Friday, February 27, 2004


Perkembangan politik negara
RM41 juta dibelanjakan untuk 'Islam Hadhari'
Thursday, February 26 @ 19:09:26 MYT


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh)- Projek 'Islam Hadhari' yang kini digerakkan di seluruh negara bertujuan 'untuk mempastikan seluruh kakitangan dan pekerja kerajaan serta badan berkanun di negara sebagai jentera kerajaan dan Umno.

Untuk itu, projek ini akan membelanjakan RM41 juta wang kerajaan, sumbangan syarikat korporat, jabatan dan syarikat yang menghantar kakitangan ke program tersebut dengan jangkaan akan melibatkan 1 juta peserta.

Menurut sumber itu, dalam program tersebut,dianggarkan 50 kali seminar melibatkan 150 penceramah sebulan akan diadakan.

Seminar 'Islam Hadhari' peringkat negara telah berlansung di Shah Alam baru-baru ini dirasmikan sendiri oleh Abdullah Badawi.

Menurut sumber tersebut, kumpulan sasar utamanya ialah kakitangan kerajaan yang beragama Islam saja, dianggarkan 700,000 orang pekerja. Bagaimanapun tidak dikecualikan sektor swasta, syarikat korporat, bank dan badan berkanun yang dikuasia Umno.

Penaung program ini ialah Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sendiri, sementara penasihat ialah Pengerusi MTEN, Mustapa Muhamad dan setiausahanya, Dr. Abd Hamid Othman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.

Sementara itu, Islam Hadhari yang diperkenalkan di Kelantan tidak sedikit pun mengurangkan pengaruh sokongan rakyat kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar kepada Harakah selepas berucap di majlis ceramah di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Pulau Pinang semalam.

"Islam Hadhari yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak releven lagi maka tidak hairan sokongan terhadapnya kurang, " jelasnya. - SH/zs

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP