Tuesday, February 24, 2004

Respon Isu Masjid Taman Budi dan Ilmu

Surat & emel: Masjid UIAM simbol keterbukaan sejagat
Amiruddin MS, UIAM Gombak, Selangor.
www.bharian.com.my

ISU mazhab yang cuba diketengahkan �Sokong Perpaduan� (16 Februari 2004) jelas menunjukkan kedangkalan beliau dan mungkin betapa penulis tidak memahami erti sebenar Adab Ikhtilaf atau tidak pernah membaca buku tulisan Dr Taha Jabir Al-Alwani.

Ingin diingatkan jemaah masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bukanlah terdiri daripada satu mazhab iaitu Syafie, tetapi banyak lagi mazhab lain seperti Hambali, Maliki dan Hanafi.

Perbuatan sebahagian imam yang tidak berqunut adalah atas dasar toleransi dan cara yang terbaik untuk meraikan pengikut mazhab lain yang tidak berqunut, malah bukan saja Imam Syafie, tetapi sebahagian Malikiyyah yang menyuruh pengikutnya berbuat demikian.

Sikap toleransi ini turut menepati konsep internasionaliti yang dipupuk dan menjadi teras kepada warga UIAM. Imam Masjid UIAM juga kadang kala berqunut bagi meraikan mazhab Syafie.

Untuk makluman, majoriti jemaah solat Subuh di masjid itu pelajar luar negara yang tidak bermazhab Syafie.

Dalam hal ini, Imam Syafie sendiri menghukumkan qunut sebagai perbuatan yang sunat ab�ad dan ia bukanlah sesuatu yang membatalkan solat seseorang.

Beliau juga mengatakan ada kumpulan jemaah mengajak pelajar agar tidak bermazhab. Tidaklah menjadi kesalahan mengikut mana-mana mazhab, tetapi apa yang salah ialah sikap taksub atau fanatik terhadap mazhab sehingga mengetepikan kebenaran yang jelas daripada al-Quran dan sunnah yang sahih.

Dalam mengikut amalan bermazhab, ulama membahagikan umat Islam kepada tiga bahagian. Pertama, golongan cerdik pandai dalam agama dan mampu berijtihad. Mereka ini tidak terikat dengan mazhab berdasarkan kemampuan mereka menguasai hukum fiqh dan kaedah-kaedahnya.

Kedua, golongan tholabat al-�ilm atau penuntut ilmu agama. Mereka turut tidak terikat dengan mazhab dan dibenarkan untuk mengikut pendapat selain daripada mazhab yang mereka anuti berdasarkan apa yang mereka pelajari dan apa yang diperoleh daripada kitab yang mereka kaji.

Golongan ketiga pula ialah orang awam yang tidak mendalami pengajian mazhab maka mereka dibenarkan mengikut mazhab yang mereka anuti sepenuhnya.

Penulis seterusnya menyebut masalah tahlil, bacaan Yassin dan zikir selepas sembahyang. Beliau berbohong dengan mengatakan perbuatan ini dilarang di dalam masjid.

Jawapan bagi masalah ini terbahagi kepada dua iaitu apakah benar ada larangan daripada pentadbir masjid berkaitan amalan ini dan kedua, perbincangan mengenai tahlil dan bacaan Yassin secara ilmiah.

Persoalan yang pertama, penulis berbohong dengan mengatakan pentadbir masjid melarang amalan itu. Buktinya, kebenaran untuk mengadakan program kerohanian seperti qiamullail anjuran fakulti pengajian, kakitangan dan persatuan pelajar yang turut mengadakan amalan zikir, malah pentadbir masjid membantu menyediakan pembesar suara dan imam bagi mengetuai qiamullail.

Pentadbir masjid juga kerap mengadakan solat hajat dan solat jenazah ghaib. Kedua, berkaitan tahlil dan bacaan Yassin saya meminta penulis menyemak syarah hadis riwayat Imam Muslim nombor 4199 oleh Imam Al-Nawawi dan Tafsir al-Quran Al-Azim oleh Ibnu Kathir yang kedua-duanya bermazhab yang memetik pendapat Imam Al-Syafie berkenaan tafsir ayat 39 dalam surah Al-Najm.

Beliau juga tergopoh-gapah dengan menuduh jemaah di masjid UIAM tidak berzikir selepas solat.

Tuduhan ini tidak benar sama sekali bahkan amalan berzikir selepas solat adalah jelas perintah Rasulullah.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui himpunan hadis yang berkaitan dengan zikir, terutama dalam Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim serta kitab lain.

Berhubung kenyataan penulis demokrasi sebagai manhaj Yahudi dan Kuffar, itu memang pendapat majoriti ulama hadis, manakala mereka yang menerimanya adalah seperti ulama kontemporari yang cenderung kepada gerakan Ikhwanul Muslimin.

Tetapi apa yang jelas ialah kenyataan ini tidak disenangi oleh pihak yang menjadikan demokrasi sebagai wadah perjuangan dan sering mengadakan demonstrasi jalanan dan di masjid yang lebih jelas memecah belahkan masyarakat dan kesatuan umat Islam serta mengheret mereka kepada kemusnahan harta benda.

Penulis turut menyebut kewujudan kumpulan jemaah yang mengatakan sesiapa yang memakai seluar dan jubah melebihi buku lali golongan riak dan bongkak.

Saya ingin menjawab bahawa pakaian lelaki Islam yang tidak melebihi buku lali memanglah simbol, malah itulah had pakaian sahabat rodhiyallahu'anhum, tabiin serta ulama.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP