunia al-Azhar membuka lembaran baru dengan menyediakan kemudahan untuk mengenali Islam lebih dekat dengan mewujudkan laman webnya yang dianggap sebagai satu pencapaian yang boleh dibanggakan.



Laman web itu diwujudkan dengan menyediakan satu bentuk kaedah bagi memudahkan rakyat tempatan dan luar dengan penjelasan tentang hakikat agama Islam yang sebenar serta pengajarannya yang betul.

Perkara ini telah dijelaskan oleh profesor dalam Ilmu Tafsir dan Ulum al-Quran di Universiti al-Azhar Dr. Muhammad as-Syafie.

Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa dengan terciptanya laman web itu, ia boleh dianggap peluang yang cukup baik bagi menjelaskan Islam dalam bentuknya yang betul dan sempurna khususnya kepada pihak barat yang ketandusan maklumat tentang Islam.

Sementara isi dan maklumat yang dimuatkan dalam laman web itu, disediakan oleh pakar dalam Lajnah Islam Tertinggi yang dilantik oleh pihak universiti.

Laman web itu katanya lagi, bukan sekadar memuatkan maklumat tentang Islam semata-mata, akan tetapi dalam masa yang sama juga menerima maklum balas daripada pengguna dengan mengajukan soalan dengan jawapan yang tepat dan terperinci, sama ada yang berkaitam dengan Syariah Islam, Sunnah Nabawiah, al-Quran dan sebagainya.

Kesemua maklumat yang dihantar akan diberikan jawapan yang memuaskan hati bagi yang bertanya dan ia boleh dianggap sebagai satu saluran yang lengkap dan padat. Mufakkaratul-Islam/zh


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP