Wednesday, January 28, 2004

Si kecil Nurul

sampai bila
nak terus di biarkan
anak kecil
gadis sunti
dan wanita
terus menjadi mangsa..
nafsu manusia
keparat lelaki yang berhati binatang ?

sampai bila
nyawa, maruah
dan tubuh si kecil ini
akan terbayar
kalau hanya dengan
24 sebatan
dan penjara
di atas nama hukuman pertama
atas perbuatan
cabul yang hina
cuma inikah hukuman
buat haiwan durjana ?

sampai bila
nak dibiarkan
dosa bermaharajalena
maksiat terus bertelur
jenayah terus menetas
dan penjenayah diberikan nyawa
serta kebebasan untuk terus hidup sedangkan
nyawa lain telah hilang
dan tuhan (yang menetapkan hukuman)
tidak redha
dia terus menghirup
dan hidup
di atas bumi-Nya


bayangkan
anak kecil meronta
minta dilepaskan

bayangkan anak itu anak kita
minta pertolongan
ketika sehelai demi sehelai
pakaiannya disingkap dicabut

WaMu'tasimah !!!
andainya baginda hidup
tentu Nurul terbela
kerana dulu
seangkatan tentera
kau hantar untuk
memerangi
si yahudi keparat
yang membuka
aurat Wanita tua
walaupun hanya
dengan menarik
Niqabnya

bayangkan putri kita
meraung kesakitan
minta dilepaskan

bayangkan adik kita
diserkup mulutnya
dicekik lehernya
sehingga tercungap nafasnya
mencari ruang bernafas

bayangkan anak kita
yang kecil, masih mentah
dihempap, dipukul
ditempeleng
meronta-ronta
minta dilepaskan

berapa ramai lagi 'nurul' yang akan menjadi korban?
undang-undang yang tidak lagi
menjamin keselamatan?

Berapa ramai lagi 'nurul' yang akan menjadi mangsa
penjenayah yang bebas
pesalah yang dijamin
penagih yang hina

Mandatori?
Adakah khalayak gerun
dengan hukuman
yang entah bila
dijatuhkan.

Mandatori..
biar berahsia disebalik
namanya
bagaimana laksananya
siapa pelaksananya
bagaimana kesannya ?

tunggu ?
sampai reda..
sampai khalayak lupa
siapa mangsa
siapa pemangsa

tunggu lagi ?
sampai 'nurul no 2
menjadi mangsa

sedangkan
hukuman Tuhan sudah termaktub
nyawa mesti dibalas nyawa
bila sudah sempurna segala saksi
bila sudah cukup segala bukti
bila pesalah mengaku bersalah

Demi Nurul
dan si kecil nurul yang lain
tolonglah...
laksanakanlah undang-undang Islam!!


from: hajanhaidan@yahoo.com.





0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP