Wednesday, February 25, 2004

Pengajaran untuk kita semua

Luar Negara
Empat maut selepas tonton konsert rock

JAKARTA 24 Feb. - Empat orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat dipijak selepas menyaksikan konsert rock di wilayah Kalimantan Selatan semalam, kata polis hari ini.

Menurut agensi berita Antara, kemalangan itu berlaku ketika beribu-ribu orang peminat kumpulan rock tempatan Sheila on 7 yang kebanyakannya remaja, berasak-asak untuk keluar dari sebuah stadium bola sepak selepas kumpulan itu selesai mengadakan persembahannya. Pada tahun 2000, empat orang peminat Sheila on 7 terbunuh dalam insiden seperti itu selepas kumpulan tersebut mengadakan konsertnya di wilayah Lampung.

Beribu-ribu peminat yang gagal mendapatkan tiket telah menyerbu masuk ke dalam sebuah stadium di mana konsert itu diadakan.

Sejumlah besar remaja perempuan pengsan akibat kesesakan semasa menyaksikan konsert itu. - AFP


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP