Tuesday, February 10, 2004

Mukadepan - Berita Harian 10/2/2004

PM lancar kempen antimerokok besar-besaran
Oleh Mohd Azlan Jaafar


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan kempen antimerokok besar-besaran di sini semalam dengan meminta penguatkuasaan undang-undang yang melarang penjualan rokok kepada remaja berusia bawah 18 tahun dipertingkatkan.

Perdana Menteri juga mahu usaha berterusan mengurangkan tabiat itu, termasuk meningkatkan larangan merokok di bangunan kerajaan dan kemudahan awam selain menambah papan tanda amaran merokok.

Beliau menegaskan, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan membantu kerajaan mengurangkan tabiat merokok terutama membabitkan pelajar dan murid sekolah.

?Setakat ini semua usaha kerajaan untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya rokok termasuk larangan merokok di tempat awam dan pengawalan iklan tidak mendapat bantahan syarikat rokok.

"Kita akan teruskan dan apa yang penting kita perlu konsisten dengan kempen ini kerana kita tahu merokok tidak membawa kebaikan khususnya kepada anak-anak muda," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen antimerokok ?Tak Nak ? Setiap Sedutan Membawa Padah? di Pusat Konvensyen Putrajaya (PCC) di sini semalam.

Statistik menunjukkan antara 50 hingga 60 remaja mula merokok setiap hari dan golongan pelajar merangkumi kira-kira lapan peratus daripada anggaran 4.6 juta perokok di Malaysia.

Sebagai menunjukkan komitmen untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan masyarakat, kerajaan menetapkan peruntukan RM20 juta setahun untuk lima tahun bagi menjayakan kempen antimerokok itu.

Kira-kira 3,000 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi turut memeriahkan majlis pelancaran kempen itu. Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng.

Berucap ketika melancarkan kempen itu, Perdana Menteri berkata, tabiat benci merokok perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi bagi memastikan ia tidak membawa kesan negatif terhadap kanak-kanak dan remaja.

?Mesej saya (kepada anak-anak) ialah berhati-hati, jangan mudah dipengaruhi bila dipujuk kawan-kawan untuk merokok. Jangan malu untuk katakan tak nak. Bagi orang dewasa pula, berhentilah merokok kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mereka,? katanya.

Abdullah berkata, jika rakyat negara ini menyayangi anak masing-masing dan mahu mereka maju dalam pelajaran, berjaya dan sentiasa sihat, semua pihak harus memastikan anak-anak dijauhkan sebarang perbuatan yang boleh merosakkan diri mereka.

"Kita mahu mereka tolak, mereka kata ?tak nak? kepada rokok. Saya berharap kempen ini benar-benar berkesan dalam melahirkan kesedaran dalam anak kita supaya tidak merokok," katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, memang agak sukar bagi ibu bapa menyedarkan anak-anak supaya tidak merokok jika mereka sendiri mengamalkan tabiat itu.

"Satu perkara yang penting jika di rumah bapa dan emak merokok, mungkin payah juga nak suruh anak-anak tidak merokok kerana teladan di rumah itu bertentangan jiwa kempen kita ini," katanya.

Sambil meminta hadirin terutama pelajar mengatakan ?Tak Nak? kepada rokok, Abdullah secara berseloroh berkata bahawa beliau dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak merokok sejak kecil.

"Pak Lah dulu masa sekolah tak pernah merokok. Sampai tua tak pernah merokok. Perdana Menteri yang lalu Tun Dr Mahathir Mohamad yang memulakan kempen jangan merokok, dia dari kecil sampai jadi PM tak merokok.

"Pak Lah tak berani nak kata sapa tak merokok ada peluang jadi Perdana Menteri tetapi itu realiti," katanya sambil disambut tepukan hadirin.

Abdullah turut menyampaikan pantun empat kerat untuk mengingatkan pelajar mengenai bahaya merokok, berbunyi:

"Anda Semua Harapan Negara,
Jangan Merokok Jadikan Wadah,
Katakan Tak Nak Sekarang Juga,
Setiap sedutan Membawa Padah."


*Student UIA macam mana? masih ramai lagi yg merokok? fikir-fikirkanlah....tirulah macam Tun Dr Mahadhir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang tdk pernah merokok sejak dr bangku sekolah lagi sbb tu boleh jadi PM. Lihatlah para pesakit yg terlantar di wad2 di hospital, majoriti yg mengalami penyakit jantung dan paru-paru yg kronik adalah akibat drp tabiat merokok yg keterlaluan. mungkin ada yg mengatakan, aku ni dah lama merokok tapi tak pernah ditimpa penyakit pun! memanglah.....penyakit datang bukannya dlm masa sehari dua tapi setelah beberapa bulan dan tahun selepas drp itu......bukan saje perokok yg menimpa penyakit kesan drp merokok tapi juga sesiapa sahaja yg berada di sekelilingnya turut juga menjadi mangsa.....kasian, kan!

Kepada sesiapa yg masih lagi merokok, tanamkanlah niat utk menstopkannya dan berusaha mencari teknik2/ cara terbaik utk melupakannya....memang ianya sukar, tetapi ianya tidaklah mustahil.....kalau kita cuba bersungguh2, insyaallah dgn izin Allah...benda yg mustahil tdk mustahil menjadi realiti.......ingatlah insan tersayang yg berada di sekeliling kita, mereka mengharapkan yg terbaik drp kita.......
Wassalam.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP