Tuesday, January 13, 2004

Senandung buat si anak

Senandung buat si anak
Hari itu ibu tersenyum puas menatapmu
Setelah sembilan bulan sepuluh hari
Membawamu ke sana ke mari
Dikau menjengah juga ke dunia ini
Ibu berbisik "Sayang, kau akan berbakti
Kepada agama, bangsa dan watani".
Kini kau menjejaki alam remaja
Kau keliru dengan identiti dan citarasa,
Namun.....
Berkat ibu mengatasi segala-galanya,
Syukur pada tuhan
engkau bangkit menyahut kata
Amar ma'ruf nahi mungkar
akan kau laksana.
Esok, ayah dan ibu tersenyum lebar
melihat dikau telah menggamit sinar
walaupun dilanda ombak dan badai mungkar
walaupun hidup ini suatu yang sukar
tapi dikau tetap utuh dan tegar
kerana bagimu hidup ini hidup ini satu jihad
walaupun teman-temanmu
mengatakan hidup ini terhad
hati kecilmu pun telah nekad untuk mengotakan harapan ibu dan ayah biarpun berdekad dan abad
dengan kalimah QULHUWALLAHU AHAD!


Nukilan,
Madah Mawaddah
Laman puisi, ANIS, Ogos 2002.

Setiap kali tiba hari kelahiran kita, yang pertama-tama kali yang kita akan ingat ialah mak, lepas tu barulah diikuti oleh insan-insan tersayang yang lain. Ini adalah kerana ia mengungkit kembali pengobanan yang dialami oleh mak/ibu yang tidak ternilai bermula drp dia mengandungkan kita sehinggalah seusia kita pada hari ini. Tapi berapa ramaikah yang sudi menghulurkan ucapan terima kasih di atas pengorbanannya selama ini kepada kita? kadang-kadang, bukan kita tak nak ucapkan...tapi malu, segan dan sebagainya....yang peliknya, kita tak malu pula m,inta hadiah itu dan ini daripada mak....isy.. isy..isy...(termasuklah diri saya)...
takpe, di hari lahir yang akan datang kita sama-sama cuba ye!

Selamat hari lahir kepada ketua panel pemikir pakdi yang ke 2+1=21 pada 11/1/2004. Moga apa yang diimpikan dimaqbulkan Allah s.w.t, juga kepada semua sahabat yang lahir pada bulan Jan 2004. Korang dah tua le ye ... tak pe umur je yang tua tapi tuannya masih lagi muda lagi....

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP