Tuesday, January 20, 2004

Tanda-tanda Qiyamat

Dunia hari ini semakin panas membahang.Begitulah yang sering dinyatakan oleh para saintis yang mula dapat mengesan perubahan suhu dunia yang semakin meningkat.Fenomena alam ini amat membimbangkan. Lantaran itulah pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan untuk mengawal suhu bumi.Manusia yang tidak mengenal erti ketuhanan hanya memikirkan perkara ini sebagai satu fenomena alam yang biasa dan tiada kaitan dengan Penciptanya. Sedangkan umat Islam yang diterapkan dengan tauhid ketuhanan melihat perkara ini sebagai salah satu daripada amaran Allah betapa dunia ini hampir berada dipenghujungnya. Manusia yang takabbur cuba menyembunyikan hakikat bala Allah di atas sikap bongkak dan kesombongan mereka dengan menyatakan bahawa segala apa yang berlaku merupakan fenomena alam semata-mata dan tidak bersangkut paut dengan peringatan Allah.

Perbuatan mereka ini dalam sedar atau pun tidak telah merugikan diri mereka sendiri yang mana ia menyebabkan mereka semakin jauh daripada Tuhan mereka iaitu Allah dan kerosakan yang dilakukan semakin berleluasa.Kita perlu ingat bahawa kerosakan dan kemusnahan keindahan alam sejagat disebabkan tangan manusia yang mencabar kekuasaan Allah sebagaimana kita fahami daripada maksud firman Allah dalam ayat 205 surah al-Baqarah : Dan apabila dia berpaling (dari kamu) dia berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya dan merosak tanaman dan binatang ternakan dan Allah tidak menyukai kebinasaan. Begitu juga maksud ayat 41 surah ar-Rom : Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada(akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Dunia politik juga semakin membahang.Pelbagai persoalan dan sejuta satu permasalahan mula dikupas hasil dari pergolakan politik tanahair.Fenomena ini amat membimbangkan golongan yang tertentu.Apakah jalan penyelesaiannya?Ini baru 2 permasalahan dunia yang disebut. Di luar sana masih banyakpermasalahan dan isu yg hangat diperkatakan. Masalah murtad, masalah sosial, masalah kezaliman yg berleluasa, masalah penindasan, masalah ekonomi yg merundum jatuh, masalah perlembagaan yang berat sebelah,rasuah dan sebagainya. Takut dan gerun juga bila mendengarnya...

Apakah punca masalah-masalah ini? Jawapannya mudah sahaja bagi mereka yang memahami hakikat kehidupan dan mengenali siapakah diri mereka yang sebenar berbanding Allah Pencipta mereka.Apabila kita taat dan tunduk pada undang-undang yang digubal oleh tangan manusia yang serba lemah iaitu Suruhanjaya Reid jika di negara kita yang sememangnya anti-Islam. Inilah bahana yang mula menimpa kita dan akan terus mencengkam jika kita terus alpa dan tidak berubah ke arah Islam. Apabila ideologi manusia disanjung maka inilah habuannya.

Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W sendiri telah memberi amaran bahawa antara tanda-tanda qiamat ialah apabila amanah pemerintahan diberi kepada mereka yang jahil dan bukan ahlinya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dalam sohihnya : Seorang arab desa telah datang menemui Rasulullah S.A.W lalu bertanya : Bilakah qiamat? Baginda S.A.W menjawab dengan maksud : Maka apabila telah dirosakkan amanah maka tunggulah qiamat.Dia bertanya lagi : Bagaimanakah merosakkan amanah itu? Sabda baginda : Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah qiamat. Begitu juga dengan hadis riwayat imam Ahmad, Tobarani, Ibnu Majah dan Hakim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang berlaku pelbagai penipuan di mana dibenarkan padanya pendusta dan didustakan padanya orang benar. Dan diberi kepercayaan padanya pengkhianat dan dikhianati padanya orang yang jujur dan bercakap padanya Ruwaibdoh. Mereka(para sahabat) bertanya : Dan apakah Ruwaibdoh? Jawabnya : Seorang lelaki yang bodoh bercakap dalam urusan umum(rakyat).

Amaran Rasulullah S.A.W ini sedang berleluasa termasuk di negara kita Malaysia tercinta.Adakah kita masih boleh berdiam diri apabila melihat perkara ini terus bermaharajalela?Adakah kita rela untuk terus berada di bawah pemerintahan mereka yang bukan ahlinya dan bodoh dalam masalah agama? Mereka bukan menjaga kesucian Islam malah menghinanya dan mencaci para ulama' serta menjadikan ulama' terompah kayu sebagai unta tunggangan dalam menjaga kedudukan mereka. Jika lembu mesti dijaga oleh manusia yang berakal dan tidak dibiarkan lembu menjaga urusan mereka sendiri maka lebih-lebih kita sebagai manusia yang mengaku beriman kepada Allah dan berakal mesti dijaga urusan kita oleh ulama' yang tahu hukum-hakam agama dan cara memerintah menggunakan sistem Pencipta bukannya sistem orang yang dicipta.

Sampai bilakah kita harus tunduk pada masalah-masalah ini? Adakah sekadar berdiam diri dan terus menyaksikan generasi kita tidak kenal lagi ajaran Islam? Tidak cukupkah lagi dengan penderitaan yang kita tanggung sekarang kerana buta agama sendiri kerana dasar pendidikan yang hanya menitik beratkan material semata-mata?

Maka jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik ialah kembalilah kepada Islam. Satu ledakan perubahan atau hijrah atau pun islahisasi perlu dilaksanakan segera.Ingatlah firman Allah di mana Dia menyatakan bahawa sesuatu perubahan itu terletak ke atas sesuatu bangsa itu sendiri samada mereka mahu berubah atau pun tidak sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 11 surah ar-Ra'du : .....Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu hinggalah mereka merubah keadaan mereka sendiri....Ingatlah juga dengan hadis riwayat imam Bukhari, Abu Daud dan Nasai'e daripada Abbdullah bin Amru daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Muslim itu mereka yang menyelamatkan saudara seislam dari lidahnya dan tangannya dan Muhajir(orang berhijrah) sesiapa yang berpindah daripada apa yang ditegah oleh Allah...

Adakah kita dikira Islam jika tidak membantu saudara seislam kita yang dizalimi? Adakah kita berasa sudah cukup iman kita walau pun kita masih belum berhijrah daripada tunduk kepada sistem ciptaan manusia yang dilarang oleh Allah kepada patuh kepada keadilan sistem Allah? Tepuklah dada tanyalah iman kita...

Suara kebangkitan Islam telah bergema di sana sini.Adakah kita masih terlena dalam alunan mimpi dunia. Awas!!! Ini bukan masa untuk terus kekal diperadaban lama manusia yg usang...Inilah masanya, dunia Islam akan bangkit dan bersinar gemilang. Laksanakanlah perubahan sistem pengajian, sistem ekonomi, sistem pembangunan, sistem perlembagaan...dan perubahan pada parlimen.Ayuh!!! Jangan ketinggalan...para pejuang Islam kini terus menapak ke hadapan dengan langkah panglima gagah berani...Sematkan semangat jihad dalam hati kita...Demi untuk melihat tertegaknya Khilafah Islamiyyah.Kembalikanlah mutiara gemilang yang hilang dek kerakusan manusia durjana!Ulama' boleh! Islam memang boleh!.

Nukilan : Pejuang Inqilabi...


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP